- Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.
- "Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di sini, lewat petang kelmarin.
- Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.
- Dalam ucapannya, beliau juga meminta Nasaruddin memikirkan semula keputusannya dan menyertai semula Umno demi kepentingan bangsa Melayu di negeri ini.
- "Saya meminta sahabat handai dan saudara maranya supaya memujuknya semula untuk kembali kepada Umno demi perpaduan bangsa Melayu," katanya.
- Menjawab soalan seorang ahli Umno mengenai tindakan yang diambil Badan Perhubungan Umno negeri terhadap Nasaruddin, Tajol Rosli mengibaratkan kes itu umpama isteri meninggalkan suami.
- "Mungkin tindakan pantas si suami ialah menjatuhkan talak, namun pendekatan yang diambil oleh Badan Perhubungan Umno negeri lebih kepada memujuk supaya si isteri kembali kepada suami. "Kita tidak mahu, tindakan menjatuhkan talak itu akan menyebabkan si suami akan kehilangan isteri dan anak-anak serta saudara maranya," katanya.
Woi..! UMNO tu parti melayu no-1 dekat Malaysia woi..! mana boleh parti no-1 dekat malaysia bermasalah..?
Ini mesti fitnah jahat "pembangkang" yang cuba nak buruk-burukkan UMNO!
Woi..! TPM sendiri dah cakap woi... UMNO/BN tidak terjejas. korang tak paham ke? kalau tak terjejas, maknanya tak de masalah..!
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!
- "Saya meminta sahabat handai dan saudara maranya supaya memujuknya semula untuk kembali kepada Umno demi perpaduan bangsa Melayu,"
Woi..! perpaduan bangsa Melayu aje ke woi..? bangsa lain macam mana woi? bangsa lain bukan rakyat Perak jugak ke woi? bangsa lain tak de yang Islam jugak ke woi?
- "Tajol Rosli mengibaratkan kes itu umpama isteri meninggalkan suami."
Isteri meninggalkan suami? tak terjejas? pujuk? kah kah kah kah kah kah kah..!
- "Kita tidak mahu, tindakan menjatuhkan talak itu akan menyebabkan si suami akan kehilangan isteri dan anak-anak serta saudara maranya,"
Woi Tajul ... Najib cakap tak terjejas la woi! kau tak paham ke? kah kah kah kah kah kah kah..!
Woi Tajul..! 31hb. Ogos apa cerita woi??? tak jadi ke woi???
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!
Perisik Rakyat,
ReplyDeleteApa yang ko dok merapu ni? Eloklah Datuk Seri Tajol Rosli suruh sedara mara pujuk dia balik kat Umno demi perpaduan bangsa melayu. Apa yang salah cakap dia kat situ? Umno ni parti yang mengumpulkan orang melayu, mestilah dia sebut perpaduan orang melayu. Kalau dia sebut Umno, buat apa nak sebut bangsa atau kaum lain? Itulah sebabnya ada MCA, MIC dan lain2 parti komponen BN ni. Itu untuk bela bangsa dioranglah!
Lagi satu, perpaduan ORANG MELAYU itu penting dan harus dijaga, sebab perosak utama perpaduan orang melayu sekarang adalah melayu pakatan rakyat serupa korang nih! Bangsa lain tak kacau pun!
Tak terjejas tu oklah, maksud Datuk Seri Najib tu merangkumi seluruh jentera BN/Umno. Memang tak terjejas dengan ugutan TSUNAMI KATAK oleh PR yang bermodalkan Adun Bota tu jer.. Yang kesiannya, penduduk kawasan naungan Nasarudin a.k.a Nasakatak tu tertipu dengan alasan Adun tu pindah parti yang menjual nama rakyat. Kononnya demi rakyat, tapi sebenarnya disebabkan tidak puas hati dengan kepimpinan Umno kat tempat dia. Bila Isteri tinggalkan suami kene pujuklah! Takkanlah nak dibiarkan dia bawak anak2 merewang kat pondok PKR tu! suami memang tak terjejas pun, bukannya terus mati! Apa yang salah kata dia kat situ?
Encik, hari ni UMNO baru sedar diri ttg kepentingan Melayu, berpuluh tahun duk gomol harta benda tanah air bumi bertuah ini apasal tak benteras. Rasuah, salah guna kuasa, zalim sesama Melayu apsal buat tuli. UMNOlah yang merosakkan kepercayaan orang Melayu. Masa bermasalah baru ingat kat bangsa, masa kuat tahuan 2004 hari tu,tak sedar diri terutamanya si menantu Perdana Menteri. Nyahkan beruk-beruk sebegitu dari UMNO dan jujurkan diri dalam perjuangan. Undur diri lah dari pegang kuasa.Bahasa melayu pun kau usik dan macam macam lagi.
ReplyDeleteBak kata pepatah melayu itu sendiri... bila dah terhantuk baru nak tergadah
ReplyDeletewoi apai......x yah nk cakap pasal perpaduan org melayu r woiiii...parti umno ko tu sendiri yg menghidupkn sentimen perkauman....umno ko tu yg byk bermasalah.....muntah kedarah duit rakyat je......umno yg ko bangge2kn tu bkn menjage kepentingan rakyat....cume menambahkn beban je...woi apai...dari ko jd barua umno ni baik ko tinggalkn jer parti ni....jgn takut dgn bayang2 sendiri...kah kah kah kah kah..khak ptuih!!
ReplyDeleteTajol Rosli Nafi Laporan Beliau Letak Jawatan
ReplyDeleteKAMPAR - Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak. Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.``Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,’’ katanya.
[Sungguh hairan dengan maklumat terbaru ini. Ternyata laporan tentang perletakkan itu bukanlah datangnya dari lidah rasmi pembangkang. Sebaliknya dikeluarkan oleh media arus perdana sendiri. Mengapakah tiba-tiba Tajol Rosli menafikan dalam keadaan Najib Razak sedang mencari nama yang sesuau untuk menggantikan tempatnya. Apakah ia ada kaitan dengan lawatan Pak Lah ke Perak hari ini. Jika benar ia khabar angin, bermakna media arus perdana telah melaporkan satu "fitnah" dan Tajol boleh mengambil tindakan saman untuk membersihkan namanya itu. Namun apakah beliau akan lakukan tindakan demikian agaknya].
Berita ni aku amik dari pahang daily online.....huh..pening aku