Silapnya UMNO/BN ialah bila ada makhluk perosak didalam parti "melayu" terbesar itu yang memendekkan akal dengan menggunakan Ustaz Ramlang Porigi sekadar untuk memenangi dan menjuarai tuduhan dan dakwaan Say Fool Bu Kari terhadap DSAI.
Hasilnya UMNO/BN kalah besar di Permatang Pauh.
Kalah kerana kebodohan mereka sendiri. kalah kerana keangkuhan mereka sendiri. kalah kerana muaknya rakyat pada mainan politik jahat para puaka-puaka UMNO/BN.
Sedikit hari lagi kita akan menghadapi Pilihanraya kecil Parlimen Pensiangan dan tak salah kalau aku katakan bahawa Pakatan Rakyat akan meraih kejayaan dalam Pilihanraya kecil yang seterusnya untuk penggal ke-12.
Signal awal telah mula terlihat. sekali lagi peluru UMNO/BN bakal memakan diri sendiri. sekali lagi UMNO/BN memberi bola tanggung untuk Pakatan Rakyat. tinggal untuk di "SMASH" sahaja! kerana dendam kesumat, UMNO/BN bakal mencipta 1 lagi sejarah kekalahan dan kali ini di kubu kuat UMNO/BN.
Jarang sekali kita lihat peluru yang memakan tuan gagal tembus dan menumbangkan tuannya.
rujuk berita semalam -
- Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
- Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.
- Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".
- Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.
-pengundi berdaftar DUN Penanti dan juga Parlimen Permatang Pauh.
Dari mana Ustaz Ramlang Porigi berasal sebelum dia berpindah ke Semenanjung Malaysia?
-Sabah?
Hmmm... ada penyokong UMNO/BN dah tepuk dahi... anak Sabah diperkotak-katik Kerajaan... relakah Sabah menerima perkara ini? seorang Ustaz dari Sabah diperkecil-kecilkan...
Selamat berjaya UMNO/BN dalam Pilihanraya Kecil Pensiangan.
Untuk UMNO/BN...
-bawalah KJ untuk "Lebong" di Sabah nanti... - 60:40
-bawalah Ezam untuk "Bongkarrr" di Sabah nanti... - 80:20
-bawalah hadiah untuk rakyat Sabah...
Kita lihat siapa yang kena..!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?