Thursday, January 29, 2009

SPRM Pun Nak Jadi Samseng? - malaysiakini

  • Seorang ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.
  • Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
  • Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
  • Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
  • Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
  • "Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.
TP - Hah..! SPRM??? SPRM tu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ke hapa?

Woi..! tukar l nama tu woi..! tukar jadik Suruhanjaya Penyeksa Rakyat Malaysia la woi..!

Hari tu Polis dera tahanan sampai mampus, ni SPRM pulak dah..!

Woi..! Malaysia ni negara pa woi..? Negara penyangak ke???

3 comments:

  1. Mana ahli BPN...?
    Tiada siapake yang berani nak menyuarakan bantahan diatas kekasaran yang telah dilakukan oleh SRPM terhadap ahli UMNO yang setia tu...?

    Masa inilah nak tunjuk bahawa BPN adalah kumpulan memperjuangkan kebenaran agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  2. BPN? Blogger Pembancuh Nescafe?

    Huh...!!! kalau dapat duit sah dah penuh dekat ruang komen ni..!

    Agama, Bangsa & Negara?

    Khak Ptuih...!!!

    ReplyDelete
  3. Ada demo depan pintu PWTC sewaktu mesyuarat mt diadakan. Mereka membantah SPRM buat siasatan secara kasar terhadap ahli umno yang disyaki.

    Ahli yang berdemo itu dipercayai dari pemuda dan puteri. Mereka juga mungkin mewakili BPN atas slogan berjuang untuk agama,bangsa dan negara.

    Tapi malangnya BPN tidak dapat hadir dalam pertunjukan demo itu kerana sedang menyorok dalam komputer.????

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?