ALOR STAR: Akibat tertekan dengan cemuhan segelintir masyarakat Islam kerana memiliki tatu, seorang mualaf mengelar lengan kanannya untuk menghilangkan tatu warisan keluarganya itu lebih lima kali dengan menggunakan pisau cukur, semalam.
Perbuatan Anas Phoon Abdulllah, 30, mengelar lengannya nyaris membawa maut apabila dia kehilangan banyak darah.
Difahamkan, tatu terbabit dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.
Apa yang menyedihkan Anas, kehadirannya untuk menghayati ajaran Islam bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah turut disisih keluarganya sendiri.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Anas, seorang peniaga minyak wangi nekad mengelar lengannya di belakang tandas sebuah masjid di Telok Kechai, Kuala Kedah, selepas berputus asa dengan penghinaan masyarakat serta nasib menimpa dirinya.
Menurut rakannya, Mohd Firdaus Razali, 22, Anas pernah beberapa kali mengelar lengannya untuk membuang tatu itu yang menjadi punca tindakan segelintir masyarakat menghinanya.
"Malah, dia sering menangis setiap kali menceritakan pengalamannya kepada saya yang dicerca masyarakat.
"Tidak cukup dengan itu, Anas sedih apabila kembali daripada menziarahi keluarganya di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina, empat hari lalu. Ini disebabkan dia tidak disenangi anggota keluarganya," katanya yang mula mengenali Anas sejak setahun lalu.
Mohd Firdaus berkata, tindakan Anas pada malam kejadian menggambarkan kekecewaannya memuncak akibat memendam perasaan sejak sekian lama menanggung masalah menimpa dirinya.
Bagaimanapun, keprihatinan Mohd Firdaus menyelamatkan Anas apabila menyedari dia tidak muncul di gerai mereka seperti biasa.
Katanya, dia menghubungi Anas beberapa kali dan sebaik panggilannya dijawab, rakannya itu memohon maaf seolah-olah sudah melakukan kesilapan besar.
"Dia (Anas) berulang kali mendakwa melakukan kesalahan dalam nada terputus-putus seperti seorang sedang menahan kesakitan. Selepas didesak, Anas kemudian memberitahu saya tempat dia berada sebelum mematikan talian telefon.
"Saya segera bergegas ke sana dan mendapati Anas sudah terkulai layu di belakang tandas masjid itu selain lengan dan pakaiannya dipenuhi darah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chengai, dekat sini, semalam.
Dia segera menghubungi rakan lain sebelum berlari memasuki bilik Anas bagi mendapatkan kain.
Sekembali semula kepada Anas, dia mendapati mangsa seperti nyawa ikan dan mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah.
"Saya segera membalut tangannya bagi menghentikan pendarahan itu sebelum rakan lain datang dan mengusung Anas masuk ke bilik," katanya.
Anas segera dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dan luka serius.
Mohd Firdaus berkata, Anas pernah memberitahunya bahawa tatu pada lengan kanannya itu dibuat ketika dia berumur belasan tahun yang menjadi tradisi keluarganya.
Mangsa memeluk Islam ketika berusia 20 tahun selepas tertarik dengan cara hidup Islam.
Dia hairan simbol tatu itu menjadi isu besar sehingga memberi tekanan kepada kehidupan harian Anas.
"Sepatutnya masyarakat memberi panduan kepadanya yang memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Memang ada orang memberi sumbangan kepada Anas yang menerimanya sebagai rakan baru dalam Islam," katanya.
Menurutnya, pihak pengurusan masjid turut membantu Anas dengan memberi sebuah bilik tidur selepas melihat kesungguhan Anas mendalami cara hidup Islam.
Justeru, dia berharap tiada pihak lagi mencemuh Anas hanya kerana tatu itu, sebaliknya memberi sokongan serta bimbingan untuk menghayati ajaran Islam sebenar.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
orang islam melayu sendiri mmg mcm siall...xsapot..fuck lah!malaysia mmg terkenal dengan ajaran super bidaah nye..suka berlebih2an dlm beragama
asparados - sabar beb... ini masanya untuk kita renung dan perbetul balik kelemahan-kelemahan kit selama ni...
Allah masih beri kita peluang untuk berubah...
orang melayu selalu menjatuhkan imej Islam....Islam anjurkan bende baik tak mau ikut, bende2 buruk pulak yg diikut.
kalau orang melayu-Islam di malaysia nie menguasai pengetahuan ilmu Islam, tahu tentang hukum hakam, selalu g majlis2 ilmu kat masjid lepas maghrib, selalu ke majlis2 ilmu hari sabtu kat madrasah2...sudah tentu bende2 nie tak terjadi.
kenapa soal tatu yg telah wujud pd badan muallaf sebelum dia masuk Islam diperbesar & dipersoalkan???....kenapa orang melayu tak suluh diri sendiri?
kenapa orang melayu tak perbesar & persoalkan tentang adat hantaran melampau yg semakin berleluasa skang nie??....Islam ada mahar/maskahwin....orang melayu pula menokok tambah dgn hantaran.....HANTARAN tue sendiri adalah adat mengarut yg diselitkan dlm perkahwinan orang melayu skang nie...sudahlah ianya adat yg mengarut...lagi teruk apabila adat yg mengarut nie membuatkan muda-mudi Islam susah utk mendirikan rumahtangga & juga menyebabkan berleluasanya budaya zina sebelum nikah.
kenapa adat HANTARAN YANG MENGARUT lagi BEDEBAH nie tidak diperbesarkan wahai orang2 melayu sekelian????
suluh2 diri tue wahai orang melayu!!...jgn rasa tinggi sangat dah peluk Islam lebih lama dari muallaf...sedarlah wahai orang melayu....muallaf yg ikhlas peluk Islam lebih baik dari korang yg dah Islam sejak kecil tapi tak reti2 nak ikut Islam.
anon 12:38 - jelas kebanyakan kita gagal untuk menghayati apa itu Islam yang sebenar... atau dalam erti kata lain...
Lebih "Melayu" dari "Islam"
Ya ALLAH, aku bermohon padaMu agar kau berikan tahap keimanan yang tinggi buat Sdrku ANAS ABDULLAH dalam menghadapi dugaan dunia... Keimanan yang kau berikan itu... kau kekalkanlah, perkuatkanlah dan pertingkatkanlah. Semoga saudaraku ANAS akan menjadi mualaf yang lebih mulia Islamnya dari mereka-mereka yang mempersendakan keikhlasan ANAS mendalami Islam.
Semoga dengan peristiwa ini akan menyedarkan mereka akan kesilapan mereka dan memperbaiki diri dari kenaifan yang ada. AMIIIIIN.....!
Sikap Melayu memang majoritinya begitu, hollier than thou.
Tetapi, itu bukan lesen bagi ayat ini diungkapkan "orang islam melayu sendiri mmg mcm siall".
Sabar.
sasaudengo - Amiiinnn...
Harimau Menaip - tanpa disedari, yang mengeluarkan ayat itu juga antara penyebab lemahnya Islam di Malaysia...
sekadar pandangan...
Melayu Islam kata kita semua Islam bersaudara bila nak untung sendiri, baru nak bodek depa yg bukan Melayu Islam. Bila kita ajak depa buat Islam, buat don't know je. Bukan semua Melayu macam tu, but majoriti macam tu. Melayu tak bermakna tiket nak masuk syurga pun, pi mai pi mai masuk tanah jugak. Sama saja. Cuba semaikan nilai Islam yg sebenar. Melayu ni asalnya bukan Islam. Depa ni sepatutnya bersyukur sebab org bukan Melayu Islam yang berdakwah Islam utk depa pun. Kalau tak, Hindu la depa.
Post a Comment