Terkini dari Sya-Reformis - MB NIzar masih di residensi Menteri Besar bermesyuarat. MB Zambry berada di Kuala Kangsar majlis angkat sumpah sedang dijalankan dan akan selesai pada jam 11.15 pagi ini.
Jangan pelik, Perak adalah 1-1nya negeri di Malaysia yang mempunyai 2 MB. 1 MB Perak Darul Ridzuan (Dato' Seri Ir Nizar Jmaluddin)& 1 lagi MB UMNO Perak Darul Rampas (Datuk Dr Zambry)...
Dengan ini, 2 MB akan mula bertugas hari ini. Di katakan salah seorang dari MB akan di halau. Siapakah dia? Satu soalan bodoh yang saja aku nak tanya korang. hahaha...!!!
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Dr Zambry serta majoriti ahli-ahli UMNO mungkin masih meraikan kejayaan BN menawan semula Perak dari pemerintahan Pakatan Rakyat. Walaupun kerajaan baru yang dibentuk oleh BN ini agak lemah, hanya bergantung pada sokongan wakil rakyat Bebas (setelah umum keluar parti) namun Najib begitu bersemangat sekali mengatakan bahawa BN akan cuba bertahan hingga Pilihanraya Umum akan datang.
Persoalan yang bermain dalam fikiran pemerhati politik waktu ini, mampukah kerajaan BN yang sekadar bergantung pada sokongan wakil rakyat Bebas bertahan hingga menjelang pilihanraya ke-13. Tiga tahun, satu tempoh yang boleh merubah segala lanskap politik negara. Beberapa masalah yang bakal dihadapi oleh BN khasnya Menteri Besar yang baru Datuk Dr. Zambry.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Apalah lagi yang ditunggu YB Nizar? Awak tu bukan lagi MB. So, tak reti-reti nak letak jawatan. Sungguh memalukan. Rakyat dah tak hendak, tapi pipi masih tersorong-sorong nak jadi MB...
Post a Comment