"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 10, 2009

6 exco 'haram' angkat sumpah - malaysiakini

Laporan dari blog Cina Islam :

Berita sedang bertiup Kencang di Istana Bukit Candan bahawa hanya 6 orang sahaja yang akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMK) pada pagi. Pada jangkaan saya yang akan mengangkat sumpah pada pagi ini termasuk berita yang sedang diperkatakan di Kuala Kangsar 6 orang yang akan angkat sumpah ialah :-
  1. Manong- Ramly Zahari
  2. Sungai Rapat - Hamidah Osman
  3. Cenderiang - Dr. Mah
  4. Kota Tampan
  5. Sungai Manik
  6. Kamunting
Setakat ini hampir pasti dan akan menjadi kenyataan 3 orang yang melompat tidak temasuk dalam senarai yang akan dilantik menjadi Exco.

Yang mengangkat sumopah sebagai EXCO waktu ini ialah :
  1. Hamidah Osman
  2. Ramli Zahari
  3. Dr. Mah Ng Sun
  4. Dato' Shaarani Mohd
  5. En. Mohd Zahir Abdul Khalid
  6. En. Zainal Fazli
Hanya 6 orang exco mengangkat sumpah pagi ini !

sumber - (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

7 comments:

Anonymous said...

Enam orang sampah di sumpah oleh GILA DUIT KU.

zali said...

seperti yang di katakan...

mereka lebih baik dari si sepet yang menjadi sanjungan dan junjungan pro pr.

kulatlapok said...

2 ekor lembu tu awal2 lagi diorang dah tahu, takdak kualiti punya adun, camne nak lantik jadi exco? mereka ni jadi kepentingan buat sementara waktu je lepas tu UMNO/BN pun tendanglah dia. Takcaya tunggguuuuuuuuuuuuuuuuu

Anonymous said...

yg patot dilaporkan ialah 6 org adun haram mengangkat SAMPAH ari ni...diorang n Amno/bn dah jadik sampah kat Perak ni...

Si Tampok Manggis said...

Pembela Melayu?

Pagi tadi bersembang dengan Tronge di kedai mamak di Sec 13, di Shah Alam. Tronge ni orang Pendang. Jadi aku pun tanya dia berkenaan Adun Bukit Selambau yang letak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Kedah. Tak banyak sangat cerita pasal Kedah yang nak dikongsi. Tapi katanya ini lah orang yang ada prinsip. Aku kata tunggu dulu. Sehari dua ni mungkin keluar cerita lain.


Selebihnya bercerita pasal Perak. Kata Tronge cerita Perak jauh bezanya dengan cerita Kedah. Katanya, dari 28 ADUN tu 27 Melayu UMNO. Kata orang UMNO, peralihan kuasa memerintah tu dari Bukan Melayu ke Melayu. Tu yang DYMM Sultan Azlan perkenankan rampasan kuasa Najib tu.


Bab ni memang buat aku panasss. Aku rakyat Perak, umur dah nak masuk setengah abad. Dengan jelas aku boleh rasa apa yang Kerajaan PR buat 11 bulan lepas berbanding yang Kerajaan BN buat sejak 50 tahun dulu. Cukung-cukung yang dapat manfaat dari kerajaan BN Perak di kampong aku semuanya kaki jilat dan ampu UMNO. Bukan orang kebanyakan pun.


Ada orang tak percaya kat kampong aku ada orang yang kena lap ( dgn guni beras ) pokok getah untuk menorah selepas hujan semalam. Ini kata ayah aku pernah berlaku dulu di awal tahun-tahun 70an. Dia pun kesal lepas 50 tahun merdeka perkara yang sama masih berlaku. Orang ni sebelum ni tak dikesahkan walaupun kampong aku tu dalam DUN YB Ramli Ngah Talib lepas tu YB Dato’ Ainon. Sejak lepas kerajaan PR memerintah di Perak, ( YB Dr Noor Ashikin, menantu Dato’ Ainon, UMNO) orang yang lap pokok getah ni berubah sikit hidupnya. Dapat bantuan dari PAS kawasan untuk baiki rumah, dan dapat modal untuk kerjakan tanah sawahnya yang dah sekian lama terbiar.


Pagi tadi tinggal aku sorang-sorang bila Tronge kena jumpa orang pasal business dia. Aku nak cari jawapan pasal hujah dia peralihan kuasa di Perak dari bukan Melayu ke Melayu. Cehhh tak habih-habih politik perkauman. Orang kulit hitam dah boleh jadi President Amerika Syarikat, kita masih lagi cakap pasal Melayu dan Bukan Melayu. Sapa pun yang memerintah bukan ker tanggung jawabnya tolong rakyat yang susah, buat pemerintahan yang adil dan saksama tanpa pilih bulu dan rupa Tak kira lah Melayu ke bukan Melayu. Kalau tak jalankan tanggung jawab ni kerajaan cap apa pun wajib kita tukar. Ini asal nama Melayu kita terima jer. Biar pun dia ni jenis makan babi jer tidak, tapi duit haram dia balun semacam jer…


Aku betul-betul hangat hati kerana orang melayu masih lagi termakan dengan buah ranum ketuanan melayu ni. Sebenarnya ini buah yang telah sekian lama memabukkan kita. Membuatkan kita mengiyakan saja perlakuan pemimpin politik selama ini. Apa yang nak di tuan-tuankan sangat.Pada aku mudah saja. Pasal aku Melayu aku dapat tanah, kalau tak diusahakan aku dok kat situ jugak ler. Pasal aku Melayu aku dapat project, kalau sekadar ambik komisen, tak ke mana jugak ekonomi orang Melayu. Yang pastinya ketuanan Melayu ni yang jadikan kita makin layu. Tak mampu bersaing.


Kalau nak kata UMNO pembela orang Melayu dan Raja-raja Melayu, dan Raja-raja Melayu pembela orang Melayu elok ler korang baca posting berikut.

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/umno-pembela-melayu-2.html

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/umno-pembela-melayu-3.html

http://penarikbeca.blogspot.com/2009/02/umno-pembela-raja-raja-melayu.html


Tapi biasa ler, orang Melayu cakap ler kita sampai berbuih mulut.

Dia tetap kata ' Takkan UMNO nak tipu Melayu, Kan UMNO tu parti orang Melayu'

Anonymous said...

4 exco lagi akan dilantik kemudian...tunggu sejuk dulu. Untuk siapa lagi, tentulah untuk 4 ekor katak tu.

Anonymous said...

Yang halal tetap halal, yang haram tetap haram. Jangan pula sesuka hati mengharamkan yang halal... Begitu juga sebaliknya... Faham ke?...