Aku cilok dari blog ASPAN ALIAS, tengok pada cara penulisan, macam hardcore UMNO, tapi aku suka baca & rasa nak kongsi beserta dengan satu komen dari pembaca yang menarik...
Baca beb...
Dalam sejarah negara, ada 2 buah parti politik yang diharamkan; yang pertamanya Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng, dan yang keduanya ialah parti UMNO yang semasa itu dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammed.
Kedua-dua Chin Peng dan Dr Mahathir mempunyai pengalaman yang sama; parti yang dipimpin mereka diharamkan.
PKM diharamkan kerana Chin Peng dan parti itu cuba untuk berjuang melalui gerakan bersenjata maka kerajaan Malaya semasa itu mengharamkan parti itu daripada berfungsi di negara ini.
Walaupun parti pimpinan mereka sama-sama diharamkan, tetapi asas pengharamannya adalah berbeza.
Chin Peng lari ke hutan apabila PKM diharamkan kerana tidak bersetuju dengan pengharaman yang diputuskan oleh kerajaan sedangkan Dr Mahathir sengaja tidak mahu menghidupkan kembali UMNO yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Mahkamah Tinggi.
Dr Mahathir gembira dengan kematian UMNO kerana beliau boleh menyambung karier politik beliau dan berjaya menafikan keputusan Hakim Harun Hashim Mahkamah Tinggi untuk mengadakan pemilihan sekali lagi bagi jawatan Presiden dan Majlis Tertinggi.
Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1965 memperuntukkan mana-mana pertubuhan yang diharamkan oleh Mahkamah boleh dihidupkan kembali oleh Menteri Dalam Negeri yang secara kebetulan ketika itu merupakan Dr Mahathir sendiri.
Beliau enggan menggunakan kuasa untuk menghidupkan UMNO itu kerana beliau sudah merancang untuk menubuhkan UMNO (Baru) yang kita semua anggotai ini, dengan mewujudkan Jawatankuasa Penaja di semua peringkat.
Dengan bertindak demikian Dr Mahathir dapat mengenepikan musuh-musuh politik beliau. Tunku Abdul Rahman, Tun Husien Onn, Tengku Razaleiegh Hamzah dan ramai lagi pemimpin UMNO semasa itu dicegah daripada menyertai parti ini.
Saya sendiri di Kuala Pilah tidak dipilih untuk menganggotai Jawatan Penaja walaupun anggota jawatankuasa penyandang yang lain di seluruh negara dilantik menganggotai Jawatankuasa Penaja parti yang baru ditaja itu.
Bermula saat inilah UMNO mula retak walaupun Dr Mahathir begitu berjaya menyusun ekonomi negara, dan saham Dr Mahathir yang bercakap banyak pada hari ini, tidak kurang besarnya dalam memecahbelahkan orang Melayu dalam UMNO ini.
Maka tidak hairanlah retak-retak itu akhirnya membawa belah apabila lahir pemimpin-pemimpin lemah dan tidak jujur seperti yang ada pada hari ini, dan ramai yang bercakap besar pada hari ini hanya bergiat dalam UMNO yang baru ditaja ini.
Perjuangan Chin Peng ialah untuk menjadikan negara ini sebuah negara komunis dan asasnya ialah untuk memperjuangkan bangsa Cina yang chauvinistic.
Rakan-rakan kita daripada bangsa Cina berjuang berpanjangan dan kalau kita kaji secara halus kita nampak kejayaan mereka membina bangsanya ketahap kemajuan yang begitu tinggi dan mereka tetap satu bangsa yang bersatu.
Sebaliknya, UMNO masih terkial-kial untuk membina bangsa yang sepatutnya dibelanya kerana kekurangan komitmen untuk menjayakan perjuangannya.
Pemimpin Melayu dalam UMNO tidak sanggup berkorban untuk bangsanya kerana mereka mementingkan kedudukan dan kebahagiaan diri dan keluarga mereka sendiri.
Pemimpin Melayu sanggup membiarkan keburukan berlaku di hadapan mata mereka kerana takut kepada risiko yang mungkin mereka hadapi.
Perjuangan bangsa Cina adalah perjuangan global tetapi perjuangan kita Melayu adalah untuk keluarga sendiri, atau dalam bahasa yang lain ‘perjuangan cari makan’.
Siapa di kalangan kita yang sanggup berjuang dan menghadapi risiko, sedangkan orang Melayu tidak ada elemen perjungan di dalam jiwa mereka.
“The Malays walk on their stomach” itulah bunyinya satu perbilangan bahasa Inggeris yang digunakan untuk mendefinasikan orang Melayu dalam hal perjuangan.
Saya amat percaya pada perbilangan itu. Saya yakin orang yang berfikir tentu menerima pandangan ini.
Akhir kata saya ingin mengingati semua; baik Dr Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, Muhyiddin dan yang lain-lain dalam team itu semuanya berkira-kira business dengan bertopengkan perjuangan Melayu.
Percayalah! Semuanya akan terbukti dan kita semua akan berasa bahawa kita diperbodohkan mereka ini sekali lagi.
Jika panjang umur kita, kita akan sama-sama mengalaminya. Jangan disia-siakan pandangan saya yang kerdil ini.
Sekian…………………………………..Aspan Alias
Komen pembaca...
Sdra Aspan,
Saya memang bersetuju dengan apa yang sdr perkatakan. Orang Melayu sememangnya tiada semangat perjuangan kerana orang Melayu takut mati.
Kalau orang Melayu ada semangat perjuangan dan tidak takut mati mungkin kemerdekaan negara boleh dicapai pada tahun 1947 sebaik saja UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan bukan 1957. Selepas Perang Dunia Kedua, Kerajaan British bankrap dan mereka terpaksa melepaskan semua tanah jajahan mereka saperti yang di prasyaratkan didalam Doktrin Truman.
Dalam ertikata lain, orang Melayu dibawah kepimpinan UMNO pada ketika itu sebenarnya tidak perlu mencari parang dan lembing untuk menghalau Kerajaan British. 'Kok tompikkan' aja pasti British akan cabut. Mungkin lah satu dua orang Melayu akan terkena tembakan senapang patah orang putih. Itu saja. Tapi ia ternyata tidak ada satu dua orang Melayu yang berani kehadapan untuk menerima tembakan senapang patah orang putih itu. Dengan itu terpaksa lah orang Melayu tunggu lagi 10 tahun untuk merdeka.
Semangat juang orang Melayu diuji sekali lagi semasa zaman reformasi dan ternyata ia sememangnya tidak bermaya. Reformasi di Indonesia berjaya menumbangkan Kerajaan Suharto tetapi mengapa ia gagal menumbangkan Kerajaan Mahathir?
Jawapannya adalah sama. Orang Melayu tiada semangat perjuangan dan orang Melayu takut mati.
Di Indonesia, rakyatnya tetap mara kehadapan meskipun berhadapan dengan taburan peluru. Tetapi di Malaysia, semua bertempiaran lari bila disembur dengan air chemical saja. Kalau ditabur dengan peluru hidup entah lubang cacing mana yang mereka masuk.
Kadang-kadang kita pun merasa sedih apabila mengenangkan perangai bangsa kita. Kalau ada orang lain yang sudi menyuapkan, tangan mereka pun mereka tidak mahu menggunakan. Sebab itulah orang-orang Melayu masih jauh kebelakang jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain walhal negara kita diperintah oleh orang-orang Melayu sendiri.
Nampaknya orang-orang Melayu lebih suka makan ditapak tangan sebab itu lah pemimpin-pemimpin UMNO melayan orang-orang Melayu sedemikian rupa. Sebab itu lah politik wang berleluasa didalam UMNO. Sebab itu lah UMNO tidak dapat melahirkan anak-anak Melayu yang budiman untuk dijadikan pemimpin.
Agaknya bila orang-orang Melayu sudah tidor dihumpun pisang, baru mereka akan sedar ...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Tepat! sebijik kena kat orang melayu.. termasuklah aku ni.. yang masih teragak2 nak buat demo.. takut kena ISA .. anak bini sapa nak tanggung.. takut kalau aku mula berjuang ada tak yang nak ikut belakang bagi sokongan?..semua nya takut.. Kalau kena tangkap sengsorang yang tanggung..yang lain hilang menyorok takut..selamanya lah tunduk kepada yang batil.. kerana tiada semangat juang.. itulah meLAYU.. yang secara tak lansung membusukkan nama Islam..
Bukan sahaja orang Melayu sahaja yang takut mati. Semua manusia yang bermatlamat hidup untuk makan akan takut mati. Banyak makan menyuburkan nafsu, nafsu kiblatnya dunia, dunia itu bermegah-megah dengan harta kekayaan, anak pinak, isteri. Apabila meresap kedalam hati butalah hatinya. Sudah tidak nampak mana yang hak dan mana yang batil dan tidak bercita-cita keakhirat sebagai tempat tinggal abadi. Ini merupakan krisis keyakinan diri terbesar manusia kini sehingga takut kepada kematian kerana keyakinan hidup sesudah mati dan menemui Pencipta adalah setakat kepercayaan semata. Ini kerana dikongkong oleh nafsu tadi yang tinggalnya di dada. Keyakinan hanya berhasil bila nafsu sudah dapat diseret ke lubuk hati.
Topeng perak,
Bila cerita tentang bangsa melayu, ramai yang ambil kesempatan untuk merendah-rendahkan martabat bangsa melayu. Kononnya untuk menyedarkan bangsa melayu yang dikatakan pemalas dan bodoh.
Cuba kita perhatiankan siapakah mereka yang selalu mengutuk dan memburukkan taraf bangsa melayu dalam Malaysia...? Mereka ini mempunyai agenda tersembunyi cuba memperalakan bangsa melayu untuk kepentingan diri mereka saja.
Selalunya kita cuma baca dalam blog saja dan orang yang mengutuk itu berselindung disebalik anonymous saja.
Siapa yang berani berdiri diatas pentas dan mengutuk secara terbuka tentang keburukan orang melayu...?
Memang hari ini kita susah untuk melihat bangsa melayu berani seperti apa yang dimahukan oleh penulis, tapi keadaannya sudah hampir tiba...
Apabila nasib bangsa melayu sudah setaraf dengan nasib orang pelastin, ia akan pasti terjadi...
Post yang sangat baik berserta dgn komen yang amat baik. Aku cadangkan dimasukkan dalam post BPN supaya kot2 nanti ade juga yang terlembut dan tercair keTOTOKan UMNOnya... tengok diorang enggeh tidak dengan kisah benar ini.......!
Woi... dengo ni... apa ke mangkuk kome ni... udah mmg MELAYU tu bodoh.,... Buta... Bangang.. semua lah yang sewaktu dengannya..
ni semua sbb politik... aku ni pon melayu jgk... aku malu nengok bangsa sendiri mcm org gila histeria baring tengah jalan tahan kreta tuanku...
x ke bodoh namanye tu... bangsa lain berdekah2 kat kedai kopi bantai gelak... nengok mamt bodoh baring.. apa dapat... ce bgtau skit.. maruah.. menang.. dapat bali jd mb.. porraaahhh... dapt gas pemedih mata adala..
tengok bangsa lain.. ada dema nak datang support kome baring.. ada deme nak baring sama... xde punya... sbb deme pandei.. x bodoh mcm orng MELAYU... deme kuatkan bangsa deme dengan ekonomi.. dengan pelajaran...
Semua berkopiah yg datang... ishhh... x memalu betoi.. setau aku ISLAM mengajar utk kita berfikir guna otak.. bukan guna kepala lutut tongkat jalan tar nak baring..
MENGGONG PUNYA OLANG... Kome tunjuk la apa pun... kome ingat deme nak letak jawatan MB baru ni mcm tu je.. x mau jugak yob.. Kalau kome x guna akal.. rupa ni je la..
Pakai la akal.. MAHKAMAH kan ada... Undang2 kan ada.. Semua ada... kalau x boleh gak.. rasa x sesuai.. pegi duduk nun PAPUA NEW GUINEA nun...
Saya setuju dengan Anon 3:06pm,
Memang ramai yang memberi komen yang berbentuk kutukan secara terbuka terhadap bangsa Melayu. Siapa mereka semua ni? Hebat sangatkah mereka untuk menghentam bangsa sendiri? Apa sumbangan mereka untuk meninggikan martabat Melayu? Setakat cakap berapi-api dalam blog, siapa pun boleh...Jangan lancang sangat mulut tu mengutuk bangsa sendiri sedangkan bangsa lain seronok tengok Melayu kutuk Melayu secara terbuka...
Mmg patut pun MELAYU ni di kutuk... kalau dah perangai x reti nak berubah... sama dari dulu sampai skarang...
Ni sedara Mankanan... x sakit hati ke nengok org cina & india gelak sakan nengok org MELAYU udah rupa kera melompat2 nunjuk perasaan... ada ke kamu nampak deme buat rupe itu.. cuba la kamu pikir kan sikit.. Pakatan Rakyat di perak ni 60% nye DAP... patutnye deme le yang beria melompat2 bila PR tumbang.. ini xde... deme steady jer.. yang rupa kera.. haaa tu.. bkn ke MELAYU namanya...
X memalu.. Buat le semayang hajat bebanyak.. moga2 malaysia boleh jadi berjaya mcm singapore... baru le org melayu boleh jadi maju..
SELAMAT MAJU JAYA..
Post a Comment