Saturday, February 07, 2009

Drama Lompat Belum Tamat??? - malaysiakini

-tok iskandar

Kedengaran angin bertiup kencang ketiga ADUN Bebas berkira-kira hendak menyertai semula Pakatan Rakyat walaupun telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh perompak Demokrasi Perak@Najib.

Jika ini berlaku, amarah Pak Lah terhadap najib akan sampai ke kemuncaknya setelah sebelum ini telah sampai ke pengetahuannya kem najib sedang bertindak memancung hulubalang-hulubalang Khairi iaitu Wan Farid dan Norza Zakaria.

Prestasi Najib sebagai pembantu kanan Pak Lah juga tidaklah membanggakan dengan pelan pemulihan ekonomi yang agak perlahan menyaksikan 10 ribu rakyat Malaysia kehilangan kerja ketika ini.

Apa yang Najib lakukan ialah membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk melompat parti untuk merampas kuasa pemerintahan negeri Perak

Sebagai jeneral UMNO di dalam PRU12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu, kekalahan hatrik tersebut lebih mengecewakan hati Pak Lah.

Kemelut politik di Perak sebenarnya akan menjerat najib. Ketika itu Pak Lah lepas tangan dan menyalahkan Najib sebagai kambing hitam. Percaturan politiknya akan mengakibatkannya kehilangan jawatan di dalam kabinet dan parti. Ringkasnya, habislah harapan aku nak jadi PM.

biasalah UMNO, dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya akal cetek. Matlamat yang dirancang dengan apa cara sekalipun mesti terlaksana sedangkan kesan atau impak kepada negara dan rakyat tidak diambil peduli.

Rampasan kuasa di Perak mengakibatkan pelabur asing mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan UMNO-BN yang memerintah Malaysia. tidak berapa lama lagi dijangkakan akan berlaku kejatuhan di dalam BSKL dan peningkatan di dalam pengangguran.

itulah Najib... aku dah cakap, jangan percaya sangat dengan penasihat kau tu. lain kali belajar kat overseas biar sampai habis. jangan beli degree.

Dunia kini melihat najib seperti adik kembar tak seiras Mugabe yang menjadi lanun merompak demokrasi di Perak untuk kepentingan peribadi.

segala kebobrokan dan kebejatan najib kini boleh dilayari di wikipedia,kamus online tersohor di dunia. korang klik je nama Najib kat google atau klil wikipedia kat google. lepas tu taip nama najib.

Kiamat politik najib makin hampir dan khairi sedang mengintai peluang untuk membalas dendam.

Lain kali jangan gelojoh sangat,akibatnya kau hilang jawatan

4 comments:

  1. kalau KJ and de geng offer lagi besor, kiri kanan makan yoep, suruh bebas mangkuk hayun tu tak sokong bn, hahahahhaha,KJ masa ni lah ko nak ngenakan si C4 tuh....

    ReplyDelete
  2. Hahahaha, haprak btl.. Tu la, klu buat election, setel mslh. Kononnya membazir. Yg dok hura hara ni tk membazir ke yeop? Pelabur2 pn tkt nk msk coz tk tentu..

    ReplyDelete
  3. salam,

    Oghg tuer2 bagi tau...katak a.k.a kodok keje dier tak lain tk bukan...hanya tau nak melompat pasai allah mmg dh jdikan mereka cam tu....manusia yg meniru tindakan haiwan tsbt.....

    maka pham2 jela..kalau tk di potong kaki atau sendi lutut depa selagi tu ler depa nak terkinja-kinja melompat.......

    teringat laghu...
    LOMPAT LAH KATAK LOMPAT
    LOMPATLAH TINGGI TINGGI
    CEPATLAH YB CEPAT
    JANGAN BUAT BUAT TAK RETI....

    KEJOR YOP KEJOR

    WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  4. salam buat perakians...

    MASALAH KAT NEGARA KITA ;-
    - PEMIMPIN KITA NAFSU NYA MCM KUDA
    - RAKYAT KITA MUDAH PERCAYA DAN
    MUDAH LUPA.
    - CUBA PISAHKAN POLITIK DENGAN
    AGAMA.
    - SEGALA BENDA YANG BURUK,JIJIK &
    TAK MASUK AKAL SEMUA ADER DLM
    KAEDAH PENTADBIRAN NEGARA.
    - YANG TAHU BUAT TAK TAHU DAN YANG
    TAK TAHU BUAT2 TAHU.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?