Monday, February 02, 2009

Imbas Kembali Satu Waktu Dulu - malaysiakini

Inilah cerita yang jarang diketengahkan bagi memperlihatkan wajah sebenar para pemimpin Umno (Perikatan ketika itu), semata-mata mahu merampas kerajaan Kelantan melalui tindakan bacul.

Ketika itu, pilihan raya kedua diadakan selepas merdeka. PAS mempunyai 21 wakil rakyat dengan kelebihan lima kerusi berbanding Perikatan.

Kerajaan PAS diketuai Mohd Asri Muda (Dato') dan Timbalan Menteri Besar, Nik Abdul Rahman Nik Mat.

Pada pilihan raya pertama selepas merdeka iaitu pada 1959 PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi negeri yang dipertandingkan. Sedangkan pilihan raya pertama sebelum merdeka, Kelantan dimenangi Perikatan.
  • "Saya dibawa tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kelantan ke Kuala Lumpur. Perjalanan bermula jam 2 petang melalui Kuala Terengganu.
  • "Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ.
  • "Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
  • "Kami macam orang bisu tidak dapat bercakap di antara satu sama lain. SB (Cawangan Khas) polis yang berpakaian biasa ramai mengawal kami di bawah.
  • "Kalau hendak bercakap pun kena berbisik-bisik kerana SB sentiasa mengintai setiap gerak geri kami," kata Che Omar yang masih gagah biar pun usia sudah lanjut.
Rumahnya agak besar terletak di Banggol di bandar Tanah Merah.

Empat lagi wakil rakyat yang terbabit dengan episod 'culik' tersebut sudah lama meninggal dunia. Mereka ialah Adun Kota Bharu Timur, Haji Saufi Idris, Adun Tok Uban, Haji Abdullah Yusof, Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh dan Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latif.

Menurut Che Omar sejak hari pertama dikurung di Jalan Pekeliling, beliau tidak diberitahu bagaimana empat lagi wakil rakyat dibawa ke rumah tersebut.
  • "Mungkin menjadi rahsia peribadi di kalangan mereka. Namun bagi saya ia tidak lagi menjadi rahsia kerana tindakan dilakukan Perikatan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan begitu mengaibkan sekali," ujarnya.
Mengimbau detik-detik ditahan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur katanya, ketika itu beliau bersama wakil rakyat Parlimen Tanah Merah, Mustapa Ahmad mahu menunaikan solat Jumaat. Beliau ditahan anggota polis di tengah jalan.

Polis mengarahnya datang ke Balai Polis Tanah Merah.
  • Beliau hairan apa kesalahannya. Apabila sampai ke balai polis beliau diminta naik ke tingkat atas dan menemui seorang pegawai."Pegawai polis itu kata ada kaitan dengan kes pistol. Namun saya memberitahu polis saya ada lesen. Kemudian pegawai itu meminta saya menyerahkan pistol.
  • "Selepas itu saya dibawa pula ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu. Sebelum dibawa ke Kota Bharu saya minta balik ke rumah sekejap untuk memberitahu apa yang berlaku kepada isteri.
  • "Ketika saya sampai di Balai Polis Kota Bharu saya lihat ramai penyokong PAS berada di situ bagi memberi sokongan. Tidak lama kemudian saya dibawa turun dari pintu belakang dan terus dibawa ke Kuala Lumpur," katanya yang masih mengingati peristiwa yang memalukan Umno tersebut.
Che Omar berkata, biar pun segala makan minum disediakan pihak SB, namun beliau dan rakan-rakan rungsing memandangkan persidangan Dun Kelantan semakin hampir.

Ekoran itu beliau berpakat secara sulit, namun diketahui juga SB yang berkawal.
  • "Mereka meletakkan syarat, kalau hendak balik boleh tetapi mesti mengisytiharkan menyertai Umno. Ketika diaju syarat itu saya meminta diberi tempoh sehingga esok. Saya terima syarat itu hanya di mulut dan bukan di hati.
  • "Dan esoknya kami dibawa ke satu tempat dan membaca surat yang disediakan bagi menyatakan sanggup menyertai Umno di depan kamera televisyen. Saya orang yang pertama mambaca kenyataan itu," katanya.
Ekoran itu geger (heboh) ke seluruh negara lima wakil rakyat PAS Kelantan mengisytihar menyertai Umno.

Che Omar berkata, beliau dimaklumkan kerusi mereka di Dun Kelantan sudah dipindah ke barisan pembangkang selepas pengumuman dibuat.

Keesokan harinya beliau dan rakan-rakan dibawa pulang ke Kota Bharu dengan tiga kereta yang dipandu anggota polis.
  • "Apabila tiba di Kota Bharu pada hari itu persidangan Dun diadakan. Dan saya diberitahu Umno akan membawa usul tidak percaya kepada kerajaan PAS.
  • "Namun saya sudah berpakat dengan empat rakan untuk tidak keluar ke mana-mana termasuk pergi ke persidangan Dewan. Keadaan itu menyebabkan persidangan Dewan menjadi kelam kabut.
  • "Dua wakil Dato' Asri datang menemui kami dan membawa ke JKR 10, dan pada pagi yang sama PAS membuat surat sebaran mengatakan lima wakil rakyat terbabit tidak menyertai Umno.
  • "Ini menyebabkan undi tidak percaya yang mahu dibuat Umno bagi menjatuhkan kerajaan PAS tidak menjadi kenyataan," katanya. Che Omar mewakili Tanah Merah Timur selama tiga penggal bermula 1964.
Sunber rujukan - [sini].

Dulu depa pernah buat dah dan tak mungkin depa tak kan pernah buat sekali lagi benda yang sama... demi kuasa... ya... demi kuasa...

Maka kau cabullah apa yang belum dicabul... maka kau cabullah apa yang sudah tercabul...

Aku peduli apa?

Sebaiknya Nizar isytihar je pembubaran DUN Perak untuk satu pilihanraya negeri. aku yakin Pakatan Rakyat akan menang dengan majority yang lebih besar.

Berani ke Rasuah/BN nak hadapi satu lagi pilihanraya?

BIAR RAKYAT YANG TENTUKAN SIAPA YANG LAYAK...!!!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?