Monday, February 02, 2009

STRATEGI PALING LICIK ANWAR IBRAHIM? - malaysiakini

DS Tajol Rosli pernah memberitahu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang sebelum 31 Ogos 2008. Seperti misi 916 Anwar, misi Tajol juga gagal. Biarpun kedua-kedua misi itu gagal disempurnakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan, namun itu tidak bermakna yang kedua-dua misi itu telah ditamatkan.

Dalam posting saya yang bertajuk “Patutkah Adun Bota Buat Begitu?” [di sini], memang saya tidak mahu mengulas sesuatu yang bersifat ‘khabar angin’. Oleh kerana khabar angin yang saya maksudkan itu sudah bertukar nyata, saya terpanggil untuk mengulasnya ‘sedikit’.

Gerakan untuk menarik ADUN Pakatan Rakyat berhijrah ke BN sudah bermula sejak Nizar dilantik sebagai MB Perak yang baru. Mulanya, Tajol memujuk PAS menyertai BN secara terbuka dan pada ketika itu, isu muzakarah UMNO-PAS sedang heboh diperkatakan oleh peminat politik.

Oleh kerana PAS menolak untuk bersama UMNO dan memilih untuk kekal dalam Pakatan, maka UMNO terpaksa memikirkan strategi baru. Tajol diberikan kepercayaan untuk menyerang kerajaan Pakatan Perak dari dalam. Sasaran mereka adalah ADUN Pakatan yang tidak bersetuju dengan perlantikan Nizar (PAS) sebagai Menteri Besar.

Jika dilihat dari permukaan air, pemilihan Nizar sebagai MB seolah direstui oleh semua ADUN Pakatan. Akan tetapi, realiti sebenarnya bukanlah begitu. Terdapat beberapa ADUN DAP dan PKR yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Nizar. Mereka mahu wakil PKR menjadi MB dan bukannya wakil PAS.

Nizar sedar tentang perkara itu. Sebagai wakil PAS, Nizar cuba bersikap neutral biarpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah wakil PKR dan DAP. Nizar terpaksa membelakangkan dulu prinsip perjuangan PAS untuk mendengar dan melaksanakan permintaan PKR dan DAP. Beliau berbuat begitu kerana mahu memastikan kerajaan Pakatan berada dalam keadaan stabil.

Hasilnya, Nizar berjaya mengubah persepsi masyarakat Cina di Perak mengenai parti PAS. Jika sebelum ini mereka menganggap PAS sebagai parti ‘Islam Ortodok’, kini mereka mengganggap PAS sebagai parti yang jujur, ikhlas dan kuat beragama. Perkara ini diluahkan sendiri oleh bapa saudara saya (bukan Melayu) yang tinggal di negeri Perak.

Oleh kerana masyarakat bukan Melayu Perak semakin menyukai cara Nizar berkhidmat, beberapa ADUN DAP yang dulunya menentang perlantikan Nizar mula berlembut dan semakin menerima kepimpinan Nizar. Bagaimanapun, tindakan Nizar mendahulukan perjuangan DAP dan PKR membuatkan dirinya dikritik hebat oleh masyarakat Melayu. Nizar dilabel sebagai pembelot bangsanya sendiri malah dituduh menderhaka kepada Rajanya.

Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini.

Untuk mengelakkan ‘perang mulut’ yang lebih parah, Nizar mengambil jalan tengah. Dia membela kedua-dua ADUN itu sehingga kedua-duanya diputuskan bersalah oleh pihak mahkamah. Bila Nizar mengambil pendirian itu, penyokong PKR semakin menghormati Nizar dan penyokong PAS menerima pendirian itu sebagai sesuatu yang lojik dan patut disokong.

Isu penahanan 2 exco itu lebih menjejaskan nama baik PKR daripada kerajaan Pakatan di Perak. Masyarakat mula menyamakan PKR sebagai ‘UMNO yang berkulit baru’. Untuk mengelakkan persepsi itu berterusan melemahkan imej PKR, Anwar cuba memancing ADUN UMNO untuk memulihkan semula imej PKR. Usaha Anwar berjaya, Nasaruddin berjaya dipujuk dan keyakinan rakyat kepada PKR dapat dipulihkan.

Strategi ini hanya dapat menjamin kedudukan kerajaan Pakatan Perak buat sementara waktu. Jika kedua-dua ADUN PKR didapati bersalah oleh mahkamah, kerajaan Pakatan masih mempunyai lebihan 1 kerusi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pakatan perlu berbuat sesuatu untuk terus mengukuhkan kedudukannya. Dengan segala bukti yang ada (termasuk pengakuan melakukan hubungan seks), keputusan mahkamah sudah dapat dijangka.

Anwar mula mengatur strategi seterusnya. Beliau mahu 2 ADUN PKR itu berunding dengan UMNO. Untuk berunding, 2 ADUN itu perlukan ‘modal’ dan modal yang mereka gunakan, ada ADUN DAP yang mahu mengikut jejak mereka [di sini]. UMNO tentu tertarik untuk berunding kerana kerajaan Pakatan dapat ditumbangkan dengan mudah.

Bagaimanapun, Tajol Rosli tidak setuju dengan kemasukan 2 ADUN itu. Jika UMNO menerima mereka, liabiliti yang ditanggung PKR akan berpindah pada UMNO. Biar apapun alasan yang diberikan UMNO nanti, UMNO akan dilabel sebagai parti yang melindungi pesalah dan natijah sebenarnya pada PRU ke 13 nanti.

Tajol mengambil keputusan untuk berundur. Tugasnya digantikan Najib dan Zahid. Sebagai anak didik Anwar, Zahid gagal membaca strategi Anwar. Zahid tidak sedar yang kedua ADUN PKR itu sudah menandatangani surat perletakan jawatan. Apa-apa sahaja tawaran balas yang Najib dan Zahid berikan pada 2 ADUN itu hanya akan menguntungkan ADUN PKR itu dan merugikan UMNO.

Strategi ini akan melemahkan imej Najib sebagai pemimpin harapan UMNO dan BN. Jika tidak, Anwar takkan me’link’kan keputusan ‘undian’ yang dibuat blog The People’s Parliament dan tulisan Raja Petra yang telah diterjemahkan oleh Mat Saman Kati di blog peribadinya malam tadi. Semua ini dilakukan untuk mengaburkan mata penganalisis politik mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Malah media juga berjaya dipergunakan kerana berita kehilangan ADUN PKR dan ADUN DAP berjaya menghangatkan lagi pentas politik Malaysia. Lebih hebat lagi, penyokong UMNO dan BN yang sedang teruja menantikan perubahan kerajaan Perak akan bertambah hampa pada kepimpinan mereka. Bahkan, penyokong Pakatan pun turut terpedaya dengan strategi ini.

Yang sebenarnya, Anwar memang mahu mengadakan pilihanraya kecil untuk memalukan lagi UMNO dan BN. Lalu, tidak perlu dihairankan bila Jamaluddin menafikan surat perletakan jawatan yang sampai ke tangan Speaker Perak [di sini]. Anwar memang sudah bersedia untuk mengadakan pilihanraya kecil kerana peluang untuk Pakatan menang kini 60:40. Kemenangan dalam pilihanraya kecil itu nanti amat penting untuk projek seterusnya di Persiangan dan DUN Sarawak.

Kini kita sudah tahu, kenapa Anwar digelar pemimpin yang bijak di Asia dan kenapa Tun Razak memujuknya masuk ke dalam UMNO dan kenapa Mahathir lebih sayangkan Anwar daripada anaknya sendiri pada suatu ketika dahulu.

Fikir-fikirkanlah.

Nur Aflah: Sebelum ini ada yang bertanya, kenapa Nasaruddin masuk PKR dan bukannya PAS? Jawapannya mudah. Pemimpin PAS tidak meminang Nasaruddin.

-Nur Aflah

17 comments:

  1. kalau betul la..ini satu strategi politik yang hebat. Tapi aku masih tak berapa percaya...

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,

    Semakin menarik politik di perak sekarang... dan ditambah lagi dengan adanya konspirasi2 tertinggi ni kan.. hmmm.. strategi demi strategi telah dipamerkan...

    Kita tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  3. kalau betul lah ini strategi anwar, memang hebat.... aku pun tak sangka.... hahahaha

    ReplyDelete
  4. Liciknya dan hebatnya Anwar ialah bagaimana beliau mengambil kesempatan menggunakan kelemahan UMNO selepas PRK KT untuk membuang dua orang anggota exconya di Perak yang dipalit masalah rasuah yang menjijikan itu

    ReplyDelete
  5. mmg genius...

    samada pakatan bjaya atau x menyelamatkan kedudukan di Perak, strategi politik ni lah 'pemenangnya'.

    ReplyDelete
  6. Yer ...

    Anwar bijak betul. Saya setuju..


    Dia bijak sehingga :

    1. Adik diberi jawatan dalam KDEB.
    2. PKR kucar kacir isu duit sumbangan di selangor
    3. Projek 916 tak menjadi
    4. Exco PKR ditangkap isu rasuah.
    5. Saiful Bukhari dibawa melancong ke luar negeri
    6. Projek Babi di dua negari
    7. Kereta Camry ganti kereta proton.
    8. PR bagi tanah 999 tahun di Perak
    9. Janji janji dalam manifesto gagal ditunai..

    oleh kerana tu siapa sahaja ada bukti Anwar bijak bolehlah menyambung di bawah ini...

    khasnya sahabat BPN...

    ReplyDelete
  7. Anwar Menipu Lagi

    KUALA LUMPUR 1 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini menafikan meletakkan jawatan mereka, sepertimana yang diumumkan petang tadi.

    ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa beliau dan dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu tidak pernah menghantar surat berhubung perletakan jawatan itu.

    Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan

    Dah terang dan jelas kepala penipu si Anwar Mata Satu,,,sekutu dia pun dia kencing awal-awal lagi,,,,nah kau.....PAS tunggu apa lagi,,hari ini mari kita cabar Anwar supaya membubarkan DUN Bota.


    Dayus Anwar kalau tak berani bubar DUN Bota.

    tulisan ni aku copy dari -

    http://taipingmali.blogspot.com/2009/02/anwar-menipu-lagi.html

    ReplyDelete
  8. Anwar cuba memenangi satu lagi pilihan raya kerana MP di Sabah dan Sarawak akan melihatnya sebagai 'unstoppable' dan ini akan digunakan oleh Anwar untuk meyakinkan kembali MP Sabah dan Sarawak yang masih ragu-ragu dengan tindakan mereka untuk menyeberang ke PR.

    Ketidakstabilan ini mungkin akan menyebabkan BN memulakan satu strategi baru untuk memburukkan musuh politiknya dan ketika rakyat sedang berbelah bagi,mungkin ketika PRU13 akan diadakan.

    PRU13 mungkin akan terjadi lebih dari awal yang dijangkakan...

    ReplyDelete
  9. Salam...

    hahaha..gelak dengar orang kata Anwar bijak..

    Sebenarnya Anuar ni kurang bijak...kepakpandiran dia semua dah disenaraikan oleh panglima perang cyber.

    Cuma satu aje kebijaksanaan dia yang paling JELAS...memperbodohkan PAS...hahaha..hahaha...soly guy...!!!

    ReplyDelete
  10. PPC - Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan

    bangsatanwarpenipubesar - Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan

    Abg Tuah - Sebaliknya beliau mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang sekiranya mereka keluar daripada parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing. - Utusan

    UMNO ops... Rasuah pulak terlalu cerdik sampai sanggup nak ambik ADUB yang ada kes UMNO...

    Apa Parti Rasuah ni tempat kumpul kaki-kaki UMNO ka?

    kah kah kah kah kah...!!!

    ReplyDelete
  11. Anwar bijak? Bijak di mata penyokong-penyokong taksubnya saja, tapi tidak di mata rakyat yang ternyata lebih bijak melihat keburukan Anwar...

    ReplyDelete
  12. Topeng : saya tak dengar dia keluar lagi PKR ?

    tak keluar dah kena ?

    Topeng : terima kasih petikan berita anda.

    Terima kasih juga datang bertamu di blog saya.

    Macam selalu saya kata:

    kita mahu kawan tak nak lawan.

    salam..

    ReplyDelete
  13. kita boleh perang cyber lagiiiii....yyes la cam biasa be end lawan PR....kita lihat sapa yang kenaaaaaa.
    lokasi perang ada dua beb...lagi hebat nihhhh..aku cam biasa la baju hijau,,kekekekeke

    ReplyDelete
  14. tapi bijak anwar, mmg terbukti bijak dalam setiap percaturan beliau, dan dia adalah bekas graduan dan pernah mengajar di salah satu institusi pendidikan di luar negara. manakala barisan umno adalah kebanyakannya adalah terdiri dari graduan tahap tingkatan 5 dan kaki putar belit, seperti sami vellu, spm pun tak lepas. selepas jadi konduktor bas terus dapat jawatan tinggi dalam umno. ???

    ReplyDelete
  15. DSAI mmg terkenal dgn "strategi-strategi" politik yang "hebat" dan "menakjubkan"...

    Pakatan Rakyat dipenuhi "golongan-golongan professional dan alim ulama"..berbanding Barisan Nasional yg diterajui "golongan-golongan Kontraktor"...

    sungguh hebat "konspirasi" politik yang berlaku di perak sekarang.

    Apakah langkah dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional seterusnya? kita tunggu dan lihat....

    ReplyDelete
  16. aku tak rasa imej PKR semakin bersih dengan kehadiran Nasarudin ke dalam PKR.sama sahaja sebenarnya.

    "Dalam masa yang sama pula, 2 exco PKR gagal dalam ujian “BMW” iaitu “business, money & woman”. Kerana iman yang sangat lemah, mereka mudah diperangkap dan terperangkap. Akibatnya, mereka diberkas SPRM (dulunya BPR) dan kestabilan kerajaan Pakatan kembali bergolak. Penyokong Melayu PKR dan PAS mula bertelagah sesama sendiri. Tajol Rosli nyata gembira dengan perkembangan ini."

    sedangkan mereka yang berpelajaran tinggi boleh tertewas,ini kan pula bekas posmen dan bekas kapten.bukan nak menghina mereka tetapi PKR kurang bijak dalam soal memilih calon.macam calon tangkap muat.

    ReplyDelete
  17. jamaludin(bekas posmen).bukan nak mengutuk kerjaya Posman tetapi kita tahu-tahu sendiri cara orang berpolitik yang ada degree dan master dan seorang yang bekas posman dan kemudian terjun kedalam dunia politik.

    dalam dunia politik ni kalau tak cerdik memang senanglah kita dipermainkan.contoh macam dalam kes dua ahli PKR ni.kalau angin tak bertiup takkanlah pokok tidak bergoyong.baru dah dapat kesenangan skit dah mula buat perangai.

    semua ahli politik kena ingat yang rakyat yang mengundi mereka pada pilihanraya.jadi kalau wakil rakyat buat hal,jangan fikir rakyat tak boleh undi calon lain.

    Jamaludin ada kata dia kurang puas hati dengan pimpinan dalam PKR.siapa sebenarnya yang dia maksudkan?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?