Monday, February 02, 2009

Kenyataan Rasmi Bekas ADUN Behrang & Juga Bekas EXCO Perak a.k.a Duda Gila Talak

Exco kerajaan Perak, Jamaluddin Mat Radzi menafikan beliau telah menghilangkan diri minggu lalu dan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang.

Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media di sebuah hotel dekat dengan lapangan antarabangsa KLIA, wakil rakyat PKR itu berkata beliau mengambil cuti sakit selama tiga hari mulai 28 Januari.

"Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti," katanya.

Kenyataan yang diedar oleh pegawai khasnya Firdaus Saharuddin jam 3.40 petang tadi, Jamaluddin juga berkata beliau masih berkhidmat sebagai Adun Behrang dan menyifatkan kenyataan Speaker DUN Perak semalam "tidak berasas sama sekali".

Dalam sidang media ringkas, pegawai itu berkata Jamaluddin kini sedang dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun menafikan wakil rakyat PKR itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno berhubung desas-desus melompat parti kepada BN.

Sabtu lalu, desas-desus bertiup kencang bahawa Jamaluddin bersama Osman berada di Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya di Pekan.

Mengulas sama ada Jamaluddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan peletakan jawatannya, Firdaus berkata mereka sedang merujuk peguam.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
  • Merujuk kepada laporan media semalam yang menyatakan saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Unangan Negeri (Adun) kawasan Behrang.
  • Sukacita saya sekai lagi ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
  • Ini kerana saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sehingga kini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan jawatan setelah dipilih oleh rakyat.
  • Berhubung dakwaan bahawa saya telah menghilangkan diri kerana mahu melompat parti, suka saya menjelaskan bahawa saya tidak pernah menghilangkan atau melarikan diri daripada mana-mana pihak.
  • Sebaliknya, ingin saya jelaskan bahawa saya telah bercuti dari 28 Januari hingga 30 Januari 2009 kerana sakit.
  • Pada 31 Januari 2009 hingga 1 Februari 2009 pula adalah cuti hujung minggu dan tempoh tersebut digunakan oleh saya untuk berehat.
  • Bagaimanapun, laporan berita semalam yang kononnya saya telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat benar-benar mengejutkan saya.
  • Dalam hubungan ini, adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak berasas sama sekali.
  • Lebih-lebih lagi saya sendiri semalam tidak berada di Perak, apatah lagi untuk menghantar sendiri surat peletakan jawatan saya ke rumah beliau.
  • Kenyataan tuan Speaker tersebut benar-benar mengejut saya dan telah menimbulkan kekeliruan dan kegemparan di seluruh negara sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
  • Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti.
  • Saya berharap penjelasan ini akan menghuraikan kekeliruan yang ada dan saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar demi kepentingan politik pihak tertentu.
  • Yang benar,
  • YB Jamaluddin Mohd Radzi
  • 2 Februari 2009
Kah kah kah kah kah...!!!

Awat? Yang dikejau tak dapek?? yang dikendong berciciran???

Kau jadik la Dudo Gilo talak jang oi...!!!

Lenkali pikio pakai otak dalam kepalo, bukan kepalo lutut..!

Oi... kau poie Pahang Buek apo? Jumpo isteri Rosmah ko? bagi la den sikit...

Khak Ptuih...!!!

7 comments:

  1. Alahai Jem (jamaludin radzi). Kalu ko takde kat Perak masa tuh utk serah surat resign, kek mano ekau sembunyi? Aku tabik kat speaker kerana statement 'ko sendiri serah surat letak jawatan'. Ko tau apasal statement cam gitu? Sobab ehh...speaker nak korek rahsia sulit kek mano ko nyurok bertujuan nak bagi semua penyokong setia PR cam aku nih tahu. Akhirnya ko terjerat jugak Jem (kataku sambil memgang roti)!

    ReplyDelete
  2. Memang mangkuk betul awang sorang ni.Apa ke hal nye dah sakit boleh pulak gi makan angin kat Pekan nu. Kome buat ape kat sana? Orang kalau sakit, rehat kat rumah je bang oiii... Nak kelentong pun, guna la kepala otak. Ni idak, guna kepala lutut.. Apa punya turrrrrr da....

    ReplyDelete
  3. jauh juga deme berdua ni cuti rhat sbb sakit hehehe ate bini di rumah tak boleh tolong picit2kan kepala tu ke?

    bini deme pun tahu laki berehat ke mana...aje teruk kome ni

    ReplyDelete
  4. ko cakap kat dua ekor adun tu...lanciaauuwww, tiba tiba pulak muncul

    ReplyDelete
  5. memanglah surat tk yah hantar ke rumah, sbb guna fax. malanglah pkr dpt adun cam ni. bodo. eloklah buang je, buat malu kaum.

    ReplyDelete
  6. aik..duo duo heh sakit sorontak..leh pulak janji janji nak sakit..sakit apo tu?

    ReplyDelete
  7. Inilah sikap pemimpin PKR yang suka berdolak dalih macam 'kepala' mereka juga, Anwar Ibrahim... Cakap pusing-pusing, belit-belit, sat macam ni, sat macam tu...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?