Tambahnya, niatnya untuk menyertai PKR telah mula berkurangan sedikit susulan perkembangan terbaru politik Perak kebelakangan ini.
- "Kena tengok perkembangan yang sedang berlaku sekarang.
- "Takut yang dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran. Ditelan mati emak, diluah mati ayah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Ahmad Fakeh berkata, beberapa Adun lagi dipercayai berminat untuk melompat kepada Pakatan Rakyat.
Wakil-wakil rakyat itu dipercayai bekas ketua Rasuah Beruas, Datuk Hamdi Abu Bakar dan ketua Rasuah Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.
Menurutnya, kedudukan tidak menentu dua Adun PKR menyebabkan beliau terpaksa mengambil pendirian tunggu dan lihat.
Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu dipercayai telah meletakkan jawatan tetapi mereka, yang ingin meninggalkan PKR, menafikannya.
Speaker DUN Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri mengenai kekosongan kedua-dua kerusi tersebut.
- "Tengoklah dulu apa yang berlaku, kita tidak boleh bodohkan diri. Kalau salah tindakan, rakyat salahkan kita," katanya.
- "Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," kata Ahmad Fakeh kepada Malaysiakini baru-baru ini.
PAS dan PKR jadi pengemis pula?
ReplyDeleteahmad fakeh ni adun bodoh. dah nak mampus pun. tak perlula PR ambik. buat menyemak je..
ReplyDeleteDrp cara Adun ni memberi respon, nampak sangat tindakannya didorong oleh kepentingan peribadi. Bukan kepentingan rakyat. Jadi, orang camni tak sesuai ada dalam Pakatan. Satu hal lagi, dengan pendedahannya, dia dok kata parti2 dlm PR call dia minta masuk parti mereka, macam le parti2 dlm PR ni pengemis pula... Tak yah le terima dia walaupun dia merayu. Tapi kalau dia menangis air mata darah, syorkanlah keluar BN jadi Adun Bebas je...
ReplyDeletejanganlah PKR dijadikan tempat untuk adun yang bermasalah...nanti takde bedanya antara UMNO ngan PKR
ReplyDeleteahmad pakeh (dah nak fakir baru ingat nak seberang)...bagus la ko dah dedahkan tembelang ko. PR jgn tiada batu beban digalas. Toksah dok rayu la org tua tu...buat ngabehkan boreh yo...
ReplyDeletePercayalah,saya salah seorang pengundi di dun changkat jering,jika benar pilihanraya kecil dibuat semula,saya sendiri yang sebelum ini telah mendaftar sebagai pemuda UMNO akan melempar selipar jepun ke muka Datuk seri Najib masa ceramah jika dia turun di changkat jering nanti,dan buat Adun yang cuba lompat parti sudah tentu terpaksa pindah keluar dari adun dia sendiri sekiranya tak jadi pilihanraya,bukan saya seorang yang marah,malah masih ramai kecewa dgn adun yang penting diri sendiri,yang pasti Saya,kami dan rakyat malaysia tak mahu Najib jadi PM Kami!!!
ReplyDelete