Oit... Najib dah habaq depa menang...
Nizar dah jumpa Sultan Perak, Najib baghu nak pi ngadap...
Aku no komen... berdoalah hangpa...
Rentetan peristiwa... berdebar beb... dup dup dup dup dup...
5:06pm BN. BN mempunyai cukup jumlah Adun untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.
Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.
Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - kembali semula kepada Umno.
4:25pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.
Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.
Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari - juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.
Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.
3.52pm Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak.
kemaskini 3:25pm Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin dalam sidang medianya tadi memaklumkan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim "diculik".
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
najib nak buat announcement perubahan kerajaan Perak ! damn !!
pertahankan Perak !! Pertahankan Nizar!!
TP, cepatla updated oii..aku dh geram ni..jd ke tak PRK?!!damn najib, Allah akan membalas perancangan jahat kamu!!!
hahahah...hilang 2 Parlimen dpt satu negeri....
hahahhaha ini la namanya politik..
Jika Perak dipegang semula oleh BN, jangan salahkan BN tapi salahkan PR. Mereka yang tak pandai tadbir kerajaan negeri, nak salahkan BN pula. Cukuplah tempoh 11 bulan 'honeymoon' untuk PR di Perak...
Hello mangkuk PK. Sapa suruh start main lompat katak. Sampai nak saman Sultan Perak. Org Melayu sendiri pun tak paham2. Bagi malu jer.
Haaa nak sangat main lompat2 kan.
Suke sangat nak suruh org lompat sana sini kan.
Dari tahun lepas dok sebok2 suh org lompat kan.
Skang nie org dah lompat.. sudah lah. ape lagi tak puas hati?
Sendiri punya Game terkene batang hidung sendiri.
Bila tak puas hati bawak, buat perhimpunan pi gaduh ngan polis.
Buat huru hara sana sini. Mana keamanan negara kita kalau mcm ni? kalau asyik nak berpolitik? Sampai kan kete Sultan pun kene blok.. isk isk isk. Kurang Hajar Tahap Melampau Langsung tidak menghormati Kuasa DIraja.
8 march dah lama berakhir, sudah2 la tuh berpolitik nak tarik sana tarik sini, lompat sana sini. tipu sana sini. Sudah2 lah tuh. kalau asyik nak politik kalau asyik nak gila kuasa bila nyaa nak buat kerja? Rakyat tetap kene carik makan, pk diri keluarga dan masa depan?
BUkan paklah atau anwar yg nak kasik rakyat makan. Rezki semua kami cari sendiri. Tapi kalau pemimpin tak adakan peluang meningkatkan peluang perniagaan, pembangunan ekonomi serta insan mcm mana rakyat dan negara nak maju?
Kalau asyik nak politik, kalau asyik nak undi, kalau asyik nak mandat. Mandat yg dah diberikan pun tatau jaga. Lepas tuh buat perhimunan resakser, lepas nih rusuhan, tak puas hati lagi buat mcm dulu kumpul ramai2 kat masjid negara mintak simpati.
BN dulu kalah 5 negeri takder pun buat perhimpunan? takde pun buat rusuhan? tapi kenapa PR suke benar mencipta rusuhan? menganggu ketenteraman org awam? Saya pun rakyat juga, saya pun ada hak juga untuk meminta semua keganasan dihentikan. Aku pun rakyat MALAYSIA juga. Saya tidak suka semua perkembangan ini. Nak lawan.. lawan di arena politik.
PR perak mula2 kata, Kerajaan mereka kukuh, tak kukuh pun.
mula2 jatuh mintak perkenan Sultan, Lepas tuh kata semuanya terpulang pada keputusan sultan, namun kini SUltan dah bagi keputusan. mereka Lawan pulak lagi.. ape punye jenis manusia kau org nih ha? Cakap tak pernahnya btol.
Semenjak kemunculan DSAI, ramai org telah mula kurang hajar terhapdap pemimpin serta undang2. Mereka buat secara suka hati mereka. Kalau dikutkan dari dulu pada PR polis salah, lawyer salah, hakim salah, menteri salah, ACA salah, EC salah, skang ni SUltan pun salah, dan mereka saje lah yg betol. (Mcm perangai yahudi buat sesuka hati, kekecohan sana sini tapi tuding jari kat org lain)
DSAI selalu berkata dalam ceramahnya, “Insyallah with gods willing mereka akan tubuh kerajaan baru” Namun kini Alhamdulillah dengan keizinan Ilahi semua ini telah berlaku. Apakah ini takdir, qada’ n qadar ketentuan ilahi.
Dan apakah ini spt ape yg mereka selalu katakan, kebenaran akan terbukti jua akhirnya. Marilah kita ambil iktibar dan memanfaat kan perkembangan yg positif ini ke arah pembangunan ummah dan negara
Namun ape yg boleh diperkatakan dengan senario ini oleh PR
YG DIKEJAR TAK DAPAT, YG DIKENDONG BERCICIRAN
P/s: Dulu DSAI nak merampas kerajaan dengan MP lompat takde sape pun cakap ape2. skang nih baru lah nak melatah bukan2.
oi sudah2 la politik tuh, bila mau buat kerja? Kami Rakyat Mau Cari Makan Utk diri keluar masyarakat dan masa depan. dengan ucapan main la lompat2 lagi.
AKir kata Tahniah, harapan PKR nak tubuh kerajaan baru termakbul jugak akhirnya.
Post a Comment