Salam semua…
Ini adalah kali ketiga UMNO menjalankan cara tipu daya nak mengambil kuasa.. kali pertama tahun 1961 ketika kerajaan Kelantan PAS memerintah.. 4 orang ADUN PAS mereka culik selama sebualan. tetapi rancangan ini tak berjaya.. kali kedua kat Terengganu kektika PAS memerintah dengan majoriti kecil juga, mereka culik arwah Dato’ On dan mereka berjaya menyebab mereka dapat mengambil alih Terengganu.
kali ketiga kali ini pula berlaku kepada kerajaan negeri Perak.. Apa pun ikut pada segi teori mereka masih belum lagi dapat kuasa sehingga menunggu perkenan Sultan, mengikut apa yang dicerita oleh Sifu aku sebentar tadi selepas MB Nizar betemu pada pukul 4 ptg tadi, beliau telah menerangkan kepada Sultan dari seluruh aspek, dan Sulta pun mendengarnya dengan membuatkan Sulta meminta tangguh, akhir sekali bila MB Nizar nak keluar Sulta mengingatkan MB Nizar dengan membaca ayat “Innallah ha maas sabirin.” Apa maksud sultan hanya Allah saja yang maha mengetahui niatnya… Selepas itu pada jam 6.00 Najib pula pergi mengadap.. dan dengar ceritanya itu pun Sultan minta tangguh dulu untuk melihat dari segi aspek perundangan.. wallahhuaklam katanya.. tapi aku dah bertekad kalau Sultan Azlan mengikut kata UMNO dengan tidak membubarkan DUN maka pada setiap Jumaat doa dalam Khutbah keduanya aku tak kan mengaminkan doa untuknya..berdoalah hangpa kalau hang nak berdoa kat dia.. INI TEKAD AKU.. Bagi aku Raja yang adil raja disembah.. kalau raja macam UMNO juga pigirahhhhhh.
Apa pun nasihat sifu aku apa pun terjadi itu ada hikmahnya.. mana tau mungkin lebih baik kita jadi pembangkang pula..ini semua kerja ALLah, hanya DIA yang mengetahui segala-galanya.
Disatu sudut perkembangan untuk PAS terang lagi nyata.. Orang DAP pun ada belot, begitu juga PKR… jadi yang taat setia ADUN PAS.. Tahniah PAS.. Sebentar tadi seorang Ahli Keadilan Lumut, bekas (Wakil Calun Parlimen PKR Lumut) dah minta borang PAS nak jadi ahli PAS pula.. alhamdulillah,, mereka dah nampak mana yang jelas perjuangan..
-Manjung Mari
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam !
aku kato ddoh hok laing tokleh haghak
hok laing gak kualiti rendah.
ha ha ha ha
kalau tak caya sama PKR dan DAP kenapa masih bersama? jangan matlamat menglalalkan cara
kita kalah, kalah dengan bermaruah. kita menang, menang dengan prinsip. jangan kita menang dengan licik, itu bacul namanya
Tak ada gunanya kalau ada ahli PKR nak jadi ahli PAS dengan alasan tak yakin dengan PKR kerana walaupun dia akan jadi ahli PAS, dia tetap di bawah cengkaman PKR... Kalau tak puas hati dengan PKR, baik suruh PAS keluar dari Pakatan. Yang PAS pun satu. Dah nampak PKR macam tu, tapi masih nak bersekongkol juga dengan PKR...
Post a Comment