- Pergerakan Pemuda UMNO berharap pengundi di Bukit Gantang, Perak menterjemahkan taat setia mereka kepada raja menerusi pilihan raya kecil Parlimen kawasan tersebut pada 7 April ini.
- Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, rakyat dan pengundi Bukit Gantang perlu membuat keputusan berdasarkan sokongan mereka terhadap konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
- ''Sokongan itu perlu terjemahkan dalam bentuk undi pada pilihan raya kecil DUN Bukit Gantang pada 7 April ini," katanya kepada pemberita pada majlis santai bersama Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini hari ini.
- ''Pilihan raya kecil Bukit Gantang penting kerana kita hendak buktikan kemenangan Barisan Nasional (BN) boleh menjadi kemenangan moral selepas mengambil alih kuasa di Perak," katanya.
1 - Bawak Najib ke Bukit Gantang - 40%
2 - Bawak KJ ke Bukit Gantang - 60%
3 - Bawak Ezam ke Bukit Gantang - 80%
Lu pikir la sendiri ... !!!
Konsep raja berlembagaan tu raja kena patuh undang2kan. Jadi undang2 sapa bikin? rakyat ke menteri?
ReplyDeletekonsep perlembagaan beraja makne undang2 diketuai rajakan? Apa2 undang pas kat raja pastu kalau raja x setuju automatik batal. Boleh ke menteri ikut?
Hai..makin bonekalah institusi raja
Baguslah tu
Pergerakan Pemuda UMNO berharap pengundi di Bukit Gantang, Perak menterjemahkan taat setia mereka kepada raja menerusi pilihan raya kecil Parlimen kawasan tersebut pada 7 April ini.
ReplyDeleteKalau x undi umno maknenye derhaka kepada sultan. bukan gitu?
UMNO dan budaya peras ugut..tak habis habis Khairy
Topeng perak,
ReplyDeleteDalam kesibukan media arus perdana memutar belitkan fakta sebenar tentang kemelut politik dalam negeri Perak, sudah kedengaran desas desus mengatakan percaturan Najib merampas kerajaan negeri perak melalui sistem lompat parti adalah gagal walaupun pada dasarnya mereka sudah menawan bangunan SUK dan menteri besar serta ahli exconya sudah mengangkat sumpah.
Pada awalnya Najib memang berjaya menawan tiga ADUN PKR negeri Perak. Sehingga Najib Razak dilihat begitu bergaya ketika membuat pengumuman dihadapan wartawan bahawa BN kononnya telah mendapat cukup majoriti untuk membentuk kerajaan negeri perak yang baru.
Angka yang dikatakan cukup majoriti itu adalah 28 ADUN dari BN dicampurkan dengan 3 ADUN BEBAS yang ditawan kononnya telah berpihak padanya.
Walau pun sepeaker DUN pada awalnya telah memberitahu pada SPR tentang pemecatan ADUN yang keluar parti itu, tetapi SPR telah menolak permohonan tersebut dengan mengekalkan status ADUN dan pilihanraya tidak diadakan.
Dan seterusnya pertemuan antara Najib dengan sultan telah memberi harapan cerah kepada UMNO-BN bahawa sultan tidak membubarkan DUN seperti mana yang diminta oleh Mohammad Nizar.
Malahan sultan mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri Perak pimpinan PR kepada BN. Dan sultan menitahkan supaya Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
Pada perkiraan Najib dengan tekanan dan tindakan drastik itu pasti akan membuatkan pemimpin Pakatan Rakyat menjadi panik dan membiarkan Mohammad Nizar letak jawatan secara sukarela seperti yang diminta oleh sultan. Dengan itu selesailah misi menawan kerajaan negeri Perak tanpa perlu menghadapi pilihanraya.
Tapi malangnya angan-angan itu telah disanggah oleh Anuar dengan tidak membenarkan Mohammad Nizar meletakkan jawatan secara sukarela tetapi mencadangkan supaya membawa kes itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.
Ini disebabkan dalam perlembagaan jelas menyatakan bahawa Menteri Besar tidak memegang jawatan di bawah perkenan Sultan. Wujudnya menteri besar dalam kerajaan negeri adalah kerana sokongan yang dimiliki di dalam dewan.
Perubahan ini membuatkan Najib serta penasihatnya terkejut dan cemas kerana perancangannya sudah jauh tersasar dari tujuan asal.
Mereka cuba pula menimbulkan isu Mohammad Nizar derhaka pada sultan kerana ingkar perintah sultan supaya meletakkan jawatan.
Namun tindakan ini juga tidak mendatangkan hasil kerana sebelum ini UMNO juga telah menderhaka pada sultan Terengganu. Sebahagian dari rakyat negeri Perak pula dilihat telah bangkit mengeluarkan fakta bahawa pemimpin UMNO yang terdahulu telah merobek institusi raja-raja melayu. Oleh kerana itu isu derhaka sudah menjadi senjata makan tuan.
Kini Najib dan sultan dituduh sebagai tidak mematuhi undang-undng tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dan berhadapan dengan persoalan mengapa mereka melantik Menteri Besar dan exconya secara tergesa-gesa tanpa dibubarkan dulu DUN atau diadakan usul tidak percaya atas alasan tiada majoriti bagi mengugurkan status Menteri Besar yang disandang oleh Mohamad Nizar…?
Pada awalnya kita lihat permainan lompat parti berpihak pada Najib tapi kini dia dan kuncu-kuncunya terkepung dalam masaalah yang diciptanya sendiri dan moral UMNO bertambah rosak.
Oleh kerana menerima nasihat dari orang bodoh maka Najib dilihat sebagai bakal Perdana Menteri tidak bermoral dan paling bangang hasil keluaran parti UMNO selama 50 tahun memerintah Malaysia.
Talian hayat Najib Razak yang terakhir hanya terletak pada peguam dan hakim mahkamah. Apa yang kita semua tahu, Najib akan melakukan apa saja tindakan demi kepentingan diri nya tercapai.
Persoalannya apakah hakim yang kendali kes ini sudah dibeli dan bersandiwara sebagaimana hakim korek…..korek….,korek…????
Tunggu dan lihat keputusannya….
“Hanya pada Allah kita berserah dan hanya pada Allah kita berlindung dari kejahatan manusia zalim”
alaaaa.....anuar sendiri beriya-iya mintak lompat ...sekarang dia yang terlompat-lompat....tak akan melayu hilang didunia...atau takan melayu boleh jadi boneka .....aku sokong pada tunjangnya melayu
ReplyDelete