Saturday, February 14, 2009

Semak Senarai Tamu Majlis Santapan..? - malaysiakini

  • Polis akan menyemak senarai tetamu yang akan hadir ke majlis santapan diraja di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok bagi memastikan sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan bekas Exconya masih tersenarai dalam jemputan tersebut.
  • Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, beliau akan menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim bagi mendapatkan pengesahan untuk memastikan hanya mereka yang diundang sahaja dibenarkan masuk ke istana.
  • Beliau berkata, polis boleh menghalang mana-mana tetamu termasuk Mohammad Nizar dan barisan bekas Exconya jika nama mereka tidak tersenarai sebagai jemputan.
  • ‘‘Kita tidak tahu sama ada Mohammad Nizar dan bekas Exconya masih lagi tersenarai sebagai jemputan ke majlis itu dan saya akan menyemak perkara ini dengan SUK - UMO
TP - Setahu aku lah ... dalam mana-mana majlis adat istiadat Istana dalam mana-mana negeri baik di Semenanjung Malaysia mahupun Sabah & Sarawak, semua Ahli-Ahli Parlimen, ADUN-ADUN, YDP-YDP, Ahli-Ahli Majlis atau apa sahaja pemegang jawatan tertinggi dalam negeri-negeri berkenaan adalah tetamu undangan khas untuk majlis berprotokol Istana.

Jadi sepatutnya tak timbul isu nak semak balik senarai tetamu jemputan.

Ini adalah berdasarkan kepada institusi beraja adalah merupakan institusi tertinggi dalam negara yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

Selama ni pun sepengetahuan aku, tak pernah berlaku kejadian dimana pihak istana hanya menjemput sebelah pihak (pemerintah/pembangkang) dalam mana-mana majlis protokol Istana sebab kalau berlaku demikian, bermakna institusi tersebut jelas "berpihak" kepada sebelah pihak...

Tapi tak tau la pulak kot-kot ada yang nak sabotaj ataupun ada komplot dibalik tabir tanpa pengetahuan pihak istana yang bertujuan atau berniat tak baik...

Yang ni kena tanya Datuk Mohd Anuar Zaini...

34 comments:

  1. TP,

    Sebelum ni ada sorang blogger call aku bertanya pasal siapa si bangsat yang bernama Anuar Zaini dan hubungan dia dengan Istana Perak.

    Aku takda masa nak korak info malaun bangsat tu, setahu aku dia ni kat Bernama pun orang dah ramai menyampah. sebab sifat ke ANJINGAN dia.

    Minta tolong publishkan background haramjadah ni, atau hang boleh email kat aku.

    TQ

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz sebelum ini menyatakan Pas sanggup menunggu 30 tahun lagi untuk semua pihak sedia menerima hukum hudud kerana parti itu tidak mahu memaksa sekutu pembangkangnya.

    Sebelum ini, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mengakui hudud bukan keutamaan kepada pakatan pembangkang sebaliknya yang harus ditekankan ialah aspek keamanan dan keadilan kepada rakyat.

    Terdahulu, ketika Wacana Transformasi Politik Malaysia, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang dapat memerintah negara.

    mahu kah pihak DAP ikut pas
    ???...kena langkah bangkai karpal,dan banyak bangkai2 DAP tu ler........sebagai org islam wajib patuh pada hukum hukum Allah bukan hudud saja tapi semua hukumnye....termasuk juge system akhlak dlm perundangan islam..

    ReplyDelete
  3. Kelemahan Pas Berhubung Isu Negara Islam

    � Dulu Pas menganggap kerjasama UMNO dengan parti komponen lain yang pemimpinnya bukan beragama Islam adalah amalan yang bercanggah dengan konsep negara Islam.

    Bagaimanapun, Pas kini menjalinkan kerjasama dengan DAP. Walhal, DAP dilihat cenderung menentang sebarang tindakan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam di Malaysia.

    � Malahan demi kepentingan politik dan mendapat sokongan daripada DAP, Pas akhirnya sanggup menggugurkan perkataan negara Islam dari manifestonya.

    Oleh itu, amat jelas Pas tidak bersungguh untuk menjalankan pentadbiran Islam sebaliknya hanya bermuka-muka.

    Keadaan ini berbeza dengan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN contohnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir (ketika itu) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam Mesyuarat Agung Parti Gerakan.

    � Mursyidul Am Pas, Dato� Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, jawatan Perdana Menteri tidak semestinya dipegang oleh orang Islam malah orang bukan Islam termasuklah daripada DAP boleh memegang jawatan tersebut.

    Ia secara jelas bercanggah dengan konsep negara Islam yang mewajibkan ketua negara adalah beragama Islam.

    � Selepas Dr Mahathir bertanyakan di mana pelan induk Pas mengenai Islam, Pas terpaksa menerima desakan penyokong-penyokongnya. Pada 12 November 2003, Pas secara tergesa-gesa melancarkan satu dokumen negara Islam Pas yang sebelum itu tidak pernah wujud.

    Jika diperhalusi secara mendalam, tidak ada satu pun perkara baru yang dibawa oleh Pas sebaliknya semua perkara yang dinyatakan ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.

    ReplyDelete
  4. Isu-isu yang Sering Diutarakan oleh Pas

    Isu Hudud

    �Pas menuduh sistem kehakiman dan perundangan negara adalah perundangan sekular kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Hudud menurut Pas seperti dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan jelas sekali mengikut citarasa sendiri, contohnya, Fasal 56 memberi pilihan orang bukan Islam memilih enakmen syariah atau tidak (sama dengan sistem kehakiman Malaysia).

    � Manakala Fasal 68 mengenai syarat menjadi hakim syariah boleh juga dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi Malaysia atau Borneo (iaitu hakim dalam sistem kehakiman Malaysia).

    � Pas menuduh mahkamah sivil Malaysia sekular, tetapi Pas menerima pakai syarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama untuk syarat kelayakan hakim syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

    � Pas menuduh pemimpin UMNO menolak hudud. Kerajaan pimpinan UMNO sudah berkali-kali menyatakan mereka tidak menolak hudud kerana hudud adalah hukum Allah.

    � Pemimpin UMNO menegaskan, mereka tidak menerima dan tidak bersetuju dengan hukum hudud ciptaan Pas. Sebahagian daripada hudud Pas bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :

    a. Fasal 56(1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menyatakan hukum hudud Pas hanya berkuat kuasa kepada orang Islam. Ini bertentangan dengan hudud Allah yang berkuatkuasa tanpa mengira Islam ataupun bukan Islam.

    b. Mukalaf mengikut Pas adalah mereka yang berumur 18 tahun sedangkan dalam mazhab Syafie syarat untuk mukalaf ialah cukup umur (baligh) dan sempurna akal (tahu membezakan yang baik dan buruk).

    c. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan mempunyai kekurangan kerana hukuman bagi penderhaka kepada kerajaan (Bughah) tidak diperuntukkan di dalam enakmen tersebut.

    � Penjelasan :

    a. Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan hukum Jenayah Islam seperti hukum Ta�zir, qisas (bunuh dibalas dengan bunuh) dan beberapa hukum hudud seperti hukuman ke atas penderhaka Kerajaan (Bughah).

    Contohnya, orang berzina dan meliwat tetap dihukum dengan hukuman Ta�zir, cuma tidak disebat 100 kali. Ini merujuk kepada istito�ah (keupayaan) untuk melaksanakan hukuman tersebut ke tahap maksima (tertinggi).

    b. Sabda Rasulullah saw: �dan apa-apa perkara yang telah diperintahkan ke atas kamu untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu�.

    Isu Sumber Haram Dalam Negara

    � Pas mendakwa Kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan daripada sumber kegiatan haram seperti judi dan arak.

    � Penjelasan

    a. Malaysia sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara berhubung hukum-hakam Islam.

    Pengeluaran lesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi dan pembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini.

    Lesen arak adalah sebagai �ikatan� antara mereka dengan pihak kerajaan.

    b. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.

    c. Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.

    d. Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.

    Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.

    e. Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.

    Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen arak di Terengganu?

    f. Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.

    Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu

    ReplyDelete
  5. kalau ikut komentar di atas ni setujulah bahawa malaysia ni negara sekular berpaksikan islam sebagai nama. hurmm. Bala tu kena pada semua, bukan seorang individu sahaja. Hukuman potong tangan? Sebat 100 X? Rejam dgn batu? Dari Alquran kan? Kalau buat ikut kemampuan shj seperti kata komentar nilah..bolehkah kita bersembahyang ikut yang mana mampu rakaat kita. Contoh: sembahyang 4 rakaat jadi 1/2 rakaat. Tu je yang saya mampu chekk..Kita jangan ambil potongan hadis dan ayat alquran untuk kepentingan peribadi. kalau kita buat macam tu kita pun lebih kurang sama je dengan yahudi..Dah tau hukuman tuhan macam tu buat buta sebelah mata..janji perut aku kenyang sudah.

    ReplyDelete
  6. betul tu! kat Malaysia kita gunakan istilah pendidikan Islam yakni dididik tp nak ikut lantak hang.

    Sepatutnya kena tukar sistem pengajaran Islam kita kepada Pendidikan &_Penghayatan Islam. Jika ini berlaku Insyallah, kita leh jadi umat Islam yg unggul.

    penyakit "wahan" utk segelintir umat Islam dah tersebar luas.

    ReplyDelete
  7. KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

    Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

    DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

    Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

    Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

    Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

    Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

    Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

    Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

    Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

    (DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
    SULTAN SELANGOR
    13 Februari 2009

    ReplyDelete
  8. Dimasa kerajaan british memerintah, rakyatlah penyelamat raja. Nama-nama trkenal spt Hj Abd Rahman Limbung, Dato sagor, Tok Janggut, Mat Kilau, DAtuk Bahaman, Dol Said, Tok Gajah dan segala rakyat2 yang x bernama turut serta dalam perjuangan. Siapakata demonstrasi jalanan bukan budaya kita.Dalam budaya Melayu, sekiranya terjadi perkara aib seperti bersekedudukan di kampung-kampung, siapakah yang menyalakan jamung-jamung dan berarak menghukum para penzina? Penentangan Malayan Union bukan demonstrasi jalanankah? Di masa itu rakyat merasakan kepahitan, sedangkan para pembesar negeri dan raja hanya merasakan mereka perlu sokongan rakyat untuk mengelakkan mereka dari terus menjadi boneka dan kehilangan kuasa. Apabila mereka mendapat kuasa, dimanakah kita diletakkan? Apabila kita mengeluh, dimanakah mereka meletakkan kita? Dimana anak-anak kita merempat dalam kemiskinan, dimanakah mereka? Kita sesama manusia, tanggungjawab kita berbeza. Yang empunya kuasa dan yang diinjak oleh penguasa akan sama-sama merasai yaumil mahsyar. Kita semuanya kapanan putih, kita sama dimamah tanah. Kita sama disoal dikuburan, yang membezakan kita nanti cuma amal- Ikhlas dariku pacal yang hina disisi Allah

    ReplyDelete
  9. Aduhai raja-rajaku lihatlah disekelilingmu, belajarlah dari lipatan sejarah, dimana dengan sekelumit kuasa yang ada, bendahara boleh menjadi sultan, beraja dimata dan bersultan dihati. Lihatlah pula dimasa sekarang. Adakah tiada usaha seperti itu di zaman ini? Tentu ada, cuma dipermodenkan oleh bangsamu yang bertopengkan perjuangan bangsa

    ReplyDelete
  10. Apakah tindakan polis lebih sudu dari kuah?

    ReplyDelete
  11. Jalaludin Hassan:Soalan bernilai 1 juta ringgit..Siapakah yang memberikan sudu kepada polis untuk mengacau kuah santapan sultan?

    A- UMNO?
    B-NAJIB?
    C-KPN?
    D-SUK?

    Anda Perlukan talian hayat?

    ReplyDelete
  12. ‘Jangan biadab’

    KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

    Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

    DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

    Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

    Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

    Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

    Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

    Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

    Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

    Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

    (DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
    SULTAN SELANGOR
    13 Februari 2009

    ReplyDelete
  13. Soalan ni perlu dijawab juga


    Dimasa kerajaan british memerintah, rakyatlah penyelamat raja. Nama-nama trkenal spt Hj Abd Rahman Limbung, Dato sagor, Tok Janggut, Mat Kilau, DAtuk Bahaman, Dol Said, Tok Gajah dan segala rakyat2 yang x bernama turut serta dalam perjuangan. Siapakata demonstrasi jalanan bukan budaya kita.Dalam budaya Melayu, sekiranya terjadi perkara aib seperti bersekedudukan di kampung-kampung, siapakah yang menyalakan jamung-jamung dan berarak menghukum para penzina? Penentangan Malayan Union bukan demonstrasi jalanankah? Di masa itu rakyat merasakan kepahitan, sedangkan para pembesar negeri dan raja hanya merasakan mereka perlu sokongan rakyat untuk mengelakkan mereka dari terus menjadi boneka dan kehilangan kuasa. Apabila mereka mendapat kuasa, dimanakah kita diletakkan? Apabila kita mengeluh, dimanakah mereka meletakkan kita? Dimana anak-anak kita merempat dalam kemiskinan, dimanakah mereka? Kita sesama manusia, tanggungjawab kita berbeza. Yang empunya kuasa dan yang diinjak oleh penguasa akan sama-sama merasai yaumil mahsyar. Kita semuanya kapanan putih, kita sama dimamah tanah. Kita sama disoal dikuburan, yang membezakan kita nanti cuma amal- Ikhlas dariku pacal yang hina disisi Allah

    ReplyDelete
  14. aku tolong jawap

    1. rakyatlah penyelamat raja

    tu memang betul

    2. Apabila kita mengeluh, dimanakah mereka meletakkan kita? Dimana anak-anak kita merempat dalam kemiskinan, dimanakah mereka?

    ko nak zaman ni berulang lagi ke. sekarang ni tak cukup ke harta yang ko ada , segala ilmu yang ko dapat, sampai nak ulang lagi zaman tu , sebab menderhaka kepada pemimpin? satu kapal hanya perlu ada satu nakhoda je

    3.Yang empunya kuasa dan yang diinjak oleh penguasa akan sama-sama merasai yaumil mahsyar.

    Betul. itu hukum alam.

    4.Kita semuanya kapanan putih, kita sama dimamah tanah. Kita sama disoal dikuburan, yang membezakan kita nanti cuma amal- Ikhlas dariku pacal yang hina disisi Allah

    Betul . Semua yang hidup pasti akan mati

    so? apa jawapan kepada persoalan yang di tulis oleh sultan selangor tu

    jangan mainkan isu sejarah. korang kena jawap apa yang ada sekarang ni .

    jawapan korang selalu camni,

    habis tu umno dulu pernah menderhaka jugak ?
    bukan ke, kalau korang fikir, itu memantapkan lagi apa yang berlaku, mengiakan bawahasanya sekarang ni ada yang menderhaka

    kalau di thailand dan UK, semua dah kena masuk jail je . dan kalau ko tak setuju , korang boleh keluar dari negara ni

    tapi aku yakin korang tak mampu.. cerita kedai kopi boleh lah..

    ReplyDelete
  15. kalau takda sejarah satu peritiwa tu pasti tidak akan berulang, mana datangnya kita kalau tak dari umat terdahulu. Siapa pula anda nak menghalau kami? Syed hamid albarkah atau Allah?.Kita semua pembayar cukai..duit yang aku bayar tu ade gak kau makan dan ade gak yang aku makan. Dimana datang penafian kehidupan itu? Apakah golongan aristokrat dapat bergerak tanpa rakyat? Soalan cepu emas tu....

    ReplyDelete
  16. terharu sungguh tgk perjuangan bloggers kita semasa isu di Perak sedang hangat.sanggup berkampung di rumah MB demi menyampaikan kebenaran,berita sahih dan semestinya panas dan terbaru dari perak.
    nak mintak tolong skit boleh tak???
    harap perisik rakyat dapat senaraikan alamat bloggers yang hardcore pada ameno dan bn.sebab aku dan kawan2 nak buat serangan maya kat diorang....biar diorang diserang, terduduk sampai tak bleh ckp ape2....boleh tak?

    ReplyDelete
  17. cik anon,

    apo la kau ini hehehehe yg palinghebat perakbangkit le :)

    ReplyDelete
  18. aku nak senarai lengkap...setakat perakbangkit tu,dah lama dah aku hantam cukup2...hehehehehe

    ReplyDelete
  19. Anon 11:24 - sat aku siapkan sat ... sabaq ... stgh jam lagi aku tepek dekat bawah ni ...

    ReplyDelete
  20. Aku nak komen jawapan si jawaplah tadi

    1. rakyatlah penyelamat raja

    tu memang betul-sedar pun

    2. Apabila kita mengeluh, dimanakah mereka meletakkan kita? Dimana anak-anak kita merempat dalam kemiskinan, dimanakah mereka?

    ko nak zaman ni berulang lagi ke. sekarang ni tak cukup ke harta yang ko ada , segala ilmu yang ko dapat, sampai nak ulang lagi zaman tu , sebab menderhaka kepada pemimpin? satu kapal hanya perlu ada satu nakhoda je- budak di pandai baca ke tak pandai, si anon tu tadi cakap apabila mereka mendapat kuasa. So bila Sultan dan pembesar mendapat balik kuasa? Kan dah termasuk zaman merdeka? zaman merdeka tu dah termasukla zaman ini kan?

    3.Yang empunya kuasa dan yang diinjak oleh penguasa akan sama-sama merasai yaumil mahsyar.

    Betul. itu hukum alam.-hukum Allah tu..bukan hukum alam

    4.Kita semuanya kapanan putih, kita sama dimamah tanah. Kita sama disoal dikuburan, yang membezakan kita nanti cuma amal- Ikhlas dariku pacal yang hina disisi Allah

    Betul . Semua yang hidup pasti akan mati- sedar pun..ingatkan x sedar..

    so? apa jawapan kepada persoalan yang di tulis oleh sultan selangor tu- persoalannya cuba baca titah sultan selangor dan si anon ni dah bagi sebab musabab kenapa rakyat memberontak.

    jangan mainkan isu sejarah. korang kena jawap apa yang ada sekarang ni .-eh..nak tutup kesalahan lepas nampak..hehehe

    jawapan korang selalu camni,-eh ye ke? bukan masa kes Perak ni je ke?

    habis tu umno dulu pernah menderhaka jugak ?
    bukan ke, kalau korang fikir, itu memantapkan lagi apa yang berlaku, mengiakan bawahasanya sekarang ni ada yang menderhaka- haa..tau pun menderhaka dulu..kira sekarang ni insaflah ye dan automatik jadi pembela raja?

    kalau di thailand dan UK, semua dah kena masuk jail je . dan kalau ko tak setuju , korang boleh keluar dari negara ni- hehe si anon ni dah jawap. malas aku nak komen

    tapi aku yakin korang tak mampu.. cerita kedai kopi boleh lah..-berapa ramai rakyat yang membangkang ni duduk kedai kopi? golongan profesional dah kira ke belom?

    ReplyDelete
  21. aku benci tengok anak anak / sedara mara kerabat hidup senang diatas kepayahan rakyat

    ReplyDelete
  22. kalau di thailand dan UK, semua dah kena masuk jail je . dan kalau ko tak setuju , korang boleh keluar dari negara ni

    CONTOH AYAT MELAYU YANG BERAJA DI MATA ,BERSULTAN DI HATI. NI BARU ORANG BAWAHAN AMENO, KALAU YANG ATAS X HALAU, CUMA PAKAI C4 JER WAKAKAKA

    ReplyDelete
  23. Koo orang jangan risau..depa ni bukan bak tungkat langit pun...Dik sumpah rakyat yg banyak...nanti jatuh/turun /terjun/mati dalam hina...tunggu dan lihat lah...

    ReplyDelete
  24. ni bloglist geng2 BPN (Blogger Penjilat Najis) -

    http://mimpi916.blogspot.com/
    http://aku-damai-abadi.blogspot.com/
    http://abangtuah.blogspot.com/
    http://pkrpasdap.blogspot.com/
    http://pro-moderntown.blogspot.com/
    http://analisisringan.blogspot.com/
    http://pilihan-anda.blogspot.com/
    http://anginperubahan.blogspot.com/
    http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
    http://ayorlemuju.blogspot.com/
    http://pemikirgenerasix.blogspot.com/
    http://belantan.blogspot.com/
    http://braveheart-blogger.blogspot.com/
    http://brokenthecode.blogspot.com/
    http://mdrm-cerpana.blogspot.com/
    http://chilliriver.blogspot.com/
    http://sabahlovepeace.blogspot.com/
    http://eblacklist.wordpress.com/
    http://darulehsantoday.blogspot.com/
    http://alfaizhamid.blogspot.com/
    http://empayar-malaya.blogspot.com/
    http://fazrulls.blogspot.com/
    http://fikirankami.blogspot.com/
    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/
    http://gomo-no1.blogspot.com/
    http://ipohmalay.blogspot.com/
    http://islamperlubangkit.blogspot.com/
    http://jentayuabaka.blogspot.com/
    http://kerispusakamelayu.wordpress.com/
    http://malaysiaheaven.blogspot.com/
    http://kingpahat.blogspot.com/
    http://malim-muda.blogspot.com/
    http://semut-mata.blogspot.com/
    http://melayusepang.blogspot.com/
    http://novandri.blogspot.com/
    http://nobisha.blogspot.com/
    http://odieneology.blogspot.com/
    http://ramlyotai.blogspot.com/
    http://gurubashid.com/blog
    http://paneh.blogspot.com/
    http://penembak-tepat.blogspot.com/
    http://pasmuda.blogspot.com/
    http://sejarahmelayu.blogspot.com/
    http://azreenkhalid.blogspot.com/
    http://pemudapadangrengas.blogspot.com/
    http://penaminang.blogspot.com/
    http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/
    http://perakbangkit.blogspot.com/
    http://prkkualaterengganu2008.blogspot.com/
    http://puteraumnokualapilah.blogspot.com/
    http://rajahmas.blogspot.com/
    http://riziqin.blogspot.com/
    http://teratakaleen.blogspot.com/
    http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/
    http://sedarlahbangsaku1986.blogspot.com/
    http://sedinginsalju.blogspot.com/
    http://selendangdelima85.blogspot.com/
    http://puterisembilan.blogspot.com/
    http://peranaksama.blogspot.com/
    http://taipingmali.blogspot.com/
    http://saudagarsenja.blogspot.com/
    http://tokwan.wordpress.com/
    http://tugubangsa.blogspot.com/
    http://ustazsaid.blogspot.com/
    http://che-moq.blogspot.com/

    ok ... cukup yang kat atas ni dulu ...

    ReplyDelete
  25. anon 11:24

    ni awak nak main single ke,tag team ke atau royal rumble ni?

    bila nak lancarkan serangan?

    ReplyDelete
  26. dah start dah...aku serang diorang guna C4...

    ReplyDelete
  27. ni bloglist geng2 UMNO (Un Mind National Organisation) -

    http://pesanan-pesanan.blogspot.com/
    http://aberamly.wordpress.com/
    http://air-kopi.blogspot.com/
    http://anotherbrickinwall.blogspot.com/
    http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/
    http://chedet.co.cc/chedetblog/
    http://www.mohdalirustam.com/
    http://depa-kata.blogspot.com/
    http://www.drkhir.com/
    http://betoika.blogspot.com/
    http://duniatiger.blogspot.com/
    http://nohomar.blogspot.com/
    http://jejakpujangga.blogspot.com/
    http://www.kpmu.net/
    http://www.rembau.net.my/
    http://www.pemuda.com.my/
    http://www.masterdedah.com/
    http://megatrambai.blogspot.com/
    http://melayuangkat.blogspot.com/
    http://www.muhammadmuhdtaib.com/
    http://mustikacitra-indah.blogspot.com/
    http://mysrimuara.blogspot.com/
    http://notashabery.com/shabery
    http://padedoh.wordpress.com/
    http://pemudamalaysia.blogspot.com/
    http://pemuda-pelapis.blogspot.com/
    http://umnolawanpas.wordpress.com/
    http://pewarismelayu.blogspot.com/
    http://raksasabn.blogspot.com/
    http://zemi-tko.blogspot.com/
    http://suaramelayubaru.blogspot.com/
    http://suarasukj.blogspot.com/
    http://thoughtsintangents.blogspot.com/
    http://bigdogdotcom.wordpress.com/
    http://the-antigonist.blogspot.com/
    http://tulipdesa.blogspot.com/
    http://umnobaganpinang.blogspot.com/
    http://umno-ketereh.blogspot.com/
    http://waadat.blogspot.com/
    http://wiramalaysia.blogspot.com/
    http://yeopperak.blogspot.com/

    cukup...???

    ReplyDelete
  28. topengperak...bleh buka satu thread baru tak...buatlah satu saranan@kempen serang bloggers ameno dan bn...ajak ramai2..kita hapuskan spesis yang nak pupus tu...baru syok skit maa...

    ReplyDelete
  29. Aiseh..banyaknye..ni kena buat sistem one-on-one ni...mahu terbongkang depan komputer kalau lawan sorang-sorang..hahaha..newey TP..thanx for this info

    ReplyDelete
  30. betul..betul..aku sokong ano 1.55.dah la kena hentam kat media perdana..tak termasuk laman web dan blog...takkan nak dok diam je....kena wat satu kempen bersatu.....secara menyeluruh..orang ameno "tackle" kita kow2 nye....masih tak dapat red card...kita jangan berpeluk tubuh...ayuh declare WAR....

    ReplyDelete
  31. cit...aiyaa...belum dapat kuasa ....macam-macam janji..udah dapat kuasa....janji tinggal janji...poorahhh habis duit rakyat beli kereta baru....arak babi lagi berkuasa...giloooo

    ReplyDelete
  32. ade ke korang kira berapa biji keta dalam masa 50 tahun BN memerintah dan brapa pula kos mentenen dia cik Anon? 11:09. Tu baru beli camry sekali dah nak melenting, UMNO beli cadllac? bufori? Beli hummer A4 x kira ka? sebijik cadillac brapa bijik camry boleh dapat? Jawab cik anon..

    ReplyDelete
  33. Dulu kata PR tidak akan tukar kereta. Tapi bila dah memerintah, tukar la pulok.... jangan pertikaila maintainance ke apa ke,,, kalau kedah dan kelantan elok je tak de apa-apa ribut pun,,, nampak sangat nizar jadi badut pada cina. Kan cina tak suka guna kereta malaysia, depa lebih suka brand toyota. Kita janganlah ikut rentak BN dahulu dah memang bn teruk jangan di ungkit la dulu dah berapa bijik dah beli ke apa ke? kalau kita bijak jangan dendam... kita ikut laksanakan tanggungjawab secara bijaksana...
    contoh mudah : kalau bapak kita seorang penagih dadah atau perompak, maka kita sebagai anak-anak jangan ikut perangai bapak kita tu, kita berazam untuk menjadi lebih baik dari bapak kita... jangan nak ungkit,, bapak boleh hisap dadah, dan bapak boleh merompak .. maka tak kan saya tak leh merogol....

    dan kalau bijak dan berani ,,, jangan guna anon,, letak lah nama blog sendiri,, barulah orang tak panggil kita goBlog.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?