Thursday, February 05, 2009

Sidang Media Di Rumah MB

Gambar sekitar Sidang Media :




DS Nizar:

-Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan.

Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3.

Tiada pihak yang mempunyai majoriti.

- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah.

Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’.

Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.

- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaikan.

- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:

- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.

- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

TG Hj.Hadi.

- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan.

Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kit Siang.

- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.

- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.

Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

14 comments:

  1. alangtrio said...

    Skrg hampir jam 2.30pm 16 Ramadhan 1429/16 Sep 2008. DSAI sedang buat p.c di Tingkat 1 IbuPejabat PKR.

    DSAI menyatakan Pakatan mempunyai jumlah yang lebih daripada cukup untuk membentuk kerajaan. Beliau juga menyatakan pimpinan akan berjumpa PM dalam tempoh terdekat untuk memaklumkan pengambilan alih kerajaan.

    Beliau juga meminta tiada perisytiharan darurat dibuat atau sekatan ISA dikenakan bagi menghalang pembentukan Kerajaan oleh Pakatan Rakyat. Beliau juga meminta PM bekerjasama dalam pertukaran kerajaan.

    Setelah bertemu PM, pimpinan Pakatan Rakyat akan bertemu YDP Agong untuk membentuk kerajaan.

    DSAI menyatakan beliau tidak boleh mendedahkan nama MP-MP tersebut kerana khuatir tindakan ISA atau darurat akan dikenakan. Namun beliau akan mengisytiharkan nama-nama tersebut hanya setelah berjumpa YDP Agong.

    Bermakna Pakatan Rakyat akan cuba membentuk kerajaan dalam masa yang terdekat ini.

    Rasenya sebelum 30 Sep dah selesai semuanya insyallah.

    Adios

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    gentleman lah sikit. After all, it is you anwar ibrahim yang cipta this game.

    05 February, 2009 12:37

    ReplyDelete
  2. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

    ReplyDelete
  3. SILENT PROTEST. Esok JANGAN AMINKAN doa kpd Seltan semasa solat Jumaat. Jangan hadir pd sambutan jubli perak, biar lenggang tiap kali sambutan. Di sisi Allah semua sama saja tak kira siapa. Kita psyco sikit puak2 ni biaq depa semua sedaq.

    ReplyDelete
  4. OWNER PERISIK RAKYAT TOLONG UBAH BENDERA UMNO BG ELOK2 SKET...AKU TGK SAKIT HATI LA LAMBANG DIA TU,... TOLONG LETAK LOGO LANUN KAT SITU PASTU BAWAH DIA GANTI PEDANG KEPADA KERIS KARAT KAT BAWAH DIA TU... BARU CUN...SEDAP SKET MATA MEMANDANG...

    ReplyDelete
  5. tersingkir sudah sultan azlan shah dari senarai SULTAN BERJIWA RAKYAT.

    sultan azlan shah sudah menjadi sultan berjiwa umno.

    kini hanya tinggal raja muda perak raja dr. nazrin shah, sultan terengganu sultan mizan & sultan kedah sultan abdul halim muadzam shah sahaja yg tersenarai dlm list SULTAN BERJIWA RAKYAT.

    setuju 100% supaya doa kpd sultan perak dlm khutbah jumaat esok & hari2 seterusnya TIDAK DI AMEEN KAN...tidak lagi berguna mendoakan sultan yg pro pemerintah yg zalim.....adalah lebih baik kita berdoa utk kesejahteraan & keselamatan saudara2 seIslam kita di palestin.

    p/s: adakah raja nazrin betul2 raja berjiwa rakyat??...adakah baginda ada kaitan dlm drama yg berlaku di perak baru2 nie??

    ReplyDelete
  6. Kalau kena selera pakatan rakyat maka Raja jadi jiwa rakyat ?

    Kalau tak jadi apa ?

    Jiwa Umno yer...

    tunggu kau bangsat sanggup hina sultan demi biarkan negeri diperintah oleh parti biadap dengan DYMM Sultan Perak !!!!

    Siapa mahu ??? melayu pun mahu ??

    buat malu bangsa saja siapa yang sanggup bersekongkol dgn mereka..

    pirahhhh

    ReplyDelete
  7. Ada kalanya cakap kita ni dimakbulkan Allah.. berkat doa rakyat teraniaya ni lah HASILnya.. nape pula nak kutuk Sultan dah dia nampak pemimpin tersebut nak tukar arah sebab dah tak yakin dengan kepimpinan Nizar... jadi terima ja la... KAN dulu Nizar kata tindakan lompat tu cerdik... jadi ambik lah kata2 tu bulat2.. renungilah perjuangan yang semakin rapuh dek masa.........

    Jan lah dok nak minta rakyat memberontak... fahami kehendak rakyat...PENAT la tengok korang ga

    ReplyDelete
  8. janganlah dok cabar sultan ttg undang2 woi ..dia dulu pernah jadi Hakim ..tok sak la dok p cakap adun bebas tu hadapi rasuah .. sultan suruh letak jawatan ,so letak la !! nampak sangat hang cuba lawan takdir wahai nizar . memang gila kuasa la hang ini

    ReplyDelete
  9. agaknya apa habuan Gamuda dapat lepas nih? Gamuda kontrak landasan keretapi dah meliputi seluruh Perak. Lepas nih apa pulak Gamuda dapat? dapat kontrak penyelenggaraan Eurocopter ke? kalau tak pun dapat kontrak penyelenggaraan rel keretapi yg sedang buat tu lah. kenyanglah orang istana tapi lembu mulut merah Mongolia lagi kenyang...

    ReplyDelete
  10. warna darah raja dengan rakyat berwarna merah....serupa je....apapun...dia mempunyai pengaruh dan ilmu yg kuat menyebab dia di panggil raja....dahulu.sultan azlan shah kalau kita tgok pun dh tak larat nk bercakap dan berjalan.dan dia pun dh lama senang duduk dibawah pentadbiran BN.bak kata org dh lama senang-senang!.sekrg ni 11bln duduk dibawah pakatan rakyat...panas.RAKYAT dh lama menderita.

    ReplyDelete
  11. Wahai Saudara Perisik Rakyat,

    Puak2 Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin..Dulu masa Katak Bota tuh lompat hangpa sanjung kat katak tu..demokrasi la,,beretika la, kehendak rakyat la..tuh orang gila kat Kelantan yang jadi MB tuh punya la ampu undi cakap katak bota tuh cerdik sedar akan perjuangan UMNO yang terpesong..akhir sekali nak lempar ngan kasut...mana satu yang betol..sapa plak yang munafik.?

    Bila Anwar Bontot..kecohla pasal nak tarik 30 AP BN masuk PR..korang sanjung dia..sokong inilah demokrasi..last2 habuk pun tarak..sapa yang munafik..?

    kalau dah terdesak masa PR Perak tumbang, umumkan nama 30 AP BN tuh..buat reverse saikologi kat puak2 BN tapi apa yang korang dapat penghinaan dari Anwar bontot..sapa yang kuat munafik tak ker Puak2 korang..!

    Anwar bontot tuh memang takda nama pun apatah lagi taik hidung 30 AP BN yang kata nak lompat...

    Ko nak tahu sapa yang paling bodoh dalam hal lompat ini..

    Korang yang sokong Anwar Bontot...Sapa suruh sembang kuat sangat pasal lompat parti nie...Kalau Anwar bontot tak kecoh pasal lompat melompat 16 Sept..BN takkan nak buat kerja gila nie..Anwar Bontot yang paksa BN buat semua nie..Anwar bontot yang racun korang yang bodoh sombong...paling kesian kat orang nyanyok kat kelantan tuh...

    Pilihanraya 2004 PAS beza 1 kerusi dengan BN..1 jer bro..aku tak dengar pun team2 BN kecoh nak rampas Kelantan dari PAS..BN relek jer..itu namanya redha dengan ketentuan Ilahi..Tapi apa yang korang buat selepas 8 MAc 2008..projek bodoh 16 Sept..kalu ikut mazhab korang memang halal la lompat melompat nie..tapi kenapa tragedi 4 Feb 2009 tak terima ketentuan allah..?

    Aku dulu ahli PAS Parit Buntar...10 tahun aku menghambakan diri kat situ..bile PR menang dapat 5 negeri aku syukur...tapi sekarang bila aku kaji balik dengan Anwar Bontot dah hilang pertimbangan manusia aku nekad malas nak join politik nie..mana yang baik aku sokong mana yang ak..aku pangkah terus..

    Anwar Bontot yang telah merosakkan malaysia dan perpaduan rakyat.Renung-renungkanlah...

    kalau ko tak siarkan pun tak per aku tak kisah....

    ReplyDelete
  12. malaysia akan di ketuai presiden, jika Sultan ditentang... akan jadikah Malaysia seperti Singapura...org melayu (islam) akan dipinggirkan seperti di singapura... org Perak pikior kan la...

    ReplyDelete
  13. Katakanlah (wahai Muhammad) wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberikan kuasa kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imran, 26)

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?