Thursday, February 05, 2009

Tamat - malaysiakini

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak - yang berusia 11 bulan - bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

Sebaliknya, baginda telah menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.

Ia dilihat sebagai satu lagi langkah yang membawa Barisan Nasional (BN) untuk membentuk semula kerajaan negeri di Perak.

Pakatan Rakyat memerintah negeri itu sejak Mac lalu.

Nizar kini mengadakan sidang media bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman menteri besar.

Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, baginda setelah menemui kesemua 28 anggota dewan daripada Barisan Nasional dan juga tiga anggota Bebas, baginda yakin bahawa Mohammad Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan anggota dewan.

"Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahliahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.

Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar semalam mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

"Baginda menggunakan budi bicara baginda di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.

Nizar telah dititah menghadap baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan baginda tidak membubarkan Dewan, dan selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco) berkuat kuasa serta-merta.

"Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahliahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahliahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan itu.

KENYATAAN ISTANA


Kenyataan itu dikeluarkan kira-kira dua jam selepas Nizar menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari.

Terdahulu, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas menghadap Sultan Perak untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

Kenyataan empat muka surat yang ditandatangani oleh Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada Sultan Azlan Shah, dikeluarkan pada 2.15 petang.

Ia menjelaskan bahawa Nizar telah menghadap Sultan semalam dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

Najib, selaku Pengerusi Barisan Nasional Perak, juga telah memohon menghadap baginda dan telah diberi perkenan berbuat demikian pada hari ini.

SOKONGAN 31 ADUN


Pada majlis menghadap itu pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri telah memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokong-penyokongnya kini terdiri daripada 31 orang ADUN dan telah menguasai majoriti ahli Dewan Negeri.

Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, Sultan Azlan shah menitahkan kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut menghadap baginda.

Terdahulu Najib berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.

62 comments:

  1. Kecewa btul aku ngan sultan perak ! kata belajar pandai... xkan xble fikir ! Rakyat pon ble fikir ! ni yg nak derhaka nih !!

    ReplyDelete
  2. sultan memang berjiwa umno betoi la.... sambut la jubli perak sorang2...

    ReplyDelete
  3. habis la negeri perak lepas ni

    ReplyDelete
  4. sultan berjiwa umno

    ReplyDelete
  5. sedihnya dengan keputusan sultan. diharapkan semua penyokong2 pr diharap bersabar dan bertenang. Insya Allah 'kemenenangan' BN ini akan menjadikan rakyat semakin benci dengan umno. Utk Ir. Nizar semoga tabah dan jgn patah semangat.

    ReplyDelete
  6. sedih aku nengok sultan perak nie..
    sungguh menghampakan!!!

    ReplyDelete
  7. sultan pun ikat telo oleh Beruk Negara

    ReplyDelete
  8. fitnah dajjal berjaya di Perak...
    berwaspadalah di negeri-negeri lain

    ReplyDelete
  9. kami rakyat perak kecewa dengan tindakan sultan...
    sememangnya sejak dari zaman portugis lagi penyakit2 sultan2 melayu tiada perubahan.. tetap mengikut telunjuk penjajah, dari mendengar keluhan rakyat...

    ReplyDelete
  10. sikalang aaa...sulah terbukti itu sulutan mukan bejiwa lakyat tapi bejiwa kalat...manyak biru maaa...lintihan n pilihan lakyat langsong taklak masok lia munya telinga. Wa pon mau chow...mau pindah lulok utan sana...lagi aman maaa...

    ReplyDelete
  11. abis la negeriku sebelum PRU13 ni.....

    ReplyDelete
  12. Sultan pun leh kena beli....

    ReplyDelete
  13. Kome kasi terbalik itu sultan punya gambor le yop...

    ReplyDelete
  14. hahaaahaaa
    raja.....raja...
    rakyat Perak bole terima ke?
    hahahaahha
    tengok nanti jadi durhaka atau lanun moden
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  15. cuba bagi tuanku tengok guestbook kat web dia.. Baru dia tau camna sambutan rakyat...

    ReplyDelete
  16. Hehe..korang berani ker nak terbalikkan gambo sultan perak?
    Korang nak mampos?

    ReplyDelete
  17. semua blogger kelua buku pelawat kat entry.
    Apa mcm?
    Kalu berani la
    hahahaahah

    ReplyDelete
  18. aku x sangka bekas hakim boleh buat keputusan yg tidak adil...tidak wajar...berpihak kepada pemimpin penyamun...sungguh kesal dgn sultan perak yg ku percayai selama ini..

    ReplyDelete
  19. bunuh aje 4 ekor dun tuh..pastu buat PRK...

    ReplyDelete
  20. Kununnye pernah jadi Hakim Besor Malaya...yg sebenornye, jadi Hakim Besor Meloya..kenapa tuanku taknak kasi peluang pada rakyat Perak utk memilih??? Tuanku ada "mashuk" ke??
    Teman tau le yg si najib tu byk duit,dapat dari komisen juai kape selam..kenapa tuanku sanggup bebaik dgn mangkuk hayun yg byk buat kes tu?? kes bunuh ada,kes seks ada, kes rasuah ada dan byk le lagi...Takan le bekas Hakim Besor Malaya takleh pikir ????

    ReplyDelete
  21. aku ingat najib pi istana ugut nak guna C4, bg sultan ikut ckp dia

    ReplyDelete
  22. sabo
    oorang islam mesti kembali pada al Quran dan as sunnah.
    Tiada keadilan melainkan ajaran islam.
    selain islam mmg kita rugi
    Ingaaat.......selamat beramal

    ReplyDelete
  23. Lepas ni tukar Maybach/Rolls Royce barulah.....

    ReplyDelete
  24. saya sebagai rakyat Perak sungguh sedih dgn keputusan sultan Perak.alahaiiiii apalah nak jadi ni....semakin ku benci pd parti RASUAH=UMNO. bertambah kebencian ku pd NAJIBB keparat n berkarattt tuuuu

    ReplyDelete
  25. Korang agak-agak "Sultan Perak" akan jawab apa masa akhirat nanti yea?

    ReplyDelete
  26. Bangang nye sultan ! bodo !! BUSH pon xcmni... SULTAN ni makan taik ke ! Rakyat lagi pandai dr sultan

    ReplyDelete
  27. DAULAT TUANKU(3X)!!!!

    TAHNIAH ATAS KEBIJAKSANAAN TUANKU,.

    KAMI RAKYAT PERAK BERBANGGA DGN TUANKU,.

    Syukur kpd Allah s.w.t. akhirnya ng perak terlepas dari cengkaman DAP yg bertopengkan PR,.

    SYUKUR ALHAMDULILLAH,..AMIN,.

    ReplyDelete
  28. Sultan Perak tak baca Guestbook dia... dia PEDULI APA.....

    ReplyDelete
  29. Udah jadi sejarah dan adat.
    Kira ok apa!!
    3 penderhaka diampun raja
    Nabi lagi ampun umat weh...
    Tapi raja kena fikir dia bukan maksum
    Ha'ah..
    ingat kalu rakyat xampun!
    mndpt satu proses maki amun
    hahahahaa
    raja...raja....

    ReplyDelete
  30. KAlo itu kehendak sultan... kita ble wat pe... PRU-13 kita mesti pastikan kerajaan yg adil dpt mnguasai malaysia

    ReplyDelete
  31. apa ada pada pangkat sultan baik pi tengok orang uttan....

    ReplyDelete
  32. berita terkini.
    4 Dun Umno kemalanagan semasa dalam perjalanan pulang ke putrajaya...
    dikabarkan kesua mereka meninggal dunia...
    spr telah dimaklumkan untuk melakukan pilihan raya kecil....

    ReplyDelete
  33. Sabar dan teruskan perjuangan, sejarah dah buktikan yg raja2 Melayu memang begitu perangainya..
    Yg penting ialah kesenangan mereka semata-mata..Kalu BN mengaut harta negeri Perak, sultan bukannye peduli sebab dia dapat apa yg dia mahu..Yg terus susah ialah rakyat..Wahai tuanku, jangan lah sampai rakyat mulakan revolusi seperti di Perancis dulu...

    ReplyDelete
  34. kalau berdasarkan berita ni..rasanya Sultan ambil jalan mudah untuk buat keputusan (walaupun baginda mengambil masa untuk memikirkan permintaan Nizar utk bubarkan DUN)...

    mungkin bagi Sultan, kalau dah majoriti ADUN setuju supaya BN memerintah semula Perak..buat apa nak pening2 kepala buang duit dan masa buat PRK...

    Rasanya Sultan tak melihat sangat rekod peribadi ADUN dari BN tu..

    mungkin bagi baginda BN & Pakatan ni sama sahaja...ada yang baik dan ada yang "mangkuk" dalam kedua2nya...

    maka tak kisah siapa yang bakal memerintah...lagi pun bukan tugas baginda untuk menghukum kaki rasuah, kaki perempuan dan sbgnya...

    bagi baginda..kalau dah ada cukup majoriti utk tubuh kerajaan..OK go ahead...

    mungkin Sultan terfikir masa Pakatan ada majoriti dulu baginda pun dah bagi chance kpd Pakatan utk memerintah...

    skrg bila BN ada majoriti maka Pakatan kenalah terima (walaupun BN mendapatnya secara muslihat)...

    ini cuma pendapat saya...secara peribadi saya memang kecewa tapi nak buat camana lagi..itu kuasa mutlak Sultan...semoga Allah beri kesabaran kepada kita semua..sesungguhnya Allah sahajalah yang Maha Adil & Maha Mengetahui tentang perkara yang tengah berlaku sekarang ni..Wallahualam bissawab

    ReplyDelete
  35. hahahahaa
    cerita mudah laa
    mesti ada hikmah
    jgn jadi taksub
    mcm sb... sb...
    mnbuta tuli
    esok2 ada rezeki salin tikar aje
    islam pada yang benar
    innalaha ma'as sobiriin

    ReplyDelete
  36. sedihnya aku ngan sultan.... alahai al sultan negeriku....

    ReplyDelete
  37. brapa hari sekutu Bend nak duduk dalam tu...lpaih 10 hari kita ambik balik....tengok org utan tu nak kata apa plak...

    ReplyDelete
  38. Seperti dijangkakan keputusan Sultan Perak memihak kepada Najib dan Nizar telah dititahkan meletakkan jawatannya sebagai MB.

    Tok tak pertikaikan keputusan baginda Sultan Perak tetapi rata-rata rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Demokrasi tidak berpuas hati dan menganggap ini sebagai satu sejarah hitam dalam amalan Demokrasi di Malaysia.

    Bagi Tok,Nizar masih boleh pertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dengan tidak meletakkan jawatannya sebagai MB Perak.Kerajaan Pakatan Rakyat Perak masih ada waktu untuk berbuat sesuatu sehingga Dewan Undangan Negeri Perak bersidang dan usul tidak percaya ditujukan kepada Nizar dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

    Ketika itu,Dewan Undangan Negeri Perak terpaksa dibubarkan dan satu pilihanraya terpaksa dijalankan.

    Tok tak faham kenapa Sultan Perak boleh mengarahkan MB Perak letak jawatan dan kosongkan pejabatnya.MB dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dipilih rakyat Perak dan bukannya oleh SPR,Mahkamah dan Sultan Perak.

    Kepada semua penyokong Pakatan rakyat,marilah kita bersama-sama ke kediaman MB Perak dan solat hajat perdana di Stadium Ipoh malam ini.Kuasa rakyat lebih jitu daripada kuasa Raja Monarki Berpelembagaan.

    Tok bimbang kelak rakyat Malaysia semakin hilang rasa hormat terhadap Raja-Raja Melayu yang seolah-olah membiarkan dikuasai Kerajaan Pusat UMNO-BN.

    Dunia sedang memerhatikan lagak kerajaan UMNO-BN yang tidak menghormati perjalanan sistem demokrasi.

    Polis perlu bersikap neutral dan jangan provokasi rakyat kerana tindakan sebegini tidak menguntungkan sesiapa dan dibimbangi berlaku darurat.

    Baginda Tuanku Sultan Perak wajar memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan perlu mengambilkira kepentingan rakyat Perak dalam hal ini.

    ReplyDelete
  39. Jangan sedih rakan2 seperjuangan sekalian! Terengganu yang dulu dikuasai oleh PAS berjaya diambil semula oleh Beruk Natang...pun orang Tganu tak sedih! inikan pulak cara jahil menipu...Jangan Sedih...(sebanarnya aku sedang sedih tapi Tekad aku jadi lebih KUAT!!! aku akan berjuang bersungguh-sungguh...)

    ReplyDelete
  40. ALA.... Sultan xsuka wat pilihanraya sbb tkut membazir ! tp sultan suka tgok krajaan BN membazir!

    ReplyDelete
  41. hahaha..
    padan muke korang..
    smua meroyan la tu..
    g la bwat demo..
    baik tumpu pada ekonomi noh..

    ReplyDelete
  42. alhamdulillah
    udah terbukti,kita semua cinta pada keadilan, terbukti tuan2 ada iman.
    ayuh kembali islam melalui Aqidah n ahklak kita, redha manusia xkemana, redha a\Allah kita cari.
    terima la Qada n Qadar Allah.
    Insyallah mesti ada hikmah
    Takbir!
    DAh Sembahyang ke.....
    tanya aje!!!!!

    ReplyDelete
  43. Sultan Perak paling berpendidikan antara Sultan2 yg ada di Msia,.

    Jgn krn x sebelahi kita maka kita mendurhaka,.

    Sultan Perak berjiwa rakyat,..
    pengundi UMNO/BN juga adalah RAKYAT,.

    Sultan Perak buat keputusan paling tepat,.paling bijak,.

    Sultan Perak berjiwa islam dan melayu sejati,..

    Boneka DAP spt MB Nizar wajar disingkirkan sejak dulu lagi,.

    Syukur kpd Allah SWT,.akhirnya waktu yg ditunggu oleh "SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT YG MENYESAL MENGUNDI PR" tiba juga,..

    Akhirnya rakyat perak sedar bhw perak xkan jadi spt kltan atau kedah,..di perak,jika BN kalah DAP yg memerintah,.

    AMPUN TUANKU(3X)
    DAULAT TUANKU(3X)

    p/s: tadi lunch aku pegi kdai hrdware, cina maki melayu,. marah krn kuasa mrk dh tamat di perak,.depa ingat aku xfaham

    ReplyDelete
  44. MAKA ILANG LAH RASA HORMAT TERHADAP SULTAN2 UMNO.....

    LAHIR LAA GENERASI HANG JEBAT...

    ReplyDelete
  45. selamat ke Beruk Natang tu semua? tak apalah meke seme doh buleh belacan! pakat hidulah rame-rame...Nasa calit sikit belacan tuh kat lubang hidung najib tuh...bagi sikit kat zahid hamidi...dua2 tuh nanti berebut pulok nok jadi MB...lepah nih MB Perak sape huh? Zahid ke Nasa? yang ada duit banyak sekarang Nasa, yang dapat taik hidung Najis(najib) sekarang Nasa, yang jadi hero dalam kes nih pun Nasa, agaknya Zahid ada peluang ke? Zahid setakat boleh menyalak macam anjing kurap kat najib je...tapi zahid tu adik kembar, bakal TPM lepah Najis jadi PM. Aduhai Bakal PM Malaysia ke? aduhai bakal TPM Malaysia ke? rosak-rosak susu sebelanga! kalau Nasa jadi MB Perak, beruntunglah orang Perak dapat bukan lagi katak tapi Beruk Natang suka lompat dari dahan ke dahan dan paling sekali suka belacan! (masa tuh "tempoyak" kome dah tolak tepi...

    ReplyDelete
  46. mulai hariini hingga akhir hayat,aku dengan murni hatinya mengisytiharkan PERANG terhadap UMNO dan BN.Kerajaan Perompak dan Perasuah tiada tempat tempat di hati rakyat.Bukan Adun melompat yang tentukan parti mana yang memerintah,tapi rakyat yang menentukan....

    UMNO DAN BN - Parti Bacul..

    ReplyDelete
  47. Terimalah hakikat....Kalah di dunia belum tentu kalah di akhirat....Atah dunia ni manusia yang paling aku cintai ialah Rasulullah SAW.

    ReplyDelete
  48. apa ada sultan perak.... berak pun busuk juga... sultan perak ni sebenarnya macam najib juga kaki be.... Apon tuankuku ambo tersalah da......

    ReplyDelete
  49. ceh...
    suma ckp BN rosakkan negeri perak tapi tak sedar PR baru 10 bulan je buat lagi byk kerosakan....

    1. Isu hak milik tanah.
    2. Isu penindasan kanak-kanak tadika.
    3. Isu konflik Menteri Besar dan Sultan.
    4. Isu masalah ADUN(rasuah).
    5. Isu lompat parti.
    6. Penipuan surat perletakan jawatan.
    7. Isu berpaling tadah pada pilihan rakyat.
    8. isu seks = sedekah

    waktu adun BN lompat pi PKR tak bunyi pun tak adil semua tu... dasar taksub... ALLAH swt benci golongan macam korang!!!

    ReplyDelete
  50. Sultan telah melanunkan diri. Jual Perak kepada Najib untuk kepentingan diri sendiri.....mana Jebat!!????

    ReplyDelete
  51. kih kih kih...kalau dah sultan..oppp boleh jadi setan...pun dah berat sebelah dan dah ajar main ikut pintu belakang...tak guna ada sultan..ingat sikit...raja adil raja di sembah...raja zalim kito rakyat keno menyanggah...jadi...bubar aje institusi di raja...dan usahakan tubuh kan republik islam ....kalau sultan/raja dah jadi tunggangan hantu kopek umno dari monggolia...!!

    ReplyDelete
  52. nampak gayanye ketenangan teman merasekan di negeri betuah teman tingal kenangan...ketenangan akhirat juga yg abadi...takbir!!! Allahuakbar....yang soleh di syurge..ate yg rasuah,seks dan dot-dot-dot...nerakela jawabnye...xgitu mike!

    ReplyDelete
  53. aku naik x reti makne demokrasi kite...aku dan juge ramai org perak nak kan pilihianraya kecil sbb aku x nak perasuah dan penzina menjadi pemimpin...

    ReplyDelete
  54. KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN PENJILAT PAKATAN RAKYAT,
    JANGAN SEKSEKALI MENGHINA RAJA KAMI,
    SEBAIK DAN SEBURUK MANA PUN TITAH SULTAN,
    KITA PATUT MENYOKONG PEKENAN SULTAN TERSEBUT

    AMARAN, JANGAN ANDA SEMUA PENJILAT PR BERANI UNTUK MENHINA RAJA KAMI
    NEGARA KITA ADA UNDANG - UNDANG

    ReplyDelete
  55. Hanya aku nak cakap satuje...Ptuik.........

    ReplyDelete
  56. Mana yang lebih berharga...menang dulu atau menang kemudian?..biarlah kita kalah hari ini..tapi berkat kesabaran menyusun langkah,pastinya Allah beserta...sabar menghadapi ujian dunia.
    -Jepun yang kalah perang,tetapi bangkit semula menguasai ekonomi..
    -Daulat Tuanku..hamba patik menjunjung perintah tuanku..
    -Sila baca ini..
    Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).(dipetik dari blogCINA ISLAM)

    ReplyDelete
  57. NAJIB = JAMALUDIN = OSMAN = KAKI BETINA = SULTAN AZLAN OPPS....AMPUN YA SALAH TULIS PULAK

    ReplyDelete
  58. Daulat Tuanku

    Kami Rakyat Negeri Perak akan berdiri di belakang Tuanku , Apa yang tuanku lakukan adalah demi kesejahteraan Rakyat Jelata Negeri Perak dari dikucarkacirkan oleh Pengkhiatan bangsa dan agama yang menjadi talibarut bangsa pendatang yang ingin melihat Umat Melayu bersengketa sesama sendiri. Wahai Umat Melayu Fikirlah dengan waras jangan mengikut emosi. Kesultanan Perak telah memerintah Negeri Perak Beratus tahun lamanya. Baru aje 11 bulan memerintah politik Perak dah sombong dan bongkak. Itu lah Kerajaan Pengkhianat Rakyat ( PR ).

    Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
    Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  59. didoakan penderhaka2 sultan lenyap tanpa kesan dari BUMI MALAYSIA selepas Smbahyang Jumaat nanti!!!!...sial pnyer rakyat bangang penjilat Pakatan Rakus(tu yang tumbang awal tu ha3)!

    ReplyDelete
  60. Nampaknya PR telah berjaya melahirkan ramai penderhaka.Cakap saja Islam rupanya tamak kuasa harta benda dan tidak redha dengan ujian Allah. Lupa akibat yang berlaku selalu diperingatkan Allah ....'sesungguhnya kamu telah menzalimi dirimu sendiri". Ini kifaratnya bila berkuasa lupa daratan dan zalim. Hi orang Melayu sejati jelas manusia PR bukan pembela agama,bangsa,raja dan negara tapi pendurhaka dan pengkhianat. KDN bertindak jangan terpengaruh demokarasi dan hak asasi gila PR ini. DAULAT TUANKU !!!

    ReplyDelete
  61. Pasal Sultan pandailah Sultan buat keputusan macam tu... Sultan bukannya buat keputusan sesuka hati dan membabi buta je. Semua aspek dinilai. Keputusan tersbut adil dan tak perlu dipertikai.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?