Sunday, February 15, 2009

Terkini Dari IPD Kuala Kangsar - malaysiakini

Baru je selesai semua urusan yang sepatutnya dengan pihak polis.

4 sahabat reformis telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Sekarang berada dibandar Kuala Kangsar dengan semua yang terlibat tadi, dok layan bihun sup.

caiyo...!!!

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com

5 comments:

  1. Salam,
    Syukur al-hamdulillah. Lega rasanya.
    Tahniah dan syabas wahai pejuang.

    ReplyDelete
  2. Rasulullah pernah bersabda:" Berkata benarlah, walau sekalipun pahit". Syabas.

    ReplyDelete
  3. Dato' Maharaja Lela

    Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato� Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato� Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

    Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Saya tak fikir 4 org yg dijamin dgn duit keringat sebagai pejuang.Nak mempertahankan DS Nizar dan PKR memerintah Perak je.Kalau kita kena bedil mcm Gaza mereka menunjuk perasaan tak pe, ini hanya hal duniawi nak bermatian baring atas jalan tunjuk isyarat lucah kpd Sultan ini ke perjuangan?
    Sama saja PKR ke BN ke mereka hanya manusia biasa. Tak de berubahan pun 11 bln memerintah, Bila berkuasa lain pulak channel mereka (PKR) jauh lari apa yg mereka janjikan sebelum berkuasa. Yg penting, kita nak tegur sesiapa melalui saluran tertentu. PKR berundur sekejap je lepas tu nak ambil balik ke buatlah tetapi jgn sampai mengutuk org, tunjuk isyarat lucah, pecah tingkap kereta... ini bukan cara islam.

    Yong Kuala

    ReplyDelete
  5. aNON 11:03 - HANG CERITA APA OI?

    4 org tukena tangkap bukan pasai meniarap atas jalan..!

    lainkali baca blog, baca media alternatif, lepas tu baghu cakap.

    wat maluu ja... tinggal komen tak dak kene mengena dengaan ceghita.

    hang mabuk ka?

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?