Sunday, February 15, 2009

UMNO/BN Takut Pada Kebenaran - malaysiakini

Hari ni 1 hari aku dok lepak IPD Kuala Kangsar dengan Mat Saman Kati & Sya Reformis. bangkit pagi MSK habaq ada geng kena cekup. 2 orang jantan bloggers & 2 orang wanita PKR - rujuk [sini].

Iklan sat... sambil-sambil dok update ni kami tengok TV1, dekat bahagian bawah tu ada keluar ayat "kerajaan sedang memantau pandangan masyarakat antarabangsa berhubung situasi politik negeri Perak dan juga saman terhadap Sultan Perak"... pergh... "masyarakat antarabangsa" yang tak tahan tu... masyarakat antarabangsa ke antaraBANGSAT (UMNO)?

Lagi satu pulak... sape yang saman Sultan Perak pulak? tak habis-habis lagi ke nak sebar dakyah fitnah?

Balik pada kisah asal dari IPD Kuala Kangsar.

4 orang tu kena cekup dekat bawah lembah (aku tak tau kat mana, mungkin orang Kuala tau)... masa kene serbu, depa dok bincang pasai nak sebar risalah isu terkini dekat Perak... mungkin jugak KERAjaan Halam tak mau orang tau apa sebenarnya yang berlaku dalam negeri Perak, tu pasai depa dok nak sekat semua info-info dan fakta-fakta yang benar dari disebarkan.

Dok nampak gaya depa ni suka orang-orang Perak dok bodo je sampai bila-bila... pasai apa depa suka? pasai depa sendiri bodo... orang bodo ni dia boleh perintah orang bodo je. tak gitu?

Lagi pulak punya lama depa dok tahan dari jam 10:30 pagi sampai jam 4:30 petang. sebab jadi lama? pasai dok pikiaq nak charge bawah akta apa... pikiaq-punya pikiaq, dapat la jugak sangkut bawah akta mesin cetak sebab dekat risalah tu tak dak letak sape yang cetak.

Nak charge bawah akta hasutan tak leh sangkut pasai apa yang ada dalam risalah tu semuanya fakta. bantailah... janji boleh charge, janji ada kes, janji "Bos" seghonok.

Lepaih setel semua urusan lebih kurang jam 4:30 petang, kami gerak pi lepak gerai depan KWSP Kuala Kangsar. layan bihun sup... boleh tahan...

Setel isi perut, hantar Alfa Berlian balik terus gerak balik markas. tengah jalan YB Husam call tanya habaq semua yang kene cekup... dengar cerita YB Husam singgah Kuala Kangsar pi jumpa depa. lepaih tu terus gerak ke Penang untuk program malam ni dekat sana.

Sampai markas, budak-budak habaq ada SB 1 hari dah dok lepak dekat tingkat atas Ipoh Parade dok teropong markas. aku ingat nak ambik gambar SB tu, baru nak ambik kamera, kutu dah blah... nasib baik.

ok...roger...

8 comments:

  1. kakak yg gambar ke 5 dari atas sebelah kanan sekali tua...gua kenal. Kakak tu orang Bota. Dia memang aktif. Gua rasa dia datang nak bagi sokongan je.. walauapa pun syabas kak2 semua...kita serang bn dari segenap sudut..

    ReplyDelete
  2. anon 8:37 kata : kita serang bn
    dari segenap sudut..

    ek eleh...

    ini ke yang awak orang panggil
    serangan hah?

    geli bulu ari awak kata begitu...

    dalam blog ni ceritanya sikit punya hebat tapi...

    di ceritakan pada saya...tak tau
    siapa orangnya...tergagap
    gagap,terkedu-kedu semasa soal
    siasat...

    apahal puak tu?

    ReplyDelete
  3. Syabas kepada pejuang keadilan dan kebenaran. teruskan..... kami rakyat malaysia yang prihatin tetap bersama mu.
    LAWAN TETAP LAWAN.......

    ReplyDelete
  4. Terketar tu bukan apa, tahan geram sebab mengenangkan orang pengecut guna orang lain untuk hidup, buktikan UMNO bukan pengecut dan dayus!! bubar DUN la... ada berani?

    ReplyDelete
  5. Tak berani punya bubar DUN. Telo Najib boleh temasuk toww..

    ReplyDelete
  6. ko tanya MSK...dia tau punya lembah kat mana..tp biar aku jawab...lembah ni dekat tepi sg perak kat kuala tuh...tempat kedai cendol tuh...kalau hujung minggu, ada pasar sehari kat sana...

    ReplyDelete
  7. Mujor la kena sosal siasat jer..kalaw kena sumbat dlm lokap..tak menoreh la yer..

    Tokeh China DAP duduk goyang kaki sambil tengok tv ikuti berita anjing politiknya sedang beraksi..

    semoga Allah selamatkan kita semua.

    amin.

    ReplyDelete
  8. Semoga reformis-reformis yang sangat tinggi semangat juangnya ini sedar apakah perjuangan yg mereka sedang bawa sekarang diperlukan oleh umat Islam di negara kita.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?