Aku ciplak dekat [sini].
Semalam dalam YM seseorang telah bertanya kepada saya... penting sangat ke memilih pemimpin yang bertudung..? Terkedu juga dibuatnya sekejap hehe. Bukankah bukan semua yang bertudung itu baik dan bukan semua yang tak bertudung itu jahat... Terus tersentak!!!
Terus ana tanyakan dia sesuatu... Sekarang saudari ingin bersolat di surau KLCC ( kenapa surau KLCC..? sebab di situ tgk ramai juga yg berseluar jeans dan dan tak bertudung tapi tetap solat. Syukur bagus. ) Saudari tidak mahu menjadi imam dan pilihan di hadapan saudari 2 orang, seorang berpakaian baju kurung lengkap bertudung dan seorang berseluar jeans ketat dan tidak memakai tudung??? Apa pilihan saudari!!!
Mestilah yang memakai tudung. Saudara ni takkan itupun nak ditanya!!! Ana terus bertanya kenapa memilih yang memakai tudung??? Dijawabnya... Kan itu perkara ibadat kita pilihlah yang terbaik...
Terus ana menyampuk... Dah memilih pemimpin tu bukan ibadat ke??? Solat je ibadat??? Kalau begitulah pahaman saudari, itu bahaya boleh membawa kepada syirik... ana direct je hehehe.
Lalu ditanya lagi oleh saudari ni... Kenapa plak syirik??? Kan ke Agama kita ni lengkap... Merangkumi semua di dalamnya. Tak kira apa, semuanya diajar dalam Al-Quran... ekonominya, nikah kawinnya... politik kepimpinannya. Bila kita mengatakan ibadat hanya perkara pokok, seperti solat dan haji tak secara langsung kita telahpun menafikan kesempurnaan Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan lantas menafikan kesyumulan Islam. Tak ke syirik tu???
Oh camtu... jadi semua ada diterangkan dalam Al-Quran yer!!! Ya Ana jawab. Cuma kita je semakin hari semakin menjauhkan diri dari Al-Quran.
Satu yang ana hairan hari ni, kita berebut2 untuk beramal Islam dalam masalah Muamalat... maka timbulah pelbagai istilah... Bank Islam, Takaful... Bahkan adanya Konsert Islam… Rock Islam… ke Rock Islam ye??? Macam-macam!!! Kita juga kekal dalam masalah Munakahat... nikah kawin. Semua memilih cara Islam... rujuk cerai nikah semua tetap mengikut Islam... tapi kita lupa dengan Jinayat dalam Islam...
Jinayat tu apa plak yer??? Terus dia tanya ana... Jinayat tu berkaitan hukum hakam jenayah... Hududnya, Qisasnya Takzirnya... Mulalah kita mencemik... dengan hukum hakam seperti ini... Konon hukum ketinggalan zaman??? Ketinggalan zamankah hukum ketetapan Ilahi yang mengetahui segalanya tentang kehidupan kita di bumi ini!!!
Kita hanya akur dengan Nikah kawin dalam Islam dan Muamalat sahaja... Tapi kita sukar menerima Jinayat Islam. Kenapa???
Pilihan di tangan saudari............ Maybe pahaman ana salah. Sila perbetulkan! !! Thank kerana sudi berYM.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
UMNo kata 'hudud' xleh wat pasai negara kita ada yg bukan islam..
mereka tak abeh ngaji, terus kata hudud ni ketinggalan zaman...
Presiden PAS lak kata, hudud nih hanya untuk orang ISLAM sahaja...
aduyaiii...
pening pening..
mana satu lak ni nak ikut...
Aku tgk, orang PAS sme bagus2,xde masalah tapi bila taksub, terus jadik taiiik kuching..Bukan ISLAM yang ikut PAS, tapi PAS yang kena ikut ISLAM..tu yg jadinya, ble taksub, sme problem..Ini masalah ahli2 PAS..
UMNo?? hakhakhak...lagilah...ni bab agama, bajet tau sme, kata baguih tu la, ini la..last2 bukak kitab hadhari..abeh ulama2 jakim, angguk2..mangkok...
Pasai hudud ini, atau hukum jinayat nih, aku tak terima pendapat presiden PAS akan katanya hudud ini untuk orang Islam sahaja..bukan nak kata Pres PAS salah, dak eh, aku hormat pendapatnya, dia ada dalilnya..
Tapi, aku dalil yang lebih kukuh, sebab itu aku ikut yang ini..
ni die jalan ceritanya:
Pada pemikiran saya, persoalan sama ada orang bukan Islam terkena hukum Islam atau tidak sebenarnya tidak pernah timbul pada zaman nabi Muhammad SAW dan para sahabat mahupun generasi setelahnya.
Umat Islam dahulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Allah-lah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya.
Namun, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri umat Islam satu per satu jatuh ke tangan penjajah, maka di negeri-negeri umat Islam ini telah diterapkan sistem sekular.
Hasilnya, umat Islam telah terbiasa dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang bukan Islam dibiarkan mengamalkan undang-undang sekular. Dan inilah di antara kejayaan negara Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam khususnya di Malaysia.
Firman Allah,
“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil”[Surah Al-Maidah (5): ayat 42].
Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi dua alternatif kepada Rasulullah sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum.
Untuk menjelaskan lagi perkara ini, kita boleh melihat pandangan beberapa ulama dari ayat ini:-
Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang bukan Islam) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].
Selain itu, Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran].
Tetapi Ketua Negara sekali-kali tidak dibenarkan menghukum mereka mengikut hukum selain hukum dari Allah. Jika kita menghukum mereka mengikut hukum dari hukuman ciptaan manusia, maka ini adalah satu dosa dan keharaman kerana kita telah berhukum bukan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah.
Seseorang itu boleh menjadi kafir, zalim atau fasik sekiranya tidak memutuskan hukum dengan apa yang Allah telah turunkan.
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [Surah Al-Ma’idah (5):44].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [Surah Al-Ma’idah (5):45].
“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” [Surah Al-Ma’idah (5):47].
Dalam banyak ayat lain lagi, Allah Ta’ala menjelaskan bahawa haram bagi orang Islam untuk memutuskan hukum selain dengan Kitabullah. FirmanNya,
“Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [Surah Al-Maidah (5):48].
Allah juga berfirman,
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105].
Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada perintah dari Allah untuk kita sebagai umat Islam berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.
Juga secara sirahnya, hukum hudud juga dijalankan atau dilaksanakan ke atas orang bukan Islam berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
“Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”.[Hadis riwayat Bukhori dan Muslim]
Oleh itu hendaklah pemerintah-pemerintah Islam menjalankan hukum Islam sekalipun terhadap masyarakat yang bukan Islam bagi memenuhi hak-hak Allah dalam sistem perundangan khususnya negara Malaysia.
Dan ingatlah,
“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya” [Surah At-Taubah (9):33].
Anda..bagaimana???
Salam Bro Perisik Rakyat,
Esok ada Forum Awam : "Perak Crisis " Anjuran NPC di Ipoh. Ada turun ka?? Kasi liputan skit bleh..:)
Umno's Law expert turun dgr citer...
ni bukan nak komen apa wahai perisik rakyat..dah berbulan aku baca kat sini blogni tak berubah gak..yang tak berubah maksud akuni blog awakni nawak virus mbahay tu..cobala buang atau tukar template ke..iklan yang bukan bukan buang ajeler..
aku suka post ni, satu penjelasan yang menarik
a ah..aku stuju...tukar template bese jeee..
iklan merapu2 buang jeee...
letak widget yang bese2 je...
wat cam bese jeeeee...
tapi jgn lak wat virus lalu cam beseeee..
abeh pening laptop aku...
salam sokong PAS...
saya pernah terbaca bab bukan islam... actually hukam HUDUD mmg untuk islam dan bukan islam, tapi wajib atas orang islam dan tak wajib atas bukan islam... zaman nabi mmg tak timbul kes sebegini tapi persoalan begini pernah timbul... jawapannya mudah... bukan ISLAM ada hak untuk memilih hukum ISLAM atau hukum agama mereka sendiri... terserah kepada tuan badan... kalau hukum islam kena sebat hukum budha kena bunuh sy rasa hukum sebat yg si buddha tu minta... contoh...
TP, ko punya blog nih ada virus problem la. Masuk kali ni dah 3 kali aku format computer aku. Semuanya pasal blog ko. Sebelum ni aku tak tahu apa puncanya. Sekali aku scan pakai 3 anti virus 2 software lain baru aku detect dan tahu semuanya dr blog ko. Bila aku masuk blog ko je mesti ada file malware atau worm atau apa2 istilah yang merujuk benda yang sama
salam .. camni .. benda ni senang je .. kalau korang semua muslim, mesti korang berpegang pada kitabNya kan ? so .. sila rujuk surah AN-NUR ayat 31 .. ayat ALLAH, x usah persoalkan .. hilang iman, sesat dalam cahayaNya .. memang wajib, bg mereka yang mengucap dua kalimah syahadah utk menutup aurat .. (maaf kalau ada salah silap, saya hanya memberi penjelasan, mengenai aurat ni, dah byk org debat-debatkan, naik pening kepala ni jawab)
prima_chrome...x pyh pening2 kepala. yang haram tetap haram dan setiap apa jua hukum Allah yg terkandung dlm Al Quran wajub di patuhi. kpd puak2 umno rejim yahudi jgn sekali- kali mempertikaikan hukum tuhan.
sedikit penjelasan,hudud untuk orang Islam sahaja adalah melalui pendapat mazhab hanafi. ulama-ulama kita ambil pendekatan ini supaya semua orang mudah nak menerima hukum jinayat Islam. ini adalah lebih baik dari kita ikut pelaksanaan yang keras dengan terus memasukkan semua warganegara dalam melaksanakan huku jinayat Islam yang menyebabkan pandangan kita ditentang sampai takleh nak buat langsung.
sabda nabi, "permudahkan, jangan kamu memayahkan". kaedah usul fiqh, "sekiranya datang 2 mudarat, maka tolaklah mudarat yang lebih besar". maka ulama kita bertindak bijak dalam hal ini. lebih baik guna pendekatan yang mudah diterima orang dulu asal tak bercanggah dengan Islam daripada guna pendekatan yang agak keras(syadid) yang menyebabkan sampai bila pun tak terlaksana hukum ni.
sekarang ni pun tentangan terhadap hukum jinayat sangat banyak dari orang kononnya Islam(umno) dan kafir walaupun kita ambil pendekatan paling ringan.
contoh hukum lain yang kita ambil pendapat yang ringan dapat dilihat dalam negara kita, dalam muamalat dan zakat pun kita banyak ambil dari mazhab hanafi walaupun kita mangaku mazhab syafie.cth zakat fitrah dalam syafie takbleh guna duit kena guna beras. yang kita pakai mazhab hanafi, bleh guna duit.wallahua'lam. maaf TP. pjg plak hari ni.
kpd yg ada malware dlm komputer, korang guna 'Malwarebytes' anti-malware' tuk kill si malware dajal tu..xyah format pun..
tapi nk hapuskan malware dlm blog TP ni aku xtau lak..
aku rasa ada dajal mana yg dengki ngan TP hantar bom malware ni..!@#$
tuan perisik yang budiman.. lu punya blog ok. tapi aku lama dah syak blog ni memang ada penyakit. selalu laptop aku hang, sawan atau koma bila terklik mana mana iklan kat blog ni. kadang kadang aku tak klik pun tapi ada je pop up yg masuk.. tuan topeng..dengar sini. ini last warning! kalu lepas ni lu punya blog ada lagi penyakit wa ISA dan C4 kan lu..ada fahammmmmmm........
Sahabat-sahabat sekelian... masalah virus dlm blog ni sbnrnya dh lama dh aku dok layan. sakit ati toksah ckp...
aritu aku dok bukit gantang, tiap2 hr sblm tdo aku kene unninstall firefox aku (rutin harian).
balik KL ni aku dok layan mende yang sama jugak. x tau dekat mana menatang setan tu lepak.
bagi masa sikit dekat aku utk setel menatang tu.
sape2 ade kemenyan power tlg anto sikit dekat aku.
hahaha...
masalah tu bukan berlaku kat TP saja..kawan saya pun da kena..ramai yang kena install balik mozilla...pastu pasni trs xblh bukak internet..pastu usb pun kondem..ri tu nak gi format tp tkt jd yg sama..jadi relaks dulu dr bukak internet tkt rugi je format..aku cadang kat TP tukar la ke operating systen linux ke...xpun MAC..sbb perisian diaorang ssh nak de virus..selamat sket utk blogger..xpun tkr jenis komputer apple pastu dgn OS yg aku cadang kat atas td...amacam?
Ya..
Pemimpin atau hakim ini boleh buat sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum.
Ada yang kata:
"zaman nabi mmg tak timbul kes sebegini."
Saya jawap:
errr..tak timbul ke??
tak timbul kes yg mcm mana tuh??
zaman nabi SAW pun, nabi SAW buat hukum hudud atas bukan Islam.
zaman nabi SAW pun, nabi SAW tegas menjalankan hukum Allah sekalipun terhadap bukan Islam seperti Riba'.
Tiada masalah nak jalankan hukum hudud kat Malaysia nih, cuma PEMIMPIN kena bertegas..sekalipun ada bukan Islam..kita boleh hukum mereka, atau biarkan mereka.
Sampai bila laa kita nak ikut undang2 sekular tuu..Hukum Allah kita tinggalkan..
Buat sikit2 dlu, first, hukum sebat dlu terhadap zina belum kawin (contoh).
kita letak skit2 dulu, berperingkat.
dah skit2, barulah menyeluruh..
Aku harapkan umat islam yang laksanakan hukum hudud nih..
PAS, ada kuasa di negeri2 tertentu, laksanakan sedikit demi sedikit..
Kita mulakan kesedaran dahulu, itu lebih penting..
aku pkai kaspersky internet security..ok je,xde masalah nk layari blog PR..
nak mati tau pulak pakai kain kapan
kpada sokong pas...
anda ckp "Pasai hudud ini, atau hukum jinayat nih, aku tak terima pendapat presiden PAS akan katanya hudud ini untuk orang Islam sahaja"
...........
aku nak tanya sembahyang org bukan islam wajib x?
puasa wajib x?
dah mereka bkn org islam napa nak wajibkan hukum hudud kat mereka plak dah tentu2 masuk neraka jika meraka mati bukan islam.... klu mereka nak ikut tak da masahlah ikut la klu tak mau pun lantak la tak guna paksa....mslhnya skarang byk org islam tu yg tak mau ikut
kepada sokong pas.....
mmg la pemimpin dgn hakim blh guna hukum hudud kpd bkn islam tp klu org bkn islam tak terima mcm mana??? tak wajib pun nak gunakan hukum hudud kat bkn islam tp nak guna lg bagus tu awak kena phm. masalahnya org bkn islam skarang tak mau hukum hudud ni (ni tv3 ckp la) jd kita tak leh paksa la sbb bkn wajib pun hdud kat bkn islam.
sokong pas ckp...
“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya” [Surah At-Taubah (9):33].
Anda..bagaimana???
..........................
klu aku baik la kita dakwah depa masuk islam lagi penting dari paksa depa terima hukum hudud. bkn ka dlm ayat tu ckp “Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya”. ayat tu ckp agama la makcik maksudnya semua org kena terima agama islam sbb islam ni agama yg benar....klu dah masuk islam mmg la kena ikut hudud
anon 7.58, kita sepatutnya nak jlnkan hukum hudud ada caranya. yg pasti hukum hudud harus d jlnkan walau d mana saja negara islam. Allah ada mengatakan hukuman siapa yg lbh baik Aku atau kamu (manusia). jadi soal yg bkn islam terima atau x itu bkn soalnya. kena jlnkan dulu baru kita tunjuk pd yg bkn islam. sebenarnya kalau d ikutkan hudud ni semua agama akan terima sb ianya dr tuhan, 1 hukum yg baik utk manusia. tidak ada lagi jenayah kat msia ni kalau hukum hudud d laksanakan. puak2 umno yahudi ni, yg mencucuk org bkn islam mengatakan kalau terima hukum hudud akan jadi mcm tu dan mcm ni. nampak sgt keseluruhan org2 umno menentang hukum Allah secara terang- terangan. lg pun puak2 umno bangsat ni takut laksanakaan hukum hudud sb mrk lah yg akan d kenakan hukuman itu dahulu krn rasuah, bunuh, judi dan arak.kalau kita yakin kita adalah hamba Allah yg lemah lg daif, lakukan apa sj perintah dan hukum dr Allah. apakah ada yg lg besar dr Allah SWT...wahai anon 7.58???. ketahuilah!!! semua perintah dan larangan dr Allah adalah wajib dan perlu d laksanakan.JANGAN KATA X WAJIB.
Post a Comment