"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, May 13, 2009

Kekanda Sultan Perak Mangkat - malaysiakini

Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di Taman Canning di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua jam 10.45 pagi tadi.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah akan tiba dari luar negara malam ini manakala kerabat diraja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari ini.

Suasana diluar kediaman Kekanda Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Pegawai Khas Dato' Seri Ir Nizar, saudara Amran juga hadir memberi penghormatan terakhir.

Dato' Seri Ir Nizar sewaktu meninggalkan kediaman Allahyarham selepas selesai memberikan penghormatan terakhir tengahari tadi.
Sementara itu, dua kumpulan politik yang bertelagah di Perak hadir untuk menziarahi jenazah Tengku Baharom.

Datuk Seri Nizar tiba untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham selepas waktu zohor tengahari tadi manakala rakan-rakannya juga dijangka berbuat demikian hari ini.

Jurucakap Istana Kinta berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan jam 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Sekedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

7 comments:

Anonymous said...

Inna lillah....mungkin ni petanda buat org lain yang seangkatan dengan nya supaya ingtkan mati...klu ingt sure ADIL dan SAKSAMA...HARAP-HARAP BERUBAH LA DYM SULTAN AZLAN PERAK

nurulfive said...

innalillah...moge allahyarham di tempatkan bersama golongan mereka yg beriman.

kdg2..mcmana pon kita sebagai manusia biasa cuba utk mengatur itu dan ini,Allah akan tunjukkan kekuasanNya...wallahwa'alam..

PARPUKARI said...

MALAM NI YA, KESIAN DAPAT BERITA PUN TAK SEMPURNA, MUAHAHAHAHAHAA

ITU LA LAIN KALI SIASAT DULU, TAPI APA NAK HERAN, KAMU SEMUA NI MEMANG PAKAR DALAM BUAT FITNAH!

HATS OFF TO YOU LA!

Anonymous said...

jangan berkabung pakai baju hitam, atau sluar hitam atau tudung hitam, atau kain hitam atau songkok hitam atau kasut hitam..nanti fru tembak air..nanti polis tangkap masuk black maria...huhuhu...

Unknown said...

Parpu Kari said...

MALAM NI YA, KESIAN DAPAT BERITA PUN TAK SEMPURNA, MUAHAHAHAHAHAA

ITU LA LAIN KALI SIASAT DULU, TAPI APA NAK HERAN, KAMU SEMUA NI MEMANG PAKAR DALAM BUAT FITNAH!

HATS OFF TO YOU LA!

May 13, 2009 8:31 PM

PARPU...KEH KEH KEH...BAGITAU INFORMER KAU TU...KASI CERITA DALAM BLOG DIA KA...DALAM BLOG NI KA...CERITA2...HAHAHAHAH

Anonymous said...

Kemangkatan kekanda Sultan Perak telah memaksa baginda pulang ke tanah air. In the first place, kenapa baginda ke luar negara? Salah satu sebab mungkin kerana nak mengelak dari menagani krisis negeri Perak. Ini andaian saya saja. Walau apa pun saya ucapkan innaa lillaah hi wainnaa ilaihi raaji'uunn, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kekanda Sultan.

Anonymous said...

god works in mysterious ways