Friday, May 29, 2009

Penanti: Deal Antara UMNgok Dan Ngok - malaysiakini

Semua sedia maklum bahawa UMNgok tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti, tetapi semua juga sedia maklum bahawa UMNgoklah yang paling kecoh dalam Pilihanraya DUN Penanti.

Secara kasarnya kalau dilihat, UMNgok diwakili oleh Aminah Abdullah. tiada parti lain di Malaysia ni yang dapat menandingi ciri-ciri kempen seperti UMNgok. orang lama cakap, sekilas ikan dilaut, dah tahu jantan betinanya. sama jugak dengan cara kempen UMNgok.

Sape yang tak kenal banner-banner, poster-poster dan jugak bahan-bahan kempen UMNgok? dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. isu yang sama - liwat, cubaan rasuah, tawaran kedudukan dan bla bla bla... old fashion.

Jentera-jenteranya pulak semua orang pun dah tau... SPRM, SPR, PDRM (beberapa individu yang terlibat) dan jugak pihak Majlis. yang tu semua dah jadi macam komponen UMNgok/Barisan Nasiyonal.

Cuma kali ni cara pergerakan kempennya tak sama macam dalam dalam pilihanraya yang lepas-lepas. kali ni UMNgok bertindak lebih pondan iaitu tidak mengetengahkan calon dari gerombolan mereka tetapi menampilkan calon dari serpihan PKR.

Kak Minah ni pulak jenis yang Ngok... jadi cantik sangatlah bila sekor Ngok bergabung dengan UMNGok... dari sini timbullah Bongok.

Aku ingat lagi masa hari penamaan calon di Penanti, sambil-sambil dok lepak ngan kengkawan, kami sembang-sembang dan antara topik utama dalam sembang-sembang tu ialah "lepas penamaan calon ni mesti ada mana-mana calon bebas buat cerita Pakatan Rakyat offer duit mintak tarik diri"...

Itu antara topiknya dan tak sampai 3 jam pun lepas sembang-sembang tu, tau-tau jelmaan Atlantuya dah berkokok... kesimpulannya semua permainan ni dah ada dalam kepala otak kami. cuma pemainnya kita tak dapat nak teka sape tapi jawapannya kami dapat dalam tempoh tak sampai 3 jam. Ngok betul...

UMNgok tak bertanding di Penanti bukan sebab UMNgok takut kalah, tapi sebab dia tau dia memang akan kalah. rekod peribadi UMNgok setakat ni cuma menang di Batang Ai je... tempat lain TKO. jadi dalam PRK yang ni UMNgok tak letakkan calon sebab tak mau terjejas kreadibiliti. biar kalah sebab tak bertanding daripada kalah dalam pertandingan. itu ungkapan untuk mereka-mereka yang kehilangan telur.

Menggunakan Atlantuya sebagai proksi pula adalah rancangan spisis tak bertelur. UMNgok cuma nak test market. menggunakan seorang calon bebas dalam pilihanraya menentang PKR adalah satu srategi terbaru dari UMNgok.

Aku difahamkan bahawa UMNgok sedang menjalankan eksperimentasi dalam PRK Penanti. projek ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh UMNgok untuk melihat populariti seseorang calon dalam pilihanraya.

Dalam satu mesyuarat rahsia yang telah diadakan, ada pemimpin tertinggi UMNgok meletakkan antara faktor kekalahan UMNgok dalam semua pilihanraya kecil di semenanjung ialah kerana orang ramai sudah muak dengan UMNgok/Barisan Nasiyonal. jadi eksperimetasinya ialah dengan meletakkan seorang calon yang akan mewakili UMNgok/Barisan Nasiyonal tetapi dengan lambang bebas.

Dan calon untuk ekperimentasi pertama ini ialah Atlantuya.lihat saja macam mana sokongan yang diberikan oleh UMNgok dan jentera-jenteranya kepada Atlantuya. setakat nak masuk RTM, TV3suku atau mana-mana media perdana, Atlantuya tak payah pening-pening. Atlantuya batuk je, wakil-wakil media perdana dah tau nak buat apa.

Cuba sape-sape yang ada connection lebih sikit siasat kemana Atlantuya lepas Fairus umumkan perletakan jawatannya. cuba semak balik kemana Atlantuya diantara tempoh mesyuarat pertama sehingga terakhir UMNgok dalam membincangkan soal nak letak calon atau tak di Penanti.

Siasat balik siapa-siapa yang berhubung atau yang dihubungi oleh Atlantuya dalam tempoh tersebut.

Berkenaan dengan apa yang diceritakan oleh Atlantuya iaitu tawaran wang sebanyak RM80.000 dan jugak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang... itu aku tak mau ulas banyak. Jawatan tu ditawarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kepada sesiapa yang memenangi pilihanraya tersebut.

Dealnya ialah (antara UMNgok dan Ngok)... kalau Atlantuya menang PRK Penanti, secara automatiknya jawatan tersebut akan disandang oleh Atantuya (mengikut tawaran Ketua Menteri) dan jangan terkejut kalau sebelum akhir tahun ini Atlantuya akan mengumumkan kemasukannya kedalam UMNgok setelah memegang jawatan tersebut.

Tujuannya..?Untuk merosakkan kreadibiliti Pakatan Rakyat. memang rosak kreadibiliti kalau asyik kene perbodoh je. yang tukang perbodoh tu pulak bukan calang-calang orangnya... budak tak habis sekolah je. tak ke Ngok macam tu.

Jadi Pakatan Rakyat buatlah sesuatu sebelum kena Ngok oleh si Bongok di Penanti.

5 comments:

  1. Saudara, ada pembetulan sedikit.

    "UMNgok setakat ni cuma menang di Batang Ai"

    Bukan parti itu yang menang di situ.
    Tapi dari Parti Rakyat Sarawak.

    Parti **** tidak pernah memenangi apa2 kerusi selepas PRU-12.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. hahaha...ckp putaq belit...
    fakta salah....neh maknanya bloggers neh x bleh dipercayai...
    hahaha...
    malu la weh...aduh2 aku malu bg pihak hg....len kali dptkan info elok2 ye bang...
    wat malu pas ja...
    dah tuh aku rasa org pas lg ngokngek...hahaha
    harap maklum

    -pendang

    ReplyDelete
  3. ops tambahan org keadilan pun ngokngek sama hahahah

    ReplyDelete
  4. ya...ya sy setuju ngan anon di atas...semuanya mengarut...blog nih sumber x bole dipercayai..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?