Friday, May 29, 2009

Penanti: Nak Tanya, Nak Tegur - malaysiakini

Aku dapat SMS dari sorang otai dari PKR mintak tolong aku tanya beberapa perkara yang berlaku di Penanti dan aku jugak bersetuju dengan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh otai kita ni.

Pertanyaannya ialah dimana para pemimpin Pakatan Rakyat dalam tempoh kempen pilihanraya Penanti..? mana Timbalan Presiden PAS dan KeADILan? mana Ketua Penerangan KeADILan..?

3 soalan tu datang dari orang kuat PKR sendiri dan kenyataan yang aku tengok dan dengar sepanjang aku berada di beberapa lokasi Pilihanraya Kecil sebelum ni ialah adanya kerenah-kerenah orang-orang Parti (malas nak sebut) yang demand bila dipanggil untuk berceramah.

Kalau takat panggil untuk ceramah kelompok, memang bolayan, jangan harap nak datang atau terima jemputan tu... tapi kalau ceramah tu ada DSAI, tak payah panggil atau jemput penceramah lain pun tak pe, diorang sendiri yang akan offer diri nak berceramah seplatform dengan DSAI.

Ini penyakit mental yang ada dalam kepala otak beberapa pimpinan parti yang aku malas nak sebut. bila DSAI turun, semua pakat-pakat hurung, bila DSAI tak de, semua pakat-pakat peram telur dekat rumah masing-masing. yang ni kenyataan. kalau tak percaya, boleh tanya sendiri dengan organizer-organizer ceramah dalam mana-mana pilihanraya kecil.

Teruskan sikap macam ni... baik untuk parti, baik untuk diri sendiri... senang rakyat nak perjatuh nanti... kalau tak percaya, cuba... tegur bukan sebab benci, tegur sebab tak mau jadik benci.

16 comments:

  1. keadaan ekonomi x mengizinkan kot...

    ReplyDelete
  2. Kalau ramai peminpin PR yang macam ni...alamat tak lama laa umur PR nii..Sendiri mau Hingat..!!!

    ReplyDelete
  3. mentaliti umno/bn masih kuat dalam diri sesetengah daripada kita. smua bermula dari diri sendiri. masing2 kena ubah diri masing2. kalau xnak ubah jgk, masuk je umno trus. jgn jd biawak hidup dalam pr. x guna kita tukar kerajaan umno/bn kalau mentaliti kita puns sama dengan diorang

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha......tahniah

    ReplyDelete
  5. mcm gelak org omno je....
    gelak org umno pada diri sendiri kerana malu xde telur nak bertanding. tukar status la. jgn jd parti politik. jadi badan kebajikan lagi bagus. tukar nama pertubuhan kebangsaan pondan bersatu. jaga kebajikan pondan

    ReplyDelete
  6. keh keh keh..
    aku tau parti mane tu...maleh la nak sebut...

    cuma pesan aku...

    sendiri mau ingatttttt la....

    ReplyDelete
  7. aku setuju ngan anon 11:02.
    kerana mental org2 pkr ni masih lagi pekat ngan cara hidup lama.
    semua nak nama. nak wang.. wang..
    pr.. suka aku baca ayat hang yg last tu.. tapi aku percaya.. sorang pun org2 yg terlibat tu tak ambik pusing pun..

    ReplyDelete
  8. penyakit turun temurun umNO...kipas & jilat bontot pemimpin....rakyat dilupakan.

    pemimpin2 & orang2 kuat pakatan rakyat sepatutnya buang sifat2 buruk umNO nie....sepatutnya...kipas rakyat, merayu pd rakyat....bukannya kipas DSAI.

    aku sokong bro perisik rakyat...ko dedahkan segala kepincangan...baik dlm umNO...mahupun dlm pakatan rakyat.

    kepincangan nie perlu didedahkan...sbb aku tak mahu tgk pakatan rakyat pun cam umNO....aku nak pakatan rakyat berbeza dari umNO.

    kalau sama je cam umNO...tak guna aku undi pakatan rakyat esok nie dlm PRU-13....buang masa aku je.

    ReplyDelete
  9. anon 3:42,

    aku setuju dgn hang, apa yg x betul kena ditegur sbb manusia x lari dr kesilapan, sbb kalu x tegur makin lupa dan hanyut org dgn kesalahan, tau2 je nnti dh terlambat utk patah balik, mcm parti yg dh 60tahun lbh tu, byk kesalahan pemimpin yg tak ditegur, alih2 dh pecah semua pekung, apo nk dikato, dh telambat nk diperbetul

    ReplyDelete
  10. Laaa...ada juga penyakit tunggu DSAI datang baru nak tunjuk muka.

    Orang2 macam ini lah tiada semangat cintakan parti dan meraka ini boleh menjatuhkan parti untuk masa depan.

    Ayuh pemimpin2 dalam PR,kita semarakkan perjuangan parti kita. Jadikan pemimpin PAS dahulu sebagai tauladan kepada kita. Ingatlah...rakyat tidak suka pemimpin yang hipokrit.

    ReplyDelete
  11. ceh, mana2 parti ada je parasit hinggap....

    ReplyDelete
  12. aku ada satu idea. Benda kitaorang nak buat kat tempat kitorang. Setiap pemimpin PKR yg ingin turut serta berceramah bersama pemimpim2 tertinggi PKR, di kenakan bayaran. Kita tengok dorang sanggup tak.

    Siapa yg nak duduk sebaris dgn DSAI atas pentas ceramah juga di kenakan bayaran. Pokoknya asalkan nak duk atas pentas je kita kenakan bayaran.

    Bukan apa, aku naik muak dgn peel sesetengah pemimpin bahagian dan negeri ni. Asal ada je DSAI time tu la muka dorang timbul. Padahal satu kerja pun tak buat. Tapi depan DSAI bukan mainlah dorang ni.

    amacam...setuju?

    ReplyDelete
  13. contohi parti islam semalaysia, PAS

    mentaliti pkr kene berubah!!! jgn sam cam umno.

    ReplyDelete
  14. PKR yang BONGKAK!

    ReplyDelete
  15. aku rasalah PKR akan jadi reject shop ameno. ahli2 baru yg baru kuar dari ameno diterima masuk semuanya tidak discreen, tidak ditapis. mereka akan menbawa masuk segala penyakit2 jijik yg diorg dpt dlm ameno.

    segala penyakit kudis & bisul dlm ameno akan berjangkit dlm PKR.

    alih2 lepas ameno terkubur, PKR pulak parti yg akan jadi cam ameno. penuh dgn amalan rasuah, penuh dgn amalan fitnah menfitnah, buat sesuatu benda kerana duit.

    tuleh, ramai dah sarankan supaya DSAI utamakan disiplin & didik ahli2 PKR dgn agama, kuatkan pegangan agama ahli2 PKR yg Islam. tapi sayang DSAI pandang remeh soal disiplin agama.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?