"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, June 03, 2009

Adham Dan Norzula Mohon Maaf Dari Dato' Husam

Sumber -

KOTA BAHRU, 3 Jun: Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah.

Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang telah mereka buat pada 27hb. Nov, 2007 yang lalu.

Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan.

Semalam Norzula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu.

Dalam notis itu, Norzula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR.

Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya.

Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu.

Dalam majlis hari ini, Husam berkata, tindakan beliau mengemukakan saman kepada mereka yang membuat tuduhan kepadanya bukan inginkan wang atau memenangi mana-mana kes, sebaliknya sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang.

Alfa200 - Dah setel... ada lagi sorang penyumbang utama yang tak reti-reti nak mintak maaf lagi ni. oi MSO..! bila..?

6 comments:

Edyes said...

kah kah kah...

MSO putar alam !

Anonymous said...

kHIR tOYO ada mintak maaf dengan Tan Sri Khalid tak??Tak dak kan..
spesis MSO ni sama ja cam Toyo!So tak yah heran la!!

Lee Copper said...

Ini macam lah bakal Timbalan Presiden Pas. Tegas, Bijak & Cekap. Lawannya dari Umno kena melutut pada dia. Kalau Ust Nasa terbalik kot.

Semoga Husam menang.

Anonymous said...

syabas dato husam musa.semoga anda berjaya.

pemuda tak berparti

Anonymous said...

Bagus la kalau betul-betul ikhlas, tapi deme bukan boleh percaya sangat,

lepas ni media main stream mulan canang tentang kebaikan deme....Modal untuk Manik Urai je nie...

aZRoy said...

MSO, takkan tunggu saman baru nak mintak maaf?