"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, June 01, 2009

Krisis Perlembagaan Perak: Angan-Angan Bubar DUN - malaysiakini

Minggu lepas berkumandang di seluruh Malaysia desas-desus kononnya DUN Perak akan dibubarkan dalam masa yang terdekat. ada juga yang meramalkan dan kononnya mendapat 1st. class info yang mengatakan bahawa UMNgok/Barisan Nasiyonal akan mengusulkan pembubaran DUN kepada Istana Perak selewat-lewatnya pada hujung minggu lepas.

Semua itu "kononnya" akan berlaku "minggu lepas" tetapi sehingga masuk ke "minggu ni" desas-desus tu semua tinggal kenangan dan lebih tepat lagi "angan-angan".

Pakatan Rakyat dari mula berjaya menakluk 4 negeri di Semenanjung Malaysia sehinggalah terlepas 1 negeri ketangan "pencabul" undang-undang dan perlembagaan tak sudah-sudah tertipu dan termakan umpanan gula-gula UMNgok/Barisan Nasiyonal.

Agaknya kalau UMNgok/Barisan Nasiyonal sebarkan melalui sms/blog/email atau mana-mana media kononnya minggu depan akan kiamat pun silap-silap ada yang percaya.

Ternyata permainan politik Pakatan Rakyat masih ditahap rendah.terlalu senang dipergunakan, terlalu mudah diperbodohkan dan dipermainkan. inilah hebatnya projek memperbodohkan rakyat kelolaan UMNgok/Barisan Nasiyonal selama lebih 50 tahun. sesiapa pun takkan terlepas dari diNgokkan oleh UMNgok/Barisan Nasiyonal antara sedar dengan tidak.

Fikirlah secara lojik bila berpolitik. lojik dalam politik ialah lojik mengikut pemikiran songsang. itu adalah apa yang dikatakan lojik dalam politik. jadilah geng jahat dan berfikirlah seperti geng jahat dan dari situ barulah kita dapat memintas kepala otak penjahat-penjahat yang berlagak baik dalam politik. inikan politik... mana ada politik yang bersandar pada idea yang baik..?

Najib Presiden UMNgok..?

Ramai yang bila membincangkan soal pembubaran DUN Perak mengambil fikiraan bahawa Najib bersetuju untuk pergi kearah pembubaran DUN Perak "demi survival" UMNgok/Barisan Nasiyonal dalam PRU-13 nanti. kononnya Najib bersedia untuk melepaskan negeri Perak demi untuk menyelamatkan UMNgok/Barisan Nasiyonal dalam PRU-13 nanti.

Kiraanya ialah, lebih baik terlepas 1 negeri daripada terlepas 1 Semenanjung Malaysia dalam PRU-13. itu buah caturnya.

Untuk survival UMNgok/Barisan Nasiyonal, itu memang 1 kewajipan untuk dilakukan dan itulah jawapan yang diberikan dalam 1 mesyuarat penting UMNgok/Barisan Nasiyonal sebaik Zambry diisytiharkan sebagai Menteri Besar Mahkamah Putrajaya 2 minggu lepas.

Tapi ada yang lupa untuk membaca siapa itu Najib Tun Razak. ramai yang terlepas pandang... ramai yang berfikir kononnya Najib Tun Razak itu adalah Presiden UMNgok dan juga Perdana Menteri Malaysia. ramai yang tersilap mengenal siapa Najib Tun Razak dan dari situ berlaku kesilapan dalam mentafsir dan meramal tindak-tanduk Najib Tun Razak.

Najib - 1 Man Show...

Pada aku, Najib adalah seorang diktator yang tahap kediktatorannya melebihi dari kesemua pemimpin-pemimpin terdahulu yang ada didalam UMNgok/Barisan Nasiyonal. Najib bukan seorang yang berminat untuk mengumpul kroni-kroni atau orang-orang bawahan yang kepentingan mereka akan dijaga oleh Najib.

Sepanjang Najib berada didalam UMNgok, dia adalah seorang yang bersih dari perkara-perkara yang bersangkutan dengan aktiviti-aktiviti kroni-kroni. cuba mana-mana pembaca namakan seorang manusia yang bergelar "kroni Najib" sepanjang Najib berada dalam UMNgok.

Setakat hari ni, aku tak dapat nak cari seorang yang hebat yang bergelar kroni Najib...

Hanya Najib...

Sepanjang Najib berada dalam portfolio Menteri Pertahanan, berapa banyak pula agendanya yang menguntungkan pihak Kementerian Pertahanan..?

Berapa banyak agenda yang Najib lakukan semasa memegang portfolio Menteri Pertahanan yang hebat selain daripada kenaikan gaji dan elaun dan juga beberapa kelebihan-kelebihan kebajikan anggota-anggota tentera... selain daripada itu apa yang hebatnya dari Najib?

Yang hebat ialah pihak tentera berjaya mengekalkan penggunaan pesawat-pesawat lama yang dah reput sehingga benar-benar reput dan juga berjaya menggunakan senjata-senjata kuno untuk mempertahankan Negara Malaysia... mujur juga tak ada negara yang berminat nak menyerang Malaysia... kalau tidak alamatnya... erm...

Korang ingat kalau Singapura buat gila babi, boleh ke Askar Melayu mempertahankan Malaysia dari serangan senjata-senjata canggih tentera Singapura..?

Bubar DUN: Tunggu Sampai Akhir...

Akhir kata, bila Najib berurusan dalam pembelian Eurocopter, berapakah komisyen yang Najib dapat dan apa yang "orang lain"dapat sebagai rakan kongsi Najib..? C4..? ya... rakan kongsi Najib hanya dibayar dengan ledakan bom C4 dan janji tinggal janji. hancur lebur bersama mayat rakan kongsi.

Ini ialah realiti siapa itu Najib Tun Razak. manusia ini jika berbuat apa-apa perancangan, bukanlah untuk siap-siapa tetapi hanya untuk dirinya sendiri sahaja.

Lojiknya dengan membubarkan DUN Perak, maka sekurang-kurangnya UMNgok/Barisan Nasiyonal akan sedikit terselamat dari jahanam terus dalam PRU-13 tetapi oleh kerana manusia yang memegang kuasa sebagai Presiden UMNgok dan juga Perdana Menteri Malaysia ini ialah seorang yang hanya mementingkan diri sendiri, maka cita-cita Bubar DUN Perak hanya cita-cita mereka-mereka yang berfikir secara rasional.

Tetapi Najib bukanlah seorang yang rasional... rasional bagi Najib ialah "selagi ada peluang, gunakanlah ia sebaiknya dan jangan bazirkan peluang itu walau sesaat..!".

Najib tak pernah peduli pada survival UMNgok dalam PRU-13 nanti... kalau UMNgok nak terkubur dalam PRU-13, itu bukan masalah Najib... masalah Najib sekarang ialah bagaimana untuk mengekalkan apa yang ada sekarang, penuhi semua cita-cita sebelum semuanya sudah terlewat.

Apa yang korang harapkan dengan diktator ini..?

Dengan ertikata lain... Najib bukan seorang pemimpin yang mempunyai kroni, Najib tak perlukan sesiapa untuk survivalnya... Najib tak pernah pedulikan orang-orang disekelilingnya... kalau hang nak mampus, mampus je lah... najib tak pernah peduli...

Najib berpolitik atas kapasiti dirinya sendiri dan Najib adalah seorang yang amat-amat mementingkan diri sendiri... parti hanyalah "kuda trojan" Najib.

Apa yang korang nak harapkan pada seorang yang mementingkan diri sendiri?

Bubar DUN..? apa tu? lagi baik pertahankan apa ytang ada sekarang dari menggadai tak tentu pasal... lagipun Najib dah tau... PRU-13 tak kira UMNgok/Barisan Nasiyonal kalah atau menang, dia tak mungkin akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia... Najib terlalu banyak skandal dan Muhyidin walaupun Ngok tetapi semakin dikenali dan terserlah dalam UMNgok...

Kalau korang jadik Najib... korang nak bubar DUN ke tak?

Lu pikir la sendiri...

8 comments:

ISA said...

Syabas bro...

Bila gua hentam Husam dengan idea ramalan dan andaian dia, kononnya DUN Perak akan di bubarkan...

Gua balik yang kena hentam, gua pun respek dengan husam, tapi gua tak membabi buta menyokong... ada akal fikir la sendiri...

Dah bersusah payah merampas... bila dah dapat nak bubarkan pulak... demi kredibiliti di mata rakyat.... ha..ha...ha.... lawak Ngok... namanya tu...

Anonymous said...

"Akhir kata, bila Najib berurusan dalam pembelian Eurocopter, berapakah komisyen yang Najib dapat dan apa yang "orang lain"dapat sebagai rakan kongsi Najib..? C4..? ya... rakan kongsi Najib hanya dibayar dengan ledakan bom C4 dan janji tinggal janji. hancur lebur bersama mayat rakan kongsi".

Satu laporan polis akan dibuat berdasar kenyataan di atas krn berunsur fitnah bertujuan menghasut rakyat malaysia membenci PM. Laporan dibuat ke atas blog Perisik Rakyat atau Mohd fauzi Mohd Amin

Sekian

Anonymous said...

NAJIB ADA BERKATA DALAM UCAPANNYA DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO: "KALAU KITA TIDAK BERUBAH...KITA AKAN DIUBAH!!". MUNGKIN KATA-KATA INI BENAR MENJELANG PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG..

Anonymous said...

repot polis??? takutnya.
repot la jugak kat ketua kampung.

betapa maksumnya pemimpi umno, kutuk skit, kna ambik tindakan. padahal dia sendiri x pernah cuba nak membersihkan dirinya. hanya pencacai2nya saja tolong bersihkan dengan menjilat2 mana bahagian dan anggota yang perlu supaya pemimpinnya nampak bersih.

nampak bersih belum tentu bersih. tapi kalau dah nampak x bersih, memang konfirm la x bersih.

tp x hasut pun, rakyat dah memang benci kat najib

Anonymous said...

anjing2 lain bila lagi nak repot??

Anonymous said...

perisik rakyat kaki pit
kutip derma utk beli ganja

ciritordie said...

merapu

pengliporlari said...

kaki je...badan,tangan tak