Wednesday, July 22, 2009

Kebebasan Ala 1Malaysia...

Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama. TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin PR mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.

Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi "Adakah PR telah mengeksploitasi isu Beng Huat ?". 88% responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA. Namun arahan "atas" memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.

Penerbit berita 8TV dibidas oleh pihak "atasan" kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.

Selain itu RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan BN, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan MB Selangor itu.

Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.

Akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak 'lebih-lebih' dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM. Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.

Minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi PM. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat PM.

Semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.

Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib. Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam. "Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)" itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.

Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3,NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.

Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.

Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.

Semuanya tentu dibuat atas nama "kebebasan media" yang dicanang oleh PM 1Malaysia Najib.

(TVA)

17 comments:

  1. wahai orang MELAYU buka la mata tengok apa najib buat skang.jangan la nk mengampu je.

    ReplyDelete
  2. la...nama pun media pro kerajaan...

    kalau nak dengar sedap-sedap
    tentang baik pr dan buruk
    pemerintah tengok tvpas baca
    harakah la.

    ini pun dah cukup bagus kebebasan
    bermedia tidak di sekat.

    apa punya turr!

    ReplyDelete
  3. Anon The BangaNG!!!July 22, 2009 at 3:54 PM

    selama ni aku agak boleh terima NTV7 yg neutral.. NTV7 la yg banyak menyiarkan PRK ptg Pauh dulu...
    Dan ada sebahagian Pemberita gua cukup minat bukannya cantik tapi mereka guna perkataan PAKATAN RAKYAT ketika buat berita. Walaupun diarah supaya ckp PAKATAN PEMBAKANG!
    Khakkkkkk Ptuuuuuuuuuuui 1malaysia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Najib!!!!!!!!! lu pondan!!!!!!
    BN-UMNO-SPRM-SPR pi mampossssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

    ReplyDelete
  4. kalau hitler hidup lagik zaman ni, sure dia tabik kat pemimpin2 umno ngok sebab umno ngok terlebih kejam dari nazi jerman zaman perang dulu.

    ReplyDelete
  5. ada hitler...
    hitler zami ismail
    anak zami ismail@pak uda
    abang kepada opie...@ mat rock sepanar jaya.
    nazi tu if tambah r sebelum i
    dah jadi nazri...
    like father like son

    ReplyDelete
  6. saya setuju dgn anon 4.21. umno telah menghalalkan cara yang haram untuk kekal memerintah. mereka tak sedar yang rakyat msia dah tak hendak mereka lagi. bolehkah dipercayai akan suruhanjaya diraja yang akan menyiasat kematian teoh di pejabat sprm selangor? jika anggota yang akan dilantik neutral dan berwibawa banyak keburukan ubn akan terburai nanti!

    ReplyDelete
  7. tkpe lah ini hari-hari ko zali...kedepan nanti lom tau lagi untung nasib ko..

    ReplyDelete
  8. Lain kali baca laa media bangang daripada budak lalok nie....mesti semua betul pee sebab dia dok makan upah

    ReplyDelete
  9. Is Wee Chee Keong a Troublemaker in PKR?

    It was his open and unsubstantiated accusation against a Selangor exco man that prompted the MACC to start their uncall investigations on several Selangor Exco. And until now, Wee Chee Keong has not provided the public evidence to his accusation or even name the exco involved with the Chinese triads.


    Wee Chee Keong, the MP for Wangsa Maju, made an open claim that a Selangor exco member is involved with the triads. Wee Chee Keong, the former DAP man, and former MP for Bukit Bintang (while I was schooling in the area, Wee Chee Keong was my MP). But he was canned from the DAP because he was such a troublemaker to the party.

    I heard a lot of stories about the man from my DAP friends but I never really believe them. I know he formed a new party. I should’ve known my DAP friends were right because if Wee Chee Keong was right, then more than half of the party members would have followed him. But, alas, only a few of the supporters went with him.

    Now, Teo is dead. And Teo’s blood is partly on Wee Chee Keong’s hands. It is his stupid and nonsensical claim that prompted the MACC to launch their head-hunting investigation that led to the tragic death of Teo.

    In fact, Wee Chee Keong, according to my internal PKR sources, is speaking on behalf of a few PKR strong-men unsatisfied with the MB. And what is the source of their dissatisfaction? The MB refuse to give these people high-powered contracts and insist these people to go through the normal process and procedures.

    Now, this small group wants to topple the MB and start an internal rebellion. They don’t care of the fact that the MB is very popular among the people of Selangor and the MB’s policies are making the PR government very popular.

    On top of that, we have a certain PAS Exco members who are seeing the UMNO Selangor liason chief in secret. Not once but more than twice. But that’s another article.

    So, it’s true what they say. When u want to make things right, you will face more people resisting you than when u want to make things wrong. Wee Chee Keong is a wrong the PKR must right, in the near future.

    And I know the exco that Wee Chee Keong is trying to vilify. If he was such a triad man, he would have been in jail a long time ago for his vocalness in the last 30 years. Trust me. He is anything but a triad man.

    To me, Wee Chee Keong is a disease. He must be rid of, else, PKR will die from the disease.

    Tulang Besi

    ReplyDelete
  10. sebagai pemerhati ..Utk Zali dan the geng ni ..banyakkan lagi comment anda disini ..dan ..comment anda lah yang mencepatkan UmNo and the geng akan tersungkur dan putus tali hayat...Kita yg berfikir waras dpt nilai lemahnya anda dlm politik sebenar @ putarbelit ...utk visitor layankan zali and the geng ..biarkan luncai dgn labu2nya

    ReplyDelete
  11. Laa,..kenapa sume ketua pengarang ditukar??

    Selama ni deme sokong pakatan haram ke??

    Pe la punya keldei TP,.

    Dulu team pak lah,. skrg team najib la plak,.. Semua penyokong kuat UMNO

    BODOH NYER PUAK LEMBU PR

    ReplyDelete
  12. Kalau nak disekat camni sampai kiamat le BN tu berkuasa nampaknya.Malangnya nasib parti pembangkang dan rakyat kat negara demokrasi ni.Rakyat hanya disogok dengan berita berita mengampu BN dan memburuk burukkan pembangkang saja di media media utama..

    ReplyDelete
  13. Anonymous said...
    Laa,..kenapa sume ketua pengarang ditukar??

    Selama ni deme sokong pakatan haram ke??

    Pe la punya keldei TP,.

    Dulu team pak lah,. skrg team najib la plak,.. Semua penyokong kuat UMNO

    BODOH NYER PUAK LEMBU PR

    bestnya ko punya ayat yang last tu..
    aku ada lagi best punya ayat..

    BODOH NYER PUAK BABI UMNGOK..

    KAHAAKK..PTUIIIH..!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  14. Buat Zali yang zalim
    -----------------
    Bila titisan air mataku tidak dapat menghidupkan dirimu

    Aku terpaksa menerima hakikat kau telah pergi buat selama-lamanya

    Hari ini, aku masih perlu mengucapkan selamat tinggal

    Aku berjanji, aku akan jalani kehidupan seadanya.

    Tetapi, kau mesti berjanji sentiasa di sisiku, dan kita bersama-sama membesarkan (bayi ini).

    Beng Hock, perjalanan kita berdua dalam hidup ini sudah berakhir.

    Tetapi aku berharap, kalaulah ada kehidupan selepas ini, aku amat berharap kita dapat bersama-sama meneruskan perjalanan kita.

    Kekasihku, semoga dikau tenang di alam abadi.

    ReplyDelete
  15. Anak Lawin PapulutJuly 22, 2009 at 10:30 PM

    Buat Anak Lenggong,pengundi tegar MCA PARLIMEN LENGGONG.....nampaknya memang ko nielah kuda longkang sebenarnya....maklumlah peminat setia tv 3 suku...tu pun rancangan kanak-kanak...yang tengok cerita ilmiah mana ade...yang ade cerita budak-budak aje.....tu yang perangai pun macam bdak kecik aje......kan..kann..kan zali aka anak lenggong..mana mr aku..dah simpan ke....

    ReplyDelete
  16. Cerita pasal big2 gun Media Prima Sdn Bhd (MPSB) ni dah semakin popular sebulan dua ni. Masuknya Dato Ahmad Talib beserta orang2nya memang memeningkan pentadbiran MPSB sendiri. Siap diwujudkan position2 yg tak pernah ada pun sbelum ni. Akibatnya, bajet dah terkoyak. Tgk sekarang, mana ada lagi TV3 buat siaran 24jam cam dulu. Even Farid Ridzwan pun dah terancam kedudukannya.

    Bila media digunakan utk kuasa, macam ni lah jadinya..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?