Kerajaan Negeri Kelantan masih menunggu tarikh mengadakan perbincangan isu tuntutan royalti petroleum dan gas dengan Kerajaan Pusat kerana sehingga kini masih belum menerima sebarang keputusan walaupun surat mengenainya sudah dihantar kepada Perdana Menteri.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, Datuk Seri Najib Razak baru kembali ke tanah air selepas mengerjakan umrah dan surat jawapan mengenai perbincangan perkara itu masih tidak diterima.
“Kita tidak dapat lagi jawapan Kerajaan Pusat untuk adakan perbincangan antara wakil Kerajaan Negeri dengan mereka.
“Perdana Menteri baru pulang mungkin tidak lama lagi... kita tunggulah,” katanya semalam.
Pada Mesyuarat EXCO Mingguan Rabu lalu, Kerajaan Negeri meluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Husam dilaporkan berkata, pihaknya yakin tuntutan mengenai perkara itu akan berjaya kerana Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menghantar surat mengadakan perundingan kepada Perdana Menteri.
Katanya, wakil Kerajaan Negeri dan Pusat akan berjumpa Perdana Menteri apabila kembali ke tanah air selepas mengerjakan umrah.
Isu tuntutan royalti minyak Kelantan merupakan antara modal pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Manek Urai baru-baru ini dan mendapat pelbagai reaksi.
Sementara itu, Ahad lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, dilaporkan berkata isu tuntutan royalti minyak Kelantan terhadap Kerajaan Pusat sudah diserahkan kepada pihak lebih berwibawa untuk menyelesaikannya.
Kini isu tuntutan Kerajaan Negeri itu di peringkat rundingan dan kajian dari segi undang-undang dan peraturan mengikut Akta Pembangunan Petroleum (PDA) dan Perjanjian Konsesi oleh Petronas.
Dalam kenyataannya, Ahli Parlimen Jeli itu berkata, pendirian Kerajaan Pusat tidak berubah mengenai isu itu dan Petronas sedang menyediakan draf kajian.
Sumber - jiwo kelate
puak2 umno bangsat tu tengah pikir nak wat alasan utk putar belit menafikan hak kelantan.
ReplyDeleteaku sarankan klu bn xnak bg duit tu, jwtankuasa khas tu report jea kat UN/ICJ sbb melanggar klausa UNCLOS 1982.
woii...zali mangkuk!!!soalan aku kat ko psl UNCLOS dlu tu bl nak jwb??!!!!
Jeli sudah terjebak dan terperangkap .. patutnya kena menolong rakyat sendiri, ni tidak sebab tu isu ni DUN BN lain senyap sunyi, kalu bodoh jangan berpolitik, kalu cerdik pikir dus tiga kali.. antara pusat dan akar umbi, siapa yang menentukan nasib diri .. PRU 13 nanti hang congak la sendiri ...
ReplyDelete