Ustaz Salleh Man dijangka akan mengangkat sumpah sebagai ADUN N11 secara rasmi pada pembukaan Sidang DUN Pulau Pinang yang akan datang.
Harapan kami ialah terus memberikan komitmen kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menguburkan pemerintah yang zalim iaitu UMNO/BN tidak kira berapa harga dan bagaimana pengorbanan yang diperlukan.
Kami akan terus memberikan sumbangan selagi kami mampu asalkan ianya adalah usaha untuk menguburkan UMNO/BN, tidak kira dimana, bila dan bagaimana.
Sebelum RPK meninggalkan negara ini (atas dasar keselamatan), BRB pernah membincangkan beberapa perkara berhubung dengan perjuangan menentang akta zalim ISA dan salah 1 darinya ialah dengan mengadakan sebanyak yang boleh perhimpunan anti ISA dan juga beberapa "candlelight vigil" bagi mendesak Kerajaan yang zalim ini supaya menghapuskan akta zalim ISA.
Pada 1 ketika, pihak polis mengira dari 1 hingga 15 sebelum kami diserang dan ditangkap ketika mengadakan siri-siri desakan hapuskan ISA. ketika itu 1Malaysia masih belum begitu faham akan apa yang diperjuangkan.
Lama kelamaan, semakin ramai rakyat 1Malaysia mulai faham dan menyertai apa sahaja perhimpunan atau "candlelight vigil" atas nama hapuskan ISA sehingga ke 1 tahap, pihak polis tidak lagi mengira 1 hingga 15 atau 1 hingga 3, sebaliknya pihak polis mula mengira 1 hingga 2 sahaja dan kita terus ditangkap tanpa sebarang amaran..!
Ini menunjukkan keberkesanan kempen anti ISA yang diperjuangkan. semakin ramai yang bersama kami dan pada mas ini, tidak sukar lagi untuk mencari mereka-mereka yang memaki baju yang tertulis "No To ISA" atau "Hapuskan ISA" dalam mana-mana siri ceramah Pakatan Rakyat atau dimana-mana sahaja.
Rakyat sudah semakin sedar.
Pihak Kerajaan yang zalim sudah semakin tertekan dan kita perlu memberikan lebih lagi tekanan sehinggalah akta zalim tersebut dihapuskan terus dari muka bumi 1Malaysia..!
Kita tidak mahu "kajian" atau "penambah baikkan" atau apa-apa sahaja yang pada dasarnya ialah mengekalkan akta zalim ISA. kita mahu akta itu terus dilenyapkan, bukan dikaji atau dikemaskini atau apa-apa sahaja yang bodoh-bodoh seperti itu.
Jadi, RPK telah mencadangkan supaya dibuat desakan yang lebih ekstrem lagi. tiada lagi "candlelight vigil' atau yang seumpamanya. semua itu hanya akan memberikan peluang kepada Kerajaan yang zalim mengadakan alasan untuk terus mempertahankan akta zalim ISA.
Kali ini cadangannya ialah menaikkan "Billboard" disetiap negeri dibawah Pakatan Rakyat. ini bukan billboard yang menayangkan wajah gadis-gadis cantik berbikini dan bercawat "G String" kemerah-merahan, tetapi ini ialah Billboard" Anti ISA..!
Bayangkan setiap kali anda memasuki negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, anda disambut oleh sebuah Billboard besar yang memaparkan perkataan seperti dibawah ini...
Klik sini untuk imej besar...
Mesti hebat kan..? apa kata Pimpinan Kerajaan Zalim sekiranya cadangan ini diterima oleh setiap negeri dibawah Pakatan Rakyat..?
Zorro-Unmasked telah menyampaikan cadangan ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada Sidang Akhbar tersebut yang dihadiri oleh semua wartawan media perdana. sebaik zorro-unmasked melontarkan cadangan ini, semua kamera dan video kamera terus sahaja tertumpu pada kami berempat.
Itu baru sahaja respon pada cadangan, belum lagi apabila ianya direalisasikan. impaknya pasti akan bertambah besar. Kerajaan zalim pasti akan bertambah pening. ini yang kita mahukan.
Ketika mendengar cadangan ini, kami lihat Dato' Mansor (ADUN Penanti) memberikan respon yang amat baik, beberapa pimpinan yang ada juga nampaknya memberikan respon yang juga amat baik dan yang menariknya ialah apabila P. Ramasamy terus sahaja menjenguk zorro-unmasked dari celah-celah belasan wartawan yang mula memberikan perhatian pada kami dan kami dapat lihat air muka P.Ramasamy yang sedikit terkejut (mungkin tersentak dan tidak percaya apabila idea ini dilontarkan).
Lim Guan Eng juga ketika mendengar idea ini pantas sahaja berkata "give it to me the design and we'll go for it..!"
Kami percaya ini adalah cara yang terbaik untuk menyuarakan bantahan kita terhadap akta zalim ISA. kita akan menaikkan "Billboard-Billboard" Anti ISA bermula dari Pulau Pinang, seterusnya Kelantan (Insya-Allah) diikuti dengan lain-lain negeri dibawah Pakatan Rakyat.
Pada masa ini, zorro-unmasked telah mengemailkan design-design yang difikirkan menarik untuk dibuat sebagai billboard tersebut dan kita akan terus mengemaskini setiap perkembangan dari pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Semuanya terletak pada pimpinan Kerajaan Negeri-Negeri dibawah Pakatan Rakyat. kita akan terus mendesak Kerajaan pusat yang zalim supaya memanssuhkan terus ISA dari 1Malaysia sehingga ianya berjaya..!
Dibawah ini dipaparkan 2 lagi design yang juga telah dihantar kepada Lim Guan Eng untuk diperhalusi.
Klik sini untuk imej besar...
Klik sini untuk imej besar...
aku setuju sesangat... tapi aku nak tambah jugak klu boleh kerajaan negeri PR buat siaran radio sendiri... klau boleh... gune care lama jugak sbb kllu kite dengar sekarang nih dekat mane2 siaran radio mesti ada iklan begini.. "kami menyokong 1malaysia rakyat didulukan pencapaian diutamakan..." siaran radio negeri sendiri sekurang2nye dapat memberi info ape yg kerajaan negeri dah buat... ok x?
ReplyDeletekalau nak lagi best korang buat la billboard tulis camni.. "selamat datang anda kini telah memasuki wilayah bencikan ISA!" atau "ini wilayah demokrasi dan adil" ala2 celcom gitu... :)
ReplyDeletekalau nak lagi best korang buat la billboard tulis camni.. "selamat datang anda kini telah memasuki wilayah LIWAT!" atau "ini wilayah TEMPAT MAIN JUBOR" ala2 celcom gitu...
ReplyDeleteboleh gak dewata buat kat johor kan... tak pun depan umah ko... tulis... "mak/bapak aku nak mati sial nye die..." kan ko kate sial kalau orang tu nak mati.. kankankankan
ReplyDeletedewatawanberapi said...
ReplyDeletebudak mamat ni blogger ubn otak udang ..low level minda dah nak mengatal nak komem .
konon balik optimize otak dulu ..
bodoh sombong ..cerdik x boleh nak ikut
bodoh betul geng pr,apa yg aku melalut ni,ni sume salah mak bapak aku,tak didik aku dari kecik..bila la aku nak mamppos ni...
ReplyDeletestj tu mmg stj.. tp nti kejap aje hishamudin auuww, dgn rais 3 suku tu akn berkokok.. aku rs tk smpai sehari signboard cmtu dpt berthn. Hangpa bkn xth UMNO ni cmne. Yg komik Gedung kartun tu pn cpt giler pi rmps.. Gilooo..
ReplyDeleteaku sebagai orang penang BERTERIMA KASIH kat hangpa 4 orang kerana bagi CADANGAN macam tu....kita tengok apa DEPA nak buat nanti....
ReplyDeleteaku setuju bangetttt..ayat dalam billboard tu memang dah baguih sangat.harap kerajaan penang akan percepatklan proses ni.
ReplyDeletetest
ReplyDeletesetuju...umno boleh mampossssss
ReplyDeleteBravo bro,
ReplyDeleteAku setuju sangat2 cadangan tu. Well done. Dah naik nanti billboard tu kasik amik gambo tunjuk kat sini. Baru mantop!
Saudara,
ReplyDeleteCadangan tu cukup bagus dan praktikal bagi menyedarkan orabg ramai.
Elok pinda sikit kata kata tu sebab lembut sangat. Jangan guna "not support" sebab selama ini kita bukan sekadar tidak menyokong tetapi kita menentang undang undang dajal itu.
Cadangan aku begini:
"You are now entering a state that AGAINST DRACONIAN LAW I.S.A."
Idea cantik dah !!! Tapi aku terfikir jugak puak-puak draconian ni melalui pegawai-pegawai mereka mencabut billboard tersebut, sedangkan speaker Sivakumar pun diusung keluar dari kerusi beliau. Nanti kecoh pulak 1Malaysia, perang diantara petugas-petugas dewan bandaraya dengan polis, satu pihak ditugaskan utuk pasang sementara satu pihak lagi diarahkan untuk buang, masalahnya satu pihak takdak pistol sedangkan pihak satu lagi tu C4 pun ada, last-last siapa yang kalah?
ReplyDeletedewatawanberapi nampaknya dah terdesk bila dia lihat idea nie.
ReplyDeletehahahha. hilang kejelah nanti dia sbb UBn tak duit nak bayar dia. kekeke makan suap.
Bravo satu cadangan yg amat bernas sekali. Harap2 Ketua Menteri Pulau Pinang setuju dengan idea ini.
Kalau boleh satu letak kat area nak masuk ke jabatan pulau pinang.
satu letak kat highway sebelah utara dan selatan penang.
Bila dah letak nanti biar berpinau mata Menteri2 UBN dan balaci2 mereka yang nampak billboard tu.
Aku setuju sesangat. Harap dapat dibuat seberapa segera
ReplyDeleteTP
ReplyDeleteNak bagi cadangan sikit, letak la lakaran anak isteri dan keluarga yg menagih kasih seorang suami dan ayah yg bertahun dipenjara tanpa bicara. Bayangkan wajah si anak..!
Contoh macam billboard 'Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor'. Satu ada di simpang ke Hulu Langat.
Memang sesuatu yang bernas.
Teruskan Perjuangan..
Hahahaaa...kata benci dgn PPSMI tapi bahasa apa yg dipakai tu? Itu bahasa ibunda kita ker? Itulah PR yg dah menang semakin melupakan bahasa Melayu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteElok juga diletakkan SignBoard :
ReplyDelete"WELCOME TO NEGERI PR"
"Kalah - Hudud, Menang - Halal.."
TAKE BEER!
Hahahaha...
ReplyDeleteitu baru contoh design dari 'zorro' la dol.
rileks lar..jgn melatah sgt.
masih dibuka untuk diberi cadangan dan pendapat. kalau signboard nama jalan boleh pelbagai bahasa, BILLBOARD ni pun boleh jugak.
kalau hang prihatin dan cinta bahasa ibunda, buat la cadangan !
perjuangkan jugak matematik dan sains dlm Bahasa Melayu !
Rileks..jgn terloncat2 kay !
woi anon itu baru cadangan. kalau x sesuai tukar pergi bahasa malayu kita org pr boleh adjust punya sebab kami bebas bersuara x seperti umngok ppmsi dan bertahun d laksanakan apa org2 umngok buat. nak bersuara pun takut dan ko nurkasih selama 51 thn umngok memerintah selangor x pernah terlintas nak benteras arak dan sekarang pr cuba buat sesuatu ko dah take beer. masa umngok dulu bukan kata nak benteras tapi ko BINA kilang d sana, x der org umngok pun nak take beer? jgn bagi komen bebal sebegini lagi ok nurkasih.
ReplyDeleteItu baru cadangan apelah ngok sangat nie. Itulah UBN... dia yang buat PPSMI dia pulak yang melatah cepat.
ReplyDeletesabar ok.