Apebenda aku melalut dekat atas tu..?
Untuk pengetahuan korang khususnya orang-orang UMNO/BN, list dekat atas tu ialah kaum-kaum yang menghuni negara Malaysia sebelum dan selepas Tanah Melayu Merdeka dan sampai sekarang pun kaum-kaum yang aku listkan dekat atas tu masih lagi menghuni negara Malaysia dan memegang kad pengenalan berwarna biru yang tertulis "warganegara Malaysia".
Semua kaum-kaum yang disenaraikan diatas tu, bersama-sama merasai apa yang kita lalui selama ini malah ada antara mereka mmempunyai pengalaman yang lebih "berharga" dari kita tetapi tidak ramai yang kedepan menuntut hak mereka sepertimana "Bangsa AGONG MeLAYU' bangkit mempertahankan hak mereka (kununnya).
Bila bercakap soal 'hak", kenapa sentiasa sahaja "Bangsa AGONG MeLAYU" sahaja yang dibicarakan..?
Balik pada sejarah Tanah Melayu... siapa yang dapat membuktikan bahawa Tanah Melayu ini ditenui oleh "Bangsa AGONG MeLAYU"..?
Tak salah kalau aku katakan bahawa, Tanah Melayu ini pada asalnya bukanlah hakmilik "Bangsa AGONG MeLAYU", "Bangsa AGONG MeLAYU" pada aku tak ubah seperti "Bangsa AGONG Mat Saleh"...
Dari mana datangnya "Bangsa AGONG MeLAYU"..? aku sendiripun walau dalam kad pengenalan aku tertera "Bangsa Melayu", masih tak dapat nak pastikan kesahihan "bangsa" aku... betul ke aku ni berbangsa Melayu..? ada yang dapat sahkan..? tak kan sebab aku biasa pakai baju melayu, makan kuih bahulu, pakai songkok (tapi tak tinggi), pakai capal maka aku adalah bangsa melayu?
Kalau ada Mat Saleh yang biasa menjalani kehidupan macam "orang melayu", layak ke dia dipanggil "bangsa melayu" walaupun dia bermata biru..?
Kita cuma ada slogan "1Malaysia" tapi kita masih lagi mendiskriminasi bangsa-bangsa lain yang juga "warganegara Malaysia".
Apa-apa pun kita utamakan MeLAYU, lebih-lebih MeLAYU UMNO. bangsa-bangsa lain yang lebih awal berada di Tanah Melayu tapi kehidupannya masih terpinggir mengalahkan anak tiri bapak tiri mak tiri sebelah adik beradik tiri kita pula macam mana?
Pernah ke kita menjenguk mereka-mereka yang kehidupannya lebih daif dari kita yang sebenarnya menumpang..?
Kalau diikut pada sejarah, melayu tak kan bangkit tanpa bantuan bangsa-bangsa lain. melayu bangkit dengan kerjasama semua bangsa-bangsa penghuni Tanah Melayu satu ketika dulu... nasib juga ada penjajah yang datang membawa hamba-hamba abdi dari negara-negara lain.
Sampai 1 ketika bila kita sudah agak maju, kita sudah agak kedepan... melayu mula lupa sumbangan bangsa-bangsa lain sehingga melayu dikenali.
Tanpa india-india import atau para pedagang india, melayu tidak akan kenal apa itu rempah ratus, tanpa cina-cina import atau para pedagang dari Tanah Besar Cina, melayu tidak akan kenal apa itu hasil bumi, apa itu lombong dan apa itu kain tenunan.
Bila melayu dah hebat, melayu mula meminggirkan bangsa-bangsa lain yang 1 masa dulu menjadi tempat untuk melayu bergantung hidup.
Bila cina hebat kerana mereka rajin berusaha dan pandai berniaga, melayu bangun mengamuk kononnya cina mula hendak mengambil alih kuasa perniagaan sedangkan pada hakikatnya melayu sendiri yang tidak pandai hendak menguasai ilmu perniagaan sebaik cina.
Hakikatnya melayu cuma pandai mengambil kesempatan manakala cina pula pandai menggunakan kesempatan. beza mengambil kesempatan dengan menggunakan kesempatan tidak sama. mengambil kesempatan ialah mencilok apa yang ada tetapi tidak memanfaatkan ia sebaik-baiknya dan menggunakan kesempatan pula ialah mencilok apa yang ada dan memanfaatkannya sebaik-baiknya.
Melayu kalah dalam hal ini.
Bila melayu kalah, melayu mula menyalahkan bangsa lain... melayu memang hebat dalam ilmu sihir kambing hitam. melayu hebat dalam membuang taik dimerata-rata dan melayu hebat mengambing hitamkan orang lain bila melayu tersepit setelah taik tadi ditemui.
"Itu bukan aku yang punya..!", kata melayu bila terkantoi... tipikal melayu.
Melayu bijak juga menipu... melayu pernah menipu melayu dan melayu-melayu BANGANG, cukup-cukup percaya dengan penipuan melayu.
"Proton Saga" kereta pertama Malaysia... penipuan tahap Maharaja Wunan dengan kuasa 99 petala langit.
20 tahun lepas tu baru melayu sedar rupanya Proton Saga cuma klon kereta jepun... Mitsubishi. buta-buta melayu kena tipu dekat melayu. itupun temelang pecah sebab terkantoi... bila kantoi melayu mula cari kambing hitam...
Gearbox proton masa tu banyak masalah, macam biasa, melayu akan melaung... "itu bukan aku punya..! itu mitsubishi yang punya..!" lalu melayu pun tau... rupanya melayu dah kena tipu dek melayu...
Sampai ke hari ni, melayu masih dok tipu melayu... kaum-kaum lain pun ramai yang kena tipu... ramai yang didiskriminasi. terutamanya kaum-kaum pribumi. kaum pribumi tinggal dikawsan pedalaman. kawasan yang banyak sumber hutan... kayu-kayan, balak.
Bila melayu datang gila, melayu akan halau kaum-kaum pribumi dari prasarana kehidupan mereka, kaum pribumi terpaksa berpindah ke kawasan lain sebab kampung mereka habis ditebang dan bumbung tempat mereka berlindung habis tertanggal diheret lori balak.
Sebab tu aku cakap bangsa melayu ni macam bangsa Mat Saleh... masuk kampung red indian, kemudian halau red indian, kemudia isytihar "akulah tuan tanah'.
Lepas tu semua keistimewaan hanya diutamakan kepada melayu...
Melayu, melayu, melayu... kaum lain semua makin terpinggir macamlah di Malaysia ni cuma ada melayu je... kaum-kaum lain yang aku senaraikan dekat atas tu macam mana?
Tak kan sebab mereka tak pakai baju melayu, tak pakai songkok, tak pakai capal, tak kenal kuih bahulu maka mereka tiada hak atas bumi Malaysia ni..?
1Malaysia kena tahu, Malaysia dan hak-hak keatas tanah 1Malaysia ni bukan semata-mata hanya untuk melayu sahaja. semua kena kenal apa itu 'Bangsa Malaysia", semua kena ingat bahawa tak kira apa bangsa kita, apa agama kita, kita adalah "Anak Bangsa Malaysia'.
1Malaysia untuk semua, 1Malaysia untuk "Anak Bangsa Malaysia" dan bukan hanya untuk 'MeLAYU'. ingat... kalau mahu berjuang, berjuanglah untuk 'Anak Bangsa Malaysia'... berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Melayu itu apa? melayu itu bukan "Tuan"... melayu itu juga adalah 'Anak Bangsa Malaysia"... Tuan kita dan semua kaum di Malaysia ialah Negara ini. jadi kita sebagai 'Anak Bangsa Malaysia" wajib bersama-sama dengan semua kaum mempertahankan Negara Malaysia.
Kita tak perlukan mana-mana kaum atau bangsa sebagai "Tuan". melayu bukan tuan, cina bukan tuan, india bukan tuan dan semua kaum pun bukan tuan. kita saling memerlukan, kita saling diperlukan. jadi kita bergerak bersama-sama atas nama "Saya Anak Bangsa Malaysia".
Only my opinion...
ReplyDeleteMelayu ujud bile datang nye raja2 melayu... tanpa raja2 melayu di tanah melayu ni dipanggil orang asli...
jadi bile datangnye raja melayu? bermula di MELAKA bila PARAMESWARA menawan melaka? tawan ke? datang berlenggang je tak perang pun... PERSOALANNYE kenapa PARAMESWARA datang sini? sedangkan parameswara bukan orang biasa di tanah INDONESIA? tau kenapa?
JAWAPAN...
MELAYU dari segi bahasa bermaksud LARI,PELARIAN,LARIAN... tak caya g tanya orang JAWA... PARAMESWARA kan orang JAWA.. hehehe
BANGSA MELAYU nuh di beri nama kepada PARAMESWARA kerana parameswara ialah raja melayu pertama... iaitu raja yg lari dari sesuatu... tapi tak tau lah lari dari ape kan..? lepas die sampai je melaka terus claim itu tanah dia... maka bermulalah era KEMELAYUAN atau PELARIAN.... tanah melayu menjadi tanah pelarian dari indonesia...
nasihat,
jgn berbangga dengan bangsa melayu kerana kita nih semua pelarian je... hehe pikir sejenak kemana RAJA MELAKA? MELAKA takde RAJA kenapa? sedangkan disitulah bermula sistem beraja...
malaysia ada 2 jenis raja dulu... raja melayu dan raja siam.. utara dan selatan.. sekian...
melalut je aku pagi2 nih... tapi ini lah yg sebenar maaf le pada sape yg tak paham pengapat aku...
ReplyDeleteBukankah melayu itu di definasikan= orang yang berbudaya melayu, berbahasa melayu dan beragama islam.
ReplyDeleteKat atas tu definisi manoharan!
kalau dri segi sejarah raja2 melayu versi sejarahnagarakedah lebih telus. kalau baca buku sejarah melayu mitos lebih banyak dari fakta.
ReplyDeleteperang melaka portugis pila versi sejarahnagarakedah lebih meyamai laman web kesultanan sulu dan nampak ada logikny.manakala versi org putih yg kita belajar di sekolah nampak kosong.
tapi ramai yg tak mahu belajar sejarah selain yg disunbat kemulut kita oleh org putih dulu2.
pada aku la MELAYU ni cuma bila kita hidup aja...bila kita masuk kondo 7 tingkat bawah tanah (lubang kubog) melayu takdak dah
ReplyDeletekalau ALLAH taala IKTIRAF melayu ALLAH akan buat macam mana dia "IKTIRAF" yahudi dalam quran...
pernah JUMPAK ker ayat dalam quran....
1)wahai orang melayu TAKDAK
2)wahai orang umno TAKDAK
yang ADA dalam QURAN setakat ni yang AKU pernah JUMPA waktu aku baca QURAN
1)wahai manusia
ya aiyunan nas - ayat dia
2)wahai orang beriman
ya aiyunan na amanu - ayat dia
3)wahai kaum yahudi
ya bani israel - ayat dia
YA BANI MELAYU - AKU TAK JUMPA PUN!
buku2 sejarah di sekolah2 banyak yang tipu.... cian budak2 sekolah kecik2 dah kene tipu dek org2 Umno yang tipu sejarah sebenar...
ReplyDeleteUMNO sebenarnye party penjajah,tapi telah mengaku hero untuk memerdekakan Malaya...
cepat2 le PR memerintah...aku nak suh buku2 sejarah di ubah agar lebih telus...
Satu catatan dan analisis yang amat menarik. Namun apa yang pasti ialah Melayu Umno akan menuntut yang Umno Melayu adalah Umno Melayu yang paling tulen.
ReplyDeleteTapi Zamry Gelap tu Melayu tulen kah ? Kadiq dan Aziz Shiekh Fadzil, Mahathir, Badawi dan lain lain nie, Melayu tulen kah ?
Oleh yang demikian wujudkah ketulenan atau satu lagi penipuan besar kepada orang Melayu itu sendiri.
Yang pasti yang campur darah Keling tu, lebih hero dari yang lain mengikut pengkaji sejarah Melayu. Jadi jangan marah keling banyak banyak, sebab depa pun sebenarnya serpihan melayu yang tidak tulen.
Prof Naquib Al-Attas dan Dr Farish Noor ada bercakap mengenai melayu.
ReplyDeleteAku rakyat malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
anak aku dikatakan Bangsa Melayu... tetapi bila tgk keturunan anak aku, macam2 darah ada...
ReplyDeleteJawa+Siam+Pattani+Bentan+Bugis+Arab+Melanau..
adakah campuran2 darah anak aku tadi bergabung dan membentuk Bangsa Melayu? Melayu ker? bukan lahh... kita kan org Malaysia... 1Malaysia, Rakyat diHULUkan, Pencapaian diuTAMAKan...
Salut utk Tuan punya blog...!!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesatu artikel yang menarik.....
Salam TPU..the best artikel so far......
ReplyDeleteYou are the hope for the future of Malaysia.
ReplyDeleteWith Malaysian like you ,I believed my children and grandchlidren have a place in this beautiful country
Saya anak bangsa Malaysia
salam...pendapat mu, xsemua bole diterima; antaranya
ReplyDelete--"Proton Saga" kereta pertama Malaysia... penipuan tahap Maharaja Wunan dengan kuasa 99 petala langit.
20 tahun lepas tu baru melayu sedar rupanya Proton Saga cuma klon kereta jepun... Mitsubishi. buta-buta melayu kena tipu dekat melayu. itupun temelang pecah sebab terkantoi... bila kantoi melayu mula cari kambing hitam...--
kebanyakan org Melayu/M'sia sememangnya tau...teknologi diambil dr Jepun..klon mitsubishi...camne lepas 20 tahun baru ko tau???
setidak2nya, M'sia dah ambil langkah pertama utk menjadi pengeluar kereta....& ramai melayu dpt manfaat drp apa yg ko katakan sbg 'penipuan' ni...peluang keje, bisnes dsb..
& mungkin ramai xtau...mahathir deal dgn jepun, minta ganti rugi sbb jepun serang tanah melayu..jepun nak bg duit...mahathir xnak...dia nak ilmu/teknologi...nak buat kereta...so jepun setuju n terjadilah 'penipuan' yg ko katakan td
harap ko xbias dlm melepaskan komen kat blog ko ni...
selamat berbuka
lemah aku dgn anak Melayu yg masih tak sedar diri macam Kay...manusia yg kufur nikmat dan masih mengagungkan bangsa lain drp umat Islam...
ReplyDeleteKejayaan dan teknologi Jepun bermula dgn klon. Hasil drp itu mereka kini berkembang maju...
Apa nak dimalukan dgn kereta Proton Saga. Bapak saya memiliki sebuah Proton Saga yg dibeli pd tahun 1988 dan hingga kini masih elok digunakan. Justeru, apa nak dimalukan. Berpijaklah dibumi nyata kerana sejarah tak pernah berbohong dan yg banyak berbohing adalah kita manusia yg lupa sejarah dan lupa segala kesenangan yg kita perolehi!!!! sedih bukan melihat anak bangsa merdeka yg masih terjajah mindanya dgn pemikiran ideologi politik sempit!
cuba luaskan pemikiran korang,.
ReplyDeleteMELAYU bukan sahaja satu bangsa,.tapi adalah RUMPUN
faham
org jawa,bugis,minang,pattani,boyan dll termasuk dlm RUMPUN MELAYU,.
SATU ARTIKEL YG LAYAK DIBAKUL SAMPAHKAN,..
MAAF,..AKU NK MUNTAH,..UWEEKKKK!!!
Betul! Perkataan "Melayu" dalam bahasa Indonesia bermakna Lari (pelarian). Ini bermula semasa Parameswara lari dari Sumatra kerana tekanan Majapahit.
ReplyDeleteJadi buat apalah melayu umno nak bangga dengan bangsa pengecut ni. Lari sana lari sini.
Bangsa melayu yang sebenar adalah suku kaum yang berkacukan seperti yang disenaraikan diatas.
Itu adalah kumpulan sebenar yang mendiami Tanah bertuah ini sebelum Parameswara angkat bungkus dari Sumatra.
Penduduk sebenar negara ini adalah kumpulan di atas mendiami utara semenanjung Malaysia semasa kerajaan Kedah purba, seperti kesan sejarah yang di temui di lembah bujang, Kedah dan dari situ kependudukannya tersebar hingga ke sempadan Burma.
Jadi marilah kita pisahkan penduduk sebenar negara ni dengan perkataan bangsa "Menyegar" dari perkataan bangsa "melayu umno" yang pengecut itu.
Minuman herba (resipi lengkap and percuma) bagi mencegah selesema A (H1N1).
ReplyDeleteSila layari http://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/
(dikemaskini dengan gambar dan langkah penyediaan)
hahaha da ade org sokong aku... berbanggalah kamu menjadi bangsa PELARIAN..
ReplyDeletekesian....
ReplyDeleteaku bangga betul dengan proton nie.... sebab harga dia lebih mahal dari kereta lain yang tak ada mutu cam mercedes misthubishi bmw toyota nissan dan lain lain....
exco BN pun pakai kereta proton gak cam kat sabah dan terengganu tu (hehehehe) bangga siol.....
Ya memang sya bangga dengan kereta Proton, apsal saya bangga ?
ReplyDeleteSebab banyak kereta Proton saga yang rosak sana sini mai hantaq kat bengkel saya.
Nama jer kerosakkan, dari engin hingga power window semua rosak, saya bangga kerana dapat memperkayakan diri dengan kereta Proton yang gemilang terbilang dan cemerlang !!!
Siapa tak bangga..?? saya bangga giler !!
encik bond.....nantikan...che det ka, najib ka dan org umno cakap....masa turun al quran tu..Allah tak tau bangsa melayu akan wujud kat donia nih...tu sebab dlm quran tak der sebut bangsa melayu...depa kata lagi al quran tu ketinggalan zaman....huahuahuahua....
ReplyDeletemacam biasa bila dah ada kenyataan yang menyentuh soal "bangsa" kat malaysia nie.. masing2 dah mula buat kenyataan sendiri dari berbagai2 sumber..
ReplyDeleteitu lah yang dinamakan melayu.. cucuk sikit mula dah sebut nama si polan dan si polan.. dia salah,aku yang betol..
aku setuju dengan segala kenyataan yang ditulis oleh si penulis..
aku pon tak tau dimana asal usul aku.. hanya sekadar tau aku melayu.. nenek moyang asal di negeri sembilan(itu pon belom pasti)
tapi walauapa pon.. walau aku seorang bangsa melayu.. bangsa lain juga menghuni di negara malaysia tercinta ini.. bukan melayu sahaja.. keadilan kepada mereka juga perlu.. kerana mereka adalah umat manusia yang berhak..
bukan melayu sahaja..
terima kasih kepada penulis yang mengingatkan kepada bangsa melayu yang lain dari dibuai mimpi selama ini..
Dalam bahasa jawa melayu ertinya "pelarian..?"
ReplyDeleteEmak dan ayah aku kata dia bangsa melayu dan aku dilahirkan sebagai anak melayu. Apakah aku juga tergulung sebagai pelarian...?
Sebenarnya aku tidak peduli apa makna melayu tapi aku tetap berbangga kerana aku diberi status "bangsa melayu".
Sejak aku mula masok sekolah rendah, cikgu kelas aku selalu mengingatkan bahawa bangsa melayu adalah teras segala bangsa dalam Malaysia.
Oleh kerana itu bangsa melayu mesti mendahului bangsa lain dalam menikmati hak dan keistimewaan yang disediakan oleh orang terdahulu.
Dan bangsa melayu menjadi bangsa yang bertanggongjawab menjaga kebaijkan bangsa lain agar mereka juga dapat hidup aman dan selesa seperti bangsa melayu.
Cikgu aku juga menceritakan bahawa melayu itu ujud dan bersatu dalam rumpunnya kerana agama islam. Tanpa agama islam bangsa melayu adalah bangsa pelarian. Bangsa yang tiada asal usulnya.
Hari ini aku juga telah mempunyai anak atas status bangsa melayu beragama islam. Bercakap dalam bahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu. Kami seluruh ahli keluarga dan saudara mara yang lainnya amat berbangga menjadi bangsa melayu.
Tapi perpaduan bangsa melayu hari ini digugat oleh pemimpin UMNO. Mereka mahu menggunakan perpaduan bangsa melayu itu sebagai alat untuk menjaga kuasa yang mereka miliki selama 52 tahun. Sedangkan mereka tidak peduli segala keperluan bangsa melayu itu.
Pemimpin UMNO bercerita tentang islam tetapi tidak peduli tentang pantang larang agama bangsa melayu. Sedangkan kekuatan bangsa melayu itu terletak pada agamanya.
Pemimpin UMNO mohon pertolongan dari bangsa melayu agar memberi kekuatan kepada parti UMNO sedangkan pemimpin UMNO tidak peduli budaya dan bahasa melayu.
Bangsa melayu terpinggir dalam Malaysia adalah kerana pemimpin UMNO. Disebabkan mereka bangsa melayu hilang identiti.
Akibatnya mereka sendiri seperti orang gila talak... menjerit setiap hari dengan slogan "hidup melayu".
iron mask
ReplyDeletekalau depa buat alasan macam tu MAKNA nya TERANGLAH KEBANGANGAN depa tu....
ALLAH tu pencipta semua benda TERMASUK DEPA TU
kah kah kah kah kah
IRON MASK
ReplyDeleteAugust 29, 2009 12:48 AM
penjelasan - Allah Tau segalanya... Qada' dan Qadar Allah yg tentukannya..