Pemuda UMNO telah dilaporkan menjemput PAS bersama-sama dengan mereka untuk berdemontrasi mempertahankan isu pengharaman arak di MBSA baru-baru ini.
Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata:
Saya tak tahu samada hendak tergelak atau menangis atas pelawaan Khairy Jamaluddin ini. Ini kerana apa yang hendak di demonstrari atau diprotes oleh Pemuda UMNO ini?
Saya tak nak cerita yang saya tahu berkenaan dengan geng-geng KJ sewaktu mereka belajar di Oxford dulu. It biarlah para pembaca siasat sendiri.
Saya cuma ingin mengetahui kalaulah pelawaan Khairy ini pelawaan ikhlas, saya ada beberapa pertanyaan kepada beliau dan seluruh warga UMNO Selangor dan Malaysia:
a. Mungkinkah Pemuda UMNO seharusnya memprotes keberadaan 3 orang Melayu Islam dalam Lembaga Pengarah Calrsberg terlebih dahulu. Bagaimana UMNO boleh mengizinkan 3 orang Melayu Islam duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg sedangkan lesen arak diberikan oleh Menteri Kewangan. Menteri Kewangan dengan mudah dapat mengarahkan Calrberg untuk memecat ketiga-tiga orang ini. Bukankah begitu?
b. Mengapa Pemuda UMNO tidak memprotes pemberian 10 lesen ”Special Draw” oleh Najib tanpa permintaan dari mana-mana kaum. Judi pun seharam arak juga kan?
Hakikatnya para pembaca sekelian, sewaktu 50 tahun UMNO memerintah Selangor, tiada apa yang dilakukan mereka untuk mengawal penjualan arak dan aktiviti judi di Selangor.
Berkat dari kerajaan Pakatan Rakyat barulah pengharaman arak dan judi ke atas orang-orang Islam dapat dijalankan dengan secara agresif.
Mana mungkinUMNO Selangor mampu menjalankan pengharaman dengan efektif kerana yang mengeluarkan lesen arak dan judi adalah UMNO juga
Nasib baiklah PAS tidak termakan dengan perangkap Pemuda UMNO ini. Kalau tidak PAS pun terpaksa menyokong amalan judi dan arak ini kelak
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, August 08, 2009
Isu Arak di Selangor: Pemuda UMNO Jangan Jadi Munafik
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
Tok sokong penjualan arak diharamkan di kawasan majoriti melayu dan terkawal kerana nampak sangat motif nak jual arak kat orang Melayu beragama Islam.
Cuma kaedah yang digunakan oleh hassan ali kurang bijaksana,tindakan susulan DAP yang mendesak hassan ali dipecat jugak menampakkan satu tindakan kurang cerdik.
dulu dah tok pernah cakap,kalau nak kritik sesama sendiri jangan gunakan media totok umno.ini tidak bila nak cakap tak ingat nak jaga hati dan perasaan masing-masing.mungkin elok setiap kerajaan PR perlu ada setiuasaha atau sekreteriat media yang akan menasihatkan pemimpin PR yang tak reti buat press conference ini boleh bagi komen yang membina.
bila hal macam ni dah berlaku,nampak sangatlah keretakan berlaku dalam PR seperti yang dimainkan oleh media totok umno padahal korang sendiri yang buat.
cerita arak ni,umno x leh lepas tangan pasal mereka yang beri lesen melalui pihak berkuasa tempatan,kerajaan negeri dan kementerian yang berkaitan.siapa yang beri lesen buat kilang arak calsberg kat shah alam.3 orang lembaga pengarah dalam carlsberg adalah melayu kenamaan yang beragama islam.cukup memalukan.apa tindakan umno,mufti-mufti dan JAKIM.
tu x campur kasino di genting highland yang umno juga bersubahat memberikan lesen.
dap pulak jangan terus cuba jadi jagoan bukan islam pasal arak ni kerana PAS tak pernah menghalang bukan islam minum arak cuma tak mahu arak dijual berleluasa di kawasan majoriti islam.itu dap kena paham.
hassan ali,tok harap lain kali tanganilah isu ini dengan bijaksana.benarkah ada persatuan pekerja islam calrsberg.jika benar cuba cari alternatif untuk bantu mereka.
aritu ckp PAS takut dgn DAP..isu arak ini bukti PAS tak takut pada DAP.
Kendian isu Jeff Ooi kat Penang. aritu ckp keADILan boneka DAP. dahtu punyala seorang mamat dari keADILan mempertahankan Islam dari difitnah sebagai ekstrim...makanya, takdala keADILan ni boneka mana2 pihak.
bagi aku, kalu ronnie liu nak pertahankan hak arak dia...aku bolela paham sbb dia bukan muslim.
kj..sediakan nasi bungkus ngan air sirap manyak2..baru la pemuda umno,mat rempit,budak sekolah dan pelatih plkn mau turun maaa..
jangan lupa duit poket 30 ragak satu kpala...
nak turun demo sama pemuda umno???
boleh..boleh blah.....
KJ kalau nak buat boleh mintak kat Najib guna stadium...
PAS guna stadium bila nak solat hajat sahaja....
sokong Tok Iskandar...pemimpin PR perlu matured dlm memberi statement kalau tak rakyat akan meluat dan boring especially pengundi atas pagar. Akhbar harian mmglah kerja dia nak melaga2kan...
Kadang-kadang bila memikirkan tentang perjuangan PAS boleh jadi konfius. Dia yg ajak, dia pusing cerita lepas tu dia kutuk. Dia yg pelawa, lepas tu dia belit lalu menjahanamkan orang. Kali ni orang ajak, awal-awal dia kata itu perangkap. Sikap jenis apa islam PAS nih? Kononnya PAS ni dah rase kuat, selalu perasan mereka ni lah yg paling suci, paling mulia disisi Allah. Orang lain semuanya hina..Sungguh tak faham dgn sikap ego, sombong, bongkak dan angkuh yg terdapat pada ahli dan penyokong PAS yg tak seberapa nih. Demi ego dan kesombongan yg melampau, mereka akan sanggup membunuh dan berbunuhan sesama agama dan sesama saudara islam demi utk mengekalkan kuasa yg tak seberapa itu. Contoh sikap buruk dan bodoh sombong salah seorang penyokong PAS ialah tuan punya blog ini.
tuan punya kedai 24 jam tu jenis amno juga ke? yg beri lesen judi dan para penyokong istana2 judi atas gunung genting jenis amno juga ka?amno juga tidak tahu judi itu haram..demikian menurut bekas polis pangkat tan tin tun suatu masa dulu..
Tembelang dah pecah, cakap tak serupa bikin. Klu nak ban arak dr dijual kat tempat majoriti muslim pun tak boleh buat, nanti memerintah negara boleh ban lesen arak?
August 8, 2009 4:34 PM anon .. sy pelik mengapa anda confuse ..anda orang Islam apa anda perjuangkan utk bebaskan judi dan arak kat Msia anda cintai.. mengapa anda nampak orang pas sombong? sebab mereka perjuangkan amar makruf nahi munkar? anda x confuse ke negeri pr perintah kini dulunya bn perintah?utk jadi negeri bebas judi spt kelantan bukan senang banyak halangannya spt orang macam anda berugama islam.Sepatutnya anda kena confuse drp dulu lagi..apa anda nak buat pd negeri bn perintah sekrg,,kat sana x ada judi dan arak ke?..kalau x ada orang pas senang lenang umno dan anda sebab x ada demo x ada bantahan haram halal ..semua bebas ..lain kali cermin diri dulu ..berapa kali anda buat bantahan pd bn tentang judi .itu contoh .sebenar banyak lagi yg bn luluskan..mengapa anda x confuse pm lulus lagi magnum draws?
hehehe rasanya perkara2 macam ni memang dah sebati dgn UMNO..tgkla pulak 7E tuh sapa yang punya..macam la juga kes paper harian yang sibuk paparkan iklan2 judi..kononnya nak tegakkan amal maaruf nahi mungkar tapi dalam masa yang sama sibuk kutip duit hasil haram..
penghalang utama perjalanan pergerakan Islam dan Hukum Islam tertegak DiMsia bukan orang bukan Islam,bukan cina ,india x lain x bukan orang umno yg mengaku beriman pd Allah..Siapa Pm Msia?orang umnokan?siapa pegang power skrg?umnokan.siapa arahkan polis tembak cecair kimia/asap memteri umnokan?siapa luluskan judi terbesar diAsia genting memteri umnokan?siapa perintah Pahang umnokan? so sy jadi confuse apasal anon diatas x nampak benda ni..dan ustaz2,alim2 dan supporer umno lepas pandang ..adess pening kepala!! jadi x heranlan sejarah zaman nabi dah berlaku dan berulang2..sebab itu Alquran surahnya memceritakan sejarah zaman nabi.. supaya kita x buta sejarah ..bukan celik sejarah Msia tapi buta sejarah nabi..
Kalau baca komen Cik2 Anony berapi api..tapi penakut nak letak nickname...nie memang perangai UMNO ..lontar batu sembunyi tangan...
Dah gi main dalam blok UMNO kat sana tuh...kawan dengan orang bodoh nanti kita pun jadi bodoh sama...heheheee
umno memang terer bab tuduh menuduh dan melemparkan fitnah.dah macam makanan ruji mereka.
Yg paling lucu si Toyol (bekas MB S'ngor) tulis dlm blok dia mengatakan judi dan arak kat selangor bercambah sejak PR memerintah....he..he..he.. lucunya.
Masa zaman dia...langsung tak buat apa....si Kera Jantan (KJ) yg tak pernah bersuara sebelum ni pasal arak...pun mula meloncat...
cuma aku nak tunggu apa kata si mufti perak tu...apakah dah "HARUS--LA-NI"
WAAA KHAILY AJAK DEMO AAA...
BLEEHH...JANGAN LUPA KITA BAWA SPANDUK GAMBAR KHAILY NGAH BERSANTAI NGAN ARAK TUU...DAN GAMBAR TOKTUO DIA SEKALI...
LAGI GEMPAK...
WAAAAAAAAA........
Mana Anak Lenggong,Zali,joostspring,MR Aku dan lain-lain ...pakat balik kampung kut sebab kolej dan tutup sementara H1N1......
Kesiaaan, pas kentut sikit pun depa tahu. Kesiaaan.
Sdr PR,
Semasa PRU 12, PAS janji akan hapuskan kilang Calrsberg dan penjualan arak di Selangor. Itu PAS yang janji. Janji mesti di kota. Kalau tidak munafik hukumnya. Semua pengundi PAS harapkan janji PAS ini di tunaikan. BN tidak janjikan perkara ini, tidak lah boleh disalahkan mereka. Janji PAS ini perlu/akan dituntut oleh pengundi di dunia dan di akhirat.
anony ko memang bangang...makna umno tak layak cakap pasal Islam dan isu arak kerana memang zaman umno memerintah arak berleluasa kat selangor
KILANG ARAK di Selangor adalah dibawah kuasa Kementerian kewangan BN pusat...Kalau Pemuda2 UMNO mahu mengepalai Demo mendesak Menteri menutup kilang Arak ni,Pas akan sedia turut serta berdemo..
Kat melaka,negeri aku ni pun berlambak gak arak dijual..takde kecoh pun..takde masuk tv..Ali ni bila nak kawal jualan arak ni,takkan nak tunggu Pas jugak yang buat..
lesen jual arak dikeluarkan oleh pejabat daerah. Pejabat daerah di bawah kawalan Kerajaan Negeri. Siapa yang perintah Negeri Selangor? Tak boleh ke syarat lesen dinyatakan syarat-syarat tertentu? Itupun tak boleh buat? Ini tidak, suruh buat kawalan sendiri? Kawalan cam ne klu dah orang datang nak beli jadah tu. Bila telah ada dalam syarat lesen, maka boleh dikuatkuasakan. JAIS boleh diberi kuasa bagi menjalankan penguatkuasaan. Itupun nak diajar ke? PAS ni dah ada dalam EXCO, apa yang dibuatnya? Senyap je bila ustad Ronnie cakap? takut bila Khalid Samad melenting?
TAKEBEER!!!...TAKEBEERR!!!...TAKEBEERR!!!..USTAZ RIDWAN TEE KENE BALUN DGN DAPSY PUN PAS MASIH TUTUP MULUT..AL JUBORINK BUAT APE?..BUAT BODOOO JE LAA!!! TAKEBEER!!!...TAKEBEERR!!!...TAKEBEERR!!!. KEHKEHKEHKEH
macamana nk tau apakah 7 wasiat raja2 melayu?...kat laman web mana nk cari?..ada saper2 bole bagitau..
timakseh
macamana nk tau apakah 7 wasiat raja2 melayu?...kat laman web mana nk cari?..ada saper2 bole bagitau..
timakseh
berita panas di batu caves...
Patung najib sama tinggai dgn patung tok sami hindu di batu caves.Tak caya lalu di batu caves.
INGIN KU KATAKAN KPD PARA PEJUANG (ISLAM)
JUGA INGIN AKU AJUKAN PERTANYAAN
KPD PENDAKWH2 MERATA DUNIA
DIANTARA KALIAN ADA YG SUDAH BERJUANG
PULUHAN LAMANYA
SELAMA SAUDARA BERJUANG SUDAH BERAPA ORANG YG SAUDARA ISLAMKAN?
DIANTARA ORG ISLAM PULA, BERAPA RAMAI YG TIDAK BERSOLAT LALU BERSOLAT?
YG SUDAH BERSOLAT BERAPA RAMAI PULA YG SOLATNYA MENDATANGKAN KESAN?
MEMBERI KESAN DIDALAM PERIBADINYA,
DIDALAM KELUARGANYA, DIDALAM TINDAKANNYA, DIDALAM PERGAULANNYA?
KALAU ADA YG INSAF, KEMUDIAN MENYERAH DIRI KPD KALIAN, MAMPUKAH SAUDARA MEMBERI TEMPAT KPD MEREKA UTK HIDUP SECARA ISLAM?
JIKA SAUDARA TIDAK DAPAT MEMBERI JAWAPAN YG MEMUASKAN, INGIN AKU BERTANYA, SELAMA INI APAKAH YG SAUDARA PERJUANGKAN?
APAKAH YG SAUDARA CAKAPKAN SELAMA INI?
APA DAKWAH YG SAUDARA LAKUKAN?
KEMANA SAUDARA AJAK ORG RAMAI?
KEPADA ALLAH? KEPADA DIRI? KEPADA PARTI? KEMARAHAN? ATAU HOBI?
AKU HARAP NILAILAH PERJUANGAN SAUDARA!
TAKUTILAH ALLAH DIDALAM SETIAP PERKATAAN.
INGATLAH ALLAH DIDALAM PERJUANGAN.
AGAR PERJUANGAN KITA DIREDHAI ALLAH.
BUKANNYA UTK MENGHENTAM ORG.
AGAR ISLAM ITU ADALAH ISLAM KEBENARAN, BUKANNYA ISLAM IDEOLOGI..
(SAJAK DIPETIK DARI SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD)
APAKAH ENGKAU INGAT AKU SETUJU
DGN KEZALIMAN?
APAKAH ENGKAU ANGGAP AKU TIDAK BERJUANG MENENTANG KEZALIMAN?
JANGAN2 DGN IZIN ALLAH AKU LEBIH MENENTANG.
CUMA JALAN & CARAKU BERLAINAN DGN CARAMU.
MUNGKIN CARAKU LEBIH BENAR DR CARAMU.
ENGKAU MELEPASKAN KEMARAHAN
SEDANGKAN ISLAM MENYURUH MENYEMBUNYIKAN KEMARAHAN.
AKU MARAHKAN DIRI SENDIRI,
KERANA DOSA2KU & ORG LAIN ADALAH
SEBAB ALLAH DATANGKAN PEMIMPIN
YG ZALIM. KERANA ITULAH AKU MELAWAN
KEZALIMAN DGN MEMBAIKI DIRI, MENEBUS DOSA, BERTAUBAT, SERTA
MENGAJAK PENGIKUT2 KU MELAKUKAN PERKARA YG SAMA.
AKU MENDOAKAN MEREKA YG ZALIM. BUKAN DGN MEMAKI HAMUN @ BERDEMONSTRASI. TIDAKKAH KAMU TAHU DIDALAM KITAB ADA MENYATAKAN BAHAWA
APABILA RAKYAT SUDAH JAHAT MAKA
ALLAH AKAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT.
ERTINYA ALLAH MENGHUKUM MEREKA DENGAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT & ZALIM. ERTINYA KEJAHATAN PEMIMPIN ITU ADALAH KERANA KEJAHATAN KITA. MUNGKIN CARAKU INI NAFSUMU TIDAK SETUJU. TETAPI JIWA
YG MURNI PASTI MENERIMANYA.
YG LEBIH BAIK IALAH BAIKILAH DIRI.
KALAU MAMPU NASIHAT, NASIHATLAH
DGN BAIK. DISAMPING DOAKAN MEREKA DGN KEBAIKAN. BUKANNYA MELEPASKAN
MARAH & GERAM. JGNLAH KEJAHATAN DIBALAS DGN KEJAHATAN. JGNLAH MEMBUAT DOSA DIATAS DOSA ORG LAIN.
JGNLAH DENDAM DIBALAS DGN DENDAM.
BIARLAH PENZALIM ITU MENGORBANKAN AKHLAKNYA.
TAPI KITA MENEGAKKAN AKHLAK.
NANTI ORG RAMAI AKAN MENILAI.
ALLAH & RASUL PASTI MENILAI.
BILA BUNGA DIRI ADA PD KITA, INSYA-ALLAH, RAKYAT AKAN MENOLAK MEREKA & MENERIMA KITA.
BEGITILAH CARANYA BERHADAPAN DGN
PENZALAIM.
MEMANG NAFSU & SYAITAN TIDAK BLH MENERIMA, TETAPI ORG YG MURNI
JIWANYA PASTI MENERIMA.
(SAJAK DIPETIK DR SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD-ORG YG PALING LAMA DLM "ISA" MALAYSIA)
kalau graduate oxford cakap macam ni, lagi teruklah graduate tempatan berlakun.... heh heh
KJ Kj Kj....
kek nogoi9 leh cakaplah.....
mcm mana la nk pecaya kt kj??
masa pemilihan umno pun dh terang2 rasuah... apada...
Apa la nak jd dengan negara aku ni…
pemimpin dahulu kuat rasuah,pemimpin sekarang nak balas dendam,pemimpin akan datang ada kepentingan peribadi…
Pemimpin BN banyak sangat melakukan onar sehingga membangkitkan kebencian rakyat,pemimpin PKR pula bangkit dari kezaliman yg dikenakan keatasnya tetapi cenderung kepada membalas dendam dan semakin menyimpang dari asas perjuangan seorang pemimpin untuk rakyat,pemimpin pas pula kelihatan di pergunakan oleh parti2 tertentu yang mahukan pengaruh dan meraih undi daripada org islam yang majoritinya ramai di malaysia ni.Pemimpin DAP pula bertindak semakin berani mencabar kewibaan sesiapa sahaja yang mereka suka.Seakan wujud sesuatu agenda tersembunyi dalam pergerakan parti mereka.
apa pun politik itu tak kotor,yang mengotorkannya adalah pemimpin2 yang hipokrit,bodoh sombong,perasuah dan bemacam2 lg perkara yg kebanyakkan tidak menggambarkan kepentingan untuk rakyat tetapi kepentingan untuk peribadi dan agenda sendiri yang tersembunyi.
sudah semestinya akan ada pihak yg bertepuk tangan dan bergembira di atas kekucar-kaciran politik2 di malaysia… jangan malaysia tergadai sudah.Fikir untuk anak cucu jgn fikir untuk diri sendiri shaja.
Post a Comment