Kemasukan Badrul Hisham ADUN Port Kelang ke dalam UMNO jangan ditangisi atau dirisaukan. Ini kerana tindakan pengecut beliau tidak mahu mengosongkan kerusi Port Klang hanya akan menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO, Khir Toyo dan Barisan Nasional. Namun yang lagi penting adalah proses pembersihan dalam PKR sedang rancak berjalan.
PKR parti baru. Tidak sampai umurnya 15 tahun. Pada masa PAS berumur 11 tahun, PAS baru sahaja memerintah Terengganu 2 bulan. Di waktu itu UMNO bercadang untuk mengadakan usul tidak percaya kepada PAS. Speaker DUN Terengganu pada waktu itu bernama Taib Selamat dan beliau mewakili PAS.
Seharusnya beliau yang dari PAS boleh melakukan berbagai perkara untuk menghalang usul tersebut dari berjalan. Namun Taib Selamat ini telah "DIBELI" dan beliau telah membenarkan usul tersebut berjalan yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu yang baru berumur 2 tahun itu jatuh.
Kemudian PAS juga telah mengalami berbagai-bagai peristiwa pembelotan oleh kepimpina PAS. Misalnya, bekas SU Agung PAS sendiri pernah lari kepada UMNO, bekas Ketua Dewan Muslimat, bekas Ketua Pemuda. Malahan bilangan ustaz/ustazah yang lari dari PAS kepada UMNO juga cukup banyak. Malahan, golongan ustaz/ustazahlah yang paling banyak meninggalkan PAS kepada UMNO berbanding golongan bukan ulama.
Selepas PRU 1982, PAS menang 5 kerusi Parlimen di Kelantan. PAda waktu itu, bekas Presiden PAS menubuhkan HAMIM dan membawa 4 wakil rakyat PAS di Kelantan pergi ke Barisan Nasional. Tinggal Tok Guru Nik Aziz sorang2 dalam Parlimen mewakili PAS.
Dan kemuncak dari pembelotan adalah kemasukan Dato Asri sendiri, bekas Yang Dipertua Agung PAS ke dalam UMNO. Ertinya, Presiden PAS sendiri pernah lari masuk ke UMNO. Apa nak heran.
Kalau nak kata DAP pula, siapa dari DAP yang tak pernah lari ke BN/MCA/Gerakan. Kalau saudara ingat, Chua Jui Meng itu dulu pernah aktif dalam DAP, seterusnya Kerk Kim Hock bekas SU DAP pun skrang dah join dgn BN, kita ingat lagi Liew Ah Kim dan Wee Chee Keong yang lari dari DAP dan tubuhkan MDP. Dulu kita pernah dengar nama Hu Sepang di Seremban juga telah hilang. Dan banyak lagi contoh orang2 DAP yang telah lari meninggalkan perjuangan parti mereka.
Jadi, janganlah kita pula bukak mulut kita dan menyalahkan PKR atas apa yang berlaku pada PKR sekarang ini. Orang2 PAS harus melihat sejarah mereka dahulu yang penuh dengan pembelotan dan pengkhianatan oleh ahli dan pemimpin2 mereka satu masa dahulu.
Saya masih ingat lagi waktu saya bersekolah, saya dengar Mustafa Taib kuat mengatakan UMNO kafir, tapi pada tahun 1998 saya seperti tidak boleh percaya mendengar suara Mustafa Taib memberikan ceramah beliau dalam satu majlis UMNO di TTDI Jaya.
Oleh sebab itu, saya tak heran sikit pun bila Ezam masuk UMNO sekaligus menjilat semua ludah beliau. Ini kerana saya telah melihat orang yang pernah mengkafirkan UMNO menjilat balik UMNO. Apa nak heran Ezam Mat Nor?
Kemuncak Pembelotan Dalam PAS Adalah Usaha Membawa PAS Kepada UMNO
KEmuncak ujian kepada PAS sekarang ini adalah bagaimana PAS sebagai sebuah jemaah dan parti dapat menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.
PAS pada waktu ini sedang dikawal perjalanan mereka oleh orang2 yang mahukan PAS bersama UMNO.
Ujian besar kepada PAS adalah bagaimana menghalang PAS itu sendiri dari belot kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang telah mengundi PAS 2004.
Dan saya mahu mengingatkan semua ahli dan penyokong serta kepimpinan PAS di semua peringkat supaya jangan putus asa dan jangan lari dari ujian ini.
Mesti kita berlawan walaupun kita berseorangan dalam perlawanan ini. Usaha membawa PAS kepada UMNO wajib dihalang oleh setiap ahli PAS.
Nampaknya, sejarah pembelotan kepada PAS ni bermula di Terengganu dan nampaknya penyakit pembelotan itu sekali lagi diekspot oleh Terengganu. Sepertinya, produk utama PAS Terengganu ni adalah "pembelotan".
Akhir kata, ada seorang "mangkuk UMNO" dalam blog saya ni yang kuat memfitnah beberapa pimpinan PAS sperti Mujahid Yusuf Rawa (yang kenal saya sewaktu saya masih bayi lagi), Dr Lo Lo, Dr Wahab dsbnya sebagai cuba untuk mencipta jemaah dalam jemaah dan cuba membuat konspirasi mengambil alih kepimpinan PAS.
Semua ini FITNAH YANG PALING BESAR, walaupun mangkuk ni sanggup bersumpah. Tapi apa nak heran sedangkan budaya sumpah palsu ni dah begitu meluas dalam UMNO i.e. Saiful Bukhari. Selepas si Saiful bersumpah, keluar dua laporan perubatan SAiful dari PUSRAWI dan HKL yang menyatakan bahwa SAiful tidak pernah diliwat.
Jadi, mangkuk yang bersumpah ni sumpah dia palsu. Dan kes Saiful ni membuktikan bahawa sumpah TAK BOLEH JADI BUKTI dalam apa2 sahaja kes.
Pada Mangkuk ni, saya cuma nak katakan, tunggulah pembalasan Allah ke atas kamu sebab kamu menjual nama Allah untuk kepentingan politik murahan kamu.
Mujahid Yusuf Rawa ni kawan baik kepada keluarga saya dan ayah ibu saya kenal beliuau semenjak Mujahid masih kecil lagi. Orang seperti Mujahid ni orang lurus dan tidak suka berbohong, jauh sekali berkonspirasi. Mujahid dahulu pernah mengunjungi rumah saya di Ampang bersama keluarga beliau.
KAHKAHKAH saya gelakkan si mangkuk UMNO ni sebab dia tak tahu Mujahid Yusuf Rawa ni dah kenal saya semenjak saya bayi dan keluarga saya sudah kenal beliau semenjak beliau masih bersekolah rendah lagi. Dengan kata lain, keluarga Mujahid Yusuf Rawa ni kawan rapat keluarga saya sejak dahulu lagi.
Ibu saya bercerita, walaupun arwah bapa saya tidak memegang apa2 jawatan di PAS Pusat, tapi ayah Mujahid ni akan selalu menziarahi rumah kami dan ayah saya mendapat banyak laporan berkenaan perkembangan dalaman PAS pada waktu itu.
Misalnya pada malam Dato Asri meletakkan jawatan, ustaz Yusuf Rawa telah cuba untuk menghubungi Dato Asri kerana risau akan keadaan Dato Asri. Namun, orang-orang Dato Asri pada waktu itu tidak izinkan Ustaz Yusuf Rawa dan beberapa pimpinan PAS lain untuk menghubungi beliau.
Kepada Mangkuk UMNO yang menuduh Mujahid terlibat dalam konspirasi mahu mengambil alih kepimpinan PAS dan menggantikan dengan IRC, saya nak kata berenti lah buat bohong. Kau tu UMNO. Lebih baik kau pegi usrah dengan tokeh judi kau. PEgi usrah dgn Lim Goh Tong.
Tulang Besi
Tuan,
ReplyDelete1.Apa yg PAS dapat bersama PAKATAN....dapatkah ditegakkan NEGARA ISLAM.....dulu NEGARA ISLAM...kini NEGARA KEBAJIKAN...
2.Sepatutnya dibezakan antara kafir dgn ISLAM....org UMNO 100% ISLAM...PKR dan DAP macam mana....mungkin tuan melihat PKR dan DAP lebih ISLAM dr UMNO?
3.Ana amat tidak setuju..bila ada yg join BN dikatakan dibayar dan macam-macam tuduhan lagi...ada bukti ko...kalau tak ada...bukankan itu fitnah spt yg tuan perkatakan...jgn pula kita jadi 'agent' fitnah...
4.Tuan harus terima PAS ialah PARTI bukannya AGAMA...kalu tidak ...mungkin tuan akan.....fikirla sendiri....
kubang kerian,kelantan
tuan tulang besi,
ReplyDeletelim goh tong dah mati! puak umno ni memang spesis mangkok hayun, memang liat nak perbetulkan. kena banyak bersabar, yang tak betul tu kena tegur selalu.
Good job TB,teruskan usaha membongkar kerja musuh dalam selimut dalam PAS.Dalam next pemilihan nanti,jangan harap la korang akan lekat untuk bertanding.
ReplyDeleteADIBETA. LU blh blh.
ReplyDeletemaling
ok jugak info2 ni, nik ajis rupanya dulu pun kesaorangan bila ramai pemimpin2 pas belot. aku mmg sukung nik ajis. dgn info2 ni bertambah kekuatan aku utk terus berjuang. apa nak harap dgn umno...dah 5o tahun tak penah bela melayu/islam pun. tapi ada jugak pemimpin2 yg...tah la, mcm tak reti pikir. perjuangkan islam, jgn oerjuagnkan bangsa
ReplyDeleteadibeta said: "dapatkah ditegakkan NEGARA ISLAM.....dulu NEGARA ISLAM...kini NEGARA KEBAJIKAN..."
ReplyDeletewoi mangkuk, KERAjaan pusat BN la BUKAN parti PAS. so BN la patut buat Negara Islam.
adibeta said: "....org UMNO 100% ISLAM...PKR dan DAP macam mana..."
woi mangkuk, UMNO 100% Islam?? Hang biaq betoi?!! kalau dok dedah aurat tu Islam ka? kalau dok ambik/bagi rasuah tu Islam ka? kalau dok biaq artis2 siar gambar hampir bogel tu Islam ka? buat konsert terlompat2 terkinja2 tu Islam ka? dok bagi lesen2 judi, disko2, pusat hiburan melampau2 tu ISlam ka? dok kedarah duit rakyat, sapu harta-benda negara tu Islam kah?
Woi mangkuk, sapa yg memerintah MAlaysia? Umno/BN atau PAS ???
mamat port kelang ni mmg pengecut!! nak angkat muka depan kamera pun tak berani, macam mana nak angkat muka depan warga dan pengundi Port Kelang.
ReplyDeletePengundi pilih dia konon!! woi..kalau hang betol2 berani, letak jawatan buat pilihanraya semula. Bertanding jadi calon UMNO/BN atau calon BEBAS. Pakat2 tgk pengundi pilih calon atau pilih parti !!
Mangkuk...ada berani kah ?!
Itu la masalah orang Melayu ni,
ReplyDeleteLebih MELAYU dari ISLAM, Yang dalam PAS sibuk nak MELAYU dari ISLAM walaupun dah ada pangkat USTAZ.
Taktik perang um-NGOK tak boleh serang dari luar, serang dari dalam mungkin lebih mujarab.
PAS kena dibersihkan dari orang-orang berfahaman um-NGOK sebelum PRU13, kalau tidak susah nanti.
-Zackry-
pada geng trengganu tu tak payahlah nak bela 3 abdul tu..orang sudah nampak wayang hangpa..sikit hari lagi jangan salahkan rakyat malaysia jika tidak mengundi calon dari Pas
ReplyDeleteadat pekat penyokong PAS yg x bleh nk diperbetulkan lagi,.
ReplyDeleteklu org kluar dri PAS disalahkan, sedangkan PAS sndiri xpernah menilai knp arg kluar
PAS ingat dia 100% perfect,..xde cacat cela langsung,..
Dey,...POORRRAAAHHHHH
umno bukan semua islam,kaum bumiputera di sabah yg ramai beragama kristian yg jadi ahli umno tu kau tak perasaan ke....mcm mana nak di katakan seratus peratus islam,umno yg kau kata islam tu tapi memang terus tolak islam,bila trend ramai org nak kembali pada cara hidup islam maka umno pun sibuk2 le konon nak tegakkan islam,kalau pimpinan umno sendiri tak mampu dan tak ajar isteri2 mereka menutup aurat,hukum tutup aurat pun dah tak mampu nak terapkan isteri pimpinan umno...mcm mane pulak yg kau kata umno yg 100 peratus islam tu nak laksana kan,kau pulak nak salahkan pas pulak kerana tak nak pakat dgn umno,betul2 kau tu buta kayu,buta fakta,buta ilmu dan buta hati
ReplyDelete