Friday, October 30, 2009

Timbalan Presiden Juga Mesti Dihadapkan Ke Jawantankuasa Disiplin PAS

Al-Banjari telah mengesahkan perkataan-perkataan ini diungkapkan oleh Hasan Ali dan Nasaruddin semasa perjumpaan dalam Gelap dengan blogger2 UMNO. Perkataan2 tersebut adalah jelas satu penghinaan dan fitnah kepada PAS dan juga kepada beberapa orang kepimpinan PAS lebih-lebih lagi dihadapan blogger yang menjadi musuh tradisi PAS.

Perkataan2 yang disahkan oleh Al-Banjari adalah :

Laporan beliau adalah :
  1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.
  2. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi PAS.
  3. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik PAS.
Rujuk - http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

Dan bukti rakaman sessi itu telah pun diserahkan oleh Al-Banjari kepada Ketua JK Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini mengikut pengakuan Al-Banjari sendiri.

Rujuk - http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/isu-pita-rakaman-berakhir.html

Ini bererti Timbalan Presiden PAS sendiri terlibat dalam aktiviti subversif untuk memfitnah pimpinan PAS dan juga berkempen untuk Kerajaan Perpaduan.

Dan bukti yang diberikan oleh Al-Banjari itu sudah tentu cukup untuk memastikan tindakan disiplin dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS.

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin PAS Pusat bahawa Timbalan Presiden PAS harus dihadapkan dihadapan prosiding Jawatankuasa Disiplin atas tuduhan :
  1. Memfitnah sesama pimpinan PAS.
  2. Melakukan aktiviti2 subversif yang berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.
  3. Mendedahkan rahsia parti kepada blogger2 UMNO yang jelas musuh kepada PAS.
  4. Melakukan aktiviti yang merugikan Parti dan menguntungkan UMNO
Wallahualam

Tulang Besi

9 comments:

  1. salam bro..
    Hussam Musa punya kerja habis Pas bertelagah sana sini. La ni ustaz Nasha pulak nak kena tibai??? akhirnya Hussam Musa juga yang untung....betul pandai lah Anwar ni bro...Hussam dah semakin berjaya dan nampaknya akan berjaya memecah belahkan pas!!!

    Nak tak nak, Hasan ali ke Kelantan minta bantuan Husam Musa. Husam kaya ?? Husam tidak kaya bai. Tetapi Husam dikenali sebagai pemimpin PAS yang banyak berkawan dengan rakan-rakan korporat yang simpati dengan PAS....WOW....HUSSAM TAK KAYA TAPI BAGI RM200 RIBU??? DUIT SAPA??? http://www.papagomo.com/2009/10/terkini-hasan-ali-hutang-hussam-musa.html

    ReplyDelete
  2. lawak akhir zaman!

    semua pertuduhan yg dibuat itu nampaknya kena atas hidung dia sendiri.

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    1. Apa yg PAS dapat dgn bersekongkol dgn DAP dan PKR.....dulu NEGARA ISLAM....kini....NEGARA KEBAJIKAN...

    2.Sepatunya pandai dibezakan antara ISLAM dan KAFIR dalam semua segi...

    3.Anapun hairan bagaimana enta mendakwa sgb PEJUANG ISLAM dlm kes HASAN ALI...gituke contohnya....

    4.Kalau gitu HASAn ALI mungkin Liabiliti pada PAS tapi sikap dan pendiriian enta adalah liabilti pada ISLAM.....

    5.Kenyataan s/u perhubungan PAS selangor yg penuh tandatanya "Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti."


    kubang kerian,kelantan

    ReplyDelete
  4. PR Shit!!!!!

    kl rase pakatan haram pr ni hebat sangat dan ada ramai penyokong bubar la dun di selangor tu...

    kan kl adun2 korang melompat nak disalahkan umno..ble majoriti dah xada br sibuk2 nak mengadap sultan tuk bubar dun..

    gile punya PR..

    ReplyDelete
  5. Anon 9:24 - Toksah cakap banyak la woi... kenyataan ngko ni kenyataan paling BANGANG pernah aku baca...

    Oi MANGKUK...!!!

    kl rase UMNO/Beer eNd ni hebat sangat dan ada ramai penyokong bubar la dun di Perak tu... (pulang paku buah keras)

    BERANI...???

    Khak Ptuih...!!!

    ReplyDelete
  6. Ya ALLAH! Tunjukkan kami kebenaran.
    Kami sangat jahil dlm permainan mereka.Siapa yg benar,salah dan siapa yg munafik.Amin Ya Rabbila'lamin

    ReplyDelete
  7. blogger lebih2 pulak nampaknya dari ahli politik tu sendiri...

    lebih sudu dari kuah...

    ni mesti berharap nak jadi wakil rakyat nanti nih...

    ReplyDelete
  8. Delete
    Blogger adibeta said...

    Tuan,
    1. Apa yg PAS dapat dgn bersekongkol dgn DAP dan PKR.....dulu NEGARA ISLAM....kini....NEGARA KEBAJIKAN...

    2.Sepatunya pandai dibezakan antara ISLAM dan KAFIR dalam semua segi...
    .

    Kalau PAS bersengkongkol dgn UMNO, terpaksa PAS tukar jadi NEgara Judi dan Arak

    ReplyDelete
  9. Sewajarnya rakaman audio itu disiarkan kpd umum, biar rakyat yg mendengar menilai dan memahami apa sebenarnya yg berlaku.

    Jika blogger pro-UMNO boleh dengar penerangan dan penjelasan pd malam itu, tidak ada sebab untuk blogger BUKAN pro-UMNO, ahli serta penyokong PAS mendapat peluang yg sama..!

    JIka benar UMNO nak berpadu dgn PAS, wahai pencinta parti UMNO sarankan pemimpin UMNO terutama wakil2 rakyat menyertai Parti PAS.
    Demi agama dan bangsa!
    Ada berani ka..?!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?