Saya amat terkejut akan penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis atas alasan yang sangat dangkal, yakni tiada tauliah. Tujuan tauliah dibuat adalah untuk memastikan setiap mereka yang mengajar agama tidak menyeleweng dari landasan syara’. Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis. Mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syarak?
Bukankah JAIS di Bawah Pengawasan EXCO Agama, Dr Hasan Ali?
Yang ni pun satu perkara yang sangat menghairankan. Segala peruntukan yang disalurkan kepada JAIS oleh Kerajaan Negeri akan melalui Pejabat Exco Agama Selangor, yakni Pejabat Dato Hasan Ali. Bagaimanakah JAIS yang Dr Hasan Ali mempunyai pengaruh ke atasnya, boleh melakukan perkara sebegini terkutuk ini?
Diberitakan Dr Asri ditangkap sewaktu memberi kuliah agama (bukan sedang menyanyi dalam sebuah konsert) di sebuah rumah milik seorang peniaga di UK Heights. Di dalam majlis tersebut hadzir sekali adalah ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan MP Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Saya naqal dari MSTAR Online:
Tindakan Ini Dalangnya Adalah UMNO, Saya Yakin
Bagi saya, tindakan ini dalangnya adalah UMNO. Mereka mahu menunjukkan bahawa segala Badan Agama di dalam Selangor adalah dibawah pengaruh dan kekuasaan mereka. Mereka mampu menahan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.
Lihatlah, sudah setahun lebih memerintah, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi masih belum diizin untuk berkhutbah di Masjid Negeri Selangor sedangkan Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali berkhutbah di Masjid Negeri Kelantan sebelum ini.
Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali.
Inilah bahananya apabila Dr Hasan Ali lebih mementingkan kehendak mereka yang di Kayangan berbanding dengan kehendak Islam, kehendak Parti dan kehendak rakyat. Asyik2 alasan yang digunakan adalah “Kayangan” mahu seperti ini, “Kayangan” mahu seperti itu.
Kalau mahu ikut kehendak “Kayangan”, berhenti jadi EXCO dan pergi duduk di bawah takhta. EXCO adalah milik rakyat dan bukannya milik “Kayangan”. Oleh kerana itulah, hanya “wakil rakyat” yang layak untuk duduk di kerusi EXCO dan bukannya “Wakil Kayangan”.
Dia tidak sedar, “kayangan” bukan suka kat dia pun. Itu yang sampai terjadi kejadian ini. “Kayangan” sebenarnya meluat tengok muka dia. Itu maklumat yang saya dapat dari sumber dalaman “Kayangan” Selangor.
Penahanan Dr Asri adalah satu perkara yang amat memalukan Islam dan memalukan kerja dakwah di Selangor. Ia petanda jelas betapa lemahnya PAS Selangor menjaga serta mentadbir perjalanan pentadbiran Islam di Selangor. Haruslah segera ditukar EXCO yang tidak bertanggungjawab ini.
Pada hari ini, saya malu menjadi rakyat Selangor dan saya malu adanya sebuah institusi kita panggil sebagai JAIS. Ramai lagi tempat maksiat yang boleh diambil tindakan, tapi kenapa Dr Asri yang ditangkap.
Islam Agama Hujjah. Kalau Tak Setuju dgn Dr Asri, Ayuh Kita Berhujjah
Adakan perdebatan tertutup atau terbuka. Jangan tunjuk lagak kononnya anda berkuasa anda hebat. Siapa anda berbanding dengan Dr Asri. Ilmu beliau tinggi dan beliau ada pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Perlis.
UMNO parti pembohong dan penipu. JAIS wajib dibersihkan dari pengaruh UMNO yang telah selama ini menghina serta menjatuhkan Islam. Mereka tidak layak dipanggil sebagai Islam pun atas rekod mereka yang kuat menyokong arak, judi, qazaf, fitnah dan membenci Islam.
Tulang Besi
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Monday, November 02, 2009
Dr Asri Ditangkap JAIS. Bukankah JAIS Dibawah EXCO Agama Selangor?
Labels:
MalaysiaWaves
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
54 comments:
takbirr!!
hassan ali beri khutubah kat masjid al falah usj boleh lak,
dulu kau kata hassan ali tak ada kuasa di negeri selangor, hassan ali tidak mempunyai autoriti dalam menentukan dasar jais, al sultan tak suka Hassan ali, laa ni kau kutuk lak hassan ali tak jaga agama islam selangor, yang mana beul kau ni tulang besi, jgn belit-belit mcm samy vellu. dulu kata lain skrg kata lain,
Nauzubillahminjalik..TP,munuduh terus sebagai dalang kepada sesiapa sahaja sebelum penyiasatan rapi dibuat bukanlah seorang penganut agama Islam yang baik..kalau nak tuding jari terus kepada UMNO apa bezanya TP dengan perbuatan UMNO ??
Jika kita asyik mengata dan meyalahkan seseorang tanpa usul periksa apabezanya kita dengan melayu UMNO ?? asyik menuding jari dan menyalahkan kepada orang lain..
Kalaulah kita boleh merubah trend dari berkasar kepada berlembut,daripada menuduh secara liar kepada menyiasat secara terperinci,tentu sekali kita akan dihormati kerana berbicara menurut fakta dan bukti yang sahih..tidak seperti amalan UMNO/BN selama ini apa yang pasti dan terang kes Dr. Asri dilakukan oleh 'JAIS' dibawah pemerintahan "PAKATAN",jika kita terikut2 tabiat lama UMNO apa bezanya rakyat memilih kita atau UMNO ?? Wallahualam
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahaahaahaahaahaa
Bagi aku dalam kes ini Hassan Ali tak salah sebab dia tidak mempunyai kuasa sangat keatas JAIS
Buat masa ini JAIS masih penuh dengan orang BN jadi kemungkinan ini adalah salah satu propaganda orang takut kehilangan kuasa di YADIM atau bagi memburukkan PR selangor.
Pemimpin PR malam itupun ade mendengar ceramah.
dulu tangkap perempuan, mufti tercampak... sekarang tangkap ulama... kita tengok apa yang jadi..
memang betul banyak sekali pemuka2 umno dalam pentadbiran kerajaan negeri selangor sekarang...pemuka2 ini yg dari setinggi2 jawatan pengarah ke serendah2 jawatan sokongan memang banyak di kesemua jabatan,majlis2 daerah dan pejabat2 dan agensi kerajaan..
mereka2 ni dulu kerja sebab lantikan atas tiket politik...zaman umno dulu,mereka pilih bulu..hanya orang yg dikenalpasti penyokong umno je yg diberi jawatan dalam kerajaan...tak perlu melihat pada kelayakan dan kelulusan pun...termasuk lah JAIS...
salah sorang dari mereka ialah Hj Khusrin si pengarah Jais..dia ni terkenal sejak zaman jadi YDP majlis di kajang sebagai pengarah 5 ringgit...kaki projek dan persen...!!!
banyak pula golongan bertaraf penchachai yang terdiri dari penguatkuasa,kerani,dan sebagainya yang berperanan bukan sebagai pelaksana dasar2 kerajaan...tapi menjadi spy umno yang taat pada perintah ketua2 bahagian umno...puak2 ni la yang kaki sabotaj pada setiap program2 yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri...
makanya...kesialan umno ni memang nyata sekali...kalau zaman umno perintah dulu...mana saja dan sapa saja kakitangan yang dikenalpasti tak sokong umno akan diugut,ditukar,dinafikan kenaikan pangkat,dizalimi dan sebagainya...
tapi perkara itu tak berlaku zaman PR ini...PR tak melihat itu sebagai priority memerintah dan dasar sebuah good governance...lainlah umno memang kerja mereka suka menzalimi orang lain demi mendapatkan sesuap nasi dan kepentingan duniawi...
Bangang jugak tulang besi nie..
skit-skit nk hentam hasan ali..
xhabis2 lagi..
Beri pendapat mcm seorang yg pro dalam pentadbiran..
sama-sama lah kita doakan supaya negara malaysia ni di jauhi dari malapetaka ini menunjukan akhir zaman kerana sepatutnya ulamak itu perlu dihurmati dan diletakan di tempat yang sepatutnya bukan di tangkap atau di hina sebegini rupa, apa nak jadi negaraku Malaysia yang tercinta ini. Ya Allah jauhilah bala dan bencana kepada kami rakyat yang tak berdaya ini.
tangkap ulamak?! kerajaan kebajikan pr...dah tahu tiada kelainan kepala hotak melayu umno kepala hotak cina kepala hotak india dengan kepala hotak melayu pas/pkr kepala hotak cina dap dengan kepala hotak cina dap/pkr dengan kepala hotak india/cina mic mca sama jer...elok undi dan sokong bn...dah tahu sebagai pemerintah kerajaan malaysia
banyak benda aku bersependapat dengan hang.isu ini aku tak sependapat.jangan semua hal hatta kentut hasan ali pon di ambil kira abang ooi
Anon 6.11 kalau nak berblok gunakanlah nama jangan berselindung di balik Anon dalam kepaka otak hang ni pun asyik Bn aje lebih baik mempercayai Cina india dari mempercayai melayu seprti Anon 6.11 ni, kakiputar alam..hahaha..
Suruh hassan ali tangkap beyonce lagi bagus, sebab beyonce itu ulama umno.
Tulang Besi..
Dalam keadaan sekarang UMNO memberi bola tanggung kau masih nak tendang kawan dalam kem sendiri...
Kalau otak kau tu jahat memang susah nak berubah melainkan tobat nasuha sahaja...
JAIS tu bawah bidang kuasa Sultan..Hasan Ali pun pernah dipanggil isu memberikan kuasa kepada Imam masjid membenteras maksiat,judi dan arak.
Najib dah berlepas tangan menyalahkan Kerajaan Negeri..
Kepada blogger PR bergabung tenagalah untuk membongkar siapakah dibelakang tabir JAIS.....
"JABATAN AGAMA IBLIS SYAITAN......(J A I S ).
oii Rahman Talib...
makin hari makin terserlah kebusukan hati kau...memfitnah sesama Islam...
Apa nak diherankan...blogers macam TP ni cuma cari makan..mana pohon yang rendang kat situ lah dia berteduh...kalau tak kan suru miss ooiii...
fuck - off HASAN ALI!
FUCK - OFF jais!
UMNO PUNYA HAL, NI BUKTI HASAN ALI GAGAL, CELAKA! BHAI!
SULTAN LAGI HINA
"Kepada blogger PR bergabung tenagalah untuk membongkar siapakah dibelakang tabir JAIS.....
"JABATAN AGAMA IBLIS SYAITAN......(J A I S )."
stuju ngan meriam buluh....
jgn cepat melatah.. memang nampak jelas ini adalah keja petualang umno... seperti mana ulasan pm najis kit sebentar tadi..
"Saya tidak tahu apa motifnya. Tindakan ini (penahanan Dr Mohd Asri) dibuat oleh (jabatan agama) kerajaan negeri (Selangor). Ia tiada kena-mengena dengan kerajaan pusat."
bunyi nya sama seperti beliau bersumpah mengenai isu altantuya dulu & juga megenai rampasan kuasa negeri yg berlaku di Perak yg lalu... dia ni memang cekap berlakon!
pada pandangan aku ini semua memang kerja umno lahanat... disebabkan jawatan YADIM yg ditawarkan kepada Dr Asri. mungkin mereka ada calon kroni yg lain atau mungkin kerana Dr Asri sendiri tk menunjukkan minat terhadapjawatan tersebut dan mungkin akan menolaknya. dan juga dsebabkan Dr Asri sekarang kelihatan nya semakin cendrong ke arah pembangkang & ada pula ura2 akan menyertai salah 1 cabang pakatan. oleh kerana kebimbangan itulah maka Dr Asri mula dugut secara halus...
mengenai Dtk Hassa Ali, rassanya beliau tk tahu menahu mengenai perkara ini kerana kuasa beliau dlm JAIS pun terhad.
yg penting jgn cepat melatah & jump into the conclusion... bersama2 lah bergabung tenaga untuk membongkar siapakah petualang disebalik isu ini...
nampak macam ada pihak yg menangguk diair keruh, didalam suasana politik yg sedang bergolak d Selangor sekarang ini.
AWAS! jgn terperangkap dgn jerat terbaru ini!!!!
GEMBIRA SUNGGUH hati ku...Kalau Ulamak2 dan Ustaz2 nak masuk UMNO disyaratkan PANDAI BERKARAOKE dan MENARI...kuh...kuh...KALAU TIDAK JANGAN HARAP NAK DICALONKAN...
Inilah cara by hook or by crook...MATLAMAT menghalalkan CARA...bila dah tak dapat jawap hujah dengan hujah...maka IKUT SUKA AKU / ISA lah...SATU HIDUP SATU MATI...SATU Malaysia...kuh..kuh.
hassan ali kan fraksi UMNO, kena ikut perintah umno supaya buat kecoh lagi tanpa henti...
tak abih-abih isu di selangor
tak abih-abih hassan ali tukang mengarah dan dalang
Bila dipikirkan apelah nanti JAIS nak jawab esok apabila ditanya oleh wartawan. Aku dapat rasakan JAIS akan mula berpencak silat esok pagi.
JAIS akan cuba menegakkan benang yang dah basah lencun kerana menangkap Dr Asri. JAIS JAIS>
Terlajak perahu boleh diundur, terlaku perbuatan sendiri tanggung
Assalamualaikum semua..
Apasal la semua bersilat tak tentu arah. Semua bercakap macam kita je yang betul. Main tuduh je tanpa bukti yang jelas. Itu yang merbahaya. Masing-masing keluarkan teori yang tak pasti betul ke tidak. Jadi berhati-hati semasa berbicara nanti api neraka ditelannya
Apa niii..?? Asyik kepala hasan ali saja yang kena..?
Hang tak tahu ka, majlis agama Islam di negeri mana pun hatta di Kelantan duduk bawah telunjuk sultan??? Jangan kan exco, MB pun tak boleh nak jentik jabatan itu.
Semua hal mereka mengadu kat sultan, mereka hanya patuh kepada sultan. Sultan saja yang boleh menentukan hala tuju jabatan itu.
Dulu semasa Nizar jadi MB Perak, beliau tukar seorang pegawai maip, akhirnya terpaksa diterima kembali apabila sultan jadi murka.
Janganlah nak tulis sembarangan. Bahaya fitnah lebih besar dari membunuh.
aku rasa isu ni biarlah pihak yg berkenaan selesai sesama dorang. JAIS dan Ustaz Asri. Kita eloklah sebagai pemerhati yg sihat dan bersangka baik. Kepada anon 8.21 tolong jgn membangkitkan kemarahan rakyat selangor yg bernaung dan menghormati sultan mereka.
sultan hampeh.... kalau xde sultan pun rakyat boleh hidup. tapi kalau xde rakyat sultan nak makan ape??? so sultan kena hormat pada rakyat yang berdarah tangan membanting tulang cari rezeki, kalau x suka pada rakyat sultan boleh blah... ini negeri bukan ko punya, ini negeri ahmad albab yang punya.....hahahahahaha ahmad albab yang punya!!!!!
Dalam hal ini antara JAIS dan Ustaz Asri, persoalannya kenapa JAIS ambil tindakan di atas seorang bekas mufti.? Siapa yang rapat dgn JAIS tahu jawapannya, dan jangan libatkan sultan dalam hal ini.
Tulang Besi.... Kau ni suka sangat menuduh tanpa bukti... Kau pun nak jadi macam UMNO juga ke?
Sikit2 belasah Hassan Ali...Tak ada kerja lain ke? Apa yang telah buat untuk kuatkan PAS @ PR?
Setakat nak hentam, akupun boleh....
Surah An Nur Juz 18 Ayat 11 Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan bohong (terhadap Aisyah) ialah sekumpulan diantara kamu.Janganlah kamu kira,bahawa itu kejahatan bagimu,bahkan kebaikan bagimu.Tiap-tiap orang diantara mereka menaggung dosa yang diperbuatnya. Orang yang membuat dosa yang besar diantara mereka,untuknya seksa yang besar pula.
Pengajaran dan peringatan Allah dalam ayat 11 disebut: 1. Orang-orang menyiarkan kebohongan dan fitnah terhadap Aisyah itu,adalah sebahagian dari kamu juga.Hal itu jangalah kamu kira kejahatan bagimu,bahkan kebaikan.Kerana dalam hal itu terselit pelajaran iaitu.Kita tidak boleh menuduh orang berbuat jahat dengan semata-mata melihat seorang pemudi berjalan berdua dengan seorang pemuda,lalu dituduh berbuat jahat. 2.Orang yang menuduh Muslimin/Muslimat berbuat jahat,harus menunjukkan empat orang saksi.Kalau tidak,maka ia orang bohong disisi Allah.
Tulang Besi,artikel/fitnah enkau ni mencetuskan huruhara memporak porandakan mengkucar kacirkan minda dan mungkin juga akidah ummah ke jalan yang tidak betul..sesat!
Ssebelum karpal sing meyeru supaya enkau bertaubat..cepat-cepetlah bertaubat!!
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahaahaahaa
Rahman Talib, engko kalau dah benci pada Hasan Ali janganlah sampai ke peringkat melampau-lampau.
Permusuhan secara melampau sesama Islam takut-takut terjerumus kegolongan munafik. Berhati-hatilah...
Ramai orang dah tahu kuasa JAIS dan MAIS berada dikalangan siapa.
Mereka cuma tunduk dibawah pemerintahan umno.
Najib awal2 lagi isytihar kerajaan pusat tak terlibat. Lain macam je kan. kalau tak buat salah, diam2 aje la, orang pun belum tuduh kerajaan pusat yang buat. kalau takde angin, masakan pokok bergoyang.
walaupun xnak tuduh sapa2, tp lain macam la sikit kes ni. Di mahkamah sampai pihak JAIS kelu nak tuduh di bawah apa. nmpk mcm buat kerja bidan terjun je. Yg lagi pelik, kenapa Dr Asri ditangkap di Selangor? kenapa tak tangkap masa beliau mengajar di negeri Perak @ Melaka? Ada sesuatu yg tak kena ni. Hassan Ali kali ni mungkin cuba diperangkap. beliau bukan kawal JAIS 100% pun.
Telah dikatakan bahawa Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Perlis telah menolak tawaran dari Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan dengan jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Dari pada cerita itu sudah menjadi satu gossip bahawa ada orang tertentu cuba menggunakan kekerasan melalui tuduhan palsu dan tangkapan yang menghina untuk mendera Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang bersikap biadap menolak tawaran Perdana Menteri.
Certa penahan Dr. Mohd. Asri dengan Datok Seri Anuar adalah lebih kurang sama saja... cuma ceritanya saja yang berbeza. Tapi tujuannya adalah satu iaitu menyingkir orang yang tidak mereka sukai.
Tuduhan terhadap Dr. Mohd Asri seperti sibangang menipu sibijak...
Kalau kerajaan pusat dah kata bahawa mereka tidak terlibat maknanya mereka memang terlibat. Kalau tidak percaya tanya pada Hassan Ali kerana dalam SELCAT dia telah memperjuangkan nasib orang-orang UMNO.
Bongkar JAIS, Bongkar MAIS...apa la masalah kat Selangor ni tak habis-habis...aku terkenang Almarhum Dato Ishak Baharom bekas mufti Selangor yang dipecat isu pertandingan ratu cantik yg menjadi isu politik pd tahun 1997...kini Dr MAZA pulak juga bekas mufti....Majlis MUFTI kat Malaysia ni tak nak komen apa2 ka? Aku cuma nak tau tauliah itu apa? Tak kan panggil ulama/ustaz bagi ceramah kat rumahpun kena ada tauliah...kenapa menyusahkan umat Islam nak berusrah...tapi bab2 maksiat pejam mata buat apa yang patut je...punyala bersepah kelab dangdut, disko, pub, karaoke kat Selangor...ni bila nak basmi?
Salam kepada sedara seagama dan sebangsaku...
Apabila Rasulullah SAW diutuskan untuk menyedarkan manusia supaya kembali kepada ajaran agama Allah yang esa...baginda membawa amanah tersebut dengan berlapang dada tanpa syak wasangka hatta tiada perasaan dendam dan iri hati...sentiasa berbaik sangka sehingga akhirnya tertegaklah agama Allah ditengah2 kaum yg keras hatinya... kini apabila kita diamanahkan untuk menyambung perjuangan Rasulullah kenapa kita menyebarkan ajaran Rasulullah dengan perasaan penuh dendam, irihati, buruk sangka dan segala sifat2 buruk Iblis laknatullah seperti bongkak, sombong dan bangga diri... Apakah islam akan tertegak dibumi Malaysia ini dengan cara tersebut...Inilah sunnah Rasulullah yang perlu kita ikut ketika menjalankan kerja2 dakwah...sehingga kita berubah mengikut sunnah rasulullah, saya yakin kita tidak akan kemana membawa amanah ini...
Berfikir dan bertindaklah dalam kerangka kita sebagai manusia yang berilmu. Dunia hanya tempat persinggahan...
Azahar
itulah tuhan telah turunkan bala pada pakatan rakyat...
mufti pun tak boleh pakai...mana boleh seorang mufti komen tentang perdana menteri..siapa dia asri itu layak untuk menhentam perdana menteri..sekarang tuhan telah membalasnya.lepas ini tuhan akan turunkan bala pada anuar ibrahim kerana meliwat saiful bukari...
tengok perak tuhan telah tunjukkan kekuasaanya dengan memberikan Perak pada UMNO semula keran tuhan tahu Pm baru kita ini seorang yang baik,kuat agamapandai mengaji,baca hadis tidak megata orang penyabar...banyak budi pekerti seperti seorang rasul...bertaubat lah sahabat2 sekalian....pas,pkr & dap adalah parti yang memesongkan akidah & akhlak..ramai yang munafik & hampir kafir..insaflah...
Assalam 1malasysia...
jangan kita lupa bangsa melayu kita perlu jaga...hindu,cina hanya lah menumpang di negara kita ..jangan beri peluang kepada bangsa asing untuk memerintah 1malaysia.
hanya UMNO yang mampu mempertahan bangsa melayu..pkr hanya perjuangkan homoseksual,dap memperjuangkan kekafiran,pas memperjuangkan penipuan terhadap orang ramai..contoh mempergunakan perempuan,lelaki kawin 4..wanita wajib pakai tudung...tudung wanita boleh pakai sekiranya serunya tiba..atau apabila dia hendak pakai..dosa & pahala tuhan yang akan tentukan bukan kita...zaman dulu wanita bertudung kerana tinggal dipadang pasir..debu..sekarang zaman sudah maju...pikir-pikirkanlah...sekian Assalam 1malaysia..
Saudara Tulang Besi dan saudara sekalian, cuba baca blog ini. Mungkin ia boleh menjelaskan apa yg belaku.
http://al-ghari.blogspot.com/
hasa ali punya keje la kawan2. nak bukti? tungguuuuu...byk gak penyokong UG kat sini ek
Isu MAZA ditangkap. Hasan Ali?
Nov 2nd, 2009 | By Admin | Category: Blog Terpilih
Oleh : AdukaTaruna
Pada gua, sekali lagi Najib mempamerkan kelicikan politiknya. Najib tidak licik, tapi pasukannya licik dan genius. Stendet awam keliru habes dengan isu yang dicipta itu.
Majlis Agama Islam Negeri adalah berbeza dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Lu orang jangan keliru. kedua ini adalah 2 entiti yang berbeza. Fokus bab Selangor, Majlis di bawah exco Hasan Ali; dan Hasan Ali di bawah Sultan Selangor. Manakala, Jabatan Agama Islam adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Jelas?
Gua harap, lu orang tidak menuding kepada Hasan Ali dalam kes MAZA. Bacaan gua, ini semua perangkap Najib yang mempergunakan suasana kebodohan yang dicipta ulama-ulama bodoh PAS. Tangkapan yang dilakukan ketika pemimpin PAS dan Keadilan berada di situ sebagai peserta adalah satu perancangan yang licik, dan teliti.
Setakat perkembangan hari ini, gua menolak Hasan Ali ada kaitan langsung dengan peritiwa ini. Setakat perkembangan inilah. Gua harap MAZA dan pengikutnya tidak terlalu bodoh untuk memahami beberapa agenda utama yang tersembunyi akan perancangan ini.
[baca lagi]...
http://perakexpress.com/www/2009/11/02/isu-maza-ditangkap-hasan-ali/
dari apa yang dilihat dengan mata kasar, nampaknya cubaan untuk memburukkan pribadi dr asri telah berjaya. kesalahannya tidak akan diadili dan akan berlarutan sehingga ke pru 13 nanti atau sehingga dr asri membuat pengakuan tidak akan terlibat dengan politik pr. tangan ghaib sekali lagi memain peranan.
Ako..melihat kes ini pihak 'JAIS' bertindak betul sebelum itu AJK Surau Al-Mujahirin' dah bertindak tidak membenarkan Dr.MAZA berceramah kat Surau tu..Tahniah 'JAIS dan AJKSAM',sebab negara kita ada undang2 dan peraturan yang harus dihormati
Ada hikmah disebalik menahan DR.MAZA,harus di ingat majoriti Muslim/Muslimat Malaysia tak kira fahaman ideologi politik rata-rata berfahaman Mazhab As Syafie.. dan bukannya ...???
Sesetengah pandangan yang baik dalam tulisan sebagai kolumnis atau ceramah Dr.MAZA ako terima,tetapi dalam bab-bab lain harus dinilai dengan akal sihat jujur dan ikhlas
Nampaknya....pengomen pengomen disini amat meminati DR ASRI....tetapi yang dikesalkan kebanyakan pengomen pengomen hanya membuat andaian melulu tanpa fakta yang tuntas...terutamanya yang menulis membabi buta, mengaitkan politik dalam kes ini. Mungkin empunya blog ini pun menulis ikut sedap tulis aje....tiada nur dalam penulisan....pejuang islam kononnya.
Hampa ingat UMNO peduli sangat ke hal mazhab2 ni...UMNO paham ke apa itu MAZHAB...puncan utamaya pasal Dr Asri berceramah depan orang PR...dan ada angin2 TAUFAN yang ditakuti UMNO..Dr Asri akan sertai PR /Pas...
Kalau Dr Asri...masuk UMNO dan ceramah majlis UMNO...mesti tak ada kesalahan langsung...UMNO kat macam Paderi boleh sucikan orang salah melalui Peguam Negara...
Kalau Dr Asri masuk UMNO...tujuh hari tujuh malam TV tiga suku akan siarkan beritanya...
Kepada pencacai UMNO...
Pandai pulak kamu nak bincang tentang pegangan Ust Asri...
Bini PM 1Malaysia tak menutup aurat tu..ikut mazhab mana ..kalau Mazhab Khatholik ada la....
Kalau Mazhab Syafie atau yang lain2nya memang memerintah wanita menutup aurat...
Siapa yang ada cerita mengenai Pengarah JAIS nie minta dedahkan pada umum...edisi siasat Perisik Rakyat...
kecoh lak pencacai najis khalid gereja ni sorang...
puak2 iblis korang yg xreti nak buat kerja lpas tu xhbs2 nak salahkan BN..
memang sah2 la puak pr haram jadah ni kaum khawarij...
bro tulang,
bab UMNO disebalik tindakan JAIS tu memang sah. Tapi, takkan benci pada Hasan Ali maka semua salah Hasan Ali? Rasional la sket. Ketua JAIS ni perasan dia di protect oleh payung kuning, oleh UMNO. Sbb tu dia bertindak melulu. Tanya la orang yg faham kedudukan di Selangor ni beb.
Ulas sket2 udah la, asal betul.
Kepada penyokong Hasan Ali di Selangor, kamu semua tak perlulah meletakan harapan yang tinggi menggunung yang Hasan Ali akan di maafkan oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, keputusan untuk memecat Hasan Ali telah pun dibuat tetapi secara rasminya akan diberitahu kepada rakyat selepas sahaja Jawatankuasa itu bersidang, kompom Hasan Ali akan di singkirkan itu maklumat dari bilik kebal PAS Pusat, tak tau la pulak kalau Tuan Ibrahim terbaca tulisan det ni dia akan ubah keputusan nanti.
http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/11/gugur-talak-3-sekiranya-lompat-parti.html
Aku ni dh naik muak dan menyampah dgn alasan,.. klu Pakatan haram jadah silap, UMNO yg disalahkan
Dulu,..Eli telanjang boyfren dia ambik gmbr dan sebarkan di internet,. UMNO salah
ADUN di kedah xsemena-mena letak jawatan,lari ke India,.UMNO salah
TKM PP Melayu letak jwtan,..UMNO slah
Dr Hassan rampas arak,.Ronnie suruh bagi balik,..UMNO salah
skrg JAIS bwh kuasa EXCO Ngri Selangor tgkap ulama',.. UMNO jugak salah
Mudahnya jadi Pakatan Haram Jadah,.
kerja xreti buat,.semua tuduh UMNO salah
meriam bulu,.
suku sakat sedara mara anak beranak sahabat handai hang semua tutup aurat ke??
xmasuk lagi suku sakat sedara mara anak beranak sahabat handai balik bini hang
anon 5:15
setuju! itulah sahaja kerja yang pakatan haram tahu...salah! salah! salah! umno salah!! wal hasil mereka yang salah! tak tahu kerja! singkirka pas dap pkr pru 13
UMNO LAGI TERUK DARI ORANGYAHUDI & ORANG KAFIR...
WANITA TAK PAKAI TUDUNG DIKATAKAN BAIK...JANJI SEMBAHYANG 5 WAKTU..
TUNGGANG ARAK TAKPA ...DENDA SAJA....
MEMANG ORANG UMNO INI SEMUA NAMA SAJA ISLAM....HAKIKATNYA LEBIH TRUK DARI ORANG KAFIR...TENGOK BINI NAJIB SUDAHLAH...INI MODEL ISLAM KA?
ISLAM SURUH IKUT UMNO ATAU NABI MUHAMMAD S.A.W ?
Baru Keluar Umno said...
ISLAM SURUH IKUT UMNO ATAU NABI MUHAMMAD S.A.W?
_______________________________________________
alhamdulillah nko telah keluar Umno semoga nko akan jadi muslim sejati..tapi jangan hanya menyamar,sebenarnya nko ni ahli UMNO dari golongan kafir! laknatullah...
Sepatutnya Dr Asri di tahan kerana banyak menghentam ulamak ahli sunnah wal jamaah atas nama menegakkan al-quran dan hadis kononnya.
telah terang lagi bersuluh dikalangan ahli agama di Malaysia apa yang didakwa oleh Dr Asri adalah tidak tepat malah penolakan puaknya terhadap fiqh bermazhab merupakan bahaya yang amat besar terhadap Islam.
Ramai yang bersetuju dengan Dr Asri kerana tidak tahu menahu langsung isu fahaman-fahaman dalam Islam.
Tindakan JAIS pada saya tepat! Tidak didasari oleh mana-mana parti.
Ayuh, kepada semua yang menziarahi blog ini kembali mengamalkan Islam atas fahaman yang benar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah
KAU PUN JGNLAH JADI CAM SI TULANG BESI GILA BABI TU. KALU TAKUT NAK BERMAIN API, STOP MENULIS, INI TIDAK TB NI PANDAI BUAT FITNAH JE. BILA ADA MEMBER MINTA KEBENRAN DIA TERUS MODERATE BLOG DIA.
APA NI KAU NI MMG JANTAN BACUL TB.
TAU PULAK KAU TAKUT ORG TAK BACA BLOG KAU. SBB KAU ANAK EMAK YANG SUKA DAN TELAH JADI PENIPU BESAR
Post a Comment