"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 26, 2009

Harakahdaily.net Tarik Balik Artikel Masalah Dalaman MPKB-BRI

Rentetan dari laporan artikel sebelum ini disini dan disini, salah seorang dari wartawan Harakahdaily.net telah melakukan "follow up" dari beberapa pihak yang terlibat (pekerja MPKB-BRI) dan telah mengeluarkan satu laporan dalam laman web Harakahdaily.net pagi ini berkenaan dengan isu tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak editor Harakahdaily.net telah menarik balik artikel tersebut tidak sampai setengah jam selepas ianya dipublish oleh wartawan terbabit.

Apa alasan pihak Harakahdaily.net menarik balik artikel tersebut tidak diketahui, mungkinkah "ada udang disebalik batu" yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum.
Dibawah ini aku siarkan artikel penuh yang telah ditarik balik penerbitannya oleh pihak editor Harakahdaily.net tidak sampai setengah jam selepas ianya dipublish oleh salah seorang dari wartawan Harakahdaily.net.

Pekerja bawahan MPKB BRI dakwa majikannya enggan bayar OT
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 26 Nov. | Beberapa pekerja bawahan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mendakwa mereka dipaksa bekerja lebih masa (over time - OT) tanpa dibayar gaji atau elaun lebih secara tunai.

Sebaliknya, Majikan MPKB-BRI mengarahkan mereka yang terbabit mengambil cuti gantian sebagai balasan pada kerja lebih masa itu.

Salah seorang pekerja bawahan memberitahu bahawa majikannya seringkali menegaskan bahawa MPKB-BRI tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kos gaji bekerja lebih masa para pekerja bawahan yang terbabit.

Ujarnya lagi, sekiranya ada pekerja bawahan yang membangkitkan isu tersebut, majikan mereka akan mengugut untuk membuang pekerja-pekerja terbabit.

"Kami, pekerja-pekerja bawahan ini, tak kiralah di Bahagian Penguatkuasaan atau Bahagian Pembentungan Sisa Pepejal diugut buang kerja sebab kami kebanyakannya pekerja kontrak, lagipun rata-rata ada yang tidak ada sijil SPM," jelas pekerja bawahan terbabit.

Tambahnya lagi, majikannya acapkali menegaskan bahawa pekerja-pekerja bawahan MPKB-BRI sebenarnya bukan sahaja tidak layak menuntut gaji bekerja lebih masa, malah tidak layak bekerja 'makan gaji' disebabkan tidak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seorang pekerja bawahan yang lain pula menjelaskan, majikannya sebelum ini pernah mengoyak suatu keratan akhbar berkaitan Presiden CEUPACS Osman Bakar menyelar majikan yang enggan membayar gaji bekerja lebih masa.

"Ada di antara kami lekatkan keratan akhbar Osman Bakar, Presiden CEUPACS selar ketua jabatan yang enggan bayar OT (kerja lebih masa), tapi majikan koyak." jelasnya.

Tambahnya lagi, sepatutnya majikan membayar gaji bekerja lebih masa secara tunai.

"Sepatutnya bayar OT. Cuti ganti susah nak minta kerana perlu ikut jadual kerja. Saya ada lebih tiga puluh hari lagi cuti (untuk tahun ini) sedangkan sekarang sudah hujung November," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mendakwa majikannya selalu mengadakan lawatan mewah sambil belajar ke luar negara - Maghribi, Australia, Belanda dan sebagainya secara mewah.

Lawatan tersebut yang kononnya atas nama 'lawatan sambil belajar' turut disertai oleh beberapa EXCO kerajaan negeri, eksekutif utama, kebanyakan Pengarah Jabatan serta Ahli-Ahli Majlis yang dilantik.

"Bila ditanya, mereka (majikan) selalu tegaskan bahawa itu lawatan sambil belajar... EXCO, eksekutif utama, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ahli-Ahli Majlis ikut (turut serta), tetapi tidak ada sebarang perubahan dalam MPKB-BRI," ujarnya lagi.

"Banyak pihak pertikai perkhidmatan MPKB-BRI... soal kebersihan, prasarana, sampah-sarap tapi majikan tak peduli... kutip cukai mereka tahulah."

Dakwanya lagi, segelintir kepimpinan PAS negeri yang menjadi Ahli Majlis turut terlibat bersekongkol menggunakan wang MPKB-BRI secara boros itu.

Pun begitu, beliau mendakwa segala penyalahgunaan kuasa tersebut sengaja disembunyikan oleh pihak tertentu dari diketahui oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya orang PAS Kawasan, saya tahu ada pihak dalam pimpinan PAS negeri sendiri cuba sembunyikan... kalau Tok Guru tahu, ahli majlis jadi susah (malah) EXCO pun susah," jelas pekerja bawahan itu lagi.

Beliau juga meminta Harakahdaily bertanya sendiri isu terbabit kepada EXCO berwajib, Yang DiPertua MPKB-BRI Ahmad Mahmood atau Penolong Pengarah Kewangan dan Akaun Bibi Hazainab Haron demi mengetahui hal yang sebenar.

Beliau turut menasihatkan kerajaan negeri agar prihatin dengan rasa kurang senang pekerja-pekerja bawahan terbabit, yang juga ahli serta penyokong tegar PAS/Pakatan Rakyat.

Laporan dalaman MPKB-BRI ini merupakan cabaran terkini kerajaan Kelantan, setelah Kepimpinan PAS negeri berjaya menyelesaikan beberapa konflik berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebelum ini. -END

Artikel ini juga disiarkan didalam blog instinctive-stage G3.0.

14 comments:

Anonymous said...

salam.. sapu bawah carpet lagi nii.. serupa umno gak

Anonymous said...

WAKAKAKAKAKAKAKAAHH.....JADI UMNO LAGI BAIK LAH.....BODO PIANG KORANG LAH.....

Anonymous said...

fuiyoo org PAS.. pasai OT pun cerita dlm sorathabaq ka.. kasi riuh.. bagitau org huduhnya rumah korang.. wakaka..

Anonymous said...

ok

sabar dulu..kita tunggu exco dan ydp jawab dulu..pastu baru kita nilai sape yang benar

jgn skong membuta tuli macam kes pmbk dulu..last2 yg sudah takde sape yg menang tapi pas yg rugi..

so kepada pihak atasan tu cepat2 le jawab..kalau boleh buat pertemuyan bersemuka dengan semua pekerja bawahan dan jemput skali wartawan pro kerajaan negeri dtaang

Mohd Burhanuddin Othman said...

Bloggers PR pun ramai dah jadi anjing umno.. naik meluat aku masuk... semua artikel dok citer hal dalaman Pas/PKR/DAP..

ape la salahnye fokus serang umno untk maintain kemenangan?

Bonekahati said...

Kawe tunggu tengok jah...

Anonymous said...

bodoh... memperjuangkan hak rakyat untuk mendapat sedikit keselesaan dalam negeri yang diperintah parti yang bawa slogan negara berkebajikan dituduh serupa dengan anjing amnu???

pedulik hapa korang dari parti mana, selagi mana menyeleweng... selagi tu patut dibawak ke muka pengadilan... jangan jadik macam amnu, hasil dari membiarkan saja kebobrokan pemimpin, sampai diri sendiri ditindas...

Anonymous said...

enchek burhan... nak serang amnu kerana kebobrokan pemimpin dia pun malu la sekarang weh... pemimpin pas pun ramai dah wat perangai lanun nih...

Anonymous said...

masa isu pmbk dulu ramai yg kata kena setel cepat supaya jadi contoh pada umno. baru kita tak malu nnti bila hentam umno

bila da setel korang tak hentam umno pon. berlambak org umno kat tempat korang sendiri lantik suku sakat dia pegang jaatan tapi korang tak hentam pon? mana janji?

sekarang isu mbkb plak, aku tak caya kalau setel nnti korang akan hentam PBT kat negeri under BN yang masalahnya jauh lebih teruk berbanding kelantan

persepsi aku adalah, korang bukan nak betulkan pas, tp sengaja nakcari pasal ngan pas. tu je

snang cakap nak cari gaduh

p/s bagan utama aku tak puas hati ngan blog kau ebab penakut. cuma berani siar komen2 pengampu kau je. penakut. sori TP, tumpang lalu skit. si bagan ni bacul sngat

Unknown said...

TP Sila ambil perhatian kepada komen saya ini.

Tok Guru kita maklum adalah ikon PR.

UMNO/BN berpendapat.Dengan menjatuhkan Tok Guru.Maka jatuhlah PR.

Sebab itu kita lihat tahun ini
Tok Guru sentiasa dihentam atas depan belakang bawah.

Jadi kita hendaklah kukuhkan sokongan kita pada tok guru.meminta beliau supaya 'slow' sedikit dan kita hujankan UMNO/BN dengan isu supaya mereka pula yang menjadi defensif sambil2 itu kita jernihkan persepsi masyarakat terhadap pimpinan kita iaitu TG abdul hadi dan TG nik aziz.

Saya bukan pro husam,pro nasa,pro mustafa ali,pro tg nik aziz,

tapi saya bercakap demi kepentingan perjuangan ISLAM di Malaysia.

Anonymous said...

MELAWAN KETIDAKADILAN KEPADA RAKYAT
Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Anonymous said...

majikannya acapkali menegaskan bahawa pekerja-pekerja bawahan MPKB-BRI sebenarnya bukan sahaja tidak layak menuntut gaji bekerja lebih masa, malah tidak layak bekerja 'makan gaji' disebabkan tidak ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).<<<<-----kenyataan yang cukup kurang ajar.jika begitu hentikan saja mereka dan gajikan pemegang degree atau phd jadi pengutip sampah dan penguatkuasa.bodoh cukup cukup bodohhhhhh!!!! majikan mesti belajar tinggi tapi mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan kebodohan diri mereka sendiri.

Anonymous said...

Siapa peduli apa yang berlaku di mpkb? Ahli majlis bersekongkol dengan pegawai, pergi makan angin kat luar negara, perabih duit mpkb. dah 20 tahun tak bersih-bersih banda kota bharu. Bukan orang Kelantan pengotor, walaupun MB sendiri kata begitu, tapi kerajaan itu pengotor. Tok peka nak bersihkan bandar. Pandai pergi berjalan, tapi tak pandai nak urus bandar yang setuit tu. Tok guru kaba ko dok? tu yang berebut rebut nak jadi ahli majlis. Nak jalan makan angin. Tang cukup angin kat Sungai Kelantan, cari angin lain. Lama-lama rakyat akan meluat. Kabar etek wei.

Anonymous said...

hag 2 yg ada udang dsebalik meeee.....nma lg topeng,mcm2 benda ada dsebalik topeng hang 2........