"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, November 28, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah: Loteri UMNO 1951

Kepada puak-puak "Kerajaang Perpaduang" dalam PAS. Marilah kita mengimbas kembali kepada tahun 1951 di saat UMNO secara rasmi menjadikan Loteri Kebajikan UMNO sebagai salah satu sumber kewangan UMNO yang penting. Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, UMNO telah membaham duit haram sejak sebelum Merdeka lagi.

Pihak Malaysiawaves mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog no2umno dan Al-Bakistani kerana memberikan kita sumber sejarah yang begitu berharga. Barulah kita tahu siapa sebenarnya UMNO. Telunjuk lurus, kelingking berkait, duri dalam daging, talam dua muka dsbnya.

Kat luar cakap nak memperjuangkan Islam tapi sejak penubuhan mereka lagi kuat makan duit haram.

Saya pernah membaca satu buku dari Terence Gomez (kalau tak silap saya) di mana beliau telah membuat kajian bagaimana UMNO telah menggunakan duit judi sebagai usaha membanteras kemelesetan ekonomi pada tahun 80an. Terence Gomez berkata beliau hairan bagaimana orang-orang seperti Daim Zainuddin dan Mahathir serta UMNO yang mengaku Islam boleh bergelumang dalam dosa judi dengan begitu mendalam sekali.

Tak heranlah, generasi UMNO (yakni mereka yang dilahirkan, dibesarkan serta dididik dalam UMNO) seperti Najib Tun Razak boleh meluluskan 10 lesen judi baru dalam bulan pertama beliau menduduki kerusi Menteri Kewangan.

Parti seperti inilah yang hendak diadakan "Kerajaan Perpaduan" oleh PAS? Hmmmm apa la punya bengap diorang ni.

(Bermula artikel dari no2umno)
- BONGKAR !!! UMNO HALALKAN JUDI DENGAN NAMA KEBAJIKAN?

In Belit BN Belit UMNO, Islam Hadhari on March 3, 2008 at 9:51 am

al-bakistani.blogspot.com

Di sini dipaparkan surat resmi yang UMNO keluarkan sebagai pembuktian bahawa UMNO menghalalkan judi.

Kiri - Lampiran (a) klik sini untuk besarkan imej.

Surat pada lampiran (a) adalah surat yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar.

Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

Di lampiran (b) pula, dipaparkan satu keratan Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM.

Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. ini menandakan UMNO adalah parti yang tidak pernah hirau halal atau haram.

Tahukah anda, siapakah TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, mufti Pulau Pinang itu?

Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah Ahmad Badawi hanya di masyhurkan sebagai cucu tok guru, tapi sedikit pun ilmu dari datuknya tidak diambil...

Kiri - Lampiran (b) klik sini untuk besarkan imej.

Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951.

Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur'an.

Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai

Al-Bakistani

(Nota Editor : Lantaran dari polisi2 UMNO menghalalkan judi ini, maka lahirlah generasi -generasi Melayu yang tak malu beratur kat kedai Sports Toto untuk beli judi seperti di bawah :

Hahahahaha UMNO parti pembelot kepada Islam dan Orang Melayu. Kalau nak harap UMNO haramkan judi, kucing tumbuh tanduk lah. Lebih cepat kita tunggu Karpal masuk Islam dari UMNO nak haramkan judi dan arak pada orang Melayu.

Kalau jadi "Kerajaang Perpaduang" kelmarin, nanti terpaksalah Ketua Pemuda PAS (misalnya) baca doa selamat apabila Sports Toto ke, Magnum ke, Carlsberg ke buat kenduri doa selamat. Maklumlah, dah nama "Kerajaang Perpaduang", kenalah jaga hati kawan-kawan)

Tulang Besi

26 comments:

Anak Bugis said...

Pasal itulah ekonomi negara merudum.. dah 13 thn asik defisit jer..yg jadi mangsa KWSP, Tabung Haji..etc..bila kerajaan yang menghalalkan yang haram..kesannya dapat dirasakan kini.. so tak perlulah kita menyokong Umno tapi wajib menentang dan menghapuskan Umno dari bumi Melayu ini.

Anonymous said...

Maklumlah, dah nama "Kerajaang Perpaduang", kenalah jaga hati kawang-kawang)

muhammad said...

samapi begitu sekali tulang besi mempermainkan tuan guru ayah chik...kenapa ahti ni sakit sangat??kalau xsetuju sgt,diam je la.pandai hentam je,nak bagi hujah ilmiah xmampu.pergi rusila nung,bagi tahu to guru ape y xpuas hati.tapi sekrg crite dah tutup.harap2 semua dah xsebut lagi istilah "UG".aku xrela pmpinan kite terbebabn keran masalah ahli sendiri

matkambing said...

membongkar cerita sahih tetang kezaliman harus diteruskan. lawan tetap lawan, janganlah menyokong parti perosak umat!

Anonymous said...

duit yang hilang berbilion RM (Kena songlap )itu dikira hangus, korek pula duit tabung haji, KWSP, duit GLC... bila kena songlap pula kira hangus...

Itulah jasa UMNO kepada rakyat...

rizal said...

Agaknya pakcik yg beli nombor tu baru lepas balik solat jumaat kot... hehe.

afif ishmael said...

muhammad,"katakan benar walauun pahit."
paham situ dlu.

"Orang Jelai" said...

ooooo...anak melayu yg rosak..salah UMNO...anak melayu yg berjaya.... beribu-ribu setiap tahun anak melayu jadi graduate tu tak nampak ka!!!...ingineer khalid samad..ingeneer nizar tu bukan ke hasil pemerintahan UMNO??..munafik punya PAS!!!...HIV tertinggi kat Kelantan..penceraian rumahtangga kedua tertinggi juga negeri kelantan...Islam apa macam ni...nak mengajar org sedangkan diri sendiri penuh terpalit najis...anak menantu dapat pangkat..2x5 jer...mana cadangan nak tolong org Melayu kat Penang???mana???..Melayu Pakatan Rakyat kecut telor dengan DAP!!!!!

Muhammad Nuruddin said...

Tulang besi ni dah diblack list oleh semua pimpinan PAS baik mana-mana 'kem' sekalipun...dia nak jadi hero tapi silap banyak..kalau saya dapat dokumen macam dia ni dapat saya akan create agar Islam naik, zalim jatuh..bukan timbulkan keresahan dalam membina kepercayaan awam terhadap PAS....

Tujuan dia satu ja...hits blog dia naik....itu sahaja

Aslina said...

knape nak tutup plak muke orang tu? biar je la...biar orang kenal sikit sape dier :)

Anonymous said...

Apa yang ditunjukkan dalam blog ini adalah bukti menunjukkan bahawa judi berlaku dalam agenda UMNO.

Zaman penubuhan UMNO, parti itu memang tidak berduit. Oleh kerana pemimpin ketika itu kreatif maka mereka menghalalkan judi sebagai salah satu cara untuk mendapatkan dana.

Mungkin ulamak UMNO mengambil iktibar dari seorang perempuan yang melacurkan diri semata-mata untuk menampong kelaparan anak-anaknya...?

Penyokong UMNO nak cerita apa lagi bukti telah menunjukkan bahawa UMNO bukan parti yang memperjuang islam...?

Orang jelai.... nak pesongkan cerita pemimpin UMNO menggalakan judi kepada cerita yang tiada kaitan seperti.....

"anak melayu yg rosak..salah UMNO...anak melayu yg berjaya.... beribu-ribu setiap tahun anak melayu jadi graduate tu tak nampak ka!!!..." Inilah tanda-tanda penyokong yang keliru dan bangang.

MK IV said...

cakap memang pandai, dulu mase ceramah hamPAS, kerap aku dengar an kata-kata kalau hamPAS berkuasa di selangor kilang arak carlsberg dan anchor nak di tutup, tapi tengok sekarang ni masih lagi dua-dua kilang tu beroperasi, setiap sen cukai yang dibayar tu di kongsi oleh hamPAS, PKR dan DAP.

hamPAS SELANGOR MAKAN DUIT KILANG ARAK...

"Orang Jelai" said...

anonymous 1:09....

PAS menyekat maksiat ye????...Hassan Ali marahkan Ronnie Liu kes Arak...kenapa pulak Nik Ajis tak backing???...sebaliknya nak suruh Hassan Ali letak jawatan pulak!!!!..kenapa tak pertahan akidah seorang budak di Penang baru-baru ni...oooo masa kes murtad linda joy bukan main lagi jihad korang...maklumlah masa tu BN pegang...sekarang kenapa diam....munafik!munafik!..PAS memperdagangkan agama!!!!

taipingmali said...

Isu loteri ini ada idea MCA untuk mencari dana. bukan oleh UMNO. Saya nak betulkan sikit. wang loteri digunakan untuk membiayai cina yang dikurung dalam kampung baru. baca buku (Ramlah Adam)

kumpulan ulama dalam Umno tidak bersetuju dgn kemasukan Mca dalam penubuhan Perikatan menyebabkan tertubuhnya parti Pas pada tahun 1951 secara rasmi.

Pas mengkafirkan Umno kerana bersekutu dengan Mca (kafir zimmi)

Sekarang siapa yang bersekutu dgn Dap yang sah merupakan kafir harbi.

orang jelai...saya amat setuju dgn kenyataan anda

Anonymous said...

Bodoh betul penulis ni...
Nama Pm sekarang pun tak tau.
ni aku ambil petikan yg dia tulis...
"Abdullah fahim merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia Sekarang, iaitu Abdullah Ahmad Badawi."
Bukan apa lain kali kalau kita baca tulisannya kita tau la ttg faktanya samaada betul ke tak? tak leh nak ambil telan bulat-bulat kena tapis dulu..
Ni aku baru perasan.
dulu aku follow je tulisannya... lebih2 lagi pasal kerajaan perpaduan ni.Aku memang anti ust Nas. dan aku memang suka kat TGNA tapi bila aku peratikan halus2 memng tulisannya kebelakangan ni banyak dah ikut suka hati je... Adakah ini juga petunjuk dari ALLAH S.A.W sebagaimana berlaku ke atas jemaah kerajaan kelantan.??

Anonymous said...

itu dulu syeih; banyak dah perubahan berlaku, masa dulu orang Melayu mana nak mampu; dapat dana pun dari rakan bukan orang Melayu, daif sungguh.. kalau dulu orang Melayu mana reti nak buat masjid, semua kontraktor Cina yang lakukan

Kalau dulu orang Melayu suka berhibur; pergi kabaret; suka berdansa ; suka joget lambaak.. sekarang ni dah kurang dah..kalau dulu pemudi Melayu suka pakai mini skirt..sekarang dah lama tak nampak.. lebih ramai yang bertudung.. Alhamdulilah.. sebab apa ye...

Sebab PAS memerintah ke? PAS le yang membawa program yang membawa peubahan drastik ni.. PAS lah menaja ramai pelajar-pelajar Melayu ke UK seperti Nizar dan Khalid Samad tu.. PAs le yang telah membina banyak mesjid-mesjid di negara ini??

Dah dekat 20 tahun saya perati PAS ni.. hanya reti mencemuh orang lain..dia saja yang betul orang lain malaun belaka..Tunggulah syeikh; PRU ke 13 yang akan datang.. Insyallah PAS akan jadi lipatan sejarah..rakyat dah benci dengan orang-orang yang bermuka-muka, nampak baik diluar tapi sebenarnya munafik sanggup menggadai agama untuk kedudukan dan harta.

Anonymous said...

Taipingmali..?

Walaupun isu loteri itu dikatakan idea MCA untuk mencari dana bukan idea UMNO tapi UMNO telah bersubahat dan menggunakan duit itu memberi makan kepada rakyat yang beragama islam.

Tahukah kau taipingmali bahawa duit dari sumber halal dan haram sudah bercampur sehingga yang haram menjadi halal..? Bagaimana kau boleh mengasingkan antara minyak dengan air yang telah bercampor... Mudah...?

Itulah sebabmnya mengapa UMNO menolak cadangan menggunakan hukum hudud di Malaysia. Nak cerita tentang kebersihan tapi seluruh tubuh penuh dengan najis..?

Kalau setakat "Hassan Ali marahkan Ronnie Liu kes Arak...itu sekadar main wayang saja konon nak tunjuk pandai tapi tak bertempat. Oleh kerana itu Nik Ajis tak backing.. dan memang patut Hassan Ali letak jawatan kerana dia adalah ahli UMNO dalam parti PAS.

Dari segala tindakannya dia hanya memperjuangkan nasib orang UMNO tapi berdiam diri tentang nasib orang-orang Pas. Tolong tanya pada Hassan Ali kenapa dia berdiam diri tentang orang usung kepala lembu..?

Orang UMNO dalam Pas ini adalah manusia celaka yang menjadi duri dalam daging. Pas perlu mengeluarkan orang-orang ini dari dalam parti Pas terlebih dahulu sebelum bertegas mengikut peraturan dan undang-undang islam.

Setelah Pas bersih dari UMNO maka ketika itu kita akan lihat tiada lagi masyarakat islam melakukan maksiat dikhalayak ramai seperti mana yang berlaku sekarang. Isyaallah.

Anonymous said...

hmm..sy bukan nk menyokong mana² pihak, tapi sebagai umat Islam, sepatutnya perjuangan Islam itu lebih diutamakan dari perjuangangan bangsa, saya xbangga saya melayu kalau melayu sendiri itu bukan Islam, lebih elok Bangladesh yang berpuasa, mengamalkan Islam etc., dari melayu yang berfikiran sempit dan menentang Islam. Tiada siapa yang maksum kecuali nabi dan rasul, jadi tidak perlu menunding jari kepada sesiapa yang membuat kesalahan, tapi melihat apakah tindakan yang diambil untuk memperbetulkan kesalahan itu, kalau Malaysia itu negara Islam, dimanakah bukti keislaman negara itu? Adakah hanya dengan masjid² yang banyak? Dimana penguatkuasaan Islam? Jangan berikan alasan rakyat majmuk untuk berbuat demikian kerana zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, Islam tetap tertegak meskipun bkn semua rakyatnya Islam, Islam itu yang memerintah dalam semua hal. Jadi, kalaupun keadaan sekarang mungkin tidak dapat menjadi seperti zaman itu, sekurang² nya kita dapat lihat Islam yang yang tertegak dalam segala hal dan lebih penguatkuasaan. Jadi tidak kisah mana² parti pun yang memerintah, kuatkuasakanlah Islam sepenuhnya, bukan setakat di mulut sahaja dan sudah pasti rakyat Islam akan menyokong sepenuhnya..

Anonymous said...

judi,arak,zinah dn segala kejahatan ni brgantung pada individu sendiri. ade juga pak imam yg berzinah, ada pak lebai yg syirik, dan terlampau ramai melayu islam yg terpesong, x tutup aurat, yg perempuan sana sendat sini ketat situ terjojol dan yg lelaki pulak sana sini terlondeh rambut mcm landak baru bangun tido.anon 1.48 jgn menafikannye. yg dh berubah tu generasi awk je tp yg baru naik kebanyakannye sendiri boleh nampak. ini semua raeliti. sebagai pemimpin mereka ni wajib sentiasa mengingatkan jemaah islam mana satu dosa dan pahala tapi kalau pemimpin tu sendiri dh sokong segala mcm maksiat ni smpai keluarkan lesen, wajibkah kita sokong walau dari bangsa kita sendiri? zaman rasulullah sendiri ada tempat minum arak utk bukan muslim tapi ianya terkawal dan jauh dari org muslim. maksudnye rasulullah juga membenarkan penjualan arak kpd org kafir tapi xdelah sampai meluluskan 10 lesen judi dlm satu tahun. agak2 ko lah org jelai dr dulu smpai sekarang dh berapa bnyk lesen judi pemimpin ko dh luluskan? apa2 pun gmbr tu memang menyentuh kalbu.

Anonymous said...

hendak seribu daya ,x nak seribu dalih..
cakap macmana pun halal haram ..kalu dah hati gelap pekat apa2 pun x terasa apa2 malah dibanggakan lagi kalu berbuat jahat.contoh mamat berpakaian baju melayu tu berbangga dgn membeli toto dengan berpakaian melayu pulak..Hidup melayu konon..
inilah bangga melayu yg kita agungkan..Satu soalan siapakah yg membiakkan melayu mcm ni? tentu soalan tambahan pula..siapa meluluskanya?..tambah lagi ..parti mana?..lagi..pemimpin mana?..lagi ..pemimpin melayu ke cina? ... lagi .. adakah ini selari dgn Alquran dan hadis..?..lagi ..x ada ulama menegur ke?...adess..banyaknya soalan .. x tahu lah jika mati soalan dlm kubur mereka ni nak jawab mcm mana? ...
Di M,sia ni ada dua melayu ..melayu Islam dan Melayu kafir ..agak2 anda blogger semua berada pd Melayu mana?

"Orang Jelai" said...

UMNO teruk???....HIV tertinggi di Kelantan...penceraian rumahtangga kedua tertinggi di Kelantan...300 kes anak luar nikah dilaporkan di Kelantan...so apa beza anda dengan UMNO yg teruk???..adakah pejuang dijalan Allah(PAS) akan dimalukan dgn statistik begini??...Husam Musa berkata "Hudud memerlukan 30 tahun lagi untuk dilaksanakan di Malaysia"..kenapa tiada ulama PAS yg menyangah kenyataan Husam ini...Ternyata PAS memperdagangkan agama untuk mendapat kentungan dunia!!!...

Aslina said...

eik? pelik...kalo nak tegakkan Islam betul2...nak wujud Hudud...etc...kenapa nak kene tunggu sampai 30 tahun?

rasanya rakyat Malaysia semua rasional sekarang. dengan berbekalkan tujuan yang JELAS-SEJELAS-JELASNYA untuk kebaikan semua orang...takde masalah pun kalo nak laksanakan esok-lusa...

*blur*

Anonymous said...

Yg sbnya pak cik tu sifu Si Zali tu..baru balik dari perhimpunan agong UMNO..hang x nampak ke lencana keris kat dlm kocek baju dia tu...tu yang gitu2 tu...

joostspring said...

dgn org khawarij pas ni..kata gajah rimau..mmg ajis je yg betul...

kecek je lebih setan2 pas ni!!!!!

Anonymous said...

awat hang tak siar gambar org melayu yang sdg asyik masyuk beli loteri kena benteras oleh majlis perbandaran2x....yang ada....

HANG MEMANG GILA GLAMOR,
GILA PUBLISITI,
GILA KUASA,
GILA BLOGGING,
SAMPAI HANG SANGGUP MENIPU, MENDUSTA, MEMBOHONG, & MENYANGAK
TULANG BESI
bawa-bawa mengucap byk2x.
nanti ALLAH akan murka pada hang jika tak mau beristifar

katakberapi said...

giler lah korang!!!

aku tak de nk cite pasal melayu ni. kalau melayu tapi tak islam pon nk wat pe. yang bertikam lidah pon sesama islam.

so, at the end, islam yang tunggang tebalik. sudahnya, jatuh.

so, sape yang jatuhkan islam, orang islammmm gak.

fuh!! na'uzubillah.