Datuk saya pernah memberitahu saya sebelum meninggal dunia, dulu masa zaman muda mereka tidak pernah membezakan diri mereka walaupun berasal daripada berlainan kaum. Orang Melayu bercucuk tanam di kampung, orang India pula menoreh Getah, manakala orang Cina lazimnya berniaga. Ini merupakan kegiatan rakyat Malaya, walaupun mereka begitu terpisah dalam aspek sosio-ekonomi, meraka tidak pernah menanam sifat perkauman atau syak wasangka terhadap satu sama lain.
Apa yang berlaku sekarang? Rata-ratanya sombong! Bagaikan kemerdekaan negara dicapai dengan begitu senang, mungkin ‘sejarah buku teks’ telah membutakan generasi muda sekarang. Yang mereka tahu hanyalah UMNO yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Perjuangan kemerdekaan pelbagai kaum Malaya telah wujud seawal 1940an lagi. Perjuangan AMCJA-Putera telah dilupakan oleh sejarah sebagai pejuang untuk seluruh rakyat Malaya pada masa itu.
Wahai kawan-kawan, sedarkah anda bahawa perpecahan ditanam oleh pemimpin kita sendiri untuk kepentangan politk mereka? Dan mengapakah kamu mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur racist mereka? Bukankan kita ada akal fikiran sendiri? UMNO memisahkan rakyat Malaysia melalui politik perkauman sejak sebelum merdeka lagi. Tetapi AMCJA-PUTERA telah menyatukan seluruh rakyat Malaya pada 1940an. Sejarah membuktikan bahawa semua kaum di negara ini pernah mengelarkan diri mereka sebagai ‘Melayu’, begitulah kuatnya persefahaman kita pada masa itu.
Saudara dan saudari yang dikasihi, 1Malaysia yang dilaungkan oleh Najib tidak ada maknanya jika politik perkauman tidak dihapuskan. 1Malaysia? Bolehkah seorang bukan Melayu manjadi Perdana Menteri di negara ini dibawah UMNO? Kelakar kan? Inilah 1Malaysia Najib! Masing-masing masih dengan fahaman kelompok sendiri, memaki hamun antara satu sama lain. Perkataan yang menyakitkan hati sering dipermainkan oleh generasi muda. Dan semestinya tiada kesaksamaan dalam pembahagian kuasa!
‘Ooi Keling’! Begitulah panggilan kawan saya yang menyakitkan hati. Janganlah! Datuk dan Nenek kita tidak pernah mengasuh kita menjadi racist. ‘Melayu malas’! itulah yang diembangkan oleh segelintir masyarakat Cina dan India di kedai-kedai kopi. Yang sebenarnya Melayu malas atau Melayu dimalaskan? Minta maaf saudara dan saudari, saya terpaksa berterus terang. UMNO yang memalaskan orang Melayu dengan suapan terus ke mulut. ‘Cina babi’, itu ungkapan oleh kebanyakkan orang Melayu dan India mengutuk Cina. Walau sesiapun yang bersalah dalam hal ini, yang penting kita perlu hindari perbuatan seumpamanya.
Video yang saya sertakan menunjukkan betapa eratnya hubungan rakyat Malaya sebelum merdeka. Namun UMNO telah memusnahkan perpaduan tersebut dengan menyokong Perlembagaan Persekutuan pihak British yang berunsurkan perkauman. Pada masa yang sama British juga telah mengisytiharkan darurat disebabkan perubahan mentaliti yang dibawa oleh AMCJA-Putera. Kandungan video ini juga menunujukkan perbezaan Perlembagaan Persekutuan yang dibawa oleh British/UMNO dan Pelembagaan Rakyat yang dibawa oleh AMCJA-Putera.
Mari Bersatu saudara dan saudari sekalian! Saksikan video 10 Tahun Sebelum Merdeka (3/4 & 4/4) :
3 comments:
ini mana punya puak sesat ni..
janganlah sebab kau tak faham apa atuk yang kau cakap, kau putar belitkan fakta sejarah pulak..
janganlah kita melupakan sejarah silam tentang kehidupan rakyat dimasa dahulu. ingatlah dunia ini milik tuhan yang esa. jika anda mengaku anda islam junjunglah hukum dan pedoman yang terdapat dalam al-quran. banggalah kita hidup aman dinegara ini. kerajaan yang zalim harus dijatuhkan!
bodoh penulis ini, buta sejarah ke pe??
Post a Comment