"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 06, 2009

Kalau Ada Plihanraya Mengejut, MB PAS yang Tinggal Hanya MB Kelate.

Itu adalah analisa yang diberi kepada saya oleh salah seorang pemerhati politik Malaysia dari luar negara yang terkenal juga. Tapi saya tidak mahu menyebut nama beliau dan beliau bukan Dr Aziz Bari kerana Dr Aziz Bari tidak kenal pun saya. Tapi cukup saya katakana nama beliau terkenal dan beliau ada kredibiliti untuk memberi komen ke atas situasi politik di Malaysia.

Hasil dari angkara Fraksi UMNO, imej dan persepsi terhadap PAS semakin menjunam di kalangan pengundi CIna dan India. Kenyataan2 “orang itu” semakin menghakis sokongan kepada PAS di kalangan orang Cina dan India.

KEDAH

Di Kedah, analisa yang saya buat di atas keputusan Pilihanraya 2008, menunjukkan bahawa undi orang Melayu terbahagi kepada dua di antara PAS dan UMNO. Ertinya, pada 2008 sekalipun dari 10 pengundi Melayu, 5 orang telah mengundi PAS/Pakatan.

Ertinya kemenangan PAS di Kedah adalah disebabkan oleh pengundi Bukan Melayu dan Bukan Islam yang telah pergi kepada Pakatan Rakyat dengan banyak sekali. DIanggarkan 70% pengundi India dan 65% pengundi Cina di Kedah telah mengundi PAS dan PR pada 2008.

Kebelakangan ini diberitahu bahawa popularity MB Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, semakin menaik di kalangan orang Melayu dan Islam di Kedah. Namun, sejauh mana tinggi popularity Ustaz Azizan, jumlah pengundi Melayu yang akan beralih kepada PAS tidak akan melebihi 60%.

Dengan 60% Melayu tidak berkemungkinan kepada PAS untuk mendapat kerusi yang cukup untuk memerintah Kedah.

PAS masih perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% undi Cina dan India di samping kenaikan undi Melayu dari 50% ke 55% untuk menawan kembali Kedah. Namun, imej PAS yang begitu buruk sekarang ini hasil angkara “kumpulan itu” serta “orang itu”, tidak memungkinkan PAS mendapat lebih dari 40% undi India dan Cina di Kedah.

PERAK

Sejak dari asal pun kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat adalah tipis berbanding dengan Barisan Najis. Yang memungkinkan PR memerintah Perak pun adalah disebabkan “banjir” pengundi India dan Cina kepada PAkatan Rakyat begitu luar biasa sekali.

Ditambah dengan “bank” pengundi Melayu Barisan Alternatif yang berada pada tahap minima 40%, maka jatuhlah kerajaan Barisan Nasional di Perak buat pertama kalinya dalam PRU 2008.

Namun, dengan perkembangan negatif yang berlaku sekarang ini angkara “orang itu” maka Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat mengekalkan tahap sokongan pengundi India dan Cina, terutama sekali pengundi India yang sedang menghadapi dilemma akibat beberapa pemimpin Hindraf telah berjaya dibeli BN.

Faktor ini juga mungkin telah memprovokasi YB Nizar untuk memarahi “orang itu” dalam mesyuarat Khas baru-baru ini. “Orang itu” membalas, “bukan dia sahaja yang mintak tapi Dr. ***** *** pun mintak sama”. YB Nizar sedar bahawa peluang PR untuk memerintah Perak AMAT terjejas dengan tingkahlaku sumbang “orang itu”.

Dari sudut positifnya pula, imej PAS di Perak adalah lebih baik dari negeri lain kerana faktor Nizar. Cumanya, angkara fraksi UMNO, Nizar telah dihalang untuk menjadi PJ Negeri Perak. Saya tidak kata PJ sekarang ni jahat atau fraksi UMNO atau jahat, tapi rakyat Perak tidak mengenali PJ sekarang ini berbanding Nizar. Jadi, kiranya PAS melantik Nizar sebagai PJ maka pengiktirafan PAS Pusat terhadap Nizar akan menambah lagi saham PAS di kalangan pengundi bukan Melayu dan juga Melayu/Islam.

(Minta maaf pada PJ Perak yang ada sekarang. Saya tidak sekali-kali mengatakan tuan tidak layak ataupun tidak baik. Cumanya dari segi persepsi umum, Nizar lebih layak kerana beliau lebih dikenali dan lebih popular).

Saya nak bagitau, saya tau siapa yang calonkan PJ sekarang semata-mata mahu menghalang Nizar dari jadi PJ. Perlantikan PJ2 baru2 ni pun pasal nak menguatkan pegangan kuasa Fraksi UMNO ke atas perwakilan2 PAS. Itu sahaja.

KELANTAN

Inshaalah tenang. Namun, faktor Wang Ehsan ni WAJIBBBBB PAS Kelantan ambil serious. Ia jangan mudah ditolak ke tepi ataupun dipandang remeh.

PAS Terengganu dahulu pandang remeh terhadap Wang Ehsan dan akhirnya PAS Terengganu tersungkur menyembah bumi pada 2004. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Imej Tok Guru “intact” tapi perlu digerakkan jentera parti dan PAS Kelantan dengan kadar segera

Perlu yang amat sangat supaya ditendang keluar anasir2 UMNO yang ada dalam PAS Kelantan sekarang dengan kadar segera. Terutamanya mereka yang telah terlibat dalam perjumpaan sulit dengan wakil Najib sebelum Najib bertemu Tok Guru pada bulan Ogos lepas.

Mereka cuba memasang perangkap ke atas Tok Guru namun perangkap mereka tidak menjadi. Mereka2 yang telah terlibat ini HARUS DIKORBANKAN.

TERENGGANU

Baik toksah kempen kat Terengganu. Pi Kedah lagi baik. PJ dia sendiri pun kena booo dengan penyokong sendiri. Macamana nak dapat sokongan orang atas pagar? Letih je kempen nanti.

Rugi je duit korang derma kat sana. Kalau nak tolong pun tengok Kawasan. Kalau mcm Dungun tu OK sebab Ustaz Wang Hassang tu orang baik dan terpuji sampai orang UMNO pun sayang kat dia.

Padahal UMNO Terengganu tu berpecah dua dan amat lemah. Senang je kalau nak makan, tapi masing-masing keras kepala. Bila orang buat survey, disalahkan orang buat survey, bukan nak analisa keputusan survey.

Sebab apa? Sebab survey tu kata “Kain2 Buruk” tu semua kena buang dan ganti dengan “Kain Baru” kalau nak menang. Melenting sekor-sekor bila saya bagitau benda ni kat diorang ( saya tak gunalah perkataan Kain Buruk dan Kain Baru).

Saya bagitau diorang sebab saya nak tengok PAS menang kat Terengganu. Diorang pegi tuduh saya agen pada orang X. Diorang tuduh orang X ni membayar kompeni survey tu untuk membawa analisa2 yang palsu untuk menaikkan nama orang X. Mereka tuduh kompeni survey tu sebenarnya memberi maklumat palsu supaya “orang X” dapat naik jadi MB. Begitu busuknya orang2 yang dikatakan cukup tarbiyyah dan cukup “tsiqah” ni. Mulut diorang lebih jahat dari Firaun.

Lepas tu diorang buat survey sendiri kata “Kain2 Buruk” tu semua masih laku dan hebat untuk menyanggah survey yang saya laporkan itu. Sampai tahap tu sekali dajal diorang ni. Tak pikir parti langsung. Asyik pikir perut sendiri (dan bawah perut). PAS tu “second priority”. Kesian kat ahli2 PAS yang bawah2 tu yang 100% ikhlas berlawan dengan polis dan SB untuk halang pengundi hantu. Tabik kat ahli2 PAS Terengganu ni semua. Berani dan komited pada perjuangan islam. Tapi nak buat macamana, wala’ punya pasal, negeri tergadai.

Last2 pada 2008 semuanya tersunggkur menyembah bumi, lagi sekali. Buat fitnah kat saya, Allah SWT bayar balik “cash”. Saya tak maaf sampai akhirat. Tolak maklumat saya bagi, last2 kalah menonggeng. Tapi, lepas kalah terus bawak fitnah lagi kat saya tu. Dah kalah pun tak nak insaf.

Sekarang ni, lantak kau la. Kau nak menang ke nak kalah ke saya tak ambik pusing. Masa depan Kaabah dulu pun, tak terkeluar dari mulut saya mintak Allah menangkan diorang ni kat Terengganu. Kalau menang pun jadi fitnah, nak buat apa?

Lebih baik ahli2 PAS Terengganu yang ikhlas2 tu daftar kat Perak bagi Nizar menang. Ramai2 daftar kat Perak dan bagi PAS Perak menang.

Baru ni diorang buat ijtimak. Cukup hebat. Dekat 3000 orang datang Ijtimak. Saya pun baca la laporan Ijtimak tu. Laaaaaa, benda yang dipersetujui dan dipakati, benda tu saya dah baca 10 tahun lepas. Idea lama dikitar semula.

Saya tanya la, korang nak menang, takkan takda langsung usul untuk merapatkan diri dengan pengundi, memahami pengundi, memberi apa yang pengundi mahu selagi tidak berlawanan dengan syariat? Jawapnya takda. Cumanya kita nak dakwah, nak tarbiyyah.

Saya balas balik, kalau korang tak paham pengundi nak dakwah macamana? Pengundi tu lah “target dakwah”. Kalau tak faham macam mana “target dakwah” berfikir, macam mana nak sampaikan dakwah dengan efektif. Korang nak sampai dakwah pada sapa? Pada monyet dekat Empangan Kenyir? Monyet bukan manusia, macamana nak dakwah kat diorang.

Esok nanti aktivti2 yang akan dianjurkan adalah aktiviti2 syok sendiri. Balik2 penyokong dengan ahli sendiri yang hadir. Yang atas pagar dengan lemah UMNO tak nak datang. Waktu PAS memerintah pun banyak aktiviti2 syok sendiri. Tu yang kalah.

Persoalan cita rasa pengundi ni sengaja tak bincang dalam Ijtimak sebab isu ni sensitif. Kalau dibuat kajian sekali lagi, keputusannya tetap sama, yakni, kena buang kain buruk ganti kain baru. Tu yang langsung tak nak bincang dalam ijtimak pasal pengundi dan kitar balik idea lama.

Sebagai penutup, kalau tak buang pekung2 ni dari PAS, alamat baliklah kita zaman 2004. Mereka ni dah kalah, mereka “hijack” PAS Pusat untuk mengekspot kekalahan mereka ke seluruh Malaysia. Alamat nanti tinggalkan kita dengan Kelantan sahaja.

Tulang Besi

ps Kita mungkin dapat Perlis la kot sebab sekarang ni pun, persepsi rakyat Perlis adalah wakil2 PAS adalah backbencher dan Ketua Pembangkang adalah Shahidan Kassim. Ada ka Shahidan pegi bantai Mat Isa Sabu, wakil PAS pegi pertahan Mat Isa? Sedangkan orang kata Mat Isa ni kem Radzi, dan Radzi ni terlibat dalam trajedi Memali. Ini semua persepsi la, yang saya laporkan ni pasal Perlis.

Di Singapore baru ni, Cikgu Pa kata dia memang pro Pakatan, tapi takda benda baik pun dia sebut pasal PKR.

13 comments:

IkhwanMuslim said...

"Dari sudut positifnya pula, imej PAS di Perak adalah lebih baik dari negeri lain kerana faktor Nizar. Cumanya, angkara fraksi UMNO, Nizar telah dihalang untuk menjadi PJ Negeri Perak. Saya tidak kata PJ sekarang ni jahat atau fraksi UMNO atau jahat, tapi rakyat Perak tidak mengenali PJ sekarang ini berbanding Nizar. Jadi, kiranya PAS melantik Nizar sebagai PJ maka pengiktirafan PAS Pusat terhadap Nizar akan menambah lagi saham PAS di kalangan pengundi bukan Melayu dan juga Melayu/Islam'

Insyallah masa utk DS Nizar menjadi PJ akan sampai. Saya rasa kalau ditanya DS Nizar pun dia ckp tak mau lagi.
Pemilihan PJ PAS adalah bukan berdasarkan populariti semata-mata spt AF. Pemilihan PJ berdasarkan kriteria yang telah kan oleh jawatankuasa pusat dahulu lagi. Sudah 30 tahun saya bersama PAS, perjuangan PAS bukan nya utk berpolitik shj dan menang pilihanraya. Perjuangan nya atas fi sabiliiah dan menunaikan tanggungjawab sebagai unit dakwah untuk menegakkankan Islam. Memang ada segelintir dari ahli2 PAS yang bertindak & berkelakuan yang tidak sepatutnya. Tetapi dalam hal ini PAS tidak harus dipersalahkan. Takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Sampai ke hari ni, saya nampak PAS masih lagi berada pada landasan yang betul memperkasakan agama Islam.
Masa utk PAS memerintah akan sampai, dengan izin ALLAH. Kita berdoa dan berusaha dalam membantu PAS supaya lebih kuat agar Islam makin subur di mukabumi ini.
1PAS, ISLAM DIUTAMAKAN & AGAMA DIDAHULUKAN..........

wallahualam....

Anonymous said...

Kalau ada pilihanraya mengejut, kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat kecuali di Perak jangan la gatai nak bubar DUN, cukupkan tempoh dulu, maju dan bangunkan negeri untuk kesejahteraan rakyat. Pakatan Rakyat tumpu Parlimen dengan DUN-DUN negeri BN je, biar UMNO/BN gelabah sebab gatai bubar dewan. Kalau boleh bagi Pakatan Rakyat control Parlimen dan dapat memerintah negara. Ini namanya strategi 'orang cerdik tak terajar makan pasir dari Mongolia'.

Anonymous said...

tul ke kalau dah buang hadi awang pas akan mantap dan kkuh? kalau makin teruk, tulang besi sanggup kena ludah semua ahli pas kat taman melewar?

apa kata kita suruh nasa ngan hasan buat sumpah laknat yang diaorang mmg taknak join umno

n khalid ngan husam pon buat sumpah laknat yang diaorang yakin nasa ngan hasan mmg buat komplot ngan umno

kan saiful liwat dah ajar. tulang besi mesti setuju.kan dia taksub khalid, husam n ejen pkr

MC_Shaharul said...

hmm x abis2 pasai org tue org nie...punca utama pas or pr akan kalah nnti adalah disebabkn blogger2 jgk,pecayela..pas dah berjuang lama dah..adat berjuangla kalah menang,pas berjuang pn bkn utk politaik semata2..

cukup2la mengata org tue org nie..umno bn tue duk ambik kesempatan jer lg utk bg pas n pr nie pecah belah...aku da bosan ngn blogger2 nie...x abis2 isu yg sama,isu pas pecah belahla ape la..

hampehhh...wat keje x nak,yg tau kondem org tue org nie...kesian kt pakcik makcik yg dari dlu berjuang siang mlm x hrpkn balasan pape tue..diaorg xde pn nk kecoh2 pasal bende camnie..keje diaorg buat..yg kita nie mcm dah hebat sgt la plak..wlaupn mmg blogger nie penyumbang kpd kemenangan tp jgn lupe dgn blog nie jgkla akan menghancurkn sesuatu organisasi sprti gerakan Islam di mesir..

sbbnye fitnah n kata mengata di dlm organisasi melalui penulisan blog..akhir kata ckp2la fed up aku..

Tulang Besi said...

Betul pemilihan PJ bukan atas dasar populariti, tapi demi untuk kebaikan PAS di PErak, serta dakwah PAS, Nizar sepatutnya dilantik sebagai PJ.

Kadang2 seseorang itu harus berkorban jiwa raga untuk Islam termasuklah dilantik sebagai PJ.

Anonymous said...

InsyaAllah, Kelantan akn trs kekal di bwh PAS...

tengala said...

Kalau ada PRU sekarang ini sah PR menang..
blogger2 seperti Tulang Besi kena masuk ISA...

Anonymous said...

bukan senang orang nak kepada Islam,,,,PAS yg bawa Islam pon korang tak yakin lagi...andaian macam2,,PRK 13 PAS bakal kalah la,,,macam2...UMNO tgh gelak2kan korang sebab takutkan bayang2 sendiri...kalau dah tak tahan dengan cabaran sangat masuk UMNO,,sokong BN...ha!!lagi satu,,,blig nie,,kalau dah nak jadi hero tukar je nama kepada Perisik Najib...tak perlu berlakon sokong PR...

Anonymous said...

TB, saya kagum pada anda, kerana pengupasan anda adalah tepat bagi orang seperti kami dari parti lain dalam pakatan selain Pas. Teruskan usaha anda untuk menyampaikan maklumat kepada ralyat malaysia agar hasrat Pakatan menuju Putrajaya menjadi kenyataan.

Bagi kami kalau Pas boleh menggantikan kain-kain buruk dalam Pas dan fraksi umno, insyaallah kita semua hampir menuju destinasi kita. Cepat2 gantikan mereka itu sebelum BN/umno terus menjahanamkan negara yang kita cintai ini.

Anonymous said...

Penat dah la dengar cakap2 PAS nih... tapi langsung tak nak membaiki diri. Buat la seminar, perhimpunan, muzakarah, muktamar ... tapi hasilnya tetap sama, sebab pemimpin yg sama masih anggap merekalah yg terbaik. Ada orng bagi idea untuk membaiki parti, mereka tak mau dengar & tuduh org itu egen UMNO.
Masalahnya pemimpin2 PAS mcm Presiden, Timbalan Presiden, S/Usaha Agong, P/J Negeri, ketua pemuda dan seangkatan dgnnya terlalu errogant.. mereka rasa mereka dah menang.. mereka rasa sokongan rakyat dah kuat kepada PAS... Yang sebenarnya mereka banyak menang pada PRU12 kerana rakyat marah dan meluat ke BN. Tapi dengan keadaan sekarang, dengan barisan pemimpin PAS yg lembab dan bengap, orang dah tak menghormati PAS lagi. Sokongan kepada PAS makin merosot. Itu pun pemimpin tadi tak sedar2. Lebih2 lagi pemimpin lapok dari terengganu. Mereka anggap rakyat masih berkehendakkan mereka. Kalau mereka masih popular, kenapa di terengganu, di kawasan sendiri pun tak menang? Kalau rakyat terengganu pun tahu mereka ni pemimpin yg lembab dan bengap, rakyat seluruh malaysia pun akan anggap bagitu... itu pun pemimpin lapok ini masih tak sedar2. Apa nak tunggu PAS lingkup dlm PRU13 nanti baru nak selidik? waktu tu dah terlambat, rakyat pun dah meluat.

Anonymous said...

aku baca tulian ni mcm aku tgk MELODI kat TV3 je .... rasa mcm gossip politik je .... hahahaha!!!!!

PAS dgn blogger2 ni dah ibarat senjata makan tuan .... mula2 dulu blogger2 ni la yang duk sokong PAS ... mcm2 isu diorg bawakkan yang membawa kepada kejayaan PR dalam PRU 12, tapi skrg, ruangan blogger2 ni jgk la yang bawak banyak benda tak elok kepada PAS ....
sepatutnya kalau ada yg tak kena, elok dibawak bincang, bukan hentam mcm ni .....

Anonymous said...

tahapehape la brader tulang besi nih...
cerita benda buruk jer...
benda baik tarak ker?

dulu mase BN panggil semua blogger, diorang ade kasik lu makan bagus ker?
lu mcm batu api la...

kalo lu nak tegur pemimpin ade cara nye...bukan hamtam kat public bro...lu mcm juak umno jer wa tgk...rase mcm nak ludah jer...

Anonymous said...

Pro-UMNO MCA Is Anti Buddhist !
Contributed by Anak Mami

Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia

Dear Devotees,

Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK (MCA chairman Gombak) due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.

When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK(MCA Man) came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.

Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK(MCA chairman Gombak) is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?

I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK, MCA Man) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.

I told to the inspector of the again, I am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.

Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?

Yours in Dhamma

Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia