Sunday, November 08, 2009

Laporan Rasmi TB Terhadap Salahlaku TP PAS

Laporan Rasmi Terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS, Di atas Beberapa Tindakan Salah Laku

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin PAS Pusat bahawa Timbalan Presiden PAS harus dihadapkan dihadapan prosiding Jawatankuasa Disiplin atas tuduhan :
  1. Memfitnah sesama pimpinan PAS.
  2. Melakukan aktiviti2 subversif yang berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam.
  3. Mendedahkan rahsia parti kepada blogger2 UMNO yang jelas musuh kepada PAS.
  4. Melakukan aktiviti yang merugikan Parti dan menguntungkan UMNO
Al-Banjari telah mengesahkan perkataan-perkataan ini diungkapkan oleh Hasan Ali dan Nasaruddin semasa perjumpaan dalam Gelap dengan blogger2 UMNO. Perkataan2 tersebut adalah jelas satu penghinaan dan fitnah kepada PAS dan juga kepada beberapa orang kepimpinan PAS lebih-lebih lagi dihadapan blogger yang menjadi musuh tradisi PAS.

(sila rujuk - http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html)

Perkataan2 yang disahkan oleh AlBanjari adalah :
  1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.
  2. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
  3. Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.
Dan bukti rakaman sessi itu telah pun diserahkan oleh Al Banjari kepada Ketua JK Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini mengikut pengakuan Al Banjari sendiri.

(Sila rujuk - http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/isu-pita-rakaman-berakhir.html)

Diminta pihak Tuan Ibrahim merujuk salinan rakaman dialog antara Blogger bersama Hasan Ali dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa itu.

Ini bererti Timbalan Presiden PAS sendiri terlibat dalam aktiviti subversif untuk memfitnah pimpinan PAS dan juga berkempen untuk Kerajaan Perpaduan.

Dan bukti yang diberikan oleh Al Banjari itu sudah tentu cukup untuk memastikan tindakan disiplin dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS.

Wallahualam

Tulang Besi

3 comments:

  1. matbendaharikelabkameraNovember 8, 2009 at 9:20 PM

    titm pun dah masuk geng ganu kite!

    ReplyDelete
  2. Apa masalahnya nak berbincang ngan UMNO??? Haram ka...??? Bincang pun Tak leh??? Benggong.. bukan nak masuk UMNO???? Depa lebih PAS dari hangpa.... PIMPINAN mesti boleh bincang dengan semua orang. Dengan DAP pun boleh takkan nak sembang dengan UMNO pun kena tauliah kot...

    ReplyDelete
  3. hassan ali, nasha dan hadi semuanya sampah islam kerana mentaliti asabiyyah mereka yang kafir setaraf umno celaka.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?