Sunday, November 08, 2009

PAS Lemah Sebab Presiden "LEMAH"..!

Walaupun kepimpinannya mendapat kritikan, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan kepercayaan daripada ahli parti itu.

Bercakap dalam sidang media selepas seminar politik PAS di Gombak hari ini, beliau menyifatkan kritikan terhadap kepimpinannya, terutama ahli akademik, tidak semuanya tepat.
  • "Kita anggap (kritikan) itu biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan itu ada yang benar, ada yang tidak benar. Yang benar kita ambil, yang tidak benar, kita jawab," kata Abdul Hadi.
Baik... aku nak mintak TGHH atau mana-mana balachi TGHH supaya jawab insiden yang berlaku dalam kempen Pilihanraya Bagan Pinang bulan lepas... inisiden macam ni selalunya dilakukan oleh siBANGANG atau siBEDOL atau siBIJAK tapi tak pandai..?

Aku cerita seringkas yang boleh...

Pada 6hb. Oktober, 2009, 1 siri program kempen Pilihanraya kecil Bagan Pinang, bertempat di Mayang Sari Resort, Port Dickson telah diadakan dan program tersebut ialah program "Ramah Mesra Pesara Tentera Bersama Presiden PAS".

Ya... aku ingat program ni akan menjadi 1 peluang keemasan untuk TGHH berkempen dan menarik perhatian Pesara-Pesara Tentera seterusnya membuka minda Pesara-Pesara tentera yang hadir untuk menarik lebih ramai lagi anggota-anggota tentera supaya mengundi PAS dalam PRK tersebut...

Korang tau apa yang jadi dalam program tu..?

Bolehlah aku katakan bahawa ini adalah 1-1nya program yang berjaya menonjolkan ketidak-cerdikan seorang yang berjawatan Presiden bagi sebuah parti yang sewajarnya mempunyai seorang Presiden yang benar-benar cerdik..!

Korang tau apa Tuan Presiden Parti PAS gebang dalam ucapan dia depan Pesara-Pesara Tentera ni..?

TGHH dok cerita balik apa yang berlaku dalam proses undi pos... TGHH cerita balik macam mana penipuan berlaku dalam proses undi pos, TGHH cerita balik macam mana adanya anggota-anggita tentera yang tak pernah melihat kertas undi pos sepanjang mereka bertugas dari awal sampai pencen dan macam-macam lagi yang berlaku dalam proses undi pos dan semua perkara ini diceritakan kepada PESARA-PESARA TENTERA YANG SEMEMANGNYA DAH TAU SEMUA TU..!
Kenapa "cerdik" sangat TGHH ni..? ibaratnya macam aku panggil pakar kek kemudian aku cerita dekat dia macam mana nak buat kek... ni bodoh ke bangang ke bahlol..?

Patutnya masa keemasan tu TGHH bagi peluang kepada Pesara-Pesara Tentera untuk bercakap sebab sah-sah mereka tahu lagi banyak perkara-perkara yang berlaku dalam undi pos sebab mereka semua dah lama dah berada dalam Tentera.

Tapi dalam program tu langsung tak diberi peluang kepada mana-mana Pesara Tentera yang hadir untuk dedahkan apa-apa yang mereka rasa mereka nak dedahkan padahal, semua media ada dalam majlis tu dan itu adalah masa terbaik untuk kita beri peluang kepada mereka mendedahkan apa sahaja yang mereka tau...

Diakhir program tu, aku sempat bersembang dengan beberapa Pesara Tentera yang memang semuanya ramah dan apa yang aku dapat malam tu ialah, betapa mereka-mereka yang hadir malam tu teramat-amat kecewa dengan program malam itu.
Ramai yang dalam nada sinis berkata -
  • "setakat tu je pemikiran PRESIDEN PAS..?"...
Ada jugak yang berkata -
  • "TGHH ni ingat kami ni bodoh sangat ke sampai benda yang berlaku dalam kem pun dia nak cerita balik dekat kami..? kami tau lebih banyak lagi dari yang dia tau dan dia tak sedar ke semua yang dia cerita tu sepatutnya kami yang cerita pada dia..?
Tu antara sikit-sebanyak rungutan dari Pesara Tentera... dan yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang ialah 1 soalan dari seorang Pesara Tentera sebelum aku pergi -
  • "TGHH ni berkhidmat dalam tentera berapa hari..?"
Disebabkan keCERDIKkan Presiden PAS dalam program tu, maka kemungkinan besar PAS kehilangan banyak undi pos (aku agak je la... sape nak undi Parti yang ada Presiden yang SANGAT-SANGAT BODOH..?)

Eh... tak betul ke aku cakap..? patutnya dalam program macam tu, TGHH nak kena ambik kesempatan untuk perjelaskan apa dasar perjuangan PAS, nak gabung dengan UMNO atau tak, nak jumpa dalam gelap atau tidak, nak perkukuh Pakatan Rakyat atau tidak tak pun paling kurang buat la "kenyataan-kenyataan lama yang direcycle kembali" (sekadar contoh sambil-sambil sindir sebab aku tengok kenyataan semalam sama dengan kenyataan yang dulu-dulu - recycle...), ini tidak dok cerita hal dalam kain orang dekat tuan kain sendiri..! sah kurang cerdik..!

Semalam jugak TGHH ada ulas tentang kajian DAB -
  • "Dia punya kajian tidak terperinci. Kita ambil maklum dan kita akan tingkatkan lagi (kemampuan parti). Itu saja,"
Ya... aku paham...tingkatkan kemampuan parti supaya dapat "bertahan ditakuk lama" atau dengan erti kata lain -
  • "Aku dah ada keputusan aku sendiri, tak payah siapa-siapa nak tegur dah sebab aku keras kepala..!"
Dari mula krisis UG timbul sampai sekarang dah banyak sangat dah perbincangan dibuat dan lepas perbincangan demi perbincangan, kenyataan yang keluar "masih konsisten" dengan kenyataan yang mula-mula keluar dulu... dari segi "kenyataan" masih tak berubah, dan "kenyataan yang berlaku" juga masih tak berubah, masih ditakuk lama.

PAS memang tak minat nak berubah, TGHH memang tak de niat nak berubah (tengok cara TGHH kempen masa dekat Bagan Pinang cukupla... bukan 60' tapi 40'...).

Eh... Presiden PAS ni BODOH ke BANGANG ke apa..?

*lepas ni confirm ramai fanatik-fanatik PAS akan label aku sebagai EJEN UMNO macam yang Ketua Dewan Pemuda PAS labelkan pada DAB... tapi nak buat macam mana..? PAS dengan UMNO sekrang sama je... 2-2 ada pimpinan kepala batu, 2-2 ada pimpinan yang EGO dan 2-2 tak minat nak berubah... - JANGAN SAMPAI KAMI MUAK..!

34 comments:

  1. betoi, aku setuju. aku memang tak suka TGHH jadi presiden PAS. Dia takdak karisma langsung. Tak macam Arwah Ustaz Fadzil Noor. aku pun penah beberapa kali pi dengaq ceramah TGHH ni. hampeh. tak bes langsung. takdak input langsung. Tolong la ahli2 PAS yang ada kuasa. tukaq la presiden kita ni.

    ReplyDelete
  2. salam

    ha ha Prod. Dr. aziz bari pun dia orang kata agen UMNO, mu ejen UMNo ler kot

    http://telokbakong.blogspot.com/2009/11/pimpinan-pas-pun-tak-tahu-pasal.html

    Artikel TBO pasal pimpinan PAS sendiri konpius pasal perlembagan PAS

    ReplyDelete
  3. Puak-puak UG memang hamPAS.Pemimpin atasan tidak tahu atau saja saja buat tak tahu keadaan yang dihadapi oleh ahli ahli biasa sakarang ni.Geng umngok gelak sakan sampai ke telinga.
    ketua pemuda pas=hamPAS.

    ReplyDelete
  4. ko ni sayang pas ke nak hancurkan pas?

    Kalau ko btol nak perkasakan pas sbb sayangkan pas, sepatutnya ko bukan terus maki hamun tak tentu pasal seolah-olah ko orang yang kecewa sangat2.

    Perkata bodoh tu dah jadi mainan mulut ko. ko memang tak bermaruah langsung. ko dakwa ko org pas, tapi aku nak tanya ko satu, ko tak pernah pi usrah ke? ke selalu ponteng?

    orang jenis cam ko ni lah yang selalunya merosakkan pas. orang dah selesai berseminar, kita bagilah peluang kat depa jalankan amanah.

    aku nampak ko ni bukan tak suka kpd pimpinan tertentu aje, tapi lebih dari itu. aku rasa ko ada niat nak hancurkan pas di atas kesempatan ini.

    bertaubatlah

    ReplyDelete
  5. Dah betul Hadi Awang tu bebal politik nak buat macamana?

    Hadi Awang mungkin cerdik ugama dan juga pandai bersyarah ugama tetapi dari tingkah laku perbuatannya menampakkan dia tidak pula cerdik politik atau seperti kata lain, bebal politik.

    Kalau istilah ini pun Hadi Awang tidak faham, boleh lah dikata juga Hadi Awang ni bodoh piang.

    - Putera Malaysia

    ReplyDelete
  6. Saya tetap dengan PAS...Dengan Presiden...Kalau kamu tak suka dengan dia pun tak pa...Biarkan kami meneruskan perjuangan...Walaupun kamu anggap kami lekeh....Tapi kami ada prinsip dan tak akan berganjak...Teruslah kamu komen...Mungkin kamu merasa pendapat kamu baik....Tapi kamu tak nampak keburukan kamu menjatuhkan sesuatu yang bernilai.

    ReplyDelete
  7. Kalau tak tegur sampai bila pun tak celik.

    Ibarat murid yg buat salah, mesti lah ditegur.

    Tapi bila ditegur tak boleh, itu dinamakan bodoh sombong.

    Tambah pula bila orang yg ahli politik dari universiti yg menegur, dia boleh kata tak cukup bukti dan ahli politik tu tidak berhak menegur. Seperti murid mengatakan gurunya tiada keupayaan dan pengetahuan yg cukup untuk menegurnya.

    Memang lah bodoh dan bebal. Orang seperti inilah yg tidak sayangkan PAS dan rela melihat PAS hancur. Bukannya orang yg menegur.

    - Putera Malaysia

    ReplyDelete
  8. Salam

    Aku rase tak perlu sampai nak hina TGHH sampai tahap tu.Ni menunjukkan yg hang ni tak reti hormat pimpinan.aku ade pergi seminar tu semalam dan memang nampak Pimpinan ni sebenarnya ada usaha nak betulkan keadaan. mane ade wujud dalam umno di mana seseorang yg mengkritik presiden parti, diberi keistimewaan di mana seluruh delegasi negeri dipanggil dan tukang pengkritik tu tetamu VIP.
    mungkin hang frust sebab keputusan masih sama macam dulu walaupun perbincangan dan seminar pun dah dibuat.

    Masalahnya bukan pimpinan, tapi mentaliti sebahagian delegasi yg kritic DAB dan statistic DAH. Puak puak ni masih lemah mentaliti dan instead of hantam Hasan Ali dan puak puak UG, kutuk panelist pulak.

    aku cadangkan hang dari hentam presiden cara melampau ni , hantam lah Hassan Ali and the geng. dia tu tak datang pun semalam dan presiden ni jugak lah sambil tak henti ambil catitan stay sampai seminar abih.kesian aku tengok orang tu ni.simpati la sikit bro.

    ReplyDelete
  9. matbendaharikelabkameraNovember 8, 2009 at 6:02 PM

    nak kata pemimpin pas tengin, mereka orang mengaji! tapi mereka tak beramal dengan ilmu yang ada pada mereka! adakah ini contoh orang yang rugi didunia dan diakhirat seperti yang diceritakan dalam alquran?

    ReplyDelete
  10. Bhai...

    Diorang mana boleh kena tegur... maksum la bhai... hehehehe...

    Kalu menang skit dah besar kepala... tak tau la kalu menang 1Malaysia... sure lingkup punya..

    kalu macam nie mentaliti PAS la nih... InsyaAllah akan bungkus dalam PRU13 nanti...

    ReplyDelete
  11. i think sheikh dah overboard sgt le...buat bersabar...setuju dgn jgnjami...kalau nak hentam kena lah tengok the real situation....apa hal dr hassan hang tak sentuh....he is the real culprit. Problem with TGHH is that tuan guru is a weak leader and he should move on. tapi sampai kutuk melebih sgt bukan nya budaya islam, melayu, malaysia. Aku nak kata hang agent meno, memang sah hang tak....tapi cara tulis macam depa depa kat sana tu...so be cool bro and target the real culprit....

    ReplyDelete
  12. Biasa la, penonton kalau komen pemain bagaikan nak rak, dia semua reti dan pandai belaka. Cuba bagi dia main, confirm kaki bangku.Sudah la sedarlah diri, penonton standard penonton jugak...

    ReplyDelete
  13. salam semalaysia kepada semua

    dhsyat betul bahasa mu ni, relaks la. jangan cepat melatah, tenang2 ja, k

    ramai yang akan keliru dgn kenyataan cmni, beri komen secara membina sekalipun pas sekarang menerima masalah kepimpinan yang rumit.

    mudah2an ALlah beri kami kekuatan menghadapi cabaran ini.

    sekian

    ReplyDelete
  14. aku setuju tghh bukan ahli politik yg kurang bijak tambah pula jadi presiden.

    tapi aku tak setuju kau bedal sampai tahap hina,aku pernah terserempak dgn kau waktu kau lepak dgn uncle zorro dan aku hormati kau sebagai pejuang yg tak kenal penat lelah, kalah aku bro nak compare dgn kau.

    aku memang geram tahap gaban dgn geng dr hassanand geng tapi tghh ni aku tau dia banyak terikut dgn mustafa ali dan puak trg.kita tunggu apa keputusan JK disiplin kalau setakat bagi statement untuk bagi org bodoh aku tidak akan bagi chance lagi,sebagai ahli parti pas aku akan buat petition tandatangan ahli yg terlalu ramai aku kenal di selangor ni.

    so bro,cool down sikit,kita tunggu sikit lagi.

    ReplyDelete
  15. HEHEHE LU MCM KECEWA AJE ORANG DAH BAGI MANDAT BALIK PADA PRESIDEN PARTI KO?

    LU INGAT LU BIJAK KA?

    ReplyDelete
  16. Duh!!
    Hj hadi wak malu orang terengganu jer..
    Sebab tula PAS di trg hanya b'tahan 1 penggal je,sebab rakyat terengganu bukan nak sngt Hj Hadi jadik MB,tapi kerana nak ajar umno!!
    Ini adalah pengakuan iklas dpr aku sebagai rakyat trg.faktor utama kejatuhan PAS di trengganu adalah kerane pemimpin PAS pd mase itu sombong & bongkak kpd rakyat apabila diberi peluang utk memerintah.
    Nah!apalagi?bukti cukup menyatakan bhw rakyat terengganu telah awal2 menolak kepimpinan hj hadi di trengganu!signal yng diberikan oleh rkyat terengganu sngt jelas & nyata.
    Mengapa TGNA masih bertahan sampai skrang mentabir kelantan tetapi tidak bagi hj hadi??jelas hj hadi m'punyai kepimpinan yng sngt LEMAH!!
    Apalagi yng ditunggu??tunggu sehingga PAS rebah di PRU akan datang,baru t"hegeh2 nak berubah??
    Kalau kepimpinan PAS masih lagi b'degil utk kekalkan hj hadi sbg presiden,tunggu shj pilihanraya akan dtng nanti.Rakyat akan ajar PAS apa itu erti undi!!

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Bang, soal tidak diberi slot kepada pesara tentera tu untuk berucap takkan salahkan TGHH. Salahkan lah pada penganjur. Ke TGHH yg anjur @ jd pengarah program? Asal bebal sangat ni bang? Sendiri mau pikir la. Buat malu orang PAS jer.

    ReplyDelete
  18. Aku dah agak, bila dia jadi MB dulu byk benda bodoh dia buat.. antaranya kes budak tadika dan menghentam orang umno bawahan dengan kenyataan yang keras dan pedas. Itu ke taraf MB ? contohi lah TGNA lembah lembut dan penuh dengan kesabaran, sampai TMM pun respek dia. Kalau PAS nak panjang hayat dia kena ikut langkah TAB, tapi siapa nak ganti dia ? ada ke ?

    ReplyDelete
  19. aku setuju... UMNGOK ngok kerna NAJIB ngok.. PAS lemah kerna TGHadi lemah... tepi kelemahan dapat diatasi... kengokan tak dapat dibendung sebab najib sombong... haha

    ReplyDelete
  20. mcm tikus repair labu je korg ni ..... konfem PAS takkan pi mana2 kalau mcm ni punya mentaliti ..... yang pemimpin satu hal, yang penyokong satu hal.... hehehehe!!!!!

    ReplyDelete
  21. aduh....

    tidak ketahuan...pacaran lagi...dengan sidia....

    ReplyDelete
  22. kami bukan bencikan sangat Hadi Awang tapi sebab dia tak boleh nak memimpin rakyat dah itu aje. Disebabkan itu buatlah EGM dan berikan mandap kepada perwakilan untuk memilih pemimpin baru.
    Kita jangan jadi sepertimana UMNO.

    ReplyDelete
  23. korang suruh hadi awang turun ni, nak ganti dgn sapa? ada idea?

    meruntuhka(baca:menurunkan) itu mudah, tapi membina itu yang sukar

    ReplyDelete
  24. Sekadar renungan,

    Abu Bakar Chik dengan Ladang Rakyatnya!
    Posted on Wednesday, January 07 @ 17:00:00 MYT
    Topic: MEDIA
    Mewah sungguh jadi Exco semasa pemerintahan Pas, dapat kereta mercedes, jadi pengerusi anak syarikat dapat elaun puluhan ribu ditambah sebuah kenderaan 4x4 anak syarikat. Suruh MB canang tak kira tempat, malah dalam Dewan Undangan Negeri.

    Exco pegang jawatan dalam syarikat percuma dan nak memulih syarikat sahaja.

    SEORANG lagi Exco Kerajaan Pas Terengganu, Dato� Abu Bakar Chik dikesan dibayar elaun oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Ladang Rakyat.
    Berdasarkan kertas Senarai Tahunan kepada Ahli Lembaga Pengarah yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan, Abu Bakar selaku pengerusi dibayar elaun tetap sebanyak RM2,500.00 sebulan atau RM30,000 setahun.

    Elaun-elaun lain yang disenaraikan ialah:

    Elaun lawatan industri
    RM6,750.00 setahun
    Elaun mesyuarat
    RM400.00
    Ganjaran
    RM8,000.00 setahun
    Selain itu, Abu Bakar juga dibayar elaun oleh Rakyat Ketengah Perwira selaku Pengerusi sebanyak RM1,200.00 setahun atau RM100.00 sebulan.

    Lain-lain yang disenaraikan diperolehi oleh beliau sebagai Pengerusi Rakyat Ketengah Perwira ialah:

    Elaun lawatan industri
    RM10,000.00 setahun
    Elaun mesyuarat
    RM200.00
    Ganjaran
    RM9,500.00 setahun
    Saguhati Hari Raya
    RM3,000.00
    Ini bermakna dalam setahun lebih RM70,000 disenaraikan sebagai bayaran tetap, ganjaran dan elaun mesyuarat kepada Dato� Abu Bakar selaku Pengerusi Ladang Rakyat dan Pengerusi Rakyat Ketengah Perwira.

    Dato� Abu Bakar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Kerajaan Negeri Terengganu turut diberikan sebuah kenderaan 4x4, jenis KIA Sportage oleh Ladang Rakyat Terengganu untuk kegunaannya. (Pengerusi sebelum ini di zaman pemerintahan BN Terengganu tidak pun diberikan kemudahan ini).

    Selain itu, Dato� Abu Bakar juga dibenar membuat apa-apa tuntutan perbelanjaan yang boleh dituntut semula, jamuan hari raya dan hamper hari raya.

    Dengan penemuan terbaru ini, terbukti bahawa Menteri Besar Terengganu Dato� Seri Abdul Hadi Awang terusan berbohong dengan menyatakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri tidak dibayar sebarang elaun dan perlantikan mereka sementara sahaja untuk membaiki syarikat berkenaan.

    Apa yang menyedihkan, syarikat Ladang Rakyat mengalami kerugian teruk di bawah pentadbiran Pas, berbanding di zaman BN Terengganu dulu syarikat ini memperolehi keuntungan.

    ReplyDelete
  25. putera malaysia....

    ko tegurlah Si Najib tu....lagi baik. Tok Guru Hj Hadi tak sebodoh itu...dia sudah jatuh bangun bersama Pas sejak lama. Jadi jangan buat letakkan dia mcm tu.

    ReplyDelete
  26. lepas ni klo nik ajis kene hina ngn TP depa sume jgn terperanjat coz TP ni just mcm pencacai....mana ada pihak bayar lebih tuk jatuhkan someone tu die buat la......
    bro or sume da tau bro lu orang yg macamana...lu lagi hina dari anjing kurap....zali lagi ok dari ko....

    ReplyDelete
  27. TP cube compare sumabangan ko ngn tuan haji hadi gua kitorang nk tgk...gua tgk lu ni bab bercakap no 1 tp haram jadah moral xda. klo org kritik lu bukan main lu melenting mcm anjing kene balik batu menggelupur !!!!!

    ReplyDelete
  28. jangan marahkan TP. itu adalah apa sebenarnya yg berlakuu diterengganu. PAS menang di KT, bukannya disebabkan oleh PAS, tapi disebabkan calon Hj wan endut lebih mulia daripada wan farid. ayah saya sendirii merupakan kakitangan kerajaan negeri trg. pengurusan semasa di bawah PAS agak teruk. ayah saya sendiri menyatakan, sekiranya corak pemerintahan PAS Trg sama ngan Kelantan, maka PAS akan terus dpt sokongan rakyat. so, pemimpian atasan PAS dan penyokong PAS harus sedar bahawa mereka harus turun ke grass root, interview rakyat kakitangan kerajaan negeri, apa yg sebenarnya yg dikehendaki oleh rakyat. saya secara peribadi menyatakan bahawa mmg terdapat unsur kronisme yg teruk semasa TGHH menjadi MB. so saya harap, sekiranya PAS berjaya memenangi Trg dalam pilihanraya ke 13, MB Trg adalah seorang yg berkaliber dan tidak bias. saya bukan mengkritik TGHH, dia adalah seorang guru agama yang amat hebat.

    ReplyDelete
  29. hak elah..yang korang ni baru je dalam politik..tghh dah lama dalam politik..ni la dipanggil anak murid KURANG HAJOR..bodoh tapi berlagak pandai..bukan nak membantu..tp lagi menjatuhkan..tok-tok guru ni bukan lihat dengan mata zahir semata2 tapi tgk dengan mata bashirah..yang kita tak nampak..jgn nak hina tok2 guru la wei..mmg aku rasa korang ni ada agenda tersembunyi..lebih baik takda orang dalam PAS mcm korang..biar kalah dalam pru tp prinsip parti dikekalkan kerana ALLAH!!

    ReplyDelete
  30. betul bro..
    aku sokong ko berpersen-persen...
    TGHH dah nyanyuk gamaknya...
    kemaruk kuasa kot sampai gelap hati nak tengok kebenaran...
    harap2 diorang nih cepat2 la jatuh sebelum PAS tersungkur sama ngan depa...

    ReplyDelete
  31. pada anom 12.30. mu tu taksub sgt ker. sume org buat salah lah. TGHH lagi mulia dari nabi ker. satu lagi, mu tu org Trg ker. Kalu org Trg turun padang skit, tanya kakitangan kerajaan negeri masa PAS memerintah guane. molek ke dok. kalu pemimpin PAS trg dok berubah, jgn harap PAS menang PRU 13.

    ReplyDelete
  32. Buat apa nak sokong Hadi, beliau dah bersekongkol dengan umno kafir.

    ReplyDelete
  33. hahahaha sapa yang bodo?????.....yang paling bodo tu MP PAS shah alam.....apa ka bodo sgt dia tu dok baiah nak cerai bini talak 3.....tu la orng islam paling bodo sekali disunia islam.....zaman rasulullah pun xda baiah mcm tu.....bodoh sgt penyokong dia dan sapa2 yg sokong MP tu.....bodoh la korang bersama2

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?