"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 27, 2009

Peringatan Dari Saidina Umar Abdul Aziz kepada Seluruh Pemegang2 Jawatan Dalam PAS

Saya diberitahu supaya jangan menaikkan sangat isu “kereta-kereta” mewah beberapa tokoh dalam PAS kerana kereta2 tersebut adalah hadiah dari para simpatisan parti dan bukan dibeli dengan wang sendiri.

Saya nak nukil sebuah kisah dari sebuah buku yang saya baca bertajuk “Korupsi Dalam Pandangan Islam” yang diterbitkan di Indonesia.

Dalam buku tersebut dinukilkan sebuah kisah yang berlaku kepada Saidina Umar Abdul Aziz. Pada satu hari, Saidina Umar telah berniat untuk membeli sepasang pakaian baru untuk isteri tercinta beliau. Maka dipanggil pembantu beliau untuk mendapatkan harga sepasang pakaian tersebut. Maka, pembantu beliau pun pergi ke kedai untuk mengambil harga. Sekembali dari kedai, pembantu tersebut pun memberitahu akan harga pakaian tersebut. Ternyata harganya mahal dan Khalifah tidak mempunyai cukup wang untuk membeli pakaian tersebut. Tapi, pembantu itu berkata itu tiada masalah kerana penjual2 baju tersebut sanggup memberikan hutang pada Khalifah sementara menunggu gaji dibayar pada Khalifah.

Mendengar khabar tersebut, Saidina Umar Abdul Aziz membatalkan hasrat beliau sama sekali. Saidina Umar berkata kalaulah beliau bukan Khalifah, adakah pekedai itu akan memberikan beliau hutang? Ertinya hutang tersebut adalah satu bentuk “rasuah” kerana jawatan Khalifah digunakan untuk kepentingan cagaran untuk kepentingan peribadi beliau. Kalau beliau bukan Khalifah nescaya beliau tidak akan diberikan hutang.

Jelas dari perkhabaran ini bahawa meletakkan jawatan sebagai cagaran juga adalah satu bentuk rasuah dalam Islam (Nota : Dalam bahasa Arab pun ia dipanggil rasuah).

Sekarang saya nak tanya :

Adakah kalau kamu bukan anak MB, menantu MB, saudara mara MB, Ketua Penerangan Negeri, Ketua Pemuda Negeri, YDP2 Kawasan, AJK2 Kawasan, Ketua Penerangan Pemuda Negeri ataupun pemegang apa-apa jawatan dalam parti, kamu akan diberikan hadiah kereta-kereta mewah tersebut yang bernilai ratusan ribu ringgit? (sama harga atau lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Selangor pulak tu).

Saya yakin jawapannya adalah TIDAK. Masa belum memerintah dulu, apasal diorang ni semua tak datang bagi kereta-kereta mewah ni pada kamu? Penerimaan kamu semua atas hadiah2 yang mahal ini dikategorikan sebagai RASUAH oleh SAIDINA UMAR ABDUL AZIZ
(bukan saya yang cakap). Kamu diberi hadiah kerana jawatan kamu bukan sebab kamu layak diberi hadiah.

Kalau betul kamu nak terima sedekah, apa salahnya kamu ambil wang dan wang tersebut dibahagi2kan pada fakir miskin. Saya pun boleh tolong bahagi2kan wang tersebut di sini. Di tempat saya ni, orang fakir dan miskin ni TERLAMPAUUUUU RAMAIIIII. Ada yang sudah 10 tahun makan nasi dengan tempe sebab tak mampu nak beli benda lain. Demi Allah ini bukan cerita dongeng.

Ada satu famili 5 beranak sudah 10 tahun tinggal dalam reban ayam kerana tak mampu nak beli rumah. Wang yang didapati hanya cukup-cukup untuk makanan sahaja.

PAS wajib mengkategorikan pemberian hadiah2 seperti ini sebagai RASUAH kerana mengikut jejak langkah Saidina Umar Abdul Aziz RA kalau PAS mahu terus releven dan diredhai Allah SWT.

Beberapa Contoh Bagaimana Dahulu Pimpinan-Pimpinan PAS Menyelamatkan Kos Dalam Berjuang

Ini adalah beberapa contoh yang dapat saya ingat :

1.0 - Abang Mat Sabu satu masa dahulu akan pergi balik ke tempat-tempat ceramah dengan menumpang van penjual-penjual keset. Ini kerana apabila ada ceramah Mat Sabu maka ramai orang akan datang menjadikan penjualan keset pun laris. Jadi, Abang Mat selamatkan kos beliau dari segi “travelling”.

2.0 - Pemimpin-pemimpin PAS dahulu biasanya akan menumpang rumah sahabat-sahabat. Misalnya, Tok Guru Nik Aziz dahulu kalau ke Kuala Lumpur akan menumpang duduk di rumah adik beliau, Al Fadhil Ustaz Nik Radzi Nik Mat di ITM Shah Alam. Kalau tidak, biasanya pimpinan2 PAS ni semua akan tidur di Markaz Tarbiyyah.

3.0 - Arwah Ustaz Fadzil dulu pernah jual sabun semata-mata untuk cari duit tambang nak pergi ke tempat program dan ceramah. Terutama waktu Ustaz Fadzil dipecat dari UTM dan waktu itu Ustaz Fadzil langsung tiada sumber pendapatan. Dan pada waktu itu pun, PAS baru sahaja kena tendang dari BN dan berada dalam keadaan amat lemah sekali.

4.0 - Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tu naik semata-mata duit DERMA dari penyokong dan pendokong PAS. Apabila wang jadi kering, maka akan diadakan ceramah di tapak Markaz Tarbiyyah yang belum siap itu untuk mengumpul dana. Ada duit kerja jalan, takda duit, buat ceramah.

5.0 - Ada seorang bekas EXCO Pemuda Pusat zaman Asri memberitahu punya miskin pejuang2 PAS dahulu, sampai terpaksa beli kopi secawan dan telor sebiji kemudian dikongsi tiga orang buat mengalas perut. Punya takda duit masa tu.

Mewahnya Hidup Sekarang Ni Yeee?


Jadi, sekarang ni saya tak faham. Macamana boleh diorang ni hidup mewah semewah-mewahnya?

Datang Muktamar di Shah Alam boleh duduk hotel lima bintang di suite yang paaaalllinnnnng mahal.

Nak tau betapa eksklusif,sila klik disini
Lagi hairan, baru pegang EXCO pemuda negeri beberapa bulan dah tukar kereta Mercedes, kereta Avo etc. Kalau tak pegang jawatan-jawatan ni, boleh ke dapat kereta2 mewah ni semua?

Dahulu saya pernah dimarahi oleh salah seorang Ahli Parlimen PKR sekarang ini kerana saya mempersoalkan "mana Ezam Mat Nor dapat duit beli banglo di Shah Alam?". Teruk saya kena marah masa tu. Na, sekarang ni sapa yang “eating humble pie”? MP tu jumpa saya pun buat-buat tak nampak.

Dalam PAS pun ada pemimpin yang tiba-tiba sahaja boleh pindah Banglo. Kalau mampu pun kenapa nak pindah Banglo. Imej pimpinan2 PAS adalah imej sederhana. Duit nak pakai banyak untuk perjuangan bukan untuk kemewahan.

Lagi satu, ada orang kata saya dibayar Husam Musa. Saya nak bagitau gaji saya sebulan 6 kali ganda elaun Husam Musa sebagai EXCO. Macamana Husam nak beli saya? Cuba jawab.

Begitulah muhasabah saya sedikit sebanyak

Wallahulam bissawab

Tulang Besi

11 comments:

Anonymous said...

Sdr. Topengperak Xungwei,
Saya merasa amat berbesar hati jikalau saudara sanggup memaparkan banner BSR di laman blog saudara. Blog BSR ni diwujudkan untuk menyemai satu budaya baru dalam alam blogosfera Malaysia yang berkisar konsep tanggungjawab sosial dan seterusnya membolehkan para pengujung memberi bantuan kepada kanak kanak yatim dan golongan yang tertindas.

Terima Kasih
Wenger J Khairy

Anonymous said...

dengan gaji kau 6 kali ganda dari gaji husam, apa plak sumbangan kau untuk pas cawangan, kawasan, negeri dan pusat?

dengan duit sebanyak tu, apa plak bantuan kau pada kelarga yg dah 10 tahun dok kat reban ayam?

10 tahun tu, gaji kau mesti dah banyak sejak dulu. tapi takkan tengok je. nape tak dibawa ke pengetahuan pemim[in masa tu?

kan kau ni seorang yang hidup zuhud walaupun gaji besar so nape tak habiskan ke org2 susah? ke kau pon sama je ngan hasan ali

Anonymous said...

salam aidilfitri buat semua

agak agak la bila berpolitik
kerana kita semua telah diberikan
PEMBAYANG PERINGATAN DARI ALLAH
dan bersangkutan dari itulah PARA KAFIR yang terlampau TAKSUB dan TAKUT sehingga TERLEKAT DIHATI MEREKA YANG KAFIR ITU sehingga penganut ajaran DAJJAL di HOLLYWOOD menerbitkan FILEM 2012

namum saya salah seorang AHLI PENGKAJI KONSPIRASI DUNIA rasa ATAS IZIN ALLAH BERKUASA menjadikan apa yang KAFIR takutkan berlaku di 2012

POLITIK MALAYSIA tidak sedahsyat POLITIK DAJJAL yang mengancam UMAT MANUSIA....
SAYA LEBIH BERMINAT MENGENAI KONSPIRASI DAJJAL dari POLITIK MALAYSIA

dari

bond0134331159.blogspot.com

Anonymous said...

Anonymous said...
November 27, 2009 4:39 PM

bro apa ni lain orang cerita lain pulak ko ...
kalau minda pernafian sampai bila2 x berubah ..
Selamilah topix dan intipati dlm tu banyak manafaat..

bagus bro TP ..benar itu pahit ..
Teruskan ..perjuangan

cucu chemat melaka said...

aku jadi ahli pas thn 83,aku tahu betapa miskin nya pas masa tu,nanti ada masa aku cerita ngan kau cik rahman t.besi

Tulang Besi said...

Bang cucu Chemat Melaka,

Tulis lah artikel dan hantar kat malaysiawaves@rocketmail.com

Nanti saya publish.

Mamat Drebar said...

Pertama kali aku bersetuju dengan ko tulang besi. Teramat ramai pimpinan PAS Kelantan samada peringkat Kawasan, MTD dan Cawangan serta pemegang jawatan kerajaan spt wakil rakyat, exco, lantikan-lantikan politik spt setiausaha DUN, ahli-ahli majlis daerah, tok penghulu yang menerima pelbagai hadiah walhal amat jelas rasuah dari kacamata Saidina Umar Abdul Aziz. Tokey-tokey takkan beri sesen habuk pun kalau mereka semua tidak memegang sebarang jawatan parti atau kerajaan negeri. Gejala ini melanda tak kira samada individu yang berkopiah atau tidak, berjanggut atau tidak, pro-Pakatan atau pro-UG. Rasuah dikatakan hadiah. Sekali lagi aku ulangi, PAS perlukan Badan Hisbah untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menerima rasuah.

Anonymous said...

Artikel yang ditulis oleh tulang besi ini pada padangan aku adalah berkaitan dengan status.

Apakah perbezaan antara PAS dan UMNO...? Perbezaannya hanya pada idealoginya saja, yang selebihnya adalah sama.

Apakah kalau ditakdirkan oleh Allah, parti PAS yang diiringi PKR dan DAP mentadbir Malaysia akan menjadi lebih baik atau sekadar menukar orang yang memerintah saja...?

Kita perlu ingat bahawa setiap orang yang dibelit oleh kemiskinan berimpian untuk jadi kaya. Bila sudah jadi kaya mereka mahu memiliki kuasa. Dan apabila sudah berkuasa mereka akan menzalimi rakyat pula. Akhirnya pemberontakan akan melanda negara. Keadaan pasti menjadi huru-hara.

Rakyat yang teraniaya terpaksa mencari orang miskin yang berilmu untuk dijadikan pemimpin mereka atas alasan mereka itu tidak tamak dan haloba terhadap harta, kuasa dan tidak zalim.

Ini adalah roda-roda kehidupan politik yang boleh dilihat dalam dunia UMNO. Dan ilmu inilah yang sedang dipelajari oleh sebilangan pemimpin PAS dan juga PKR.

Sama ada kita sedar atau kita leka masa akan terus berlalu tanpa mempedulikan keadaan kita. Kedudukan ahli politik bukan selalunya selamat. Tidak timbul soal sebelum berjawatan hidupnya macam mana dan setelah berjawatan hidupnya macam mana...?

Sebelum nak senangkan hidup rakyat mereka perlu hidup senang dulu. Sebelum nak kayakan rakyat ahli keluarga mereka perlu kaya dulu. Ini adalah falasafah semua ahli politik yang berjawatan dan berpengaruh. Kalau kurang pasti sila rujuk kepada Tun Dr. Mahathir.

Ketika ada peluang, rembat saja apa yang dapat kerana jika tidak dirembat peluang itu akan beralih ketangan orang lain.... melepas lah lagi !!

Orang yang tidak menerima rasuah belum tentu masuk syurga... tak gitu SPRM... HARAMJADAH khaak tuii

Anonymous said...

TAK SALAH KITA BETULKAN PAS SUPAYA SENTIASA BERADA PADA TREKNYA,,,JGN TERGELINCIR...UMNO SEKARANG AMBIL KESEMPATAN HENTAM PAS,TOK GURU, PEMIMPIN PAS LAIN...PADAHAL MEREKA LEBIH JAHAT...SATU LAGI,,,KALAU KT SINI ADA GENERASI2 ( SAR ), MASIHKAN INGAT PADA TANGAN2 UMNO YANG BERUSAHA HANCURKAN SAR...AKU TAK LUPA SEMUA TU...JGN LUPA PADA KEJAHATAN UMNO...

Anonymous said...

kerja apa ni hang dapat gaji byk sangat? tolong huraikan boleh?

Tulang Besi said...

Anonymous said...

kerja apa ni hang dapat gaji byk sangat? tolong huraikan boleh?
.

Kerja menjahanamkan UMNO