"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 02, 2009

TGHH Keliru, Buang Masa...!

Sumber - Sinar Harian
Oleh - Abdul Azizi Bari

Imej yang kelihatan tatkala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengan media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Agung (JKA) malam Rabu lalu, ialah betapa beliau tidak begitu tepat dan tegas dalam melayan soalan wartawan. Terpaksa Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung, dan kemudian Salahuddin Ayub, Naib Presiden, membantu.

Lebih penting Pas umumnya dan Abdul Hadi khususnya gagal mengambil satu tindakan yang tegas. Kelihatannya mereka masih enggan mengakui masalah yang ada. Bagaimanapun berdasarkan maklumat yang diterima tidak semua dalam JKA begitu: kononnya 75 peratus daripada mereka yang hadir malam itu mahukan tindakan tegas ke atas Ahli Exco Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Dr Hasan Ali. Jadi apabila Abdul Hadi mengumumkan seminar dan hanya tindakan ke atas Selangor tanpa menyebut Hasan banyak tafsiran timbul.

Saya telah menyebut betapa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya apa pun hasil dan keputusan malam itu. Berjaya dalam maksud mengetengahkan masalah yang ada. Berjaya dalam memahami sentimen dan keresahan para pengundi dan penyokong parti di luar. Ini semua nampaknya masih dinafikan oleh Abdul Hadi dan kumpulannya. Nik Aziz juga berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang perlunya mereka membersihkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang didesak supaya mengambil langkah yang sama dalam PKR yang masalah dalamannya makin banyak dilaporkan.

Saya telah menyebut betapa langkah drastik yang perlu diambil Pas tidak akan memecahkan parti. Selain sebab-sebab yang telah saya kemukakan sebelum ini sejarah parti itu juga menyokong pendapat saya. Ini termasuklah ketika Pas membuat keputusan menyertai Barisan Nasional pada 1973. Meskipun presiden ketika itu Datuk Asri Haji Muda menerima tentangan yang kemudian diserlah dalam bentuk satu barisan calon bebas pada PRU 1974, Pas tidak pecah. Begitu juga apabila Asri dan pasukannya keluar Kabinet Datuk Hussein Onn, meninggalkan panglima jihad Pas Datuk Haji Hassan Adli keseorangan di dalam kerajaan. Walaupun Kelantan terlepas dan Berjasa tertubuh selepas Pas dipecat dari Barisan pada 1978 parti itu kekal. Sebaliknya Berjasa yang kemudiannya terbubar.

Pas juga utuh apabila Asri meninggalkan parti dan menubuhkan Hamim pada 1982. Cabaran ketika itu kuat kerana Pas - diterajui oleh Datuk Fadzil Noor yang mula aktif dalam parti mulai PRU 1978 – terpaksa berhadapan dengan Anwar yang menyertai UMNO hasil pujukan Tun Dr Mahathir Mohamad. Berkat kepemimpinan Fadzil Pas berjaya menawan kembali Kelantan – yang kekal hingga sekarang – pada 1990. Kecekapan Fadzil membaca gelombang reformasi selepas Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998 membolehkan Pas menawan Terengganu pada 1999. Fadzil juga mencipta rekod dengan meletakkan Pas sebagai parti pembangkang terbesar dalam Parlimen sekali gus meletakkan beliau sebagai Ketua Pembangkang Melayu pertama dalam sejarah Malaysia.

Saya tidak fikir mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin bermasalah oleh Nik Aziz mempunyai ketokohan sehebat nama-nama tadi. Dengan itu apa yang hendak ditakutkan? Tapi nampaknya Abdul Hadi tidak berfikir begitu.

Apa pun kesalahan Hasan Ali cukup jelas. Justeru menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menanganinya adalah kerja sia-sia. Membuang masa. Saya fikir tidak ada alasan undang-undang yang Hasan boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Baik undang-undang perlembagaan mahupun undang-undang pentadbiran. Apa pun perlembagaan adalah undang-undang utama negara. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain termasuk perlembagaan-perlembagaan parti politik, termasuk Perlembagaan Pas.

Sebab itu pada saya penubuhan jawatankuasa disiplin itu hanya helah Abdul Hadi dan kumpulannya untuk mempertahankan Hasan khususnya dan kumpulan mereka umumnya. Mereka tidak mahu mengaku kalah.

Selain itu masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah politik, bukan masalah undang-undang. Kalau ia masalah undang-undang sekali pun semuanya cukup jelas. Dalam undang-undang wujud apa yang dipanggil ‘judicial notice’ atau pengiktirafan kehakiman. Ini merujuk kepada sesuatu yang tak perlu dibuktikan. Prinsip ini terpakai dalam hal-hal yang semua orang nampak dan semua orang tahu. Seperti matahari naik di sebelah timur dan turun di sebelah barat. Ini tak perlu disiasat atau memerlukan saksi. Gelagat Hasan Ali semua orang tahu. Mengapa dia salah pun semua orang tahu. Semua ini ada dalam perlembagaan. Hanya mereka yang degil dan tak mahu mengaku saja yang tidak nampak. Saya berasa lucu bila soal Abdul Hadi dan kumpulannya pertuduhan dibangkitkan. Ini bukan soal jenayah. Atau soal pembuangan kerja melibat kakitangan awam.

Mungkin Abdul Hadi dan kumpulannya mengharapkan mahkamah membuat tafsiran undang-undang yang pelik sebagaimana mahkamah membuat penghakiman yang aneh dalam kes-kes yang melibatkan krisis politik di Perak! Ini tidak mustahil kerana tindak tanduk Abdul Hadi dan kumpulannya, khususnya Hasan Ali, menguntungkan UMNO. Di negara ini banyak perkara pelik – yang tidak mungkin berlaku di negara lain – telah berlaku.

Apa pun elok Nik Aziz teruskan apa yang dimulakannya. Seperti yang saya katakan beliau telah menang. Paling tidak sedang mendahului. Hanya bilangan gol yang kita belum tahu. Setakat ini memang Abdul Hadi dan kumpulannya sedang mencari helah untuk bertahan. Tetapi saya tidak fikir mereka boleh bertahan lama. Apa yang berlaku sekarang pun sudah cukup untuk meletakkan kumpulan itu dalam keadaan bertahan. Itu pun dalam parti. Di luar sana susah untuk mereka menegakkan hujah-hujah mereka. kalau para pemimpin Pas di peringkat akar umbi emosi dan tidak mahu mengakui masalah yang telah pun diungkapkan oleh Nik Aziz mereka akan hanyut bersama Abdul Hadi dan kawan-kawannya.

Seperti yang saya telah katakan sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh bertindak ke atas Hasan. Sebenarnya – sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh perlembagaan dan disahkan oleh mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim – anggota Kabinet boleh dipecat bila-bila dan atas apa sebab sekalipun. Hatta tanpa sebab pun ketua kerajaan boleh berbuat demikian. Pada hakikatnya di sisi undang-undang Khalid tidak perlu peduli kepada hasil dan prosiding jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan oleh Pas.

Ketika ini Khalid selesa kerana duri dalam daging yang memeningkan kepada selama ini sudah pun diselesaikan oleh UMNO. Selain itu dengan meninggalkan PKR dan berkawan dengan UMNO-Barisan Nasional Badrul Hisham Abdullah telah mengesahkan kedudukan UMNO sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor.

Khalid perlu nekad dalam mempertahankan imej Pakatan. Lagipun Pas, kecuali Nik Aziz, macam tidak sungguh-sungguh. Perkara yang mudah dan jelas ditangani dengan cara yang pelik dan berbelit-belit. Hasan Ali telah melanggar perlembagaan dan sesiapa yang mempertahankannya akan tenggelam bersamanya.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.

20 comments:

dulukini said...

Kita PR jangan jadi seperti BN yang tidak mahu mengaku kesalahan bila dah tersilap. BN mmg dah macam tu sejak sekian lama dan sebab terlalu angkuh dan sombong apabila berkuasa.

Presiden PAS nampak seperti cuba mempertahankan Hassan Ali dan cuba berselindung dengan ayatnya yang berlapit lapit yang sebenarnnya tidak menyelesaikan masalah langsung.

Berikutan kenyataannya tersebut penyokong PAS akan lebih terkeliru dengan maksud yang cuba Presiden PAS katakan. Berikutan ketidak jelasan tersebut juga boleh membuatkan ramai pihak membuat telahan sendiri yang menjatuhkan image parti kemudian hari.

Perkara yang dibangkitkan adalah Hassan Ali yang bertindak sendiri dengan membelakangkan parti tapi Presiden PAS sebut PAS selangor habis semua terkena dan seterusnya mengakibatkan image parti tercalar.

Sekiranya kita tidak mampu menjadi pemimpin kita perlu berundur dan beri kepada orang lain yang lebih berkemampuan demi kemajuan parti.
Kita PR jangan jadi macam parti BN yang memang terel memperbodohkan rakyat.

Anak Lenggong said...

Apa-apa pun yang paling untung dan mahukan tindakan diambil terhadap Hassan Ali adalah puak Erdogan Pas..dan kerajaan negeri khalid gagap serta cina dap..Hal ini disebabkan Hassan Ali merupakan penghalang bagi mereka untuk membuat berbagai perkara kufarat diselangor ni..tengok sahaja laa semalam Khalid gagap dan umumkan bahawa pusat hiburan diselangor dibenarkan beroperasi sehingga jam 3 pagi. Bila Hassan Ali ditendang keluar ..maka tiada siapa lagi adun diselangor yang boleh menghalang...sebab nya khalid gagap serupa juga seperti nizar merupakan boneka kepada cina DAP...dia hanya mengucapkan apa yang dimaukan oleh cina DAP..

Anonymous said...

semuanye dikatakan boneka, baik bagi kat BN balik je.. aparaaa... - Neo

Anonymous said...

Nasarudin Isa di lantik ketua dewan ulama UMNO

Hassan Ali di lantik penasihat agama Datuk Sri Najib

read more www.malaysiabaru.com/blog4.html

Tunggu announcement mingu depan. tahniah.

dulukini said...

Ok juga tu kalau dia orang benar2 menyokong parti BN yang perasuah dan penipu.

Kepada mamat yang dok perli khalid tu ko dengki ke PR lebih telus dari parti BN bangsat.

Anonymous said...

Terserlah sangat orang BN gelabah apabila isu Hassan Ali dibangkit oleh pemimpin PR> Yang nak kena bukan orang BN tapi orang PAS ishk ishk

Putra IJ80 said...

Betul TGHH keliru.

Mcm Mahaded keliru tentang hukum hudud.

Mahaded kata kalau hukum hudud di laksanakan ramai orang Islam kena potong tangan-orang Islam Rugi.,sudah lah kita Islam tak ramai.

Agak nya TGHH pon berfikir lebe kurang Mahaded.,kalau hukum orang PAS yg.salah tur.,nanti tak ramai lagi penyokong PAS.

Mereka tak faham kut.,kalau ramai pon tapi tak guna, nak buat apa??

Itu lah kita nie kadang kadang lupa IBLIS senantiasa mengoda kita.,yang Alim mcm TGHH lagi IBLIS suka.,Mahaded IBLIS dah serasi dgn die.

jadi 2x5 sama dgn 5x2.kut.

He!he!jgn maree.

dulukini said...

Moga2 kita PR akan membentuk satu pasukan yang kuat dimasa depan. InsyaAllah.

Anonymous said...

Apa nak buat.. dah PAS dapat Presiden yg lembab dan lembik macam sotong. Tambah pulak penasihatnya yg dia dok dengar cakap pun lembab dan bengap macam timbalannya, S/usaha agongnya dan sukusakat Ganunya. Ada yg tangkas dan mantap diketepikan. Tengok kat Perak, Nizar yg tangkas tapi tak lantik jadi PJ Pas negeri pun.

Kalau macam ni gayanya, alamatnya sebelum PRU 13 pun, sotong ni dah kering kena salai dgn Najib.

asa nusa said...

nak cari pemimpin yang terbaik... ketua mana2 parti sama saja... bila dah duduk kat atas semua nak menang tanpa bertanding. memang tak ada kualiti la... tak berani diuji. kalau pemimpin menang dari pertandingan, baru ada aura, berani, dihormati dan disegani... hapuskan budaya tak nak bertanding... pupuk budaya pertandingan.

hussin said...

pokok persoalan adalah imej pas sudah dicalarkan.

siapa yang mencalarkan imej pas bukan lagi rahsia.

justeru saranan tgna untuk pas adakan muktamar khas.

keputusan mesyuarat khas tidak sedikitpun berupaya memulihkan imej pas yang dicalar.

keputusan jk disiplin juga tidak akan mampu menghapuskan calaran pada imej pas.

cara penyelesaian yang diambil oleh pas pusat adalah cara yang dipengaruhi pas terengganu. cengkaman pas terengganu ke atas pas pusat amat jelas sekali. cara pasa pusat adalah cara pas terengganu.

cara pas terengganu menyebabkan pas terengganu tidak dapat bertahan di terengganu. cara pas terengganu juga gagal merampas semula terengganu. 2004 dan 2008. pru 11 dan pru 12. kini pas terengganu "menguasai" pas pusat. cara terengganu sudah jadi cara pusat.

jangan lihat ini sebagai anti pas terengganu, jauh sekali. tapi realitinya begitu. siapa cuba mempersenda dan memperkecilkan tgna selepas dari mesyuarat khas, kalau bukan suhaimi almaniri dari pas terengganu? yang kini mengetuai unit it pas pusat?

siapa yang cuba menuduh bukan tgna yang menulis di blog beliau sendiri, kalau bukan dari terengganu? siapa yang cuba menuduh tgna diperalatkan, kalau bukan dari terengganu?

siapa yang memberi peluang seluas2nya kepada umno untuk memperlekehkan tgna? siapa yang tidak berupaya melihat tindakan mereka bukan sahaja mampu memecahbelahkan pakatan rakyat tetapi pada akhir memorakperandakan pas sendiri? siapa pula begitu mendapat sokongan dari umno dalam ribut dalam cawan pas ini? kesemuanya bernoktah di "cara" pas terengganu.

wallahu'alam

Anonymous said...

Hadi tu dah nyayuk pasal dah berkawan dengan umno kafir. Dia telah makan sumpahnya sendiri bila bersekongkol dengan umno dari menjaga amanah rakyat yang mengundinya atas tiket Pas.

Eloklah dia tu jadi sesat macam umno pasal umno tu asabiyyah yang terang2 sesat lagi menyesatkan. Hadi ni saki baki pengikut ibnu taimiyah yang suka menyesatkan orang sedangkan dia sendiri yang sesat. Tak terkecuali gerombolan umno juga sesat kerana cuba menangkap orang yang dituduhnya sesat walhal merekalah manusia yang paling sesat di Malaysia. Tak caya tanya hassan ali, yang sama2 sesat dari ajaran islam.Eloklah mereka ni dipanggil Wahabi malaysia.

tengala said...

Dalam keadaan sekarang PR mempunyai isu yang besar penangkapan Bekas Mufti pun kau orang masih nak mengulang cerita2 nak bagi mampos Pakatan Rakyat.
Tak tahulah aku.....perjuangan apa yang kamu perjuangkan...

Anak Lenggong said...

Inderaputra80...ko pernah tengok ke draf pindaan hukum hudud PAS tu...cuba ko buktikan mana draf pindaan tu ..jangan main tembak jee..kalian sebagai penyokong sahaja yang dok bercakap berkenaan dengan hudud dan mengulai apa yang dikatakan oleh mahathir...ko sedar lah dari bermimpi tu..mahathir dah lama tak jadi PM..cuma nik ajis je yang tak nak turun ..sebab nak bawa jawatan MB tu sampai lubang kubur..sekarang ni isu perlembagaan islam dah tak kedengaran lagi daripada mulut pemimpin PAS..yang ada cuma PAS4ALL..kalau ada pun cuma disalakkan dipentas bagi kawasan orang melayu jee...sekali lagi kalau nak ko buktikan mana dia draf pindaan hukum hudud tu..entah2 belum buat lagi kut..

Anonymous said...

anak lenggong a.k.a anak bengong..kalu dah perlembagaan partai bersandar kan kpd alquran maka undang2 tertinggi adalah hudud..yg terkandung dlm ajran alquran (ni yg diceramah oleh ust. ismail kamus dlm forum perdana).Jgn pening kepala hanya yg bersalah shj akan d hukum dan bergantung kpd jenis kesalahan dan sbb melakukan kesalahan tersebut sbb ada lg Qisas, takzir. Bg jer PR perintah, insyallah kadar jenayah pasti turun sbb ia nya undang2 dr kitab dan bukan ciptaan manusia..bukan kah percaya kpd alquran sebahagian dr rukun IMAN. By the way skrg ni pm 1malaysia sibuk curi idea PR cth trbaru bn4all..pe citer dia nih

Anonymous said...

anak lenggong a.k.a anak bengong..kalu dah perlembagaan partai bersandar kan kpd alquran maka undang2 tertinggi adalah hudud..yg terkandung dlm ajran alquran (ni yg diceramah oleh ust. ismail kamus dlm forum perdana).Jgn pening kepala hanya yg bersalah shj akan d hukum dan bergantung kpd jenis kesalahan dan sbb melakukan kesalahan tersebut sbb ada lg Qisas, takzir. Bg jer PR perintah, insyallah kadar jenayah pasti turun sbb ia nya undang2 dr kitab dan bukan ciptaan manusia..bukan kah percaya kpd alquran sebahagian dr rukun IMAN. By the way skrg ni pm 1malaysia sibuk curi idea PR cth trbaru bn4all..pe citer dia nih

anasnazri said...

alaa.. citer banyak laa korang...

pergi laa kawasan, usulkan EGM... seminar x seminar, itu belakang kira...

klu cukup 56 kawasan mintak EGM, nak x PAS Pusat nak kena buat...

unless, x cukup 56 kawasan... klu x cukup, duk diam2 sudah laa...

ada berani? hihihi...

kembara putih said...

Tubuhkan lembaga disiplin siasat PAS Selangor tu serampang 2 mata, iaitu bagi meletakkan kesalahan Hassan Ali di bahu seluruh pimpinan Selangor dan kedua, mengharapkan pertembungan antara seluruh pimpinan negeri dengan kumpulan TGNA. Yang pastinya kedua2 ini akan menyelamatkan Hassan Ali, kekal sbg PJ dan Exco.

Untuk pecat seorang PJ tidak lah sesukar mana, kerana jawatan tu pun jawatan lantikan, bukannya menang kerana pemilihan. Pokok pangkalnya terletak pada tangan Presiden, antara mahu dan tidak saja.

Anonymous said...

Duhai orang2 PAS.. tak payah nak hiruk pikuk kat sini... pegi tido lagi baik macam si Nasa timbalan tu.. badan tak sakit, hati senang.. tunggu saja habuan unity government.. berkawan dgn UMNO leh dapat macam2.

Pak Da Roni said...

selamat tinggal dari penyokong yang dok abis masa dan wamg ringgit kononya demi perjuangan Islam, kita ada mata melihat, ada telinga mendengar, ada otak pikir. orang atasan pas dok sibok nak cari nama dan cari makan menggunakan parti Islam.