Friday, February 06, 2009

Tanah 1998 Tahun Untuk Melayu Perak..! - malaysiakini

Jadi ini adalah cabaran pertama untuk parti Rasuah/UMNO/BN yang baru sahaja berjaya menubuhkan KERAjaan Haram di Perak...

Sebagai Parti yang sentiasa melaung-laungkan "kunun"nya depa ni pembela melayu dan dok sebok menempelek Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang mengurniakan tanah 999 tahun kepada masyarakat Cina Perak...

Apa kata KERAjaan Haram kurniakan tanah 1998 tahun kepada anak Melayu Perak???


Boleh?

Aku cabar hangpa buat sebagai membuktikan ketelusan hangpa dalam hal ni...!!!

Patik di dango .. Tuanku di istana - malaysiakini

Ampun tuanku, sembah patik harapkan diampun. Ampun tuanku kerana patik tidak biasa menyusun patah-patah bahasa istana untuk diucapkan kepada tuanku. Ampunkan patik kerana meluahkan isi hati patik secara maya. Ini kerana patik tidak mungkin berpeluang mengadap tuanku di istana. Patik hanya mampu melihat dari jauh akan kehebatan istana tuanku. Begitu tersergam indah berbanding dengan dango patik di hujung kampung.

Tuanku, izinkan patik meluahkan rasa sayu dan rasa hiba yang teramat sangat perihal negeri ini pada hari ini. Perihal akan ketentuan yang tuanku telah putuskan. Perihal yang tuanku putuskan atas bicara tuanku. Patik tergamam lesu letih lemah longlai dengan keputusan tuanku. Dan sebentar tadi patik maghrib dan isyak bersama bayangan keputusan tuanku. Patik sayu dan menangis di sejadah Allah. Patik yang begitu sukar mengalirkan air mata boleh menangis kerana keputusan tuanku petang tadi. Patik tidak menyangka begitu sekali keputusan tuanku.

Tuanku, patik teringat zaman sekolah. Cikgu patik semasa mengajar pernah memberitahu bahawa semua rakyat yang berusia atas 21 tahun layak mendapat kuasa menentukan sesebuah kerajaan pusat atau negeri melalui undinya dalam pilihanraya. Rakyat lebih berkuasa daripada pemimpin pada waktu itu. Pemimpin yang menang majoriti akan diistiharkan sebagai wakil rakyat. Kumpulan majoriti wakil rakyat ini akan memilih seseorang di kalangan mereka untuk dilantik sebagai Menteri Besar. Apabila seseorang Menteri Besar telah dilantik secara sah oleh istana, maka tempoh jawatannya hanya akan berakhir jikalau dia meninggal dunia, meletakkan jawatan, kalah dalam usul undi tidak percaya di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri ataupun setelah tuanku memperkenankan pembubaran DUN. Cikgu patik juga memberitahu bahawa budi bicara sultan hanya boleh digunakan apabila terdapat sebarang keraguan yang tidak boleh diselesaikan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada. Jikalau peruntukan undang-undang itu telah sedia ada, maka undang-undang itu hendaklah diguna pakai. Itulah yang dimaksudkan dengan Sistem Pemerintahan Demokrasi & Raja Berperlembagaan.

Tuanku, setelah patik mendapat perkhabaran akan keputusan tuanku ini, patik menung, patik murung. Cikgu patik mengajar tidak betul. Cikgu patik dangkal ilmunya. Cikgu patik telah membohongi patik dan rakan-rakan patik. Patik dan rakan-rakan patik telah memanjangkan pembohongan cikgu patik ini kepada marhaen di maya ini. Patik malu kerana telah berbohong akan maksud Raja Berpelembagaan itu. Cikgu patik tidak layak menjadi cikgu. Sepatutnya cikgu patik mesti mengajar dan memberitahu patik bahawa sultan berkuasa mutlak menentukan nasib hidup rakyat di negeri ini.

Tuanku, di hati nurani patik terfikir kenapa tuanku tidak izinkan pembubaran DUN seperti yang dipohon oleh memanda tuanku. Jikalau pembubaran DUN boleh disamakan dengan membuang masa atau satu pembaziran, apakah jaminan kerajaan yang mengganti ini akan stabil atau semakin tidak dihormati oleh majoriti rakyat tuanku. Jikalau tuanku berat hati untuk membubarkan DUN Perak, tuanku boleh mengistiharkan kekosongan di tiga DUN Bebas. Ini tentu adil untuk kedua-dua pihak iaitu BN dan PR untuk dihakimi kembali oleh rakyat. Jikalau BN menang, PR akan menghormati kemenangan itu.

Tuanku, keputusan tuanku hari ini seolah-olah memperlihatkan bahawa tuanku lebih menyebelahi BN. Kasihan PR seolah-olah dilihat sebagai rakyat kelas kedua. Tolonglah tuanku. Patik merayu kepada tuanku sementara masa masih ada lagi untuk tuanku mengubah keputusan menangguhkan dahulu perlantikan Menteri Besar baru. Sekiranya tuanku tidak berkenan akan exco bukan Melayu yang lebih ramai bilangannya daripada Melayu, ia boleh diperbetulkan semula. Patik yakin PR akan terus menjunjung kedaulatan tuanku.

Ampunkan patik tuanku. Patik tidak beradab kepada tuanku. Patik sekadar meluahkan isi hati sedih dan kecewa yang entah bila akan kembali ceria.

Patik memohon mengundur diri. Ampun tuanku. Daulat tuanku.

sumber: http://jantantuya.blogspot.com/

SUK Perak Kurang Ajar? - malaysiakini

Malaysiakini melaporkan, sidang akhbar Haji Mohammad Nizar Jamaluddin diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.

Gambar Abdul Rahman di sebelah dan emailnya adalah drrahman@perak.gov.my

Diakah yang kurang ajar?

Tranungkite tadi melaporkan, pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini. Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.

Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini. Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .

Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya. Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.

Inilah gambaran kudeta yang semakin bercelaru sehingga sesuatu yang tidak berperi kemanusia dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Perak selama 10 bulan yang lepas.

~penarik beca

TP - selama 11 bulan memegang jawatan Menteri Besar Perak, sekalipun aku tak pernah dengar Ir Nizar berkasar dengan orang bawahannya, sampai satu ketika, Nizar diibaratkan sebagai seorang yang "senang dicucuk hidung" oleh musuh politiknya lantaran sikapnya yang menghormati dan tidak meninggi diri baik dengan rakan, mahupun dengan musuh...

Tapi hari ni orang yang selama 11 bulan telah berbakti kepada rakyat Perak dihina bagaikan binatang oleh bekas "orang bawahannya"...

Fikir-fikirkan...

Minta JAI Seluruh Negeri Siasat - malaysiakini

-tok iskandar

Tok meminta Jabatan Agama Islam Perak, Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan dan JAKIM menyiasat penglibatan Raja Ashman bin Sultan Azlan Shah di dalam tarikat Naqsyabandiah Syeikh Nazim Al Haqqani yang telah diputuskan bertentangan dengan ajaran Islam oleh majlis Fatwa Kebangsaan pada 2000. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat.

Raja Ashman dikatakan penaung tarikat ini. jangan dilengahkan perkara yang amat serius ini dan zahid Hamidi selaku menteri JAKIM turut bertnggungjawab terhadap perkara ini. Lebih-lebih lagi ketika ini beliau adalah Timbalan Pengerusi BN Perak.

Kertas kerja ajaran tarikat ini pernah dibentang oleh bekas Ketua Pengarah JAKIM, Datuk haji Mustafa. Kertas kerjanya JFK Bil 3/48/2000.

antara tempat operasi kumpulan tarikat ini. no 28, Jalan setiabudi,bukit damansara, behampiran masjid Syaidina Omar. Kampung Sum sum di Janda Baik, Pahang dan no 57, lembah Bukit Jambul.

Diminta siasatan dijalankan segera kerana bimbang menular kepada umat Islam dan ingin mengetahui sejauh manakah penglibatan Raja Ashman dalam tarikat ini

Siaran Langsung Rampasan Kuasa Di TV1

kemaskini 4pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

kemaskini 3.55pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

Kemas Lagi

kemaskini 3.48pm Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.

Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

kemaskini 3.36pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Pemimpin PAS mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

Tentera Apa Ini? - malaysiakini

Tengok Demo dekat Masjid Ubaidillah???

Orang berkumpul di Masjid, buat bacaan Yassin, berzikir dan berdoa...

FRU???

Bertindak macam ejen Zionis...

Tembak bom asap macam Israel...

Ya-Allah... lindungilah mereka-mereka ini...

Kemas Sekarang

kemaskini 3.25pm Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm
Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

Polis tembak gas sekali lagi, lebih banyak

Kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

kemaskini 2.58pm
Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

kemaskini 2.50pm
Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

kemaskini 2.40pm
Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm
Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm
Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

kemaskini 2.15pm
Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm
Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm
Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

12.10pm
Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

12.01pm
Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

11.50pm
Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

10.45pm
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

10.20am
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

9:40am
Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

9.30am
Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

Laporan sebelumnya
:

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa memberitahu bahawa satu protes besar-besaran akan diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, protes anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu bertujuan membantah majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, dipilih BN untuk mengisi jawatan tersebut setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jamaluddin Mohd Radzi (bekas wakil rakyat PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan wakil rakyat bebas.

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - setelah 10 hari berada dalam PKR – kembali bersama BN kelmarin.

Norazli menambah, beliau difahamkan lima trak unit pencegah rusuhan FRU telah berada di masjid tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui jumlah anggota polis yang dikerahkan.

Katanya, beliau menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada mereka akan mengadakan bantahan di Istana Iskandariah – tempat berlangsung majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang ini, Norazli berkata:

"Tidak. Pemuda Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan protes di Istana Iskandariah."

Mohammad Nizar malam tadi berkata semua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau akan memulaukan majlis tersebut sebagai lambang tidak mengiktiraf kerajaan baru BN itu.

Nizar: Barang saya diambil tanpa izin

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatnya seperti biasa pagi ini dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasminya.

Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup.

Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka.

Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka.

nizar jamaluddin perak mb office lock out bn takeover 060209 06Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu.

Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya.

Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah diambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya.

Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyuarat exco tanpa kebenaran Sultan.

"Saya meminta rakyat bertenang...," katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit itu.

Sidang akhbar Nizar diganggu dua kali oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahman Hashim dan Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias.

Nizar juga enggan mengadakan pertemuan dengan Abdul Rahman dan kemudiannya beredar bersama yang lain ke kediaman rasminya di mana beliau dijangka mengadakan satu sidang akhbar.

Semua wartawan keluar dari bangunan itu.

Pada kira-kira jam 10.42 pagi, kelihatan kereta menteri dan semua kenderaan exco bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis.

Berikut adalah rentetan peristiwa pagi tadi.


9.30 pagi:
Anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

9.40 pagi:
Nizar, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exco tiba di bangunan SUK. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk.

Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

nizar jamaluddin perak mb office lock out bn takeover 060209 0410.15 pagi: Nizar dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Abdul Rahman dan Azisman.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan supaya meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu Azisman supaya mematuhi prosedur.

10.20 pagi:
Nizar dan anggota exco berkereta keluar dari pejabat SUK, balik ke kediaman rasminya.

10.45 pagi:
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri.

Kes ini berakhir... Tahniah Tuanku Sultan

-afiq raya

Petang 5 Februari,
Dibasahi dengan air hujan setelah sekian lama,

Suram,


Surau dan juga masjid,

Sentiasa menjadi saksi engkau melaksanakan tanggungjawab engkau,

Sentiasa menjadi titik pertemuan kami bersama engkau,


Sentiasa memberikan kami ilmu akhirat,

Sentiasa mendengar segala masalah rakyat,


Adakah hari Jumaat berikut,

Engkau berdiri sebagai pemimpin dan juga pendakwah lagi,


Selepas ini mungkin kita pasti sukar bersua muka,

Namun, harapan pasti ada,
Semoga engkau tabah menghadapi dugaan,

Inilah medan peperangan kita,

Ganjaran menanti mu di penghujung dunia.

Takbir!

Allah sentiasa di sisi orang yang tabah!
Ikhlas kepada Ir Nizar Jamaluddin