Thursday, February 26, 2009

Tanah Kerajaan Dan Tanah Rizab Melayu Tergadai..! (siri 2) - malaysiakini

Fakta 5

Senarai sebahagian rekod kebaculan UMNO/BN menggadaikan tanah Kerajaan dan Tanah Rizab Melayu ke tangan Gergasi-Gergasi perniagaan kaum Cina dan syarikat asing :

1 - Tauke-Tauke Cina (KLK) telah dianugerahkan dengan TANAH KERAJAAN di kawasan Lekir, Manjung seluas 2,000 ekar.

2 - United Plantation (Syarikat milik WARGA ASING) telah dianugerahkan dengan TANAH RIZAB MELAYU di kawasan Beruas, Manjung seluas 5,000 ekar.

3 - 1,500 ekar TANAH KERAJAAN di kawasan Bandar Baru Kampar pula telah dianugerahkan kepada MCA untuk membina Kampus UTAR (Universiti Tuanku Abdul Rahman) dimana pembangunan ini sepatutnya diberi peluang kepada Kontraktor Melayu yang berkelayakan.

4 - Pengusaha Pertanian Kaum Cina telah dianugerahkan dengan TANAH KERAJAAN di Cold Stream, Bikam, Bidor seluas 12,000 ekar.

5 - TAPAK KILANG PERAK HANJONG di kawasan Padang Rengas, Kuala Kangsar seluas 200 ekar bertaraf TANAH KERAJAAN telah dianugerahkan kepada YTL Corporation (Yeoh Tiong Lay). maklumat tentang YTL boleh dilayari di[sini].

*Tidak termasuk ratusan kes lain lagi yang melibatkan keluasan sederhana dan ribuan kes melibatkan keluasan kecil di seluruh negeri Perak telah tergadai sepanjang 50 tahun UMNO/BN menguasai Negeri Perak.

Fakta 6

Kerajaan Pakaatn Rakyat Negeri Perak berjaya menghentikan skandal "gadai tanah" kerajaan di beberapa lokasi komersial di Ipoh, Taiping, Bidor, Kinta dan Perak Tengah yang dijanjikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN kepada Taukey-Taukey besar Cina menjelang Pilihanraya Umum 2008 kerana mempunyai sebab-sebab yang mencurigakan.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menghalang rancangan itu sebaik sahaja mendapat mandat pada pertengahan Mac, 2008.

Fakta 7

Ketetapan memberikan hak milik selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru (bangsa Cina), Kampung Tersusun (bangsa Melayu dan India) dan Kampung Adat (orang Asli) adalah janji PAS dalam menifestonya untuk Pilihanraya Umum ke 12 dan bukannya janji DAP..!

Fakta 8

Dengan pemberian hak selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru, Kerajaan Negeri Perak akan memperolehi tambahan revenue kerana kenaikan kadar premium tanah tersebut. Anggaran bayaran premium yang akan diperolehi oleh kerajaan ialah antara RM300juta - RM450juta.

Nilaian tanah itu juga akan meningkat kepada RM1.6billion dipasaran. dengan status hakmilik selama-lamanya, pemilik boleh mendapatkan pembiayaan yang tinggi jumlahnya daripada institusi kewangan dengan mencagarkan tanah tersebut. Hal ini akan merangsang pembangunan penempatan yang lebih sempurna di Kampung Baru dan merancakkan aktiviti ekonomi.

*Pendedahan ini BUKAN BERTUJUAN untuk membangkitkan sentimen perkauman sebaliknya untuk menjawab tohmahan UMNO/BN dan menunjukkan betapa mereka telah menggadaikan tanah kerajaan dan tanah rizab melayu untuk kepentingan parti dan beberapa individu tertentu sahaja - Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak.

Projek 1000 tahun tak kan mungkin UMNO/BN di Bukit Gantang !

Wak bangga gila jadi warga Perak. Malah wak kira warga Bukit Gantang lebih gembira dari wak. Malah jika nak kira gilanya kebanggaan warganya, ia dapat kita lihat betapa gemilang dan cemerlangnya projek itu di bawah mantan 'airmata' MB Perak melalui projek pembangunan Kerajaan Tempatan di situ. Wa bukan setakat kata, tapi lihatlah foto dibawah, hampir 10 tahun projek pembinaan untuk 6 unit gerai 10 kaki X 10 kaki, namun ia akan siap juga dalam beberapa hari lagi... Ikut sejarahnya projek ini telah dilaksanakan dari zaman mantan 'airmata' namun sehingga zaman teh tarik 'zambry' ia tetap masih belum sempurna! Why? opps... me not can spik english, pliz!! Opps... wak kena stop kat sini, ada pegawai sudah datang meninjau ini projek... beri laluan... beri laluan...!

Atau setakat memberi laluan, tetapi untuk siap kena tunggu janji rakyat mengundi Barisan dahulu, kerajaan Perak nak lihat kesetiaan. Tanpa kesetiaan dan taat setia sekelian hamba rakyat, rakyat mungkin terus gila untuk menunggu seribu tahun lagi...!

Jika korang nak gerai ni siap..sila undi Barisan Nasional ! Ingat..!! Undi BN ! Hanya dengan undi BN sahaja pembangunan akan dilaksanakan! Walaupun 10 tahun sudah berlalu menunggu ! Ptuihhh...!!

-al-banjari online

Sekitar Ceramah MB Ir Nizar Di Bagan Serai - malaysiakini

Malam tadi di Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai, berlangsung Ceramah Perdana Isu-isu semasa oleh YAB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Majlis dimulakan tepat jam 9:30 malam dengan ceramah pembukaan dan suntikan semangat oleh pengerusi majlis.

YAB Menteri Besar Dato' Seri Ir Nizar tiba lebih kurang jam 9:40 malam dan disambut dengan laungan takbir dari para hadirin yang membanjiri kawasan ceramah.

Majlis semalam dianggarkan telah menarik lebih kurang 3000 audience yang telah memenuhi kawasan sekitar Markaz Tarbiyah PAS seawal waktu maghrib sebelum memulakan solat Maghrib berjemaah disusuli denagn solat Isyak berjemaah di masjid bersebelahan Markaz Tarbiyah PAS Bagan Serai.

Deretan gerai-gerai para peniaga kecil juga dipenuhi dengan para hadirin yang mengambil kesempatan mengalas perut masing-masing sementara menunggu majlis bermula.

Apa yang paling menarik dalam majlis semalam ialah bilamana ia berjaya mengumpul audience dari berbagai kaum dan agama di bawah satu bumbung. kelihatan masyarakat dari kaum Cina dan India tidak segan silu memenuhi dewan ceramah dan tanpa rasa takut atau segan, mereka memenuhi barisan hadapan deretan pendengar ceramah.

Tahniah Pakatan Rakyat kerana berjaya menyatukan semua kaum tanpa paksaan dan bayaran dibawah satu bumbung diatas satu nama - PERPADUAN...!!!

Barisan penceramah.
Antara tetamu yang memenuhi dewan tempat ceramah diadakan.
Tetamu lelaki dan wanita diasingkan antara satu sama lain.
Berbagai kaum, bangsa dan agama dibawah satu bumbung atas nama PERPADUAN.
Datang dengan jemputan, pulang tanpa bayaran. itulah perjuangan.
Suasana begini hanya dapat anda lihat dimajlis anjuran Pakatan Rakyat.

Tahniah Kepada SiBANGANG-SiBANGANG - malaysiakini

Berita paling best hari ni :
  • Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
  • Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
  • Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
  • Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).
Dan macam biasa "Berita Paling Best" hari ini pasti (WAJIB) disusuli dengan kenyataan :
  • "Sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu."
  • "Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh,"
  • "Kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan."
  • "Kewujudan lebuhraya berkenaan juga telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.
Tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang berkhidmat didalam organisasi KERAjaan Malaysia (pusat) kerana anda prihatin kepada rakyat (baca : prihatin bagaimana nak sapu duit rakyat).

Tahniah juga kepada penyokong-penyokong UMNO/BN kerana telah memberi mandat kepada UMNO/BN untuk menubuhkan KERAjaan Pusat pada PRU-12 yang lalu seterusnya membolehkan UMNO/BN meneruskan agenda mereka - NAIK, NAIK, NAIK, NAIK, NAIK, NAIK dan NAIK...!!!

Sekali lagi ucapan tahniah kepada penyokong-penyokong UMNO/BN kerana telah memberi mandat kepada UMNO/BN untuk menubuhkan KERAjaan Pusat pada PRU-12 yang lalu seterusnya membolehkan UMNO/BN meneruskan agenda mereka memBANGANGkan korang semua (penyokong-penyokong UMNO/BN) dan macam biasa, usaha memBANGANGkan penyokong-penyokong UMNO/BN yang sedia BANGANG ini akan berterusan kerana siBANGANG-siBANGANG (penyokong-penyokong UMNO/BN) ini tidak akan tahu bahawa mereka-mereka ini (penyokong-penyokong UMNO/BN) sedang diBANGANGkan oleh idola mereka...

TAHNIAH...!!!

Tanah Kerajaan Dan Tanah Rizab Melayu Tergadai..! (siri 1) - malaysiakini

Fakta 1

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak dianggotai oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ahli-Ahli EXCO.

3 Pegawai Kanan Kerajaan yang menganggotai MMK adalah pegawai yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Offocio. Mereka berperanan membimbing dan menasihati Ahli MMK supaya tidak membuat keputusan yang melanggar atau bercanggah dengan perundangan negara dan negeri

Oleh itu semua keputusan yang dibuat adalah melalui proses menyeluruh dan merujuk kepada ke3-3 Pegawai Kanan Kerajaan itu.

Fakta 2

Permohonan hal ehwal tanah, hasil bumi, perlombongan, pelaburan dan lain-lain yang berkenaan adalah dirujuk kepada Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan. Ketua-Ketua jabatan ini akan menasihati MMK dalam membuat keputusan.

Fakta 3

Setiap kali sebelum mesyuarat EXCO, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan sebarang permohonan akan dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak atau DYTM Raja Muda Perak.

Setiap keputusan Mesyuarat EXCO juga dipersembahkan kepada DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda beserta minit mesyuarat.

Oleh itu semua fitnah mengenai Kerajaan Pakatan Rakyat "gadai tanah Kerajaan" kepada bangsa Cina adalah tidak berasas. tuduhan itu hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan individu dan pihak-pihak yang melemparkan tuduhan itu sendiri.

Dengan keanggotaan 3 Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan penglibatan langsung semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri, maka setiap keputusan Mesyuarat EXCO adalah menepati kehendak Undang-Undang Negara dan Negeri secara menyeluruh.

Melalui prosedur Sembah Maklum untuk perkenan DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda bagi esmua kertas untuk kelulusan atau penolakan pernohonan tanah serta prosedur rujukan kepada semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan berhubung permohonan mana-mana tanah, maka fitnah "gadai tanah" itu langsung tidak berasas.

Komitmen kepada Undang-Undang dan ketelusan proses kelulusan/penolakan itu juga dikukuhkan dengan prosedur Sembah Maklum keputusan beserta dengan minit mesyuarat EXCO kebawah DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda.

Fakta 4

"Gadai tanah" kepada orang asing dan kepada kaum cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak "tanah rizab melayu" adalah jenayah KERAjaan UMNO/BN selama nerpuluh-puluh tahun. Singapura adalah trajedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan sehingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia.

Kehilangan melayu di Pulau Pinang, sebahagian Pulau Langkawi dan sebahagian Pulau Pangkor juga adalah jasa "kebijaksanaan khianat melayu" UMNO/BN.

Selain itu, ratusan ribu ekar tanah rizab melayu di merata ceruk tanahair turut menjadi mangsa "mati pucuk" jiwa melayu pimpinan UMNO/BN.

*Pendedahan ini BUKAN BERTUJUAN untuk membangkitkan sentimen perkauman sebaliknya untuk menjawab tohmahan UMNO/BN dan menunjukkan betapa mereka telah menggadaikan tanah kerajaan dan tanah rizab melayu untuk kepentingan parti dan beberapa individu tertentu sahaja - Urusetia Penerangan Pakatan Rakyat Perak.

Program DS Ir Nizar Hari Ini - malaysiakini

Program 1 (Khamis, 26hb. Februari, 2009 - Bermula Selepas Solat Maghrib)

- Kuliah Maghrib dan Solat Hajat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak oleh Ustaz Badrul Hassan Al-Basri.

Program 2 (Jumaat, 27hb. Februari, 2009 - Bermula jam 3.00pagi)

- Majlis Qiamullail dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hussin dari Pondok Lubuk Tapah Kelantan dan YB Ustaz Ahmad Mustafa (ADUN Demik Kelantan).

Semua pencinta Kerajaan Pakatan Rakyat dijemput datang beramai-ramai untuk memuliakan majlis.

DS Nizar: Beri Tanah Pada Yang Berhak - malaysiakini

Malam tadi masa lepas ceramah MB kat Masjid Tinggi Bagan Serai, Amran (Setiausaha Sulit MB) bagi kat aku satu surat. MB dah jelaskan hal ini dalam ucapan beliau tadi. Ini pulak sumber dan bukti yang Perak betui-betui ada bagi tanah kat orang melayu.

Banyak tulis pun tak guna, klik kat gambar sebelah, baca sendiri apa surat tu kata. Aku malas nak cerita panjang. Kalau nak tau cerita lanjut baca kat sini, sini, sini, sini, sini, sini dan sini. Nak tau lebih lanjut lagi tanya kat Pakcik Google.

Aku cukup heran, sampai la ni isu tanah kat Perak ni Umno masih lagi main, sekurang-kurangnya di alam maya. Baru sehari dua lepas aku dapat lagi email dari kawan-kawan yang tak puas hati pasai isu tanah kat Perak ni.

Depa-depa ni cukup percaya kelentong Umno yang kata Hj Nizar boneka DAP pasai luluskan tanah untuk orang cina. Aku pun heran, takkan depa-depa ni tak pernah langsung terbaca jawapan balas menjawab isu ni. MB sendiri dah jawab isu ni dan jawapan dia tu ada kat banyak blog, macam kat sini dan kat sini.

  • Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Memang aku pun tak mau nafi Perak ada bagi kat cina. Persoalannya cina yang duduk kat perak ni bukan warganegara ka? Depa sebagai warganegara tak layak dapat tanah? Sungguh-sungguh Umno jaja isu ni sampai ada yang kata Kerajaan PR Perak nak gadai negeri. Andaian yang cukup bodoh tetapi cukup jijik. Aku kata jijik pasai depa tak pernah pun bagitau kat kita apa yang depa dah buat sebelum ni.
  • 22,000 ekar ( Ya! DUA PULUH DUA RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  • 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

  • 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

  • Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

  • 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Depa mungkin kata semua tu untuk pembangunan perak. Tapi isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya. Ada Umno buat? HARAM. Bukan takat di Perak ja, seluruh Malaysia depa buat macam tu. Pasai tu la tanah rizab melayu semakin berkurangan.
  • Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
  • Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
Petikan kat atas tu aku cedok kat web mindarakyat yang diterbitkan tahun 2000. Sapa-sapa yang ada angka terbaru tolong terbitkan, aku takdan nak cari. Artikel tu bukan takat cerita pasai isu tanah ja tapi banyak lagi isu lain yang menunjukkan betapa UMNO ternyata gagal dalam perjuangannya untuk kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara.

Lagi satu aku nak minta tolong kat sapa-sapa yang berkenaan, tolong semak pasai status dan cerita 'menarik' tanah tapak TESCO ka apa tah yang kat Taiping tu. Aku nak cerita tak berani pasai tak dak bukti. Ada member mintak aku tolong semak tapi aku tak dak kabel.

(source :
Cenangau/Al-Banjari Online)