Wednesday, April 15, 2009

YB Nizar: Wat Tu Du In Bukit Gantang - malaysiakini

Artikel best ni aku cilok dari sini - COMRADE1 (dulu 8) - priory of jenin jadi kalau nak komen, dekat sini pun boleh, dekat tuan punya artikel asal ni lagiiiiii la boleh, jemput la ke blog dia... jangan memalu...

Saja aku boh title macam kat atas tu. Bukan maksud nak bagitau apa dia kena buat, tapi bagi pandangan apa dia boleh buat tolong orang bukit gantang. Aku ni local, kira berhak jugak la nak cakap. Apa-apa pun aku try tulis benda yang orang lain tak pikir. Maybe ada yang fikir jugak..

1. Makam Long Japaq tu buat taktau pun takpa. Puak ‘feudal’. Aku tak bangga dengan dia. Aku mungkin salah anggap.

2. Ada tempat berkhelah nama Batu Hampaq, dekat area Trong. Buatlah tempat ni jadi glamour sikit. Jadikan macam ‘Burmese Pool’ kat kaki Bukit Larut nun. Rasanya billboard promosi tempat ni pun takdak. Paling sesuai boh kat tepi jalan masuk ke Tol Plus tu. Elok jugak kalau ramai orang mai mandi sini, sekurang-kurangnya kurang la lagi remaja buat projek dan hisap dadah kat situ.

3. Gelanggang futsal kat sebelah tempai juai durian tu, buatlah ‘Liga Perpaduan’ ka apa ka, sekurang-kurangnya YB ada tempat jumpa orang muda. Yang mana ‘kahaq’ sangat lawan YB masa berkempen haritu lama-lama cair la. Kat Malaysia ni mana ada lagi liga futsal yang berlanjutan sampai 6 bulan. Paling kurang dalam seminggu ada 1 hari untuk ‘hari perlawanan’. Projek ni bukan setakat menguntungkan dari segi politik, tapi kalau pandai boleh buat duit. Lagipun malu la kalo Presiden PAFA takdak apa-apa inisiatif. Paling siknifikan, sama aje la dengan presiden-presiden yang Umno. Nak cerita bab futsal ni duduk minum kopi pun tak abis.

4. Yang juai buah-buahan kat tepi jalan nun ramai, cuba fikirkan sikit apa boleh tolong depa. Geng Bloggers Network dengarnya dulu ada projek ‘CERIA’ tapi stuck sebab macam-macam terjadi muktahir ini. Cuba bawak berbincang dengan depa ni. Janganlah ingat depa time nak pilihanraya jer.

5. Kat Matang ada pasar borong, cuba bagi glamour dan besarkan sikit. Sekarang ni yang kat Kemunting lagi glamour. Sekurang-kurangnya dapat orang Bkt Gantang juai hasil tani dan orang Kuala Trong juai hasil laut. Nak cakap banyak pasal Trong saya taktau, mungkin sahabat kita Cyberboron boleh tolong.

6. Kes dadah. Dari masa YB dari Gerakan dulu, sampai la ke arwah Roslan tadak sapa ambil peduli pasal remaja-remaja Melayu yang terlibat dengan dadah, dari yang duduk dalam Kg Cheh sampai la kat Kuala Sepetang. Minta uruskan. Buatlah program bodoh-bodoh ‘Belia Bukit Gantang Sifar Dadah’ ka. Yang penting dokumentasi, tak kiralah dalam apa bentuk. Jangan jadi macam lepaih, buat macam-macam tapi rakyat marhaen tak paham apa pun.

7. Kat tepi replika buah-buahan tu eloknya ada papan besar yang tunjuk apa yang YB nak buat dan apa yang dah dibuat seeloknya ada kotak kosong untuk ditandakan. Biaq sampai orang yang lalu lalang pun tau apa YB nak/dah buat. Lepas tu boh la nombor-nombor telefon sapa yang patut. Tadak la longkang tersumbat pun nak panggil YB. Haru yob!

8. Tolong adakan sekretariat yang menguruskan masalah birokrasi orang kampung, dari hal pinjaman ke, undang-undang ke.

9. Kalau ada wang kot-kot boleh dipertimbangkan untuk buat open-stall mi udang dekat jalan KualaKangsar – Taiping. Mi Udang dan tak lupa Kanji Arab dah popular. Minta tolong sangat jangan la buat gerai-gerai rakyat macam yang dok ada sekarang ni. Orang Melayu dok bukak kedai juai benda makan (tomyam, tomyam, tomyam)yang sama jer. Mana nak produktif. Kalo boleh bagi kat puak-puak kita jer. Ada gak pekdahnya. Tapi apa hidangan yang nak dijuai tu kena ada proposal dulu. Kroni kita pun tapi dok juai macam yang saya dok cakap tu, baik tak payah. Nanti buka 6 bulan, lepas tu tutup.

10. Selain Festival Buah-Buahan yang diadakan sebelum ni, Bukit Gantang banyak benda yang boleh boast tourism industry. Blajo sampe Birmingham kalo tak nampak lagi tumpo Yob, spek dah pake.. lagi satu festival buah-buahan tu kal takdak lepas ni, naya..

11. Tiap-tiap apa yang dibuat diatas ada faedah politiknya kalo YB reti expand the horizon. Jangan lambat-lambat. Orang UMno berdengki dengan YB, takut baru 11 bulan kena pecat lagi!

Kes Londeh: Ada Pulak Kenyataan Bangang - malaysiakini

Susulan kes Londeh Seluar Srikandi... hari ni sambil-sambil aku packing barang-barang nak bawak balik ke KL, dapat kunjungan dari sahabat dalam Pakatan Rakyat.

Ada pulak sambungan dari kisah hot masa tempoh kempen PRK P-059 hari tu. kes Londeh Seluar Srikandi.

Ada bingai yang buat kenyataan mengatakan bahawa apa yang berlaku adalah rekaan semata-mata. bingai tu jugak mengatakan bahawa tempat kejadian tak pernah wujud. bingai tu habaq lagi individu yang terlibat dalam kes tu sebenarnya pergi menggoda Veteran UMNO/BN dekat tempat kejadian tu dan jugak laporan yang dibuat oleh mangsa adalah semata-mata laporan palsu.

Aku memang tertunggu-tunggu berita macam ni sebab lepas habis PRK P-059 aku buntu nak update blog ni... pucuk dicita ulam pegaga... lebam la muka kau aku bantai...

Bantai 1 -
  • Kenyataan bahawa kejadian tak pernah berlaku dan tempat kejadian tak pernah wujud.
kenyataan yang sebenarnya ialah tempat tu memang wujud dan semua maklumat berkenaan tempat kejadian telah diberi kepada pihak polis lengkap dengan gambar semasa kekalutan.
Yang buat kenyataan ni memang bingai tahap kuda longkang (dah lama aku tak tengok master yoda, master jedi dan kuda longkang dekat ruangan komen... mana hangpa pi..?). buat kenyataan ikut sedap anak tekak mak bapak depa je. bukan nak siasat, tapi leboh kepada nak nafikan apa yang dah berlaku.

Tapi aku faham... UMNO/BN akan lakukan apa sahaja untuk melindungi para pemaksiat-pemaksiat dalam UMNO/BN.

Bantai 2 -
  • Kenyataan bahawa mangsa menggoda Veteran UMNO/BN di tempat kejadian.
Ini adalah kenyataan paling bingai tahap kuda longkang kuasa 3. memula habaq kejadian tak pernah berlaku, tempat kejadian tak pernah wujud, tiba-tiba ada pulak kenyataan bahawa mangsa menggoda veteran UMNO/BN di tempat kejadian...

Dasar bingai punya kuda longkang kelahiran UMNO/BN... bodoh, bodoh, bodoh, bodoh dan bodoh sama dengan bangang...

Kejadian tak pernah berlaku, tempat tak pernah wujud tapi mangsa menggoda veteran UMNO/BN..?

Kah kah kah kah kah... ok lah... aku ambik statement dia yang mengatakan mangsa menggoda UMNO/BN... jadi mangkuk ayun ni telah mengakui bahawa veteran UMNO/BN memang tak bermoral dan tak boleh memimpin... baru kena goda sikit dah gagal mengawal diri. kah kah kah kah kah... kenyataan dari mulut orang yang banyak makan dan minum benda haram.

Dah la kenyataan berbelit-belit macam ular sawa bunga..! ni masa buat kenyataan ni baru lepas yamseng Chivas ka?

Bantai 3 -
  • Kenyataan bahawa itu adalah laporan palsu.
Bingai ni apa? polis ke? pegawai siasatan jenayah ke? polis tak cakap apa-apa pun lagi tapi bingai ni tau dah... pergh...

Sah bingai ni baru lepas perabis Chivas sebotol... lepas tu dalam keadaan fikiran yang kurang stabil, keluarkan kenyataan syok sendiri...

Eh... entah-entah bingai ni la yang pemangsa dalam kejadian tu kot???

erm... sape bingai ni? tungguuu...

Apa Kata Pak Mufti..? - malaysiakini

Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro KERAjaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang bukan Islam tak leh baca Al-Qur'an... berdosa..!" (aku tak paham tang mana yang berdosa tu sebab setahu aku, yang bukan Islam tak tertakluk pada dosa pahala, mati esok jadik kayu api dekat neraka... jadi aku heran... kah kah kah kah kah...!!!)

Tengok gambar dekat bawah ni pulak... apa kata Pak Mufti..?

Perkara ni berlaku di Perak... diulang Perak... bukan di Putrajaya atau di Terengganu atau mana-mana negeri lain.

Komen Pak Mufti jangan tak komen..!

Sebab tu aku dah habaq dari awal - Demi Islam, Sokonglah Pakatan Rakyat.

Parti Politik Baru Akan Ditubuhkan..? - malaysiakini

Cuba baca artikel dekat bawah ni yang aku cilok dari blog

Parti Politik Baru Akan Ditubuhkan

from Fakulti Siyasah Syar'iyah
by


Jika diamati suasana politik negara mulai dari PRU-12 hingga berakhir PRK 2Bukit dicampur dengan desas-desus di kalangan tertentu, mungkin sebuah parti politik baru akan ditubuhkan.


Parti politik ini akan dipimpin oleh segolongan profesyional dan didokong oleh sebahagian besar penyokong sebuah parti politik terkenal dan golongan para pengundi muda atau baru.


KB Rakan Ke-4 Dalam PR

from Fakulti Siyasah Syar'iyah
by

Beberapa rakan bloggers pernah berbincang mengenai penyusunan sebuah kumpulan bentuk baru untuk menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat. Kumpulan ini dinamakan, umpamanya, Kumpulan Bloggers (KB).

Kumpulan Bloggers ini bukan parti politik. Tetapi menjadi rakan kepada PAS, PKR dan DAP. Maksudnya, Pakatan Rakyat akan datang terdiri dari PAS, PKR, DAP dan KB.

Semasa pilihanraya, selain tiga parti politik, KB juga meletakkan calonnya sendiri mewakili PR menentang BN.

Apa pendapat anda?

Kenyataan Media MB Selangor berkenaan Keputusan Status YB Elizabeth Wong - malaysiakini

SHAH ALAM : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) hari ini telah membuat keputusan untuk menawarkan YB Elizabeth Wong agar kembali meneruskan tugas beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Justeru itu, jika YB Elizabeth menerima keputusan ini, beliau akan diminta kembali dari cuti untuk meneruskan perkhidmatan beliau kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor mulai esok.

Kerajaan Negeri juga berpendapat keputusan ini adalah wajar dan adil setelah mengambil kira pandangan semua pihak, kepentingan rakyat serta perkembangan mutakhir siasatan polis yang sehingga kini gagal membuat sebarang keputusan muktamad.

DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah diberi taklimat tentang keputusan ini. Bagi pihak Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Negeri Selangor, saya menjujung kasih ke atas pendirian Tuanku untuk tidak mencampuri urusan politik serta memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi membuat keputusan yang adil dan terbaik.

Perlu ditekankan disini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor memandang serius isu moral dan akan senantiasa memastikan pimpinan Negeri menjunjung prinsip ini. Oleh itu, jika ada sebarang bukti yang kukuh, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya. Namun demikian, pendirian ini juga harus di imbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseorang dan Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini.(tamat)

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Survey: Apa Kata Korang..? - malaysiakini

Saje nak buat survey... hehehe...

Apa kata korang kalau Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin jadik Bakal Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat PRU-13 nanti..?

Kalau aku - 2 Thumbs Up..! (Aku angkat 2-2 belah tangan)