Monday, October 05, 2009

N-31 Bagan Pinang: Amaran Untuk Semua Sahabat Di Dunia..!

ALERT...!!!

Super Typhoon Melur at 222km/hours will hit Philipines tonight at about midnight. Strong winds will hit us here. Please take necessary precaution. tell your family and friends.

Taufan Melur dengan kelajuan mencecah 222/km sejam akan melanda negara Filipina tengah malam ini. Malaysia juga dijangka akan melanda kesan sampingan pada bahagian Pantai Timur.

Sila ambil tindakan berjaga-jaga. sebarkan pada keluarga dan sahabat handai.

N-31 Bagan Pinang: Tsunami 11 Oktober..!

Tarikh 11hb. Oktober adalah satu debaran di mana salah satu Tsunami pasti berlaku pada hari tersebut. Samada Tsunami itu adalah gelora badai samudera yang setinggi beberapa tingkat bangunan ataupun Tsunami klimex kebangkitan rakyat bakal berlaku sebaik sahaja pengumuman kemenangan calon PAS pada PRK Bagan Pinang.

Seluruh Bagan Pinang terdedah kepada risiko Tsunami dalam keadaan semasa 'echo' daripada gempa 7.6 skala ritcher Rabu lalu. Risiko ini juga terdedah kepada ratusan ribu warga pinggir pantai Port Dickson termasuklah puluhan ribu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan tidak ketinggalan risiko ini terhadap ribuan penyokong rasuah.

Bukan saya pinta malapetaka ini berlaku malah minta disimpangkan. Ini kerana ketika ini saya sedang menemani anak sulung yang baru selesai pembedahan pembuangan tonsil di Hospital Pantai (Bangsar). Jika Gempa bumi 8.8 skala ritcher berlaku, pastinya gegaran yang terlalu kuat itu menjejaskan struktur bangunan lereng bukit Hospital Pantai ini di mana terletaknya ward anak saya. Bukan saya pinta gempa bumi berlaku lagi, namun ia adalah tafsiran dari pakar yang mengatakan gempa bumi lebih dahsyat bakal berlaku. Sila amati berita yang baru diterima di bawah ;
  • JAKARTA : Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 akan berlaku.
  • "Gempa berukuran 7.6 pada 5.16 petang Rabu lalu yang menggoncang Padang bukan termasuk "skala besar". Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8.0 yang memicu tsunami," katanya dalam satu kenyataan.
  • Danny, dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidik, Prof Kerry Sieh, dari Nanyang Technology University (NTU) Singapura, yakin akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lalu.
  • "Secara ilmiah, saya boleh katakan gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang.
Walau bagaimanapun, saya percaya Tsunami klimex kebangkitan rakyat juga boleh berlaku pada tanggal 11hb. Oktober nanti. Adalah menjadi satu sejarah apabila rakyat sekali lagi menolak parti yang mempertaruhkan kredibiliti dengan meletakkan calon yang pernah dibuktikan bersalah ke atas dakwaan rasuah.

Sekiranya calon tersebut kalah di Bagan Pinang, sudah tentunya dapat kita baca bahawa rakyat telah sedar tanggungjawab membuang undi itu adalah satu tanggungjawab yang menentukan hala tuju pemerintahan negara. Samada terus dikuasai oleh gerombolan rasuah atau, memberi satu mesej kepada kerajaan iaitu rasuah yang merosakkan bangsa harus ditolak habis-habisan dan inilah detik yang paling sesuai mengungkapkan janji perangi rasuah.

Kita semua sedia maklum, Isa Samad adalah calon warga tempatan. Tetapi apakah dengan alasan tersebut para pengundi boleh berkompromi dengan simbol rasuah? Memang kita akui Isa Samad mempunyai jasa memerintah Negeri Sembilan selama lebih dua dekad, namun ingin saya bertanya apakah jasa Isa Samad dalam 10 tahun terakhir pemerintahannya selain daripada menjadikan Negeri Sembilan penternak virus JE dan Bandar Seremban yang turut dikenali sebagai bandar terbengkalai sewaktu era pemerintahannya terutamanya dalam 10 tahun terakhir.

Jadi, dengan pencapaian yang tidak seberapa serta kebolehan Isa Samad memiliki beberapa syarikat besar di atas nama kroninya, 'sumbang'an seperti ini seharusnya membuatkan warga Bagan Pinang menggigil sebelum memangkah dan semoga kesedaran itu terbit memandangkan Tsunami boleh berlaku bila-bila masa untuk menghentam pantai Port Dickson sepertimana yang diberitakan di atas.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, saya tahu sejarah terutamanya sejarah kejatuhan Isa Samad. Ini termasuklah sewaktu bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2004 dengan mengetepikan Khalid Yunus. Pemilihanya sebagai calon kerusi parlimen sebagai platform untuk jawatan naib presiden UMNO, seraya itu juga beberapa pondok panas dibakar sebagai tanda protes di mana warga Jempul mahukan Khalid Yunus. Rakyat Negeri Sembilan semua tahu sejarah Isa Samad, apalah jasanya jika dibandingkan dengan skandalnya yang membolehkan beliau melobi habis-habisan untuk jawatan Naib Presiden yang juga kononnya calon 'favorite'.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa agar Tsunami badai tidak berlaku terhadap warga Port Dickson. Kita juga berdoa agar warga Bagan Pinang menggigil untuk memangkah calon rasuah kerana tidak mustahil juga mala petaka itu berlaku di kala sekumpulan umat meng-agungkan kemungkaran Allah yakni membenarkan kemenangan terhadap pelaku rasuah.

RE-FOR-MA-SI

EDYES(edyesdotcom)
5-10-2009
9pm
Ward C533 Hospital Pantai

N-31 Bagan Pinang: Bukti Bergambar Bagaimana Azeez Dibelasah..!

Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

Image(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Image(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Image (Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal.

Sumber - HarakahDaily.Net

N-31 Bagan Pinang: UMNO Kencing Peniaga Kedai Makanan

Belum menjadi wakil rakyat,Saudara
Zulkifli Mohd Omar telah menerima
beberapa aduan rakyat yang tidak
berpuas hati dengan keadaan yang
ada sekarang
Sewaktu kami bersama sdr Zulkifli Mohd Omar hendak masuk ke sebuah restoran di bandar Port Dickson, secara kebetulan kami ternampak sekumpulan orang ramai sedang berkerumun dan mengambil gambar satu papan iklan di hadapan Restoran Jamsari.
Papan notis pemberitahuan yang dipasang
dihadapan Restoran Jamsari menarik minat
orang ramai yang lalu lalang dihadapan
kedai tersebut
En Jamhuri, tuan milik restoran tersebut menjelaskan kepada Saudara Zulkifli tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut En Jamhuri, pada mulanya, beliau telah dikunjungi oleh seseorang yang kemudiannya menawarkan kepadanya sebagai pembekal makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas dalam pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang ini.

“Tengok tu siap ada surat tawaran; (lihat sebelah)tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan tersebut, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab hanya dengan melalui satu panggilan telepon,” rungut En Jamhuri

“Tentulah langkah yang demikian tidak adil kepada saya,” Katanya lagi.

Gambar kiri : En Jamsari membekal makanan bermasak dengan cara buffe, lebih kemas dan bermutu

Beliau turut membandingkan tahap perkhidmatan pembekal makanan yang baru dimana bekalan dihantar hanya dengan cara dibungkus sahaja.Walhal beliau menyediakan makanan bermasak yang berhidang secara buffe.
Pembekal yang menggantikan pembekal
pertama,Jamsari Restoran; membekal
makanan dengan cara berbungkus sahaja

Menurut katanya lagi, beliau telah memaklumkan kepada pihak yang berkaitan, bahawa beliau memberikan tempoh selama dua hari untuk menyelesaikan kemelut tersebut atau akan menghadapi tindakan mahkamah yang akan diambilnya selepas tempoh masa yang diberikannya itu.

Seorang pemimpin prihatin dan sanggup
mendengar rintihan dan keluhan rakyat -
Sdr Zulkifli Mohd Omar, calon
PAS N31 Bagan Pinang

Sumber - ALHUSSEYN

Seorang Anjing

Maka seorang anjingpun naik ke pentas dan berbicara tentang kebenaran mutlak. dengan gah seorang anjing yang hebat namanya melangkah dengan sopan seperti pemimpin amerika dengan mengatakan demi keamanan dunia.

sang anjing ini pula menggunakan islam sebagai taming sarinya untuk meyakinkan rakyat yang terdiri anjing-anjing dalam wilayah Barisan sama yang terdiri anjing-anjing kurap yang suka mengampu dan sundalnya bukan main hebat.

Seorang anjing alias pemimpin anjing-anjing itu memang wajahnya seperti malaikat yang baiknya bukan main, tetapi perangainya lebih jahat dari anjing-anjing liar yang ada di jalanan kerana ketua anjing ini jenis anjing yang tidak bertimbang rasa dan membunuh anjing perempuan yang dikiranya membahayakan masa depan politiknya. bijak sungguh kepala anjing-anjing yang sekarang ada di depan saya menyampaikan khotbah.

Saya melihat suku sakat anjing-anjing-anjing ini berkeliaran di pulau penang dan negeri sembilan kerana taulah demi kebahagiaan negara anjing dan menangnya pemilihan, maka anjing-anjing itu ada di mana-mana untuk menyatakan anjing-anjing harus ikut mengundi pemerintah dan dikatakan jangan undi yang bukan pemerintah.

Inilah antara sikap-sikap anjing-kabinet yang turut sama dan malam balik ke hotel meniduri anjing simpanan atas alasan untuk merelaxkan otak demi kerja esok siang

anjing-anjing sekarang mula gusar. tidur malamnya nggak bisa tenang dan kekadang "ngigau" sebut nama saudaraku yang teruk anjing-anjing fitnah/tetapi saudaraku itu makin kuat dan tak pernah gusar, malah senyumnya melebar di mahkamah meski matanya lebam dipukulin anjing kurap kala dalam tahanan

anjing o anjing

ISMAILY BUNGSU

N-31 Bagan Pinang: Azeez Kono Ghembat..?

Petikan dari blog PEJUANG PRO DEMOKRASI

Ketika jentera BN dan PAS sibuk 'berperang' di pusat penamaaan calon PRK Bagan Pinang, saya terbaca dalam sebuah akhbar tempatan mengenai kisah seorang lelaki peniaga gerai dipukul kerana mengganggu seorang wanita peniaga gerai. Mengikut laporan itu, peniaga lelaki yang dipukul itu telah ditahan polis. Tetapi suami wanita yang memukul lelaki itu tidak pula dilaporkan ditahan. Malah laporan akhbar itu merujuk isterinya sebagai "mangsa", manakala lelaki yang dipukul sebagai "suspek".

Itu cerita yang saya baca dalam akhbar di sebelah pagi. Petangnya, saya terbaca pula cerita Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Putera UMNO yang mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon PRK Bagan Pinang. Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu seramai 9 orang yang tidak dikenalinya.

"Yang saya pasti mereka adalah penyokong-penyokong PAS. Pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian PAS," kata Azeez kepada Malaysiakini.

Insiden Azeez dipukul itu menimbulkan beberapa persoalan dibenak saya:

i) Walaupun secara peribadi, saya tidak kenal Azeez yang berbadan gempal dan berkulit gelap menyerupai Mike Tyson bekas juara tinju berkulit hitam Amerika itu, tetapi kata orang dia ini jenis orang yang boleh tahan samsengnya. Bukan saja Mat Rempit, tapi mat-mat lain yang diragui latar belakangnya juga dikatakan merupakan golongan yang menjadi rakan karibnya. Jadi agak menghairankan bagaimana orang yang berperwatakan samseng boleh jadi mangsa pukulan?

ii) Saya juga hairan bagaimana ada orang yang begitu berani memukul si-gempal itu di tengah khalayak ramai. Biasanya orang akan berfikir 10 kali sebelum memukul dengan menggunakan buku lima sendiri mereka yang fizikalnya seperti Azeez yang menyerupai juara tinju dunia heavyweight itu.

iii) Bagaimana Azeez yang kononnya menjadi mangsa pukulan itu mempunyai masa untuk mengira jumlah pukulan yang diterimanya sebanyak 20 kali oleh 9 lelaki. Ini kerana mereka yang dipukul bertubi-tubi lazimnya hanya teringat uintuk mempertahankan dirinya sendiri saja dan bukannya sibuk menghitung jumlah pukulan yang diterimanya dan mengira berapa ramai orang yang memukulnya.

iv) Mula-mula Azeez kata dia tidak mengenali siapa yang memukulnya, tetapi lepas itu dia berkata mereka adalah "penyokong-penyokong Pas". Tapi itu tak apa juga. Yang lebih pelik bila dia berkata, "....pakaian mereka dari atas sampai bawah adalah pakaian Pas". Saya sampai kini masih tertanya-tanya, bagaimana rupa bentuk "pakaian Pas" itu? Berkot dan bertali leher seperti yang lazimnya dipakai oleh sesetengah pemimpin Pas atau berjubah atau berkain pelikat?

v) Jika benar Azeez dipukul, pasti ada sebabnya. Seperti kisah peniaga gerai lelaki di awal posting saya tadi yang dipukul kerana kacau isteri orang. Mana ada manusia yang tiba-tiba dipukul tanpa sebab? Mungkinkah mulut laser Azeez yang menjadi punca dia dipukul (jika memang benar dia dipukul)? Jika dalam kes peniaga gerai itu, polis menganggap wanita itu sebagai 'mangsa' dan lelaki yang dipukul sebagai 'suspek' mengapa dalam kes Azeez, polis tidak boleh mengkategorikan Azeez sebagai 'suspek'?

Tapi apapun, jika beliau memang sebenarnya dipukul, saya sangat bersimpati dengan Azeez. Dan saya akan lebih bersimpati jika ia cuma gembar gembur Umno untuk bikin gempaq seperti yang pernah berlaku dalam PRK di Ijok, Permatang Pauh dan lain-lain PRK sebelum ini yang polis telah tutup fail kerana ia cuma insiden ciptaan Umno untuk buat gempaq saja. Tambahan pula si-Azeez ni sejak lama dulu memang terkenal dengan perangai suka bikin gempaq termasuk isu Preston University dan Wilayah Arm (syarikat Sultan Selangor yang konon dibelinya).

Alahai Azeez.....ekau kono ghembat kek sapo oi...? Adoooi....nak tergolak den dongar ehh!!

Perarakan Penamaan Calon Bagan Pinang

Saksikanlah perarakan penamaan calon Pakatan Rakyat yang diambil oleh Buletinonline.


Sekali lagi, terima kasih kepada Buletin Online.

Tulang Besi

N-31 Bagan Pinang: Beberapa Persoalan...

Persoalan dibawah diajukan oleh bro zorro-unmasked -
1 - Benarkah pada hari penamaan calon, UMNO/BN mengupah anak-anak sekolah dari tingkatan 2-5 dan juga diberi juga sehelai T.Shirt BN untuk dipakai sebagai "kununnya' mereka-mereka ini penyokong UMNO/BN..?
2 - Benarkah pada kali terakhir Zahid Hamidi berkunjung ke kem Tentera di Port Dickson, beliau telah mengarahkan supaya beberapa ratus anggota tentera dihantar menyertai 1 exercise diluar kawasan Port Dickson pada 8, 9 dan juga 10hb.Oktober nanti..?

Apa tujuannya..? adakah para anggota tentera ini berpeluang untuk mengundi atau tidak..? jika tidak, siapa pula yang akan mengundi bagi pihak mereka..?

3 - Benarkah UMNO/BN telah membayar sejumlah wang (dikatakan antara RM1000 sehingga RM5000) kepada tuan-tuan tanah kosong semata-mata untuk mengelakkan dari kawasan-kawasan tersebut dijadikan bilik gerakan Pakatan Rakyat dan juga kawasan ceramah..?

Banyak betul pembaziran tu... rent for nothing..!

Ada lagi... kita akan bongkar dan dedah 1 persatu..!

N-31 Bagan Pinang: Petugas PAS Di Belasah Samseng UMNO

Macam biasa la, kes kecik, berebut tanah seluas lebih kurang 2cm persegi untuk pacak bendera parti. bila tak puas hati, bertekak, tak puas bertekak, tumbuk...

Kejadian berlaku di kawasan Petronas Batu 4 Bagan Pinang... setakat ni belum ada lagi laporan mangsa mengalami kelebaman, muntah-muntah atau trauma.

Setiausaha Pemuda PAS, saudara Husaini telah membuat laporan di balai polis berdekatan.

Cerita ringkasnya, kejadian berlaku selepas petugas PAS cuba menghalang samseng UMNO/BN yang bertindak mencabut dan menurunkan bendera PAS...

Tapi kalau nak cerita bab samseng ni, UMNO/BN memang dah sedia kita tau la... parti samseng... apa nak heran..? tapi kalau orang MNO/BN kene jentik, mau report dekat PBB... pondan... ramai berani la... bila sikit... mula la mengadu...

Eh... aku dengar Azeez sampai muntah-muntah malam tadi... erm... anak sape ye..? kah kah kah kah kah...!!!