Sunday, January 17, 2010

Dakwah Kepala Hotak Kau La...

Hari Jumaat lepas aku ikut geng-geng 4x4 masuk hutan dekat Hulu Stong, Dabong, Kuala Krai, Kelantan... lebih kurang dalam kawasan sempadan Kuala Krai - Gua Musang. dari jalan besar, kami masuk jauh lebih 30 kilometer kedalam hutan menuju ke perkampungan orang asli.
Macam biasa, sampai je... aktiviti sembang-sembang sambil bodek orang asli... ni bodek nak makan ikan sungai la ni... tak dapat kelah, dapat tengas daun pun jadik la... kalau ada kijang atau rusa lagi bagus... hahaha...
Sessi bergambar...
Ni anak orang asli moden... tak de pakai daun atau tutp lebih kurang je badan tu... seluar Levi's pun diorang tau..!
Pemandangan biasa di perkampungan orang asli... anak-anak kecil mandi-manda di sungai dekat kawasan rumah.
Sebelum balik... baru aku perasan...
Erm... korang nampak tak..? bab ni yang paling tak seronok... masa sembang dengan orang asli dekat sana, diorang mengaku dah peluk agama Islam. tapi aku heran jugak sebab ada yang pakai rantai berlambang salib. masa nak balik belah malam baru aku perasan, ada gereja dekat perkampungan tu.

Tahun lepas, balik dari PRK Permatang Pasir aku sempat singgah ke perkampungan orang asli Kuala Kubu Baru. benda yang sama jugak berlaku dekat sana. 100% orang asli dekat sana mengaku dah peluk agama Islam & dalam masa yang sama masih dok pakai rantai berlambang salib (aku rasa ni 1 pemandangan biasa di mana-mana perkampungan orang asli).

Tapi kes dekat KKB aku rasa lagi parah sebab dekat sana (mengikut cakap orang asli dekat sana), sesiapa yang peluk agama Islam, dapat habuan RM500 seorang, jadinya dalam setahun, ada la dalam 2-3 kali orang asli dekat sana peluk agama Islam.

Kira macam agama Islam kena jual pun boleh jugak. yang pastinya tiap kali ada orang asli masuk Islam, mana-mana pihak yang berjaya akan war-warkan dalam media - "kami berjaya menambah umat Islam bla ba bla (dengan nilai bla bla bla)...

Macam sial... kesimpulannya, pendakwah kita (Islam) tak serius dalam berdakwah... berdakwah setakat nak nama tak kira la dari parti mana pun, semua hampas. ajak orang peluk agama Islam, lepas tu pakat-pakat lepas tangan. berbeza dengan mubaligh Kristian (mintak maaf, perkara ni memang menyakitkan tapi kena terima hakikat), lepas dibaptistkan mana-mana manusia, diorang terus follow up dari masa ke semasa.

Kita kalah dekat situ. atas kertas kita hebat, praktikal - hancur macam sial. benda remeh temeh dok berperang. benda penting macam ni - nak serah dekat Allah je ke..? mampos la macam ni woi...

16 comments:

  1. tuan TP,
    a.Dalam bab ni teringat pada Al-arqam,sebelum depa telah dianggap sebagai pertubuhan sesat:
    1.Pada awal 80an,kerana depa,oghangh perempuan Islam makin ayu bertudung!
    2.Depa masuk hutan,islamkan oghang asli semenanjung,disabah dan disarawak!Tak dak depa!!!!!ginilah jadinya!!!
    3.dulu depala yang sanggup pi bagi nasihat pada anak-anak melayu!Jangan buat maksiat!jangan buat loqlaq! kat kompleks beli belah!kat stesen bas!kat taman bunga!Puak muda bila lihat puak berserban dan berpurdah hitam!Malulah jugak!!!Lani !!!Sapa boleh dan berani bagi nasihat!!!
    b.Mana pendakwah baik dari umno atau pas!!!Mana NGO Islam baik dari umnno atau pas!!!asyik beri dakwah dalam radio dan tv jee!Tok imam masjid pula!tiap jumaat asyik beri ceramah pada makmum yang dah baik!Yang tak pi masjid!!!!depa buat apa!!!!Ulamak pula asyik bergaduh sesama sendiri!Bidaah sesama umat islam!!!
    c.Atau oghang asli tu kata sesama depa!OGHANG MUDA ISLAM PUN SAMA PERANGAI MACAM KITA!MINUM MACAM KITA!TAK SEMBAHYANG MACAM KITA!DAN SEMENJAK DUA MENJAK NI PADERI KRISTIAN BAGITAU DEPA! TUHAN KITA DAN TUHAN OGHANG ISLAM SAMA JUGAK-ALLAH!!!!!!MASUK KRISTIAN PUN TAK PA!!!!!!!!
    d.Tuan TP nak salahkan sapa!!!!!!!Hang biasaka pi laghang budak melayu islam buat tak ketawan hala kat taman-taman!!atau hangpun sama macam yang lain!dok salahkan oghang lain jee! Ambik tindakan jauh sekali!!!!!!!Atau jawapan hang mudah jee!!!Aku bukan kerja kat pejabat agama!Aku mana ada kuasa!
    e.hang pikiaqla sendiri noooo!!!atau hang dah buat hipotesis!ini semua salah umno!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Anon 3:55 PM - hipotesis aku - Macam sial... kesimpulannya, pendakwah kita (Islam) tak serius dalam berdakwah... berdakwah setakat nak nama tak kira la dari parti mana pun, semua hampas. ajak orang peluk agama Islam, lepas tu pakat-pakat lepas tangan. berbeza dengan mubaligh Kristian (mintak maaf, perkara ni memang menyakitkan tapi kena terima hakikat), lepas dibaptistkan mana-mana manusia, diorang terus follow up dari masa ke semasa.

    Ada aku sebut mana-mana parti dalam tu..?

    ReplyDelete
  3. sebab tu orang melayu ni takut orang kristian guna nama Allah. diorang ingat hanya perkataan Allah tu boleh menjadikan orang tu islam.

    usaha tak mahu, nak hasil secara automatik. usaha dakwah hampir tak kelihatan cuma mengharap orang kristian tak guna perkataan Allah supaya mana-mana yg sudah islam tidak jadi kristian.

    ReplyDelete
  4. ...alahai Tuan TP,
    tula aku dah bagi nasihat kat kawan hang TB!!!Dia kata aku jahil!tak pandai cakap omputih!Samapailani dalam blog malaysia waves,dia asyik bantai oghang yang menentang penggunaan Allah oleh oghang kristian!!!Dia atau hang sekali kot! bantai Harun din!!Dia bandingkan puak kristian pakiam malaysia sama dengan puak kristian koptik la pulak!!!Hang dah dapat jawapan no!pasai apa kami tak bagi puak kristian pakiam guna nama tuhan yang sama nooo!!!!!hang pila nasihat tuan TBla pulak!!kot sekapai dengan hang!Dia mau dengak nasihat hang!!!!!Hang dah tau realitinya!!!Hang ada berani!hang ada teloq! nak nasihat dia!!!!!

    ReplyDelete
  5. Kah3..mna ada TPU sebut PARTI!!


    xde pon ak cari TPU sebut PARTI!!


    wakakaka..org xkata kau curi ko dah awal2 kata ko x curi wakkakak..

    sapa mkn cili dia rasa pedas kan??


    hehehe...k la chow..

    ReplyDelete
  6. Cam ni la...tak yah gaduh2.
    TP cuma nak sampaikan maklumat supaya mereka2 yg bertanggung-jawap dapat mengambil perhatian.

    Aku cadangkan Kementerian Agama, Majlis Agama, Jabatan Agama, NGO dan badan2 dakwah mengambil berat masalah ni. Jangan ambil mudah. Sekali pergi melawat lepas tu 4,5 tahun baru jengok muka balik. Cam ni tak boleh jadi la. Akupun kalau aku belajar, pensyarah tu masuk sekali aja dalam satu semesta lepas tu dah dekat periksa baru nak masuk balik.....hancur aku jadinya. Nak belajar apa cam ni. Sure kantoi punya dlm exam. So, cam tu la juga keadaannya orang2 yg TP sebutkan.

    Mungkin juga Jamaah Tabliq dapat menukar sedikit strategi dpd pergi ke bandar atau ke kampung2 (setengahnya la) dan membuat ziarah ke tempat2 berkenaan. Ini satu contoh aje.

    ReplyDelete
  7. semua orang sebok cari pulus.....
    wang zakat berjuta kena kebas ..ada yg peduli???...tu contoh jer...

    ReplyDelete
  8. Aku sokong Mengkudu....
    Aku harap orang melayu baik dibandar atau dikampong kalau Jamaah Tabliq datang rumah janganlah dihalau mereka ni...meraka datang nak mengajak kita beribadah kepada ALLAH bukan nak mengajak kita berbuat maksiat...

    ReplyDelete
  9. Masya-Allah...sampai cam tu sekali dihalaunya jamaah Tabliq yg datang ziarah???

    Tak pa lah.....ambil itu sebagai ujian. Nabipun di zamannya pernah di halau, di caci dan di baling batu sehingga gigi baginda patah semasa nak berdakwah di syam dulu. Tapi nabi tetap sabar dan tetap memohan kepada Allah supaya mereka2 ini mendapat hidayah walaupun Allah dah hendak menterbalikkan negeri syam tu.

    Mudahan roh yg dibawah oleh pendakwah2 islam ini (termasuk Jamaah Tabliq) akan mengembalikan, menghidupkan dan mengembangkan sinar Islam.

    ReplyDelete
  10. Aku pernah cakap dulu dalam ni tapi takde orang pun yang ambik pot.

    Sepatutnya Kerajaan PAS Kelantan yang dah memerintah dekat 20 tahun dapat membawa mereka ke Islam, sebab PASlah model pemerintahan kerajaan Islam yang "baik" berbandingkan UMNO, bukan ke begitu?

    Tapi orang PAS sebok benar memaki orang UMNO sehinggakan tanggung-jawab dakwah dibiarkan begitu saja. lagipun kerana orang PAS dah tak cakap hudud, dah boleh peluk-peluk dengan orang DAP, nak juga tengok seorang/dua dari DAP potong 'anu' nya tu dan masuk Islam.

    ReplyDelete
  11. Lemabaga Zakat kutip RM 250 juta tahun lepas, sepatutnya sebahagian dari zakat tu boleh digunakna dalam bab penyebaran agama islam nie tapi, payah naj cakap duit tu ntah kemana menghilang. Nasib baik aku tak bayar zakat kat Pusat Zakat.

    -madir-

    ReplyDelete
  12. ko pun boleh dakwah kat depa juga sial.................

    ReplyDelete
  13. apelah kau ni nak salahkan orang lain,

    kau dah sampai kat situ, jauh tu, takkan pikir nak mancing ikan kelah aje..

    kalau dah kaya tu, takkan tak hulur hulur buat projek jalanraya, buat kenduri, buat sembahyang hajat, bagi bayan kat sana ke..

    inilah resmi orang PAS, dok kondem orang no.1, jaguh hentam orang, buat sendiri tak pandai, tapi tak nak ngaku bodoh..

    salahkan orang, salah UMNO jugakk..

    ReplyDelete
  14. Oi Anon UMNO Beruk 9:14 PM... ada aku sebut mana-mana parti dalam artikel dekat atas tu..?

    Buduh..! kecik2 tak nak mampos, dh besar menyusahkan orang nak terang benda yang dah jelas.

    Ni lagi sekor yang merugikan agama..!

    Lagi 1 buduh aku bagi dekat kau..!

    ReplyDelete
  15. ok lah bos, aku ni bodoh..

    hang pi mancing banyakke dapat ikan kelah,

    lain kali bagi tahu aku, aku dah kemaruk nak mancing ikan.gian semacam aje..

    ReplyDelete
  16. TP asal hang menggelabah mcm beruk?????rilex2 sudah....cool babe.....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?