Saturday, January 16, 2010

Klinik 1Malaysia Langgar "Akta Perubatan"..?

Demi untuk survival politik, nampaknya kerajaan UMNO pimpinan Najib sanggup melakukan apa sahaja supaya dapat mengekalkan pemerintahan. Ini termasuklah penubuhan Klinik 1Malaysia.

Klinik 1Malaysia Mendapat Bantahan Dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Untuk makluman semua, penubuhan klinik ini telah mendapat bantahan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Namun rata-rata masyarakat tidak dimaklumkan tentang isu bantahan ini kerana tidak mendapat liputan media bagi menjaga imej Kerajaan di mata rakyat.

3 Sebab Bantahan

Setahu saya, ada 3 isu utama yang telah diketengahkan oleh pihak MMA. Yang pertama, berkenaan mutu klinik ini. yang kedua, tiadanya doktor yang bertauliah untuk mengawasi klinik ini dan yang ketiga, penubuhan klinik ini boleh menyebabkan pengamal perubatan swasta akan kehilangan punca pendapatan yang ketara.

Isu pertama yang diketengahkan oleh MMA sememangnya isu yang sangat penting.

Klinik 1Malaysia Diawasi Oleh "Paramedik" Tanpa Tauliah

Sepertimana yang kita sedia maklum, klinik ini di jalankan oleh pembantu perubatan (MA), jururawat dan juga attendan kesihatan. Mereka ini berstatus 'paramedik' dan tidak mempunyai kelayakan professional dalam penjagaan kesihatan. malah, mengikut peraturan yang sebenar, mereka hanya boleh membuat preskripsi ubat yang berstatus 'C' sahaja seperti panadol etc.

Akan tetapi untuk klinik ini, mereka telah diberi kebenaran untuk membuat rawatan penyakit di luar bidang dan pengetahuan mereka, contohnya penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Kebanyakan ubat-ubat untuk pesakit ini adalah berstatus 'A' dan 'B' yang hanya boleh di berikan oleh doktor dan pakar yang bertauliah. Tujuan ubat-ubat ini di kelaskan sedemikian rupa adalah kerana kesan sampingan yang boleh diberikan oleh ubat-ubat ini.

Demi untuk membela agenda mereka, Kerajaan mendakwa bahawa paramedik yang di tempatkan di klinik ini adalah mereka yang berpengalaman.

Pengalaman sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu penyakit. Seseorang doktor memerlukan masa hampir 7 tahun sebelum dibenarkan bertugas mengendalikan klinik. itu 1 tempoh masa yang lama. Ini kerana mengendalikan klinik bukanlah seperti mengendalikan kedai runcit yang mana pelanggan boleh datang dan membeli barangan dengan mudah.

Klinik 1Malaysia Menyalahi Akta Perubatan

Selain itu, tahukan anda bahawa Klinik 1Malaysia ini telah menyalahi akta perubatan kerana mana-mana pengamal perubatan yang tidak bertauliah, tidak boleh mengendalikan klinik. Akan tetapi, Kerajaan dengan selambanya telah melanggar akta perubatan ini.

Pihak MMA telah beberapa kali membangkitkan isu ini tapi tidak mendapat layanan daripada pihak Kerajaan. Jika di tanya kepada mana-mana doktor sekalipun, tiada yang setuju tentang perkara ini.

Akhir sekali, ingin saya tegaskan, dalam kita mengejar cita-cita politik masing-masing, janganlah sampai merendahkan mutu penjagaan kesihatan di negara kita. Ekoran penubuhan klinik ini, kita telah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerana mempunyai klinik yang mutunya rendah. tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mempraktikkan apa yang telah di lakukan di Malaysia kerana mereka sedar bahawa mutu penjagaan kesihatan amat penting.

Umum masyarakat tidak mengetahui masalah berbangkit seperti ini kerana liputan yang terpilih oleh Media Prp Kerajaan. Bagi mereka, mendapat ubat sudah cukup menggembirakan mereka walhal tanpa disedari, mutu perkhidmatan kesihatan telah pun di rendahkan oleh pihak Kerajaan.

Ingatlah, kesihatan bukan semata-mata mendapat ubat. Banyak lagi faktor-faktor lain dalam bidang kesihatan. marilah kita sama-sama menyedarkan rakyat bahawa pembukaan klinik ini adalah atas nama politik semata-mata.

Rakyat sepatutnya mendapat khidmat penjagaan kesihatan yang bermutu, bukannya 'second class healthcare'. Mahukah anda suatu hari nanti, hospital-hospital pun turut dikendalikan oleh staff-staff yang berstatus paramedik? Tepuk dada, tanya diri sendiri...

Sekian..

"sihat Sepanjang Hayat"

Doktor Rakyat

Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia berhubung pelanggaran akta perubatan oleh kerajaan :

MMA slams 1Malaysia clinics
(The Sun)

PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it "wasteful" and "illegal".

"The MMA believes such clinics in urban areas would be redundant and shortchange the rakyat," its president Dr David K.L. Quek said in a statement today.

"Furthermore, getting unregistered medical doctors to man these clinics is also wrong and undermines the healthcare service which leads to a possible poorer standard of care," he said.

Quek said the employment of medical assistants and nurses to man clinics is against the Medical Act 1971 which prohibits medical assistants from prescribing “any more than some very simple medicines”.

Last week, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai as saying the clinics would be allowed to prescribe medicine for minor illnesses like fever, cough or minor cuts and could also handle referral cases.

A total of 50 1Malaysia community clinics will begin operation next month to provide basic health treatment for urban residents.

However, Quek said there are already many “under-utilised” general practitioner clinics.
He said there are many doctors in the country but they are poorly distributed.

"If the government feels the 1Malaysia clinics have to be established, the least it could do is ensure these clinics are manned by registered medical doctors,” he said.

“The standard of medical care should not be compromised."

Prime Minister Najib Abdul Razak recently announced an allocation of RM10 million under Budget 2010 for the clinics.

17 comments:

  1. Nik Aziz akhirnya mengaku PMBK buat silap sampai merugikan negeri Kelantan. Tapi masih tak sebut kesilapan tu dibuat oleh menantu sendiri, dan bermakna tidak mahu meletak kesalahan pada menantu kesayangan. Dan bermakna menantu bodoh masih lagi di tampuk PMBK la tu.


    Kerajaan Kelantan buat silap – Nik Aziz
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

    ReplyDelete
  2. Sampai bilakah kerajaan UBN hendak menyorak, melambatkan dan menutup beberapa kes yang melibatkan duit rakyat sejak dari tahun2 dulu sehingga sekarang:
    1) Kes BBMB
    2) Kes Wang Komisyen pembelian kapal selam
    3) Kes PKFZ
    4) Kes Kehilangan Enjin Pesawat TUDM

    dan....banyak lagi rasanya.

    DUIT RAKYAT Woiiiiiii....Hilang macam tu aje.

    ReplyDelete
  3. duit rakyat??? apa yang ko korok sangat dengan duit rakyat, kecik hati tok guru sesat ko nik najis sebab dia ngaku songlap duit rakyat...apa punya kuda belang PAS?
    kerajaan BN buat klinik rakyat nak jaga rakyat apa yang ko susah? ko susah sebab rakyat dah makin dekat dan menykong kembali UMNO dan BN kan?
    dasar jahanam!!!

    ReplyDelete
  4. Lihatlah kesan dpd kebodohan beruk2 UmnoNgok akibat dpd domo dan kesamsingan mereka. Agama islam dicaci.

    Sepatutnya pihak polis terus menangkap dan ISA kan si Hishamuddin tu kerana telah menggalakkan demo itu hari. Kerana galakkan beliaulah maka beberapa insident kebakaran gereja telah berlaku. Rangsangan dan galakan beliaulah maka telah membakar semangat dan keinginan beruk2 itu untuk berdemo dan bertindak dgn lebih ganas.

    Apa yg hendak ditunggu lagi...tangkap dan ISA kan terus si Hishamuddin tu...!!!

    ReplyDelete
  5. byk benda yg nak aku cakap pasal ni...tapi tau laa...birikrasi dan kurang ajar doktor ni tak buleh di ajar...
    tapi kalau ngko eksiden atau memerlukan perkhidmatan ambulans, ngko pastikan ada atau tidak doktor datang tolong ngko...
    yer, memang MA itu paramedik...
    tapi adakah sama MA itu dgn physician assistant...
    malaysia merupakan salah satu negara di dunia yg ada MA...
    dan, aku nak bagitau ngko, MA bukan PA...
    doktor yg bercakap tu satu jer yg nak dia tegakkan...
    persatuan diorang...
    diorang nak cari makan...
    beribu klinik kat malaysia ni adalah dari doktor yg di taja oleh kerajaan...dah akhirnya bila habis kontrak, kerja atau buka klinik dgn swasta...
    nampaknya MMA cuba bermain politik...
    untuk pengetahuan ngko, MA juga mesti dan wajib ada sijil untuk pengamalan tahunan....sijil ini mesti di perbaharui setiao tahun...
    walau tak sama dgn doktor, tapi sijil ini ada...
    tak pernah pun ada MA yg priskrip ubat kencing manis...yg terjadi di klinik 1 malaysia dan klinik kerajaan lain ialah, mereka menyambung bekalan ubat...

    JGN INGAT ORANG PANDAI MCM DOKTOR TU TUHAN...MEREKA PUN NAK CARI MAKAN

    ReplyDelete
  6. Senario diklinik swasta :
    1."Sakit apa"-doktor.
    "demam panas"-pesakit.
    Check tekanan daghah sikit!Rasa panas ke dok sikit!!sudah!!bayak RM40.00!!
    2."sakit apa?"-doktor.
    "daghah tinggi teruk sikit"-pesakit.
    "ha!!!kena pi hospital"-doktor.

    Kalau macam kes diatas,hang pun boleh jadi dotor tuan TP oiii!!!!Dari bayak RM40.00 baik bayak RM1.00 kat klinik 1 malaysia!!Walaupun diperiksa oleh dressa jeeee!!!!
    -doktor swasta klinik kecik ni!ngaji dulu memang susah!Bila dah jadi doktor swasta,depa dok caghi duittt memanjangggg!!!!Periksa kes yang senang je!demam!Sakit tekak!sakit mata!Kes teruk!hantaq kat hospital!!!senang kaaannnnn!!!!!

    ReplyDelete
  7. ..alahai lupala pulak..
    1.kalau hang rasa,majoriti oghang kelantan kayo belako macam sultan kelantan!macam nik abduh!terserah pada hang nak sughuh pi periksa kat mana!klke!Singapura ke!jangan dok hutang sudah!!!
    2.Kalau hang rasa majoriti oghang kelantan susah!Dok kutip sekerap!dok buat bendang!Elokla depa pi kat klinik 1 malaysia!!!!Murah jeeee!!!Dan bukan kena paksa punnnnn!!!!

    ReplyDelete
  8. ..alahai lupala pulak..
    1.kalau hang rasa,majoriti oghang kelantan kayo belako macam sultan kelantan!macam nik abduh!terserah pada hang nak sughuh pi periksa kat mana!klke!Singapura ke!jangan dok hutang sudah!!!
    2.Kalau hang rasa majoriti oghang kelantan susah!Dok kutip sekerap!dok buat bendang!Elokla depa pi kat klinik 1 malaysia!!!!Murah jeeee!!!Dan bukan kena paksa punnnnn!!!!

    ReplyDelete
  9. Gua x fkr rakyat makin nyokong BN.Nyampah meluat lagi ada..Ngan mcm2 kes isu besor yg mlanda BN skang nih.Tlalu meloyakan beb.Smua kasi sapu bwh kapet jek!FAKAP!!!

    ReplyDelete
  10. Kesian lahabau-lahabau umno , topik lain lain yg dulas. Tapi at least TGNA berani akui kesilapan berbanding dgn pemimpin umno.
    Cth terbaru: hamidah othman dlm blognya siar gambar super impose khalid, bila laopran polis di buat, hari ni tak da lagi gambar tu, bacul!!!!!
    Kalau tok guru pas sesat, pemimpin umno seratus kali sesat!

    Nak wat camna mereka ni masih primitif lagi pemikiran.

    ReplyDelete
  11. Anon January 16, 2010 5:44 PM,

    Kalau begitu, apa masalahnya kalau diupgrade kepada poliklinik dengan doktor bertauliah

    Anda tengok satu aspek sahaja

    Apa macam, kalay pengawai itu bagi ubat salah....Apa macam?

    ReplyDelete
  12. Satu lagi projek kerajanaan Najis Monggolia nak perabis wang rakyat. Kalau undang-undang pun PM 1Malaysia ni tak paham, lebih baik letak jawatan saje, buat malu aje. Dia ni tak sayang nyawa rakyat, dia ingat buat klinik ni macam jual air kelapa tepi jalan ke?

    Betul-betul banggang punya PM mengalahkan kebanggangan Doloh Bodohwi.

    ReplyDelete
  13. Jangan la gi Klinik 1 Malaysia kalau tak suka. Buat macam aku bayar RM1400 setahun insuran. Lepas tu asal demam je masuk private hospital. Tentu kelas dengan Sultan Kelantan sebab coverage insuran worldwide kat switzland pun boleh gi. Ape kelas gi hospital singapore. Sorry. Jangan marah. Apapun Klinik ni sesuai utk yg tidak berkemampuan untuk pergi GH sebab jauh dari rumah. Harap faham. Daripada Cikgu APAM.

    ReplyDelete
  14. Aku cadangkan Klinik 1Malaysia tu sume diletakkan ramai BOMOH2 1Malaysia yg diberi lesen pengBOMOHan oleh BikMama ROSMOH... baru cantik, berkhidmat utk rakyat!
    Takat le MA je... ape barang!

    ReplyDelete
  15. Buat nyampah aku..kerana nak nama buat Klinik 1 M'sia. Betul2 buat habis kan duit rakyat la. Kan bagus di upgredkan aje klinik desa di kampung2.... Ni tidak dibuat Klinik 1 M'sia...lepas tu nak disediakan bangunan pulak...nak disediakan kelengkapan pulak....banyak duit yg nak digunakan tu nanti. Apa dan kenapa tak di upgredkan klinik desa?
    Kan semua rakyat berbilang bangsapun sebelum ini pergi ke situ?

    Hai...pelik betul aku dgn si Najib ni.

    Dalam duit takdapun dia boleh buat cam ni.
    Kan bagus duit diberi pada pelajar luarbandar yg duduk di asrama. Ni tidak...makan hari Sabtu dan Ahadpun dah dipotong. Nak makan kena tambah 6 - 8 ringgit sekarangni utk sehari. Tahun2 sebelum ni cuma kena RM1/- aje.

    Confirmed tahun ni ramai mak bapa murid tak pangkah BN.

    ReplyDelete
  16. apa la korang ni... orang buat tu, lu komplen, orang buat ni, lu komplen... agak2 duduk rumah mesti suka komplen...
    Apa yang dibuat untuk kebajikan dan perkhimatan untuk rakyat... sumer peringkat boleh bayar kalu khidmat singgit jer... orang kaya pun pegi jugak dapatkan rawatan kat klinik 1 malaysia.. lu orang ingat orang kaya tak kedekut ker...

    PM buat tu tak betul, buat ni tak betul... makan duit rakyat la...lu orang cakap pandai la... cuba bagi kuasa PM tu kat lu orang. Natah apa yang nak dibuat tak tau lah... silap2 lg teruk.. makan duit, kaki betina, minum arak sumer lu orang buat.. tak de kuasa bleh la ckp.. cuba diberi kuasa.. silap2 macam red indian dapat senapang... ooo..llulululuul...lululu...oooo..
    Mcm la diri tu perfect nak ckp orang...

    ReplyDelete
  17. tolong la.. wthout paramedik, xdenyer nak ambik korang2 nie.. yg eksiden tu tngah jalan.. 4 MMA, korang pun kadang2 buat silap gak.. yg ada dlam nie pun.. tngok stu belah je.. pelik manusia nie..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?