Assalamualaikum wbt,
Lanjutan kepada isu kehilangan engine J85-21 pesawat tempur F-5E, berikut adalah ulasan mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Dato Seri Zahid Hamidi yang disiarkan dalam akhbar beberapa hari yang lalu dan penjelasan yang saya siarkan dalam website ini seminggu yang lalu.
Menurut kenyataan Menteri Pertahanan Datok Seri Zahid Hamidi, engine J95-21 termasuk After Burner yang baru bagi pesawat F-5E berharga RM303,570.00 seunit. Harga tersebut adalah disangkal sama sekali.
Besar kemungkinan harga itu adalah kos bagi pembaikan satu unit engine bekenaan manakala kos bagi baik pulih seunit adalah dianggarkan sekitar RM2.5 ke RM3 juta (kos pembaikan dan baik pulih adalah bergantung kepada penggantian pelbagai jumlah dan jenis alat ganti pakai habis, aksessori dan komponen berhayat yang diperlukan (various consumeable parts, accessories and life components replacement), jumlah hayat pusingan dan jam engine berkenaan digunakan (life cycles and Airframe Hours done) dan keadaan engine samada sejauh mana karat (corrosives) yang telah dikesan pada engine tersebut.
Pesawat yang kerap terbang di atas atau berhampiran dengan laut akan terdedah kepada karat yang berlebihan (excessive corrosion) kerana haba laut.
Harga bagi satu unit engine pesawat jet tempur, jet pejuang atau jet pemintas pastinya mencapai jutaan RM. Sebagai gambaran dan perbandingan, harga seunit engine turboshaft bagi helikopter dianggarkan sekitar RM2.8 juta, manakala kos baik pulih adalah sekitar RM900K - RM1.3 juta. Manakala harga baru bagi engine turboprop bagi pesawaterbang kecil seperti Cessna dan Pilatus pun menjangkau kepada RM5-6 juta seunit.
Maka pastinya harga bagi satu unit engine yang baru bagi pesawat jet tempur ini melebihi dari harga yang dinyatakan. Berkemungkinan harga seunit dianggarkan mencecah sekitar RM7-8 juta dan ianya lebih logik.
Jika engine bagi helikopter mencecah RM2.8 juta, adalah menjadi bahan jenaka jika engine jet pesawat tempur F-5E berharga RM303,570.00 seunit.
Besar kemungkinan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi diberikan maklumat yang salah oleh Panglima TUDM atau pegawai yang berkaitan. Tentulah ianya tidak logik sama sekali engine helikopter lebih murah dari engin pesawat jet F5-E. Untuk lebih memudahkan pemahaman kepada mana-mana individu yang tidak mengetahui tentang industri aviatiion, berikut dipaparkan contoh-contoh :
- Adakah engine kereta Toyota Vios lebih murah dari engine kereta Kancil ?
- Adakah engine kereta Naza Ria lebih murah dari engine Proton Wira ?
- Adakah engine kereta Camry lebih murah dari engine kereta Proton Perdana ?
- Adakah engin kereta Ferrari lebih murah dari engin kereta Honda City ?
Diharap para pembaca boleh memahami akan perbandingan di atas dengan isu yang diutarakaan ini.
Dalam satu kenyataan lain oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai seorang Brig General dan beberapa pegawai kanan TUDM yang diberhentikan dari perkhidmatan TUDM adalah disebabkan prestasi yang tidak memuaskan. Ini adalah suatu pembohongan besar oleh Menteri Pertahanan tersebut. Mengapa Menteri Pertahanan berkenaan menyembunyikan perkara yang sebenar..?
Sebenarnya seorang pegawai kanan berpangkat Brig General dan lapan lagi pegawai kanan berpangkat Kolonel (Kol) dan beberapa pegawai berpangkat Mejar dan pegawai rendah berpangkat Kapten diberhentikan (tidak sesuai jika disebut "dipecat") adalah disebabkan mereka didapati terlibat dengan rasuah dan penyelewengan peruntukan wang kerajaan dalam pengurusan perolehan TUDM yang dikatakan melibatkan jutaan RM.
Belum pernah dalam sejarah ketiga-tiga perkhidmatan dalam ATM, pegawai-pegawai atau anggotanya diberhentikan atau dipecat disebabkan prestasi mereka yang tidak memuaskan. Sekiranya terdapat pegawai atau anggota TUDM yang tidak menunjukan prestasi dalam kerja, mereka akan ditukarkan ke unit-unit lain, atau di tukarkan kepada bahagian lain yang difikirkan sesuai selain dari dikeluarkan surat cela, dikenakan tindakan disiplin dan sebagainya.
Mereka juga akan ditahan kenaikan pangkat atau hilang kekananan kenaikan pangkat (severe reprimand or lost of seniority) sehinggalah mereka menamatkan perkhidmatannya dengan TUDM atau ATM, dibersarakan lebih awal atau tamat jangka perkhidmatan jika mereka itu dalam Perkhidmatan Tauliah Jangka Pendek (TJP).
Sedangkan ada anggota-anggota tentera yang terlibat dengan penagihan dadah sekalipun, pemberhentian mereka dari perkhidmatan mengambil masa yang lama, adakalanya memakan masa lebih dari setahun kecuali jika ditangkap oleh polis, dibicarakan di mahkamah awam dan dijatuhkan hukuman penjara atau sebagainya.
Sebenarnya, Akta Angkatan Tentera (Armed Forces Act 1971) boleh membicarakan apa jua kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh anggota tentera termasuk pelanggaran disiplin dan kesalahan sivil melalui Mahkamah Tentera (General Court Marshall) yang diwujudkan. Akta Armed Forces Act ini menggantikan The Malay Regiment Enactment 1956 (MRE 1956).
Ini termasuk bagi kesalahan pengkhianatan atau lain-lain jenayah (arson, espionage, etc) yang memudharatkan atau mencemarkan perkhidmatan (detrimental act to the service) sehinggalah kepada kesalahan-kesalahan kecil seperti tidak memakai pakaian seragam dengan betul atau kemas (improper dress), gagal mematuhi arahan mana-mana pegawai atasan samada melalui arahan lisan atau bertulis.
Beralih kepada respon dari ahli-ahli dalam website ini atas tajuk "Topeng Perak ....Penjelasan mengenai Kehilangan Engin F5-E" yang saya poskan sekitar dua minggu yang lalu :
Terima kasih kepada mereka yang memberi respons. Ada pembaca-pembaca yang mempertikaikan kenyataan-kenyataan yang tertentu, antaranya. tidak ada prosedur pengurusan dalam TUDM, orang bawahan sering djadikan scapegoat atau kambing hitam, VSS kan General-General, Kol dan Mejar, apa peranan BOSS dan sebagainya.
Di dalam pengurusan dan pelaksanaan kerja, TUDM telah dilengkapkan dengan dasar dan prosedur dalam pengurusan dan pelaksanaan tugas. Namun disebabkan ada perasaan "greedy", maka timbul idea dibenak mereka akan cara mana mereka boleh membolosi sistem dan prosedur yang ada.
Seseorang BOSS tidak akan berupaya mengawal dan mengawasi pergerakan dan pelaksanaan tugas seharian anggota-anggota bawahan setiap masa jika pegawai-pegawai pertengahan (pengurus,pegawai eksekutif dan penyelia) turut terlibat seperti yang berlaku dalam skandal yang menggemparkan negara ini.
Kecuaian yang sedemikian amatlah dikesalkan. TUDM telah tercemar imejnya hanya disebabkan oleh segelintir kelompok yang menjadi dalang, gunting dalam lipatan dan TUDM terpaksa membayar dengan harga yang mahal bagi memulihkan imej pasukan yang telah tercalar .
Tuntutan nafsu dan peribadi untuk mencari keuntungan material mengatasi segalanya. Dasar dan prosedur pengurusan hanyalah suatu alat atau sistem bagi membanteras gejala-gejala yang boleh dan tidak dibolehkan.
Kira-kira lima tahun yang lalu, negara dikejutkan dengan rompakan senjata oleh kumpulan yang dikenali sebagai Al-Maunah dari satu kem tentera di mana senjata-senjata berkenaan dilarikan ke Sauk. Tindakan nekad itu diketuai oleh seorang bekas anggota tentera berpangkat Kpl yang pernah bertugas dalam Kor Risik. Turut sama menganggotainya adalah seorang Pegawai Tentera Darat yang masih berkhidmat berpangkat Mejar.
Jika senjata-senjata yang sememangnya dikawal rapi oleh anggota-anggota tentera boleh terpedaya dan dirampas oleh sekumpulan yang kurang lengkap malah sebilangan anggota-anggota kumpulan berkenaan yang tiada kemahiran pun berjaya dilakukan, apatah lagi engine pesawat yang kurang kawalan. Ini adalah jawapan kepada para pembaca yang soal ketiadaan prosedur kerja dalam TUDM
Apa yang lebih penting ialah, sikap tanggungjawab, amanah, kejujuran, disiplin dan rasa taat setia kepada perkhidmatan dalam TUDM, ATM dan negara perlu ada di setiap sanubari semua pegawai dan anggota. Sikap amanah, disiplin dan rasa taat setia kepada perkhidmatan dan negara yang telah terkhakis dalam sanubari dan jiwa pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDM inilah yang menjadi faktor utama berlakunya kecurangan dan kecuaian dalam TUDM sehingga menjadikan imej pasukan TUDM tercalar.
Walau bagaimana pun, adalah disarankan agar TUDM perlu mengkaji secara in-depth akan dasar dan prosedur pengurusan yang mungkin telah lapok dan ketinggalan disebabkan kemajuan teknologi dan komunikasi. Sebarang lubang atau loop-hole yang boleh dikesan perlu dikambus atau dan diperkemaskan. Kawalan keselamatan bagi melindungi aset dan inventori TUDM mesti sentiasa diawasi bagi membendung gejala seumpama ini berulang lagi di masa hadapan.
Sekian dan wassalam,
para_jump101
Salam..
ReplyDeleteTuan, dengar ceritanya enjin yang hilang tu nak digunakan sebagai Prototype atau Masterpiece.. Kalau betul lah itu tujuannya pasti harganya lebih tinggi lagi..
Aku begitu hairan...kenakah dab apasal kes2 besar yg melibatkan duit rakyat yg dilakukan oleh wakil2/pemimpin2 BN boleh disenyapkan, dilambatkan dan adakalanya dihilangkan terus kes tersebut.
ReplyDeleteMengapakah sedemikian rupa kelakuan pemimpin2 BN..???
Apakah yg ditakutkan..????
Mengapakah hendak dirahsiakan dpd pengetahuan rakyat..???
Ketika zaman Tun Mahathir, dikatakan sudah berlaku kecurian seperti itu tapi tidak disiarkan kepada pihak awam. Entah betul cerita itu atau gossip saja hanya pegawai tentera saja yang mengetahuinya.
ReplyDeleteCerita dari bekas tentera yang tidak mahu dikenali berkata, pemimpin UMNO yang berkhidmat dalam kerajaan berani melakukan pekara seperti itu kerana:
1. Mereka berkuasa, tiada siapa yang boleh mempersoalkan apa yang mereka lakukan sama ia mendatangkan kebaikan atau keburukan pada negara.
2. Mereka sudah berkuasa begitu lama dan menteri pertahanan yang disandang oleh Mohd. Najib juga berkurun lamanya. Oleh kerana itu mereka beranggapan bahawa parti PAS atau DAP atau PKR (masih mentah)yang cuba menghalang kegiatan mereka akan diperkotak-katikkan dengan undang-undang hutan yang dikuasai oleh Ghani Pattail. Disamping mengubah suai keadaan BPR kepada SPRM untuk melindungi kegiatan mereka.
3. Kementerian pertahanan adalah lubok emas. Setiap tahun kementerian ini menerima bajet yang besar demi membeli peralatan tentera yang terbaru dan canggih demi bersaing dengan negara jiran.
Oleh kerana Malaysia aman tiada musuh yang boleh mengugat sehingga wujudnya peperangan maka mereka mengambil kesempatan keatas keadaan itu untuk membeli segala peralatan tentera yang murah tetapi membeli dengan harga yang mahal mengikut cara mnereka.
4. Sebelum Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdan Menter, beliau sempat menukar jawatan keduanya sebagai menteri kewangan kepada menteri pertahanan yang disandang ketika itu adalah Mohd. Najib Razak.
Dikatakan bahawa Pak lah telah diberi taklimat tentang beberapa pekara tentang kecurian, penipuan dalam pembelian peralatan tentera. Dan hasil dari kecurian itu telah disalurkan kepihak tertentu sebagai proksi untuk mengurus wang tersebut sebagai tabung kecemasan dan proksi ini juga akan bertindak merasuah pihak tertentu jika berlaku pilihanraya.
5. Sebelum tahun 2008, mereka beranggapan bahawa BN yang ditunjangi UMNO/MCA/MIC akan terus berkuasa dalam pilihanraya yang ke12. Oleh kerana itu mereka leka dengan keseronakan dengan menipu pihak tentera dan juga rakyat Malaysia sehingga mereka begitu cuai untuk membuang bukti kecurangan mereka dalam mentadbir kementerian pertahanan.
6. Hari ini mereka terperangkap diatas kesilapan dan kesalahan mereka sendiri. Setiap barang tentera yang hilang perlu dilaporkan kerana dalam parlimen, BN tidak berkuasa sepenuhnya seperti sebelum 2008.
Apa pun kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri pentahanan yang baru Zahid Hamidi, kita sebagai rakyat malaysia perlu melihat secara terperinci bahawa sesuatu kecurian tidak boleh berlaku dengan mudah jika tiada gandingan beberapa pihak seperti orang kementerian pertahanan(menteri/pekerja awam), pegawai tentera berpangkat tinggi/rendah. Orang tengah (polis/kastam/imigersen), pembeli dan penyiasat (sprm). Mereka bersatu dan bersubahat. Dimahkamah macam biasa, Ghani Pattail akan memperbodohkan rakyat Malaysia yang bijak.
Diharap warganegara Malaysia keseluruhannya perlu waspada dengan isu nama allah, bakar gereja yang dimainkan oleh media arus perdana kerana pihak kerajaan sedang menunggu peluang untuk bertindak secara extrem terhadap pertubuhan, orang yang berpengaruh dan individu dikambinghitamkan, demi menutup salahlaku, salahguna kuasa yang mereka amalkan selama 52 tahun memerintah.
Sy meragui kepimpinan NAJIB sebagai Menteri Pertahanan ketika tahun kehilangan engine jet tersebut. jika di amati perkara ini, NAJIB tidak layak menerajui negara Malaysia sebagai PM. Sy tidak memihak kepada mana2 parti politik tanahair tetapi dalam perkara ini sy kecewa melihat bagaimana seorang yg dihormati dan diberikan kepercayaan oleh rakyat menjaga benteng pertahanan negara gagal melaksanakan tugasnya dengan berwibawa. bukan sy mengharapkan 100% kesempurnaan beliau memegang amanah benteng negara tetapi cukuplah beliau dedikasi dan telus menjalankan tugas. ternyata PM Datuk Seri Najib TAR gagal pada masa itu.
ReplyDeleteMengapa perlu dipersalahkan org bawahan kalau pihak atasan gagal memimpin dan menunjukkan teladan yg baik kepada yg dipimpin??? wajarkah menteri yg gagal di dalam kepimpinannya berikan jawatan yg besar untuk memimpin negara MALAYSIA???
sy tidak memperjuangkan mana nama parti politik. tetapi sy yg dilahirkan di MALAYSIA tempat jatuh bangun, penat lelah, sumber punca mata pencarian untuk anak2 cucu akan datang, sy kecewa dengan corak kepimpinan PM MALAYSIA pada masa sekarang. kenapa beliau yg dilantik??? NAJIB GAGAL MEMPERTAHANKAN TANAH AIR!!!TTP LAYAK MENJADI PM!!!KALAU BELIAU MENJADI PM KITA SEKARANG TERANG TERANGAN SY KATAKAN SELURUH BARISAN YG DIBENTUK OLEH BELIAU ADALAH BARISAN YG GAGAL MENERAJUI NEGARA.-anda boleh reffer dan renungkan kembali pemerintahan beliau semasa menjadi menteri pertahanan malaysia.belaiau gagal!!!i have no confident and respect for him.i never proud what was he achieve right now.never!!!
"sy dan rakan2 memberikan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib TAR" ucapan oleh setiap barisan yg mempercayai beliau. apakah mentality rakyat yg mengangkat beliau dengan mengatakan sebegini??? kita bukan hidup di zaman purba. kita semakin matang berfikir, semakin bijak menilai, KENAPA YG GAGAL MEMIMPIN DI SANJUNG???? KENAPA YG LAYAK MEMIMPIN DI BUANG????
PLEASE WAKE UP YOUNG MAN!!!!!WAKE UP MALAYSIAN!!!!!!
Malaysia tidak akan maju seperti Singapore.kita dan anak2 cucu akan terus bekorban demi kepentingan barisan generasi pilihan DS NAJIB TAR.percayalah..
Mengapa Najib tidak di pecat kerana beliau juga cuai dalam mengepalai kementerian pertahanan?
ReplyDeleteIni adalah kerana selama rakyat berbaik sangka pada kerajaan BN mereka telah melakukan pelbagai kebejatan yang telah merosakkan negara.
Sepatutnya PM 1Malaysia ni sekarang keluar dari persembunyian dan menerangkan kepada rakyat kedudukan sebenarnya apa yang telah berlaku pada kes enjin F5E. Bukannya menyembunyikan kes berkenaan dengan isu yang tiada faedah seperti isu Allah.
Pemimpin umno masih tak sedar diri walaupun rakyat telah memberikan isyarat keras kepada mereka pada PRU lalu. Adalah lebih baik PM 1Malaysia sekarang di usulkan undi tak percaya terhadapnya di Parlimen sekarang untuk menyingkirkan beliau supaya PM baru yang lebih wibawa dan bebas skandal menerajui negara ini sebelum nasi menjadi bubur.
seorang pemimpin membohongi rakyat apa hukumnya ustaz dan mufti?
ReplyDeleteustaz dan mufti tak leh ke nasihat pemimpin Melayu kita ni jangan cakap bohong pada rakyat.
HAMPIR 40,000 WARGA INDIA HILANG DI MALAYSIA: PM - melayau
ReplyDeleteSejumlah 39,046 warganegara India ‘hilang’ di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh dan perkara itu merupakan isu yang membimbangkan bagi negara ini, kata Najib Razak.
Di berkata, mereka tidak dapat dikesan daripada rekod Jabatan Imigresen, menurut anggaran yang dibuat pada Jun tahun lepas.
Keadaan tersebut menyebabkan jabatan itu kurang berminat mengeluarkan visa waktu ketibaan kepada warganegara India kerana kemudahan berkenaan telah disalahgunakan, terutama mereka dari Chennai, katanya.
"Mereka ini yang datang ke Malaysia melalui kemudahan visa waktu ketibaan mungkin telah kembali ke India atau masih berada di negara ini... (mungkin) bekerja di restoran-restoran India.
KAH KAH KAH…
kah kah kah… MACAM MANA BOLEH HILANG?… kah kah kah…
woit…ADAKAH MEREKA INI TELAH DI MAKAN OLEH ULAR SAWA?... kah kah kah…
woit… KALAU BEKERJA DI RESTORAN… MESTI SENANG JUMPA… kah kah kah…
kah kah kah… MACAM MANA TAK BOLEH JUMPA-JUMPA… kah kah kah..
kah kah kah… ADAKAH MEREKA MENYOROK DALAM KOTAK MAT EZAM…kah kah kah
kah kah kah… JAWAB NYA SEMUA HILANG KERANA RASUAH…. kah kah kah
nota:
jawabnya rasuah.
semua boleh dirasuah.
kad pengenalan boleh didapati kalau di rasuah.
passpot boleh dapat kalau di rasuah.
tak percaya tanya linggam kah kah kah
nota:
dulu bukan ke ada juga minah mongolia
yang namanya hilang di jabatan imigrisen
minah ini mungkin dari madras kah kah kah
entah2 kapal selam yg depa dok beli 2 senjata pun langsung xda. takat boleh selam je. hahaha.. ismail yakob pun menipu gak beb. dia kata subsidi utk ron 97 ditarik balik utk disubsidikan pada ron95. harga ron 95 lepas subsidi rm1.80. subsidi sebanyak 30sen dia kata. kalo macam 2 maknanya harga ron95 tanpa subsidi ialah rm2.10 lagi mahal dari ron97 yg xda subsidi. ron97 harga rm2.05. so mcm mana ron95 boleh lagi mahal dari ron97?? sape subsidi sape ni? aku rasa kita yg dok subsidi kerajaan
ReplyDeleteStupid as stupid it does. Know nothing about aircraft engine and speak like an expert. Funny.
ReplyDeleteHmm..PM malaysia ni xbleh pakai!Banyak sgt skandal n buruk laku..Tongong je lebih!
ReplyDeleteHampa semua dok kutuk Najib dan pemimpin dlm Beer-N. Baguih!!!
ReplyDeleteTapi bila ada PRU, kena jolok ngan duit seratus dua, kain pelikat/sejadah, dpt salam ngan depa teruih hampa lupa semua kutukan hampa dulu.
Berenti sat laaa...
memang betul berlaku penyelewengan dalam kerajaan...
ReplyDeleteade ke siasatan mengatakan bahawa hanya pegawai bawahan yang terlibat.. tipu, biasayan pegawai atasan yang mempunyai kuasa dan autority yang besar untuk melancarkan rompakan ini.
aku rase pasni biar mat bangla yang jaga stor TUDM lagi bole percaya dari anggota sendiri..
kelakar giler, kalo korg perasan ramai warga asing yang jadi jaga ala-ala komando kat bank2 ternama kt KL ni, yang paling kelakar..Bank Negara pun gune khidmat mereka..haha, tak pecaya Lihatlah sendiri...Haha 1MELAYU