Wednesday, January 13, 2010

UMNO: 7hb. Lulus Lesen Kelab Malam, 8hb "Kamilah Pembela Agama Islam..!"

Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had

Nampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam... bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..?
Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

“Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusaha-pengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

“Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.

Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.

Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.

Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan.

Sumber - ™ kaasii peecaahhh laaa...® & mStar Online

11 comments:

  1. betul 2.. kelab gay kat jalan pramlee 2 pun xnak ke diorg p demo?? xberani ke? takut hisyam naik angin ke? blah la..

    ReplyDelete
  2. Apalah nak di harapkan dari sebuah parti melayu yang telah sesat dan lagi menyesatkan seperti umno ni. Parti yang menggunakan agama untuk kepentingan potik. Parti yang lidah bercabang macam biawak.

    ReplyDelete
  3. Salam, Lu jangan marah-marah dgn UMNO and raja nong chik..apa lho ingat klo PR menang dia akan tutup semua Club tu...cuba lu selidik berapa club malam yang telah d tutup d selangor and pulau pinag and maybe d kedah and langkawi selepas PR menang..lho tak tau ke..majoriti pengusaha club tu...jurangan cina ..n cina ni bolih hidup d zaman BN and pR juga and mereka jadi lebih kaya klo dlm zaman PR...tak caya..lu tengok realiti d indonesia...juragan cina ni hidup mewah d zaman pak harto and lebih mewah d zaman refomasi..hingga lani..cuti resmi d indonesia yang majoriti org islam..hari cuti bukan islam lebih banyak,,cuti lahir jesus,cuti mati jesus, cuti tahun baru cina, itu contoh bro..gue ingat lepas PR menang nanti lagi banyak kebebasan akan d beri sebagai meraikan sokongan org bukan islam..sapa kaya n senang and mewah...perasuah nilah.

    Sebab mentaliti Orang PR and BN lebih kurang sama aje..

    Yang penting kena resomasi pendidikan and JaTI diri supaya tak rasuah and makan rasuah..

    gue nampak PR belum bersedia kearah itu..

    ReplyDelete
  4. Wlu ape pun alasannye BN perlu di tumbangkn tlebìh dulu.Dah bnyak dah sistem dalam negara ni yg dah hancus!!Ni smua angkara tlalu lamenye BN memerintah.!Mklum la takot ilang kuasa so abis perlembagaan negara dilanggar n men redah je!Punah tu bro!HAN2US!

    ReplyDelete
  5. Kalau haram janganlah masuk Beach Club.....dah tau haram masih nak pi tengok dan pi risik, tentulah munafik kalian jadinya...

    Jadikan kawasan P Ramlee tu kawasan Hitam...kawasan haram...orang yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk.....selesai masalah...

    ReplyDelete
  6. dengar cerita punca utama lesen digantung sebelum ni pasal sultan brunei menginap kat istana dia kat KL pada malam tahun baru tu..pastu dia komplen pasal bunyik tu

    ReplyDelete
  7. UMNO mencipta isu "nama Allah" dan diperjuangkan dihadapan rakyat adalah mencari keuntungan politik saja Barisan Nasional. Mereka memperbodohkan diri agar rakyat akan terlibat sama jadi bodoh.

    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin meluluskan lesen kelab malam seperti Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha adalah kerana perniagaan yang memberi pendapatan dari segi cukai untuk kerajaan, rasuah untuk menteri yang meluluskan lesen, dan tempat itu dijadikan sebagai tempat pertemuan dengan perempuan simpanan yang akan digunakan oleh pemimpin Barisan Nasional.

    Kesimpulannya, pemimpin UMNO adalah manusia dua alam. Sekejap mereka boleh jadi pejuang, sekejap lagi mereka akan jadi pengkhianat.

    Sekiranya kita mahu menyokong parti UMNO maka kita mesti ada ilmu seperti pandai bercerita tentang agama, boleh minum arak, melanggan pelacur, menipu rakyat dan mencuri enjin jet pejuang.....

    Semuga pemimpin Pakatan Rakyat akan mempelajari perbuatan dari UMNO itu agar peniaga cina lebih kaya lagi...? "Tak gitu SEBAL...?"

    ReplyDelete
  8. So is in PKR Selangor, PAS Kedah and DAP Penang... We are all the same...

    ReplyDelete
  9. Tu pun rakyat masih lagi nak jadi bodo kerana termakan sup propaganda yang dimasak oleh UMNO yang la ni memang terang2 menipu rakyat.Sedarlah... sampai bila kita nak percaya kat UMNGOK tu.Depa dari dulu lagi suka beli maruah rakyat dengan harga 50-100 ringgit untuk sokong depa semasa pilihanraya.Kononnya duit bantuan kepada rakyat.Takat nak tunjuk bagus dengan iklan 1malaysia kat dalam tv bolehlah.Dah la cedok idea PR,tak malu....

    ReplyDelete
  10. Ini sume polimik kerajaan dan pembangkang, kenape nak heboh2 kan tentang isu lesen. kat kelate pun isu ini terjadi tapi sume buat tak tau je...

    Memang sukar untuk mencari pemerintah yang betul2 jujur dalam pentadbiran nya..

    Aloo kawan, sepang 2 bape banyak babi yang kerajaan selangor ternak dulu..bisisng kejapje cubela cari jalan penyelesaian camne nak capaiperpadeu...Bukan 1MALAYSIA yang mcm bodoje bunyinye..tapi aku rasa perpaduan antara melayu lagi penting la..bukan 1MALAYSIA

    Tukar sekarang 1MELAYU!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. Melayu tak konpius cuma Umno jer yang konpius kerana kencing manis!!

    Melayu bukan tak jujur cuma umno jer yang tak jujur kerana projek besar....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?